Anda di halaman 1dari 162

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di

politeknik dan dilaksanakan pada semester akhir selama 20 minggu iaitu pada 2 Julai 2018

hingga 16 November 2018. Ianya adalah proses penempatan pelajar di mana-mana

organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau swasta bagi mendedahkan kepada pelajar

suasana pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri menjadi salah satu syarat untuk melengkapkan kursus bagi

mendapatkan penganugerahan Diploma yang diwajibkan kepada pelajar Politeknik.

Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri

diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus latihan industri

memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman

praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.


1
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti kami

tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Dalam latihan

industri, pelajar diberi peluang untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama

rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkah laku juga adalah salah satu aspek penting

yang perlu dititikberatkan di alam pekerjaan.

Bukan itu sahaja, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka

minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu proses kerja itu berjalan dan mengenalpasti cara

untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu

pelajar menambah keyakinan diri terhadap kemampuan sendiri.

Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,

bertanggungjawab, menepati masa, membuat sesuatu keputusan dan berupaya menguji keyakinan

diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu,

latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi

mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di alam pekerjaan pada masa akan datang serta dapat

membekalkan tenaga kerja mahir bagi sebuah industri.

Akhir sekali, kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi

perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi,


prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Latihan industri ini juga

akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan

keyakinan diri untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

2
1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan keatas setiap para pelajar

sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

dimana setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf tamat pengajian. Matlamat

utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar sebelum ke alam pekerjaan yang

sebenar. Oleh itu, para pelajar dapat mencapai objektif berikut dan diterapkan ke dalam diri iaitu:

i. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap bidang masing-masing.

ii. Mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar dan juga kegiatan-kegiatan

penyelidikan yang sesuai dan tidak bersesuaian.

iii. Mendisiplinkan pelajar dalam suasana pekerjaan.

iv. Membandingkan dan mengamalkan apa yang dipelajari semasa kuliah dengan

keadaan sebenar di luar kuliah.

v. Mengemukakan pengalaman-pengalaman yang diperoleh semasa latihan praktikal di

dalam dunia kerjaya yang akan diceburi.


vi. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi

semasa latihan industri dijalankan dan di masa akan datang.

vii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma

tersebut.

viii. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional

dari pelbagai bidang.

ix. Menimba pengalaman kerja dalam satu organisasi.

x. Untuk menyediakan satu laporan rasmi sebagai bukti telah tamatnya latihan dan juga

sebagai rujukan pelajar itu sendiri apabila terdapatnya sebarang kemusykilan atau

masalah.

3
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Laporan latihan industri merupakan satu laporan yang mengandungi maklumat yang

tersusun dan perlu disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh politeknik. Laporan

ini diwujudkan adalah untuk membuktikan secara bertulis apa yang telah dipelajari dan

diperolehi sepanjang latihan industri oleh pelajar. Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber

rujukan di masa akan datang kelak. Bukan itu sahaja, buku laporan ini boleh dijadikan bahan

bukti bahawa pelajar telah mempunyai pengalaman bekerja.

Objektif laporan latihan industri ini adalah mengenai keseluruhan aktiviti yang

dilakukan sepanjang tempoh latihan indsutri dijalankan dan untuk memudahkan pelajar

mencatat setiap aktiviti yang mereka lakukan semasa menjalani latihan industri. Ia

bertujuan supaya pelajar dapat menilai dan melihat segala aktiviti yang telah mereka

lakukan sepanjang menjalani latihan industri. Antara objektif laporan latihan industri

adalah seperti berikut :

i. Melahirkan pelajar yang bijak mengurus, merancang dan melaksanakan tugasan

dengan cekap

ii. Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.


iii. Sebagai buku untuk mengumpul segala maklumat dan yang diperoleh semasa

menjalani latihan tersebut.

iv. Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan

harian pelajar.

v. Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma Politeknik Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia.

4
1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang

kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui

semasa sesi di dalam bilik kuliah. Tanpa latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan

mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan

menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan akan

melihat dan menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah

dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang

pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal

apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala

cita-cita dan impian ketika belajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada

pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang

dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, dengan adanya latihan industri pelajar akan mendapat peluang

pekerjaan dengan lebih mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja semasa latihan
industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam

bidang yang diceburi.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat

besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa

tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada

itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi

pendorong kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi.

5
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI


2.1 Pengenalan Organisasi

Gambarajah 2.1.1 : Logo Lady Dee Event Management and Service


6
Nama Syarikat : Lady Dee Event Management and Services

Alamat : No. 22-2, Jalan Cattleya 3, Persada Cattleya Senawang, 70450 Seremban,

Negeri Sembilan

No. Telefon : +606-6750963

Pengurus : En. Ahdirfa Hishar bin Ahmad

Tahun Penubuhan : 2017

Perkhidmatan : Sebuah syarikat yang merancang, mengurus dan menjalankan acara,

majlis perkahwinan, ekspo, karnival dan pameran untuk badan-badan kerajaaan, syarikat

swasta dan individu.

Lady Dee Event Management and Services ditubuhkan pada tahun 2017 dengan

pelbagai perkhidmatan acara di Senawang, Negeri Sembilan. Syarikat ini merupakan

sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan merancang, mengurus dan menjalankan

majlis seperti ekspo, karnival, konvensyen dan pameran. Bukan itu sahaja, Lady Dee
Event Management and Services juga mempunyai anak syarikat iaitu Lady Dee Wedding

Planner yang merupakan perancang perkahwinan dan memfokuskan majlis perkahwinan

di Senawang.

Lady Dee Event Management and Services merupakan perancang acara yang

bermatlamat untuk menjadikan setiap majlis berjalan dengan lancar. Antara acara yang

pernah dijalankan ialah karnival yang bertempat di Mydin Senawang. Lady Dee juga

merupakan sebuah syarikat yang menyediakan dewan dengan pelbagai kemudahan untuk

menjalankan bermacam jenis majlis seperti TempatanFest. Walaupun baru berkecimpung

dalam bisnes ini, ramai yang telah menyedari kewujudan Lady Dee.

7
Selain menjalankan majlis, Lady Dee juga menyediakan pakej perkahwinan daripada

penyewaan dewan sehingga satu pakej lengkap untuk pasangan pengantin. Mereka boleh

memilih pakej dewan yang disediakan oleh syarikat ini sama ada di Dewan Kemuning atau

Dewan Dcattleya dengan harga yang berpatutan. Dewan yang disediakan termasuk dengan

pakej lengkap bersama meja, kerusi beserta alas dan sarung kerusi.

Bukan itu sahaja, Lady Dee juga mempunyai ahli panel yang terpilih dalam

menjalankan majlis perkahwinan. Antara panel tersebut yang mengambil tanggungjawab

dalam menjalankan majlis berjalan lancar ialah ADJ Catering, Artographic Photographer

dan NY Bridal.

2.2 Sejarah / Latar Belakang


Lady Dee Event Management and Services telah ditubuhkan oleh pengarah urusan

iaitu En. Ahdirfa Hishar b Ahmad pada tahun 2017 selepas menyedari bahawa sektor ini

mempunyai potensi yang besar untuk mewujudkan pasaran dan permintaan dimana ia

boleh menjana pendapatan dan keuntungan yang tinggi. Lady Dee merupakan sebuah

syarikat yang merancang dan mengurus pelbagai majlis seperti ekspo dan karnival. Antara

acara yang pernah dijalankan ialah TempatanFest Senawang, Karnival Bazar Raya dan

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim.

8
Pada mulanya, Lady Dee Event Planner hanya memfokuskan majlis tertentu

sahaja, tetapi setelah menyedari bahawa ramai pasangan yang akan berkahwin

memerlukan perunding perkahwinan, maka wujudlah anak syarikat Lady Dee Wedding

Planner, Bridal and Catering. Bukan itu sahaja, Lady Dee juga mempunyai dua buah

dewan di Senawang iaitu Dewan D’Cattleya dan Dewan Kemuning dimana ianya sangat

sesuai untuk dijadikan dewan perkahwinan.

Lady Dee Wedding Planner, Bridal and Catering memfokuskan majlis

perkahwinan dengan menyediakan persiapan sebelum, semasa dan selepas majlis.

Pengantin yang menempah pakej hanya perlu memilih warna tema yang mengikut

kehendak sendiri sahaja. Selebihnya hanya diserahkan kepada Lady Dee Wedding

Planner. Lady Dee menawarkan pakej perkahwinan lengkap berserta dewan dengan harga

yang berpatutan.

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk memberi inspirasi dan memudahkan

orang ramai dalam melaksanakan sesuatu majlis. Setiap majlis yang dijalankan bukan

sahaja menjanjikan sebuah majlis yang berkualiti malah akan diingati oleh orang ramai.
9
Gambarajah 2.2.1 : Bangunan Syarikat Lady Dee Event Management and

Services
Gambarajah 2.2.2 Peta lokasi syarikat Lady Dee Event Mangement and Services
10
2.3 Aktiviti Organisasi
Gambarajah 2.3.1 : Logo Lady Dee Event Management and Services

2.3.1 Lady Dee Event Mangement and Services

Lady Dee merupakan sebuah syarikat pengurus acara yang komprehensif dalam

menyediakan perkhidmatan mengurus dan menjalankan majlis. Syarikat ini mengambil

tanggungjawab dalam memuaskan hati pelanggan dengan menawarkan perhidmatan

seperti :

Memberi khidmat perancangan sebelum, semasa dan selepas majlis.

Mereka bentuk ruang pameran dan membuat penyediaan untuk majlis

Membuat perancangan dan penjadualan aktiviti dan majlis

Percetakan dan pemasaran media social

Memberi sumber untuk lokasi strategik yang sesuai untuk sebarang majlis

11
Gambarajah 2.3.2 : Karnival Bazar Raya yang diadakan pada bulan Ramadhan
Gambarajah 2.3.3 : Tempatan Fest Senawang
12
Gambarajah 2.3.4 : Logo Lady Dee Wedding Planner, Bridal and Catering

2.3.2 Lady Dee Wedding Planner, Bridal and Catering


Lady Dee Wedding Planner bukan sahaja perancang perkahwinan, malah turut

menyediakan pakej perkahwinan berserta dewan lengkap dengan pelbagai kemudahan

seperti surau, tandas, lif dan juga tempat meletak kenderaan. Syarikat ini menawarkan

pakej berbaloi kepada pelanggan iaitu :

Dewan lengkap berserta penghawa dingin

Menu masakan pengantin dan tetamu yang memuaskan

Mengutamakan kebersihan dewan sepanjang majlis berjalan

Percuma 2 tingkat kek pengantin, pengacara majlis dan ‘photobooth’

Percuma menu nikah (100 paxs)


13
Gambarajah 2.3.5 : Pakej perkahwinan Dewan D’Cattleya
Gambarajah 2.3.6 : Pakej perkahwinan Dewan D’Kemuning

14
Gambarajah 2.3.7 : Perkahwinan di Dewan D’Cattleya
Gambarajah 2.3.8 : Perkahwinan di Dewan D’Kemuning
15
Gambarajah 2.3.9 : Contoh ‘quotation’ majlis.
Gambarajah 2.3.10 : Terma dan syarat penempahan majlis

16
2.4 Carta Organisasi Syarikat

AHDIRFA HISHAR B AHMAD

(PENGURUS)

FARAH DAYANA AHMAD


(PENGURUS

PENTADBIRAN)

NUR MARINI
MOHD HAFIZ NAFIS ZAMREY AZAM
(PENGURUS
(PENGURUS OPERASI) (PEMASARAN)
KEWANGAN)

2.4 Carta Organisasi


17
2.5 Halatuju Organisasi

Visi

Mewujudkan sebuah syarikat perancang acara terkemuka di Malaysia dengan sentuhan

yang berkualiti.

Misi

Menuju kearah prestasi cemerlang

Menitikberatkan perancangan majlis yang berkualiti.

Mempamerkan mutu perkhidmatan yang baik.


18
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN
3.1 Pengenalan

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, setiap pelajar dibekalkan

buku jurnal refleksi untuk mencatat setiap aktiviti yang dilakukan di firma masing

masing. Oleh itu, bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang

dijalankan sepanjang tempoh latihan industri. Bahagian ini akan menjelaskan

secara ringkas aktiviti yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri

sepanjang tempoh 20 minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan

dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja kerja yang telah

dilakukan.

19
Ketika menjalani latihan industri, pelajar telah didedahkan dengan banyak

perkara baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, pelajar

juga didedahkan dengan peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan

setiap kali berada di firma tersebut.


20
3.2 Jadual Ringkasan Aktiviti Mingguan

MINGGU RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

Melapor diri di Lady Dee Event Mangement and Services.

Suai kenal bersama staff Lady Dee.

Menyenaraikan syarikat yang berkaitan dengan perkahwinan

untuk mempromosikan Wedding Fair.

- Katering

- Andaman

- Fotografi

2.7.2018 – 7.7.2018 Berbincang dan meminta sponsor dari pihak Muzium Negeri

(MINGGU PERTAMA) untuk Wedding Fair.

- Muzium Negeri bersetuju untuk menaja sebahagian

barangan lama yang berkaitan dengan adat perkahwinan

melayu.

Mesyuarat bersama staff tentang acara yang akan berlangsung

pada 31 Ogos 2018.

- Bersetuju untuk membuat karnival dengan tema ‘Food and

Lifestyle’

Mesyuarat bersama staf tentang karnival merdeka.


- Acara

- Tempoh karnival

9.7.2018 – 14.7.2018 - Tarikh awal dan akhir karnival

(MINGGU KEDUA) - Rakan kerjasama

Mengedar flyers N9 Festival Kahwin kepada perancang

perkahwinan di sekitar Senawang dan Seremban.

21
Membuat surat permohonan, borang pertandingan dan ‘layout’

tapak Kipmart Senawang.

- Surat permohonan tapak kipmart

- Syarat dan borang petandingan karaoke, mewarna,

gubahan bunga dan ratu kebaya.

16.7.2018 – 21.7.2018 - Membuat layout tapak perniagaan di Kipmart, tapak

(MINGGU KETIGA) pertandingan bakal berlangsung.

Membuat poster. Poster perlulah mempunyai

- Bendera Malaysia & bendera Negeri Sembilan

- Tarikh & tempat

- Logo syarikat

Membuat hebahan di media sosial tentang pencarian vendor.

Follow up peniaga yang berminat untuk menjadi vendor di

Kipmart.

Mengedit poster Karnival Ambang Merdeka.

23.7.2018 – 28.7.2018 - Membuat saiz flyers, bunting dan banner

(MINGGU KEEMPAT) Follow up peniaga yang berminat untuk menjadi vendor di

Kipmart.

Menyenaraikan pasar malam sekitar Senawang.

Menyertai Wedding Fair di Hotel Royal Chulan

Membuat poster untuk pertandingan karaoke dan mewarna.

Poster perlulah mempunyai :


- Tarikh dan tempat

- Had umur

Mesyuarat bersama rakan kerjasama untuk karnival.

30.7.2018 – 4.8.2018 Membersihkan dan ‘set-up’ dewan sebelum dan selepas majlis

(MINGGU KE-5) perkahwinan.

- Menyusun meja dan kerusi mengikut ‘layout’

Memastikan majlis dalam keadaan teratur dan lancar.

22
Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis.

Follow up peniaga yang berminat untuk menjadi vendor di

7.8.2018 – 11.8.2018 Kipmart.

(MINGGU KE-6) Membuat satu akaun media sosial khas untuk karnival Ambang

Merdeka

Mempromosikan karnival melalui akaun media sosial

- Instagram dan Facebook

Membuat persediaan dewan untuk majlis perkahwinan

‘Set-up’ meja dan kerusi untuk dua buah majlis

13.8.2018 – 19.8.2018 Mengira dan mengumpul keseluruhan jumlah alas, meja dan

(MINGGU KETUJUH) kerusi yang digunakan untuk majlis

Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis.

- Jumlah barangan FnB

- Jumlah alas kerusi dan meja

- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja

Memasang alas kerusi dan meja untuk majlis

Memastikan dewan sentiasa dalam keadaan yang baik

24.8.2018 – 25.8.2018 Membuat checklist barangan yang diperlukan semasa majlis

(MINGGU KE-8) - Jumlah barangan FnB

- Menu pengantin

- Jumlah alas kerusi dan meja


- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja

23
27.8.2018 – 30.8.2018 Membuat akaun media sosial untuk vendor di Seremban

MINGGU KE-9 Gateway

Mempelajari cara membuat profile company

Membersihkan dewan dan menyusun kerusi mengikut layout

Memasang alas kerusi dan meja untuk 1000 tetamu

Mengumpul dan mengira jumlah keseluruhan alas, meja dan

3.9.2018 – 8.9.2018 kerusi.

MINGGU KE 10 Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis

- Jumlah barangan FnB

- Menu pengantin

- Jumlah alas kerusi dan meja

- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja

Membersihkan dewan dan memastikan dewan dalam keadaan

10.9.2018 – 15.9.2018 yang baik

MINGGU KE 11 Mengubah sususan kerusi dan meja mengikut layout

Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis

- Jumlah barangan FnB

- Jumlah alas kerusi dan meja

- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja

18.9.2018 – 22.9.2018 Mengedit profile company.

MINGGU KE 12 Belajar membuat ‘quotation’ klien


Membersihkan dewan dan membuat susunan meja dan merusi

mengikut ‘lay-out’ yang diberi

Memasang alas kerusi dan meja

24
Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis

24.9.2018 – 28.9.2018 - FnB

(MINGGU KE-13) - Jumlah alas meja dan kerusi

- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja

Mengumpul dan mengira jumlah alas meja dan kerusi yang

telah digunakan.

Mempelajari cara membuat quotation untuk klien.

1.10.2018 – 5.10.2018 - Menu pengantin dan tetamu

(MINGGU KE-14) - Pakej Fotografi

- Pakej Bridal

- Pakej Katering

8.10.2018 – 12.10.2018 Membersihkan dewan.

(MINGGU KE-15) Menyusun kerusi dan meja untuk majlis PKR Port Dickson

Mengira jumlah keselurahan meja dan kerusi yang digunakan.

Membersihkan dewan dan menyusun kerusi mengikut layout.

15.10.2018 – 19.10.2018 Memasang alas kerusi dan meja.

(MINGGU KE-16) Membuat checklist barangan yang diperlukan ketika majlis.

- FnB

- Jumlah alas meja dan kerusi

- Jumlah keseluruhan kerusi dan meja


Mempelajari cara membuat quotation untuk klien.

- Menu pengantin dan tetamu

22.10.2018 – 26.10.2018 - Pakej Fotografi

(MINGGU KE-17) - Pakej Bridal

- Pakej Katering

25
29.10.2018 – 2.11.2018 Mempelajari cara berurusan dengan klien.

(MINGGU KE-18) Menerangkan jumlah pakej perkahwinan mengikut setiap

bajet.

5.11.2018 – 9.11.2018 Mempelajari cara membuat quotation untuk klien.

(MINGGU KE-19) - Menu pengantin dan tetamu

- Pakej Fotografi

- Pakej Bridal

12.11.2018 – 16.11.2018 Menyusun barangan FnB

(MINGGU KE-20) Mempelajari barangan FnB yang diperlukan ketika majlis

perkahwinan.

Mempromosikan pakej dalam media sosial


26
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Poster Acara Karnival Mega Ambang Merdeka 2018


Lady Dee Event Planner merupakan sebuah syarikat yang menjalankan pelbagai

acara seperti karnival. Semasa menjalankan latihan industri, Lady Dee diminta untuk

menjalankan karnival Mega Ambang Merdeka 2018 bertempat di Kipmart Senawang.

Sebagai penyediaan karnival untuk mempromosikan acara tersebut, saya telah diberi

tanggungjawab untuk membuat poster, ‘bunting’ dan ‘flyers’ berkaitan acara serta

pertandingan untuk menarik minat ramai orang menyertai karnival tersebut. Bukan itu

sahaja, borang serta syarat pertandingan juga perlu dibuat untuk memudahkan urusan

ketika pertandingan.

27
Gambarajah 4.1.1 Adobe Illustrator
i) Menggunakan Adoble Illustrator untuk membuat poster.

ii) Ini akan memudahkan segala kerja terutama ketika ‘print’ dalam saiz besar,

warna dan tulisan tidak akan pecah.

iii) Poster perlulah mempunyai info seperti berikut:

- Tempat

- Tarikh

- Masa

iv) Logo syarikat perlu ada dalam poster tersebut supaya orang ramai mengenali

serta mempercayai syarikat yang menjalankan acara tersebut.

v) Bendera Malaysia perlu diletakkan kerana 28arnival ini diadakan

bersempena Hari Kemerdekaan.

vi) Bendera Negeri Sembilan perlu diletakkan kerana 28arnival ini merupakan

salah satu carnival yang diadakan di Negeri Sembilan. Bukan itu sahaja, ia

juga boleh menarik minat penduduk Negeri Sembilan untuk datang beramai-

ramai kerana diadakan di Negeri Sembilan.


28
Gambarajah 4.1.2 Contoh iklan mengikut saiz ‘banner’
i) Banner bersaiz 120 inci x 48 inci

ii) Disebabkan ‘banner’ melintang, kedudukan logo, tempat dan tarikh perlu

ditukar.

iii) ‘Banner’ akan diletakkan di Kipmart Senawang.

iv) Pemilihan warna dan saiz amat penting untuk memudahkan orang ramai

nampak dengan jelas butiran dan info yang ada dalam ‘banner’.
29
Gambarajah 4.1.3 Contoh iklan mengikut saiz ‘flyers’
i) ‘Flyers’ bersaiz 5.8 inci x 8.3 inci (A5)

ii) Disebabkan ‘flyers’/poster menegak, kedudukan logo, tempat dan tarikh

perlu diubah.

iii) Flyers digunakan untuk diedarkan kepada orang ramai.

iv) Poster ini juga digunakan untuk membuat hebahan melalui ‘posting’ dilaman

media sosial.

v) Warna dan saiz tulisan perlulah jelas supaya orang ramai lebih tertumpu

kepada info yang ingin disampaikan.


30
Gambarajah 4.1.4 Contoh poster pertandingan mewarna
i) Poster ini adalah untuk pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak.

ii) Info tentang pihak yang perlu dihubungi amat penting untuk memudahkan

urusan mereka yang berminat.

iii) Gambar dan tulisan perlu jelas untuk orang ramai faham tentang poster.

iv) Poster ini akan di ’post’ di laman mendia sosial sahaja.


31
Gambarajah 4.1.5 Contoh poster pertandingan karaoke
i) Poster ini adalah untuk pertandingan karaoke bagi kategori dewasa.

ii) Info tentang pihak yang perlu dihubungi amat penting untuk memudahkan

urusan mereka yang berminat.

iii) Gambar dan tulisan perlu jelas untuk orang ramai faham tentang poster.

iv) Poster ini akan di ’post’ di laman mendia sosial sahaja.


32
Gambarajah 4.1.6 Contoh borang dan syarat pertandingan.

i) Setiap pertandingan perlu disertakan dengan borang dan syarat pertandingan

supaya tiada salah faham semasa pertandingan.

ii) Logo karnival perlu diletakkan supaya orang ramai faham bahawa

pertandingan tersebut adalah diadakan khas untuk Karnival Mega Ambang

Merdeka sahaja.

iii) Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan mewarna kategori

kanak kanak, pertandingan karaoke, pertandingan gubahan bunga dan

pertandingan memasak.

33
4.2 Penyediaan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan.

Lady Dee Wedding Planner menyediakan pakej perkahwinan serba lengkap

kepada pelanggan. Oleh itu, setiap penyediaan majlis perlu dibuat sepenuhnya oleh Lady

Dee Wedding Planner bermula dari sebelum majlis hingga tamat majlis. Majlis yang

dibuat perlu mengikut quotation dan kehendak pelanggan. Sebelum majlis berlangsung,

penyediaan dewan perlu dibuat seminggu sebelum majlis. Ini akan memudahkan kerja

ramai pihak terutama ‘bridal’ yang akan memasang pelamin.


34
Gambarajah 4.2.1 Dewan untuk majlis
i) Sebelum majlis berlangsung, dewan akan dibersihkan, disapu serta mop.

ii) Kerusi, meja atau langsir yang tidak boleh dipakai akan digantikan dengan

yang baru.

iii) Memastikan lampu, kipas serta penghawa dingin berfungsi dengan baik

supaya majlis akan berjalan dengan lancar.


35
Gambarajah 4.2.2 Menyusun kerusi dan meja
i) Selepas dewan telah dibersihkan, meja dan kerusi perlu disusun mengikut

‘lay-out’ yang diminta oleh pengantin.

ii) Susunan meja dan kerusi adalah mengikut nisbah 1:10

iii) Susunan karpet merah, pelamin dan meja buffet perlu betul dan teratur.
36
Gambarajah 4.2.3 Memasang alas kerusi dan meja
i) Selepas siap menyusun kerusi dan meja mengikut ‘lay-out’, alas kerusi dan

meja perlu dipasang.

ii) Apabila selesai memasang alas, reben perlu diikat di setiap kerusi. Warna

reben hendaklah mengikut warna tema pengantin.

iii) ‘Skirting’ meja untuk meja buffet juga perlu dipasang.


