Anda di halaman 1dari 35

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

Pengenalan

1.1.1

Pendahuluan Latihan Industri adalah merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum

pembelajaran di Politeknik. Bagi melayakkan seseorang pelajar Politeknik dianugerahi Sijil atau Diploma, pelajar tersebut hendaklah menjalani satu sesi Latihan Industri atau praktikal di mana-mana syarikat atau organisasi yang ditentukan oleh pihak Politeknik bagi pihak pelajar. Bermulanya dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Sistem yang memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 21 minggu atau lima bulan bagi mendedahkan diri kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Politeknik. Selain itu, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah ditempuhi. Hal ini, membolehkan atau meningkatkan semangat para pelajar supaya lebih tekun, dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalani Latihan Industri untuk memperolehi keputusan yang cemerlang untuk semester Latihan Industri serta menjaga nama baik Politeknik. Di samping itu, Latihan Industri djiadikan untuk memberikan bimbingan kepada pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenarnya dan supaya dapat bersedia untuk menerima segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan oleh jabatan atau firma berkenaan. Adalah diharapkan dengan membaca buku laporan ini, pihak tertentu akan dapat menangani segala kerumitan yang timbul dan bagi pelajar, mereka dapat menjalani latihan dengan berjaya dan memberi komitmen sewajarnya disamping mendapat pengalaman daripada latihan yang telah dijalani semasa Latihan Industri.

Ini juga memberi inspirasi dan semangat yang baik kepada seorang pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka mempunyai masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, sesuai dengan saranan Perdana Menteri Malaysia. Inilah cara pendedahan yang baik kepada pelajar untuk memahami dan mendalami situasi bekerja yang sebenarnya.

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri ialah :

i.

Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar supaya apabila pelajar mendapat kerja semasa tamat pengajian tidak merasa asing dengan suasana bekerja sebenarnya.

ii.

Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya atau membolehkan pelajar mempelajari cara-cara melakukan sesuatu tugas dengan betul dan sempurna.

iii.

Mempraktikkan peraturan-peraturan keselamatan yang telah diterangkan oleh pensyarah amnya dan pengurus khasnya supaya ia dapat menjadikan pelajar seorang yang sentiasa menjaga keselamatan diri dan menjaga nama baik Politeknik semasa latihan.

iv.

Mengajar dan menanam semangat berpasukan, bertolak-ansur, bertanggungjawab, amanah dan berketerampilan yang baik supaya mudah untuk berdamping dengan masyarakat luar setiap masa.

v.

Menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengalaman disamping mempunyai teori-teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil di Politeknik dan sekaligus menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri dalam diri setiap pelajar.

vi.

Meningkatkan motivasi diri pelajar agar mereka punyai semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka. Seterusnya memberi banyak pengajaran kepada pelajar Politeknik agar sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi bekerja dari segi mental dan fizikal.

1.1.3

Objektif Laporan Industri

Objektif laporan latihan industri kepada pelajar ialah :

i.

Sebagai tugasan yang wajib dibuat bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan setelah selesai menjalani Latihan Industri. Ia disediakan berdasarkan apa yang telah dilakukan semasa menjalani Latihan Industri berpandukan segala garis panduan dan format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Kuching Sarawak.

ii.

Untuk melatih pelajar agar mereka boleh menulis laporan berkaitan dengan apa yang dipelajari oleh pelajar.

iii.

Pelajar juga boleh membuat kaitan diantara proses kerja yang dilakukan oleh firma dengan teori yang telah dipelajari di Politeknik Kuching Sarawak

iv.

Di samping itu, pelajar juga boleh belajar bagaimana untuk menulis sebuah laporan yang baik dan lengkap.

v.

Menerangkan dengan kerja-kerja amali dan teori yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri.

vi.

Buku laporan industri merupakan satu syarat untuk lulus dalam semester Latihan Industri.

vii.

Ianya memberi penerangan jelas berkenaan latar belakang syarikat, objektif, tujuan dan juga matlamat syarikat itu ditubuhkan.

1.1.4

Kepentingan latihan industri kepada pelajar Bagi setiap pelajar bidang pengajian perniagaan dalam pengurusan

mahupun bidang-bidang lain dari pelbagai institusi awam, latihan industri merupakan salah satu cabang sukatan pelajaran yang diwajibkan kepada para pelajar. Bagi pelajar-pelajar Politeknik, mereka wajib menjalani Latihan Industri pada semester keempat bagi kursus Diploma dan semester ketiga bagi peringkat Sijil. Pada semester ini, para pelajar akan menjalani latihan industri lebih kurang lima bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di syarikat, firma dan jabatanjabatan kerajaan mahupun awam atau swasta yang bersesuaian dengan kursuskursus yang diambil oleh para pelajar. Para pelajar harus faham bahawa Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu cabang sukatan pelajaran mereka. Disebabkan inilah latihan industri menjadi syarat wajib kepada para pelajar Politeknik bagi melayakkan mereka dianugerahkan Sijil atau Diploma. Jika mereka mengabaikan latihan industri, secara automatik mereka tidak layak dianugerahi Sijil atau Diploma apabila tamat pengajian kelak. Sewaktu menjalani latihan industri, penekanan yang diberikan adalah mengenai aspek disiplin kerana para pelajar mewakili Politeknik ke syarikat dan firma tempat mereka menjalani latihan tersebut. Sikap serta disiplin para pelajar tersebut akan mencerminkan imej dan reputasi Politeknik di mata pihak luar. Pihak Politeknik mahupun syarikat berhak menghukum para pelajar tersebut sekiranya melanggar peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan dan pelajar tersebut mungkin terpaksa mengulang semula latihan industri. Seterusