Anda di halaman 1dari 9

BAB 1

Pengenalan Latihan Industri

Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum

pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum

di perakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.

Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu

semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang

sebenar serta berbeza daripada suasana pembelajaran di Politeknik.

Seringkali pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah

yang belum pernah ditempuhi . Tujuan utama buku panduan latihan industri

disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan

menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan

sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh

Politeknik dan juga jabatan firma berkenaan .

1
1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu syarat yang diwajibkan kepada semua

pelajar yang melanjutkan pelajaran di politeknik . Dalam konteks ini, setiap

pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) yang

mengikuti kursus diploma akan menjalani program latihan industri. Tempoh

bagi suatu latihan industri adalah selama enam bulan iaitu selama satu

semester. Dalam proses memilih tempat latihan industri adalah tertakluk

pada para pelajar. Para pelajar diberi kebebasan sepenuhnya dalam proses

tersebut. Namun begitu, ia juga akan dipengaruhi oleh persediaan firma

samada bersedia untuk menerima seseorang pelajar itu. Pihak POLIMAS

iaitu Unit Latihan dan Perhubungan akan bersedia menghulurkan bantuan

sekiranya pelajar masih gagal mendapatkan tempat latihan industri yang

sesuai dengan apa bidang yag diceburi.

Setelah tamat tempoh latihan industri yang ditetapkan, setiap pelajar

dikehendaki menyediakan serta menyempurnakan sebuah buku laporan

Latihan Industri yang rasmi berkenaan dengan tugas-tugas yang dijalankan,

pengalaman yang diperolehi, dan juga pengetahuan yang diterokai dalam

tempoh Latihan Industri. Semasa menjalankan latihan industri di sebuah

firma pelajar dilarang sama sekali mendedahkan sebarang maklumat

mengenai firma kepada pihak-pihak lain kecuali dengan kebenaran pihak

firma tersebut. Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, pelajar

hendaklah mematuhi segala arahan dan peraturan firma. Pelajar yang

melanggar peraturan dan disingkirkan dari firma dan diaggap melanggar

2
etika/peraturan latihan industri boleh dikenakan tindakan mengulang semula

latihan industri.

Proses Program Latihan Industri dapat digambarkan dengan rajah berikut :

Tamat Latihan
INdustri
Menjalankan
Latihan Di Firma
Latihan Industri
Melaporkan Diri
Pada Firma Latihan
Industri

Penempatan
Tempat Latihan
Industri

Proses
Pemilihan
Tempat
Latihan
Industri

Rajah 1.1.1 : Rajah Program Latihan Industri Pelajar POLIMAS

3
1.2 Objektif Latihan Industri

Matlamat atau objektif utama latihan industry diwujudkan adalah untuk

membolehkan para siswazah mempraktikkan teori-teori yang dipelajari

semasa di politeknik di dalam situasi yang sebenar.Selain itu,latihan

industri ini juga diharapkan dapat;

a) Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.

Alam pekerjaan memang penuh dengan cabaran. Dalam Latihan Industri

ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk mengetahui, memahami dan

menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan yang sebenar. Contohnya,

pelajar mungkin menghadapi masalah-masalah semasa latihan industri,

pelajar akan cuba sedaya upaya dan memikirkan cara untuk mengatasi

atau jalan penyelesaian masalah tersebut. Pendedahan awal kepada

alam pekerjaan yang sebenar dapat meyakinkan pelajar apabila pelajar

tamat pengajian dan berkhidmat kepada masyarakat pada masa akan

datang.

b) Membina keyakinan diri.

Semasa pelajar menjalani Latihan Industri, mereka pasti akan

menghadapi pelbagai masalah dan dikehendaki berusaha sendiri untuk

mencari cara penyelesaian masalah itu. Segala keputusan yang dibuat

dan tindakan yang diambil adalah hasil idea mereka sendiri bahawa cara

4
yang mereka ambil dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Secara tidak langsung, lama-kelamaan pelajar akan memupuk sifat

keyakinan diri dan tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan apa jua

masalah.

c) Untuk menanamkan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru.

Setiap pelajar akan mengalami fenomena baru ketika menjalani Latihan

Industri. Ini akan memberi peluang kepada para pelajar mencuba

sesuatu yang baru yang mungkin tidak pernah di lakukan samada

secara teori mahupun secara praktikal. Maka ianya dapat menanamkan

semangat ingin mencuba dalam d

iri setiap pelajar.

d) Mengaitkan teori kepada praktis serta sebaliknya.

Apa yang dipelajari oleh pelajar di Politeknik dapat dimanfaatkan dengan

sepenuhya dalam dunia pekerjaan. Melalui Latihan Industri, pelajar

berpeluang mengaitkan segala pendidikan dan pemahaman teori yang

dipelajari dalam Politeknik dengan pekerjaan yang dilakukan dan begitu

juga sebaliknya. Dengan ini, pelajar dapat melaksanakan tugasnya

dengan lebih efektif lagi dan meningkatkan kualiti kerjanya kerana apa

yang dipelajari di institusi dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

e) Memupuk semangat amanah, sifat bertanggungjawab dan bertolak

ansur.