37
Gambarajah 4.2.4 Menyusun kerusi dengan teratur
i) Apabila selesai memasang reben, kerusi perlu disusun agar nampak kemas

dan taratur.

ii) Hiasan bunga perlu diletakkan diatas setiap meja.


38
Gambarajah 4.2.5 Meja buffet
i) Meja buffet perlu disusun mengikut susnan yang betul. Ini akan memudahkan

orang ramai yang hadir tidak berlaku kesesakan ketika majlis.

ii) Jumlah ‘tray’ yang disusun perlu mengikut jumlah menu yang dipilih oleh

pengantin.
39
Gambarajah 4.2.6 Pelamin pengantin
i) Sentiasa memastikan pelamin dipasang paling lewat sehari sebelum majlis.

ii) Menghubungi pihak ‘bridal’ jika mereka tidak datang memasang pelamin.

iii) Perkara ini akan memudahkan segala urusan sebelum lewat malam.
40
Gambarajah 4.2.7 Tetamu yang hadir
i) Memastikan tiada masalah dan aduan sepanjang majlis berlangsung.

ii) Memastikan dewan sentiasa dalam keadaan terkawal.

iii) Memastikan makanan tetamu sentiasa cukup.


41
Gambarajah 4.2.8 Mengumpul alas kerusi dan meja
i) Selesai majlis, alas kerusi, reben kerusi, alas meja dan ‘skirting’ meja perlu

dikumpulkan.

ii) Kesemua item perlu dikira dan dicatat sebelum diserahkan kepada Sri

Senawang Canopy.

iii) Setiap satu item perlu cukup mengikut jumlah ‘quotation’ sebelum majlis

berlangsung.

iv) Setiap item yang hilang akan dibayar mengikut jumlah harga barang tersebut.
42
Gambarajah 4.2.9 Mengemas semula kerusi dan meja
i) Selepas selesai majlis, kerusi dan meja di dalam dewan perlu dikemas dan

disusun.

ii) Meja perlu dilipat semula dan disusun dengan kemas di dalam dewan.

iii) Kerusi yang patah atau tidak boleh digunakan akan disimpan semula di

dalam stor.
43
Gambarajah 4.2.10 Membersihkan dewan
i) Dewan yang telah siap disusun akan disapu dan dimop kerana

kekotoran akibat majlis sebelum ini.

ii) Sentiasa memastikan dewan sentiasa dalam keadaan yang teratur dan

kemas tersusun.
44
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan
Setelah menjalani latihan industri, saya mendapati bahawa para pelajar telah

banyak diberi pendedahan tentang alam pekerjaan sebenar ketika di firma. Bukan itu

sahaja, para pelajar juga dapat mempelajari pelbagai ilmu serta teknik yang betul untuk

melalui cabaran dan dugaan semasa bekerja.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa politeknik perlu meneruskan lagi latihan

industri kepada para pelajar supaya mereka lebih diberi pendedahan tentang alam

pekerjaan. Selain itu, para pelajar boleh berdikari dan berfikiran terbuka dalam

menyelesaikan masalah atau cabaran ketika bekerja.

45
Analisis Swot

PELUANG
KEKUATAN

- Dapat melebarkan lagi perniagaan


- Tidak mengeluarkan modal yang

sekitar Negeri Sembilan.


banyak.

- Mempelbagaikan majlis di dalam


-Kekurangan pesaing.
dewan.

SWOT

KELEMAHAN

ANCAMAN

- Kekurangan tenaga kerja.

- Tidak ramai yang menggunakan

- Membuat persediaan majlis di akhir khidmat perancang majlis.

waktu.

- Panel tidak memberi kerjasama.

Rajah 5.1 Analisis Swot


Kekuatan

1. Tidak mengeluarkan modal yang banyak

- Lady Dee Event Planner tidak memerlukan modal yang banyak untuk

menjalankan setiap majlis kerana mereka sudah mempunyai dewan sendiri

dimana dewan tersebut mempunyai banyak kelengkapan dan kemudahan

seperti tandas dan tempat letak kereta dan dewan tersebut amat sesuai untuk

semua majlis. Setiap kali majlis berjalan, Lady Dee hanya perlu membayar

sewa kerusi dan alas.

2. Kekurangan pesaing

- Sebagai perancang majlis, Lady Dee amat beruntung kerana jumlah perancang

majlis amat sedikit di sekitar Negeri Sembilan berbanding di Kuala Lumpur.

Oleh itu, syarikat ini mampu untuk menarik ramai pelanggan.

46
Kelemahan

1. Kekurangan tenaga kerja

- Disebabkan syarikat ini ditubuhkan baru setahun jagung, maka mereka

mempunyai kelemahan tersendiri dimana kekurangan pekerja. Ini

menyebabkan pekerja yang ada terpaksa melakukan banyak kerja terutama

apabila majlis berlangsung. Bukan itu sahaja, Lady Dee juga terpaksa

mengupah pekerja ‘part time’ untuk menyenangkan beban pekerja yang lain.

2. Membuat persiapan majlis di akhir waktu

- Kelemahan lain yang terdapat dari syarikat ini ialah dari pekerja sendiri iaitu

membuat persediaan majlis di akhir waktu. Setiap majlis perlu dibuat awal

sekurangnya tiga hari sebelum majlis. Namun, kebanyakan persiapan majlis

dibuat sehari sebelum majlis. Ini membuatkan pekerja lebih penat apabila

terpaksa menyiapkan semua perkara dalam masa sehari sahaja.

Peluang

1. Dapat melebarkan lagi perniagaan di sekitar Negeri Sembilan


- Disebabkan kekurangan pesaing di sekitar Negeri Sembilan, Lady Dee

mempunyai potensi yang besar untuk melebarkan perniagaan sebagai

perancang majlis. Dengan menggunakan teknik dan strategi berniaga dengan

betul, Lady Dee boleh menempa nama di Malaysia suatu hari nanti.

2. Mempelbagaikan majlis di dalam dewan

- Lady Dee boleh menggunakan dewan yang dimiliki untuk membuat pelbagai

majlis seperti hari graduasi atau majlis gala sekolah. Ini merupakan peluang untuk

meningkatkan lagi bisnes dan nama syarikat di sekitar Negeri Sembilan.

47
Ancaman

1. Tidak ramai menggunkan khidmat perancang majlis

- Pada zaman kini, segala majlis boleh dibuat tanpa perancang majlis terutama

majlis perkahwinan. Oleh itu, kemungkinan tidak ramai orang akan

menggunakan khidmat perancang majlis kerana segalanya boleh dilakukan

sendiri. Sebagai contoh, pengantin boleh memilih mana mana pakej fotografi

atau catering yang disukai tanpa menggunakan orang tengah iaitu perancang

majlis.

2. Panel tidak memberi kerjasama

- Sepanjang menjalani latihan industri, saya dapati panel tidak memberi kerjasama

sewaktu majlis berlangsung. Ini kerana, semasa majlis berlangsung,

makanan tetamu lambat sampai disebabkan dari catering. Hal ini

mengakibatkan kemarahan dari tuan rumah dan perancang majlis disalahkan

dalam hal ini.


5.2 Cadangan

Melalui dapatan yang diperolehi, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara tentang

latihan industri. Setiap pihak perlu mengambil berat dan tidak memandang remeh tentang

latihan industri selama pelajar berada di firma tersebut. Ini kerana, pelajar didedahkan

tentang alam pekerjaan yang sebenar dan firma perlu merngambil tanggungjawab yang

besar untuk melatih pelajar menjadi pekerja yang baik. Antara cadangan yang perlu

diambil berat ialah :

48
Pelajar

i. Pelajar perlu menyemak dan memeriksa aktiviti yang dijalankan di sesebuah

syarikat sebelum memilih syarikat tersebut sebagai tempat latihan industri. Ini

boleh membawa kerugian kepada diri sendiri jika aktiviti yang dilakukan di

syarikat tersebut tidak sama dengan kos yang diambil. Bukan itu sahaja,

pelajar juga tidak dapat belajar dan tidak mempunyai pengalaman kerja

mengikut kos yang diambil.

ii. Pelajar perlu bersuara dan tidak malu untuk bertanya kepada pekerja di

syarikat tersebut. Pelajar perlu sedar bahawa latihan industri merupakan satu

platform dimana pelajar boleh memperolehi banyak ilmu berkaitan kos yang

diambil sepanjang menjalani latihan industri. Oleh itu, pelajar perlu

menjadikan latihan industri sebagai pengalaman sebelum melangkah ke alam

pekerjaan.

Firma

i. Firma perlu mengkhususkan kerja yang sesuai untuk pelajar latihan industri

kerana tidak semua pelajar mampu untuk menyelesaikan tugas diluar bidang
mereka. Hal ini menyebabkan tiada bukti kerja yang boleh dicatat dalam

laporan akhir latiha industri.

ii. Firma perlu menjaga kebajikan pelajar kerana apabila firma menerima pelajar

sebagai pelatih latihan industri, mereka bertanggungjawab sepenuhnya keatas

pelajar. Oleh itu, firma perlu mengambil serius tentang kebajikan pelajar.

49
Politeknik

iii. Politeknik perlu menyediakan tempat latihan industri sendiri untuk para

pelajar supaya pelajar tidak salah memilih firma. Ini kerana, terdapat beberapa

firma yang tidak mengkhususkan kerja yang sesuai untuk pelajar mengikut kos

mereka.

iv. Politeknik perlu menyediakan sebuah buku garis panduan untuk firma supaya

mereka tidak sewenangnya mengarah pelajar membuat kerja di luar

kemampuan diri.
50
BAB 6

KESIMPULAN
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menetapkan semua pelajar

politeknik untuk menjalani latihan industri sebagai syarat sebelum menerima ijazah atau

diploma kepada pelajar. Latihan industri adalah untuk mendedahkan kepada pelajar

situasi kerja yang sebenar. Ia adalah suasana yang berbeza dimana pelajar perlu

berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan professional dalam setiap perkara.

Latihan industri telah banyak memberikan pendedahan dan pengalaman yang berguna

kepada pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan. Ini boleh dijadikan satu platform untuk

pelajar menimba ilmu yang tidak boleh didapati ketika belajar di politeknik. Sepanjang

tempoh 20 minggu menjalani latihan industri di Lady Dee Event Management and Services,

banyak pengalaman dan ilmu berguna yang telah saya peroleh dalam bidang menguruskan

acara samada sebelum, semasa atau selepas majlis. Bukan itu sahaja,saya juga dapat

berhadapan dengan ramai orang yang pelbagai ragam dan karenah.

51
Latihan industri merupakan satu situasi dimana pelajar dapat merasai sendiri

pengalaman kerja mengikut bidang masing masing. Walaupun hanya 20 minggu, namun

latihan industri ini jelas sekali dapat memberi saya pengalaman dan pembelajaran yang

berguna. Bukan itu sahaja, saya mempelajari etika dan prosuder kerja yang betul.

Selain itu, latihan industri dapat membina keyakinan diri dan disiplin dikalangan

pelajar. Sifat ini perlu ada dalam setiap pelajar kerana mereka membawa nama Politeknik

Ibrahim Sultan. Setiap kerja yang telah dipertanggungjawakan mestilah dibuat dengan betul

mengikut tempoh masa yang diberikan. Saya berharap dengan menjalani latihan industry,

politeknik boleh melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin dan kualiti dari segi kerja.

Latihan industri telah mengajar saya erti tanggungjawab terhadap diri sendiri, firma dan pihak

yang berurusan dengan kita. Hal ini adalah penting dalam menjaga nama baik firma dan

politeknik.

Pengalaman saya bekerja di Syarikat Lady Dee Event Mangement and Services ini amat

berguna kepada saya yang tidak akan saya lupakan kerana sepanjang bekerja disini, saya telah

banyak terdedah kepada umum. Maka dengan ini, secara tidak langsung saya dapat belajar

menyesuaikan diri di tempat awam. Oleh yang demikian, saya berharap pelajar lain juga

mempunyai lebih keyakinan diri dan berusaha untuk memperbaiki diri setelah kembalinya

mereka dari latihan industri. Bukan itu sahaja, jadikanlah peluang menjalani latihan industri

ini untuk menunjukkan kepada firma bahawa pelajar politeknik bukan calang calang pelajar.

Kebiasaanya, pelajar yang cemerlang semasa menjalani latihan industri akan ditawarkan

peluang pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian.


Pada keseluruhnnya, sepanjang saya menjalani latihan industri segala kerja yang

dilakukan adalah mengikut pemantauan setiap staf disini. Pihak Lady Dee telah memberi

sepenuh kepercayaan kepada saya untuk melakukan tugas yang telah diberi. Segala kerja yang

telah dijalankan adalah berdasarkan tunjuk ajar dan nasihat untuk menghasilkan kerja yang

terbaik.

52
Setiap pengalaman yang telah diperolehi perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap

pelajar ketika menempuh alam pekerjaan kelak. Sekiranya pelajar mengambil serius dan

memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan industri, tidak mustahil politeknik

akan melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing dan serta profesional dalam semua

aspek pembangunan negara.


53
RUJUKAN

i. Pn. Farah Dayana bt Ahmad (Pengurus Pentadbiran)

ii. Profile syarikat 2017

iii. Buku garis panduan latihan industri edisi 2013

iv. Laman rasmi Facebook Lady Dee Event Management

v. Pakej perkahwinan Lady Dee Wedding Planner


LAMPIRAN
Gambar 1 : Pandangan dari luar pejabat dan Dewan D’Cattleya.
Gambar 2 : Pandangan dari luar pejabat.
Gambar 3 : Pandangan dari luar Dewan D’Cattleya.
Gambar 4 : Tempat meletak kenderaan di luar pejabat.
Gambar 5 : Pas pelawat Muzium Negeri.
Gambar 6 : Wedding Fair di Royal Chulan, Seremban.
Gambar 7 : Pelan khemah Karnival Mega Ambang Merdeka.
Gambar 8 : Pelan dewan D’Cattleya.
Gambar 9 : Persiapan ketika majlis perkahwinan.
Gambar 10 : Flyers Festival Kahwin untuk diedarkan di Seremban.
Gambar 11 : Sekitar majlis perkahwinan kaum India.
Gambar 12 : Pelamin untuk majlis perkahwinan kaum India.
Gambar 13 : Sekitar dalam dewan ketika majlis perkahwinan.
Gambar 14 : Persiapan dewan sebelum majlis.
Gambar 15 : Keadaan sekitar dalam dewan sebelum majlis.
Gambar 16 : Hadapan pintu gerbang dewan.
Gambar 17 : Sekumpulan kompang dari Senawang.
Gambar 18 : Perarakan pengantin ketika majlis.
Gambar 19 : Pelamin dalam dewan.
Gambar 20 : Persiapan sebelum majlis.

Anda mungkin juga menyukai