Anda di halaman 1dari 10

PERAKUAN PELAJAR

“Dengan mengemukakan laporan ini, saya dengan ini mengisytiharkan

bahawa maklumat dalam laporan akhir ini adalah benar dan ia dilakukan

sendiri. Saya telah mengkreditkan semua sumber yang berkaitan. Laporan

akhir latihan industri yang dibuat adalah untuk memenuhi syarat bagi

mendapatkan diploma dalam Kejuruteraan Elektronik.

Tandatangan :

Nama Pelajar : VALERY PHLIPPE ANAK NYINOH

No Pendaftaran : K171GETN026

Tarikh : 16 SEPTEMBER 2022

DISEDIAKAN OLEH

Nama Penyelia : HARPAL SINGH

Organisasi : ORTUSTECH (MALAYSIA) SDN BHD


Tarikh : 16 SEPTEMBER 2022

KOLEJ VOKASINAL SERI MANJUNG

BIODATA PELAJAR

NAMA : VALERY PHILIPPE ANAK


NYINOH

NO. PENDAFTARAN : K171GETN026

NO. KAD PENGENALAN : 021110-08-0105

KURSUS : DIPLOMA KEJURUTRERAAN


ELEKTRONIK

JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN


ELEKTRONIK
INSTITUSI : KOLEJ VOKASIONAL SERI
MANJUNG

FIRMA LATIHAN : ORTUSTECH(MALAYSIA) SDN


BHD

NAMA PENYELIA : HARPAL SINGH

TEMPOH LATIHAN :4 APRIL 2022 - 16 SEPTMBER


2022

PENGHARGAAN

Salam sejahtera,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya,saya

mampu menamatkan latihan industri di ORTUSTECH MALAYSIA SDN BHD

dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan serta dapat menyiapkan

laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki. Pertama

sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang

membantu saya menjayakan latihan industri ini. Selain itu juga, saya

berterima kasih kepada Encik Khairil Azuan selaku peyelia Organisasi yang

membantu saya untuk menjalani Latihan Industri di OMSB ini.

Seterusnya, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Tuan Haji

Mustafa dan Puan Hajah Zamrudah di Kolej Vokasional Seri Manjung dan

semua kakitangan di dalamnya yang selama ini telah memberi tunjuk ajar

dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa

saya yang sentiasa menyokong saya dan selalu mendoakan kejayaan saya.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-

sahabat seperjuangan saya dalam menamatkan latihan industri ini.

Kerjasama dan usaha yang dikongsi bersama tidak dapat saya lupakan dan

juga kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung dalam

usaha menamatkan latihan industri ini.

Sepanjang menjalani Latihan Industri di sini, saya amat berpuas hati

dengan layanan yang diberikan oleh warga OMSB yang banyak membantu

saya untuk kekal berada di sini sehingga tamat Latihan Industri. Akhir kata,

hanya Allah Taala sahaja saya serahkan segala urusan, semoga kita semua

diberi taufiq dan hidayat untuk menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang

diredhai di dunia dan di akhirat.

Sekian, Terima Kasih.

BAB 1

PENGENALAN LATHAN INDUSTRI


1.1 Pengenalan

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib dan satu mata pelajaran

yang perlu diikuti oleh setiap pelajar semester 4 di kolej vokasional untuk

membolehkan pelajar bergraduat. Para pelajar perlu menjalani Latihan

Industri atau dikenali sebagai ‘Praktikal’ selama satu semester seperti yang

telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Antara objektif utama Latihan Industri

diwujudkan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada agensi

yang berkaitan dengan program yang diambil semasa di kolej vokasional

selain daripada membiasakan pelajar dengan suasana pekerjaan yang

sebenar. Bukan itu sahaja, ianya juga diadakan bagi menanam semangat

kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja. Selain itu, Latihan

Industri ini membolehkan pelajar melihat perkaitan antara teori yang

dipelajari di dalam kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan semasa

di alam pekerjaan yang sebenar kelak.

Di samping itu juga, pelajar sendiri dapat mengukuhkan keyakinan diri

mereka ke alam pekerjaan melalui pengalaman yang ditimba, ianya boleh

dijadikan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan di masa

akan datang. Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan

sumber rujukan kepada pelajar lain yang ingin mencari maklumat bagi

menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Justeru itu, objektif khusus Latihan

Industri ini diadakan adalah untuk menganalisis pengalaman pelajar dalam

bidang yang diceburi, mempamerkan kemahiran teknikal yang ada pada

setiap pelajar, menguji kemahiran berfikir secara kritis pelajar dalam


menyelesaikan masalah, memimpin, berinteraksi dan bekerjasama secara

efektif dalam melaksanakan tugas dan projek, dan mempamerkan komitmen,

ciri profesionalisme, etika dan budaya kerja yang cemerlang semasa

menjalani Latihan Industri.