5
Sikap amanah dan bertanggungjawab adalah penting bagi setiap orang

apabila ingin menempuh duania pekerjaan. Segalanya dapat dipelajari

dan dipupuk oleh pelajar semasa menjalankan latihan industri dan

memerlukan satu aspek penting apabila pelajar melangkah ke dunia

pekerjaan nanti. Di samping itu, sentiasa mempunyai pemikiran yang

positif dan menyingkirkan pemikiran yang negetif adalah amat penting

dari semua aspek situasi. Semangat bertolak ansur bkepada pihak lain

dengan tidak menyinggungkan perasaan orang lain serta menghulurkan

pertolongan dengan hati yang terbuka kepada seseorang yang

memerlukannya juga dapat dipelajari semasa latihan ini.

f) Menanam semangat kerja berpasukan serta menjalinkan hubungan baik

(komunikasi) sesama pekerja serta masayarakat amnya.

Semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja amat

penting dalam kehidupan manusia. Pelajar-pelajar dapat menyedari

kepentingan dan keperluan semangat kerja berpasukan dalam sesebuah

organisasi serta merealisasikan betapa pentingnya perhubungan yang

baik sesama manusia melalui program latihan industri ini.

6
1.3 Objektif laporan

Setiap pelajar yang telah menjalani latihan industri diwajibkan menyediakan

satu laporan lengkap mengenai tugas-tugas yang telah dilaksanakan.

Laporan ini disediakn bertujuaan untuk menerangkan secara ringkas dan

terperinci tugas-tugas yang dilakukan seoajang tempoh latihan.

Antara objekrif laporan industri disediakan adalah untuk :

a) Membolehkan pelajar mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang

tempoh latihan serta melatih pelajar mencari dan mengumpul maklumat

yang tepat serta berguna.

b) Membolehkan pelajar menggunakan cara penulisan dan persembahan

tersendiri bagi menghasilkan satu laporan industri yang bermutu

berpandukan garis panduan yang ditetapkan.

c) Menjadi sumber rujukan kepada pelajar sebagai garis panduan apabila

menempuhi alam pekerjaan nanti.

d) Laporan industri yang disediakan akan mendapat pengesahan daripada

penyelia firma. Oleh itu, laporan industri ini adalah bukti bahawa latihan

telah dijalankan oleh pelajar dengan baik dan sempurna.

e) Membolehkan pihak Unit Latihan & Perhubungan Industri dan

pensyarah menilai aktiviti serta pencapaian pelajar.

f) Melatih pelajar menyediakan laporan kerja yang lengkap sebagai asas

penulisan atau penyediaan sebarang laporan pada masa hadapan.

g) Membentuk sikap pelajar yabg bertanggungjawab atas amanah yang

diberikan oleh sesebuah institusi.

7
h) Dapat mengaplikasikan segala yang diperolehi melalui pratikal dan

pelajar dapat membandingkan dengan teori yang diperolehi di dalam

kelas.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Semasa menjalani latihan industri, pelajar telah didedahkan kepada alam

pekerjaan yang sebenar. Ini akan mengukuhkan lagi keyakinan mereka dan

menilai diri mereka serta dapat mengetahui kekurangan atau kelemahan

yang ada pada diri sendiri dari beberapa segi serta akan cuba berusaha

untuk meningkatkan lagi kebolehan, kemahiran, dan pengetahuan meraka.

Di samping itu, Latihan Industri juga dapat memupuk semangat kepimpinan

pelajar dan sikap tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan baik

dan cemerlang. Pelajar juga turur diakatakan berdisiplin sejurus dengan

pematuhan peraturan-peraturn firma semasa menjalani latihan industri.

Pelajar akan dilatih cara pengurusan masa dan perancangan kerja. Pelajar

yang menjalani latihan industri dapat belajar menyesuaikan diri dalam

masyarakat. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang ramai serta dapat

mengeratkn hubungan persahabatan dengan rakan sekerja.

Selain itu, pelajar akan dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang

pelajaran-pelajaran yang dipelajari semasa menjalani latihan industri.

Misalnya , pelajar yang mengikuti kursus Diploma kejuruteraan Elektronik

Komunikasi dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi dan tidak kurang

8
juga berpeluang untuk mempelajari dunia kejuruteraan dengan lebih

komprehensif lagi.

Pelajar dapat mempraktikkan teori-teori yang dipelajari semasa belajar di

dalam kuliah-kuliah yang dijalankan di POLIMAS. Selain daripada itu,

pelajar juga dapat merasakan suasana bekerja yang sebenar.

Dengan adanya peraturan menulis buku laporan harian setiap hari tentang

aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan , maka pelajar secara tidak langsung

dapat menanam satu tabiat baik iaitu tidak menangguhkan kerja-kerja yang

patut dilakukan pada hari akan datang serta dapat mencatatkan apa yang

telah dipelajari di alam pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai