Anda di halaman 1dari 8

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran
pekerjaan untuk mereka bersaing di pasaran pekerjaan. Memiliki diploma sahaja tidak
menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan yang
relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk
melengkapkan para graduan sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk
meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk
memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi pelajar peluang
pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat
mempertingkatkan kebolehpasarannya (marketability).

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk


menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun
di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka di anugerahkan
penganugerahan Sijil atau Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian.

Tempoh latihan industri yang ditetapkan oleh pelajar politeknik adalah selama 20
minggu iaitu bersamaan dengan satu semester, Dalam sistem politeknik dahulu, latihan industri
dilaksanakan dalam dua sistem iaitu latihan Industri Semester Akhir (LISA) dan Latihan Industri
Semester Empat (LISE). Setelah beberapa kajian dilakukan, terdapat beberapa pemasalahan
yang timbul. Oleh itu, bermula sesi Jun 2016, semua program di bawah Politeknik Malaysia akan
menjalani latihan Industri pada semester akhir. Sehubungan itu, pelajar di bawah sistem LISA
perlu lulus semua kursus yang tersenarai dalam program sebelum layak menjalani latihan
industri. Dengan kata lain, setelah pelajar lulus latihan industri, ia juga bermaksud pelajar telah
tamat pengajian dengan jayanya.

Di samping itu, pelajar diberi kebebasan untuk memilih sendiri tempat untuk menjalani
Latihan Industri sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Pelajar perlulah memilih
tempat yang bersesuai serta berkaitan dengan program supaya pelajar dapat mengaplikasikan
pembelajaran apabila menjalani latihan industri. Sebarang masalah berkaitan tempat Latihan
Industri hendaklah di bincangkan dengan pihak majikan dan sebarang keputusan muktamad
hanya akan dilaksanakan oleh pihak majikan tersebut.
Sepanjang menjalani latihan industri, para pelajar Politeknik dikehendaki mencatatkan
segala tugasan di dalam jurnal refleksi latihan industri yang telah disediakan oleh pihak
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Pelajar perlu mencatatkan tugasan secara harian dan
mingguan. Laporan harian ini boleh dijadikan panduan untuk penyediaan laporan latihan
industri yang lengkap. Laporan Latihan Industri yang telah lengkap akan dihantar dan akan
disemak oleh pensyarah bagi tujuan pemarkahan. Dengan adanya buku laporan ini, para pelajar
dapat memberi serba sedikit maklumat dan aktiviti yang diperolehi semasa menjalani Latihan
Industri.

Latihan Industri memainkan peranan penting bagi mendedahkan keadaan alam


pekerjaan yang sebenar kepada para pelajar supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapi
alam pekerjaan kelak. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri juga dapat membantu para
pelajar untuk memahami dengan lebih jelas lagi tujuan subjek yang dipelajari di bilik kuliah
untuk diaplikasikan semasa menjalani Latihan Industri. Suasana semasa menjalani Latihan
Industri dan suasana pembelajaran secara teori memberi suasana berbeza sekiranya
dibandingkan. Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua keadaan ini adalah saling
memerlukan antara satu sama lain. Pengetahuan yang diperolehi melalui pembelajaran secara
latihan praktikal akan memberi kesan yang lebih mendalam terhadap pemahaman dan
pemikiran pelajar jika dibandingkan pembelajaran secara teori. Oleh itu, Program latihan
industri diwajibkan untuk semua pelajar supaya pelajar mempunyai daya saing yang lebih tinggi
di pasaran pekerjaan. Dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa
menjalani latihan industri, para graduan akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan
selepas tamat pengajian kelak.

1.2 Objektif latihan industri


Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk mencapai
kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan berdasarkan beberapa objektif.
Antara objektifnya adalah seperti berikut: -

 Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar kepada alam
pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal
dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara
terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan
lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan.
Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa
menjalani latihan industri.

 Meningkatkan kebolehan pelajar dengan lebih baik.

Latihan industri ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih
baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh
dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan.
Latihan industri juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang
pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan
bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-
menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar
menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan
berkekalan pada masa hadapan. Melalui latihan industri juga, pelajar dapat menangani
sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.
 iii. Menanamkan semangat kerja berpasukan.

Di dalam sesebuah syarikat, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai lapisan pekerja
seperti berlainan bangsa, jantina, umur, agama dan ilmu pengetahuan. Dengan itu,
pergaulan mesra yang diwujudkan antara pelajar dan pekerja dapat memudahkan sesuatu
pekerjaan itu diselesaikan melalui perbincangan dan bantuan daripada pekerja lain. Oleh
itu, Latihan Industri ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mempelajari cara
mewujudkan semangat kerja berpasukan ketika bekerja di sesebuah organisasi dan di
samping itu pergaulan mesra antara pelajar dan pekerja juga dapat mengeratkan
hubungan sillaturrahim.

 Menanamkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam diri pelajar.

Latihan Industri juga dapat menanamkan sifat-sifat murni dalam diri seseorang
pelajar. Antaranya ialah sifat amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
yang diarahkan. Di samping itu, menjaga kerahsiaan firma, juga dapat mendidik seseorang
pelajar menjadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab dan harus dipikul sepanjang
bekerja di sesebuah firma kerana kerahsiaan firma merupakan satu aspek penting yang
perlu dijaga.

iv. Meningkatkan disiplin pelajar.

Disiplin sangat penting baik bagi masyarakat mahupun mahasiswa. Setiap


syarikat swasta mahupun kerajaan, semuanya terikat dengan disiplin. Disiplin ini juga yang
membantu memajukan sesebuah syarikat kerana dengan disiplin ia dapat melahirkan
modal insan yang lebih cemerlang dalam setiap tindakan. Secara tidak langsung ketika
pelajar menjalani Latihan Industri mereka akan terikat dengan peraturan-peraturan dan
disiplin yang ditetapkan syarikat.

1.3 Objektif laporan latihan industri.

Laporan latihan industri adalah dokumen yang disediakan berdasarkan buku laporan
harian yang telah dicatatkan mengikut pengalaman yang diperolehi sepanjang latihan industri
dijalankan dan laporan Latihan Industri yang telah lengkap akan diserahkan kepada pihak
Politeknik selepas tamat Latihan Industri untuk dinilai. Terdapat beberapa tujuan atau objektif
laporan Latihan Industri ini perlu dihasilkan oleh setiap pelajar.

Tujuan penulisan laporan Latihan Industri ini adalah untuk menilai sejauh mana
keberkesanan Latihan Industri yang telah dijalani oleh pelajar sepanjang sesi tersebut. Laporan
ini adalah penting kerana ia merupakan dokumen yang menjadi bahan bukti kepada latihan
yang diikuti oleh pelajar. Ia juga digunakan sebagai satu cara mendokumentasikan segala
aktiviti-aktiviti yang di jalankan di firma tersebut sepanjang latihan yang dijalankan.

Laporan Latihan Industri ini perlu disediakan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Laporan yang ditulis mestilah kemas dan menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh orang yang membacanya. Oleh itu, pelajar dapat mendisiplinkan diri dengan
menulis laporan mengikut format yang telah diberi. Sehubungan dengan itu, pelajar akan
bekerja keras untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan laporan dalam masa yang telah
ditetapkan.

Antara objektif lainnya adalah untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar
terhadap apa yang telah diperolehi dengan menterjemahkan dalam bentuk penulisan. Jika
para pelajar begitu memahami tugasan yang dilakukannya semasa menjalani Latihan Industri,
mereka akan dapat menyediakan laporan dengan maklumat yang lengkap dan padat. Secara
tidak langsung pelajar dapat memperbaiki kemahiran komunikasi semasa berinteraksi dengan
pekerja dalam bidang professional untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Secara kesimpulannya, Laporan yang baik dan bermutu mampu memberi


pemahaman yang baik kepada pelajar dan dapat menjadi rujukan kepada pensyarah untuk
menilai tahap kefahaman pelajar tentang kursus yang di ambil. Oleh itu, Sesuatu tugasan yang
cemerlang tidak memberi makna jika tidak dapat dilaporkan dalam sebuah laporan yang baik.
Oleh yang demikian, penulisan laporan memerlukan perhatian khusus dari penulis.

1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar.

Latihan industri sangat penting dalam menilai kebolehan pelajar di alam pekerjaan
untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian. Semasa
menjalani latihan industri, pendedahan pada alam pekerjaan yang sebenar akan mengukuhkan
keyakinan diri pelajar pada masa hadapan. Pelajar dapat merasai perbezaan antara suasana
pekerjaan dengan suasana perbelajaran. Semasa menjalani latihan industri, semangat
kerjasama dapat dipertingkatkan iaitu para pelajar akan menyedari tanggungjawab dan peranan
diri sebagai anggota firma tersebut dengan melakukan sesuatu kerja secara bersama dan
menikmati faedah bersama dengan sikap yang bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri.

Selain itu, para pelajar juga akan mengetahui kelemahan dan kekurangan diri sendiri
dari segi pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu, para pelajar akan cuba berusaha dengan
sepenuhnya untuk mempertingkatkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan diri. Tidak dapat
dinafikan bahawa corak pembelajaran yang hanya mementingkan kemahiran teori adalah sia-
sia sahaja tanpa mengetahui aplikasi teori itu. Maka latihan industri adalah mengaplikasikan
teori yang dipelajarinya di politeknik. Secara tidak langsung melalui latihan industri, pelajar akan
lebih berinovasi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bekerja.

Selain itu, pelajar berpeluang untuk mempelajari cara berkomunikasi bersama majikan
dan staf yang lebih berusia. Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam menjalankan
sesuatu pekerjaan, tanpa komunikasi yang baik, ketidaksefahaman pasti wujud dan boleh
menyebabkan pegaduhan dan sekaligus dapat menjejaskan prestasi syarikat.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri
dalam hal-hal berkaitan masa dan tingkahlaku. Disiplin amat penting dalam setiap pekerjaan.
Setiap syarikat swasta mahupun kerajaan, semuanya terikat dengan disiplin. Disiplin ini juga
yang membantu memajukan sesebuah syarikat kerana dengan disiplin ia dapat melahirkan
modal insan yang lebih berjaya dalam setiap tindakan. Secara tidak langsung ketika pelajar
menjalani Latihan Industri mereka akan terikat dengan peraturan-peraturan dan displin yang
ditetapkan syarikat.

Secara keseluruhannya, Program latihan industri diwajibkan untuk semua pelajar dalam
program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi, iaitu peringkat Sijil, Diploma
dan Sarjana Muda, supaya pelajar mempunyai daya saing yang lebih tinggi di pasaran
pekerjaan. Dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa menjalani
latihan industri, para siswazah akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan selepas
tamat pengajian kelak. Namun demikian, latihan industri ini perlu sentiasa ditambahbaik supaya
pelajar mendapat manfaat daripada program latihan industri.

Anda mungkin juga menyukai