Pelajar juga akan dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran

dan mempunyai pengalaman yang luas. Disamping itu, pelajar juga diajar

dan diterapkan dengan etika kerja yang tinggi serta peraturan semasa

berada di tempat kerja.Pelajar juga dikehendaki untuk membuat Laporan

Harian didalam Buku Logl yang telah disediakan oleh pihak kolej dan perlu

diserahkan kepada penyelia yang bertanggungjawab untuk diperiksa dan

ditandatangani.Ini merupakan langkah yang bagus kerana pihak industri

boleh melihat prestasi pelajar dan dapat mengenalpasti kebolehan dan

kelemahan pelajar yang perlu diperbaiki.

Selain itu, Pensyarah daripada kolej juga akan datang melawat ke firma

dimana pelajar menjalani Latihan Industri untuk melihat perkembangan dan

berjumpa dengan pengurus dan pengawai yang berkenaan untuk

mengetahui prestasi dan keadaan pelajar semasa menjalani Latihan Industri

disyarikat milik mereka.


1.2 Pendahuluan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat pelajar menamatkan


Latihan Industri ini dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta
menyediakan laporan industri pelajar pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh
pihak politeknik.

Dalam tempoh 6 bulan iaitu bermula 4 April 2021 sehingga 16 September 2021,
pelajar telah menjalankan Latihan industri di Ortustech Malaysia Sdn Bhd. Dalam
tempoh 2 bulan ini, pelajar dapat mempelajari banyak perkara yang baharu
terutamanya berkaitan dengan mesin. Disini, pelajar lebih mahir untuk mengenalpasti
masalah, mencuba untuk membaiki mesin yang saya tahu dan mengetahui setiap
fungsi bahagian mesin yang pelajar jalankan. Selain itu, pelajar perolehi kemahiran
untuk mengendali mesin dan mengetahui cara cara untuk mendapatkan ‘output’ yang
banyak. Walaupun kerja yang pelajar laksanakan ini tidak mengikut apa yang pelajar
pelajari di kolej tetapi ianya dapat membuatkan pelajar faham dan lebih peka untuk
mengendali sesuatu kerja dengan baik.

Sudah terang lagi bersuluh, Latihan industri ini adalah lebih banyak
memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar.
Di samping itu, dengan wujudnya Latihan industri ini, pelajar akan dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang luar biasa serta dapat membuka minda
untuk memikirkan penyelesaian bagi sesuatu masalah dalam situasi sebenar
1.3 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri:

i. Memberi personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah,


berkeyakinan dan bertanggungjawab.
ii. Memberi personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah,
berkeyakinan dan bertanggungjawab.
iii. Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar.
iv. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
v. Memahami budaya kerja sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
vi. Mengaitkan teori yang dipelajari semasa di koolej dengan apa yang dipraktikan di
tempat Latihan.
vii. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar.
viii. Menilai kemampuan diri dalam menghadapi segala cabaran dan sikap majikan.

1.4 Objektif Laporan

i. Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan
oleh pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
ii. Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang diperolehi semasa
menjalani Latihan Industri.
iii. Menguji kemampuan pelajar dalam mendokumentasikan aktiviti kerja harian
sepanjang tempoh Latihan indakan dengan teratur dan lengkap.
iv. Membiasakan diri pelajar untuk menyediakan laporan supaya lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran yang lebih tinggi.
v. Menambahkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar untuk
berkomunikasi dengan majikan dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
laporan Latihan industri.
vi. Meningkatkan tahap disiplin pelajar dalam mengurus masa dengan bijak.
vii. Sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.
1.5 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik, telah diwajibkan untuk


menjalani Latihan Industri selama satu semester. Bagi pelajar yang mengambil
Diploma, mereka akan menjalani Latihan Industri pada semester yang keenam.
Latihan Industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk
di anugerahkan Diploma tersebut.

Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan


kepada pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam
pekerjaan yang sebenar, pendedahan awal seperti menjalani Latihan Industri dapat
memantapkan jati diri pelajar selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk
meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperoleh sijil atau diploma
mereka.

Selain itu, dengan adanya Latihan industri ianya dapat membuka minda
pelajar tentang kemajuan teknologi yang digunakan pada masa kini. Pelajar juga
dapat membiasakan diri dengan era kemajuan dan teknologi canggih yang
digunakan serta dapat membiasakan diri dengan rakan sekerja.

Setelah menjalani Latihan Industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui
persekitaran kerja yang sebenar, ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikkan
apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah pada kehidupan yang sebenar. Dengan
cara ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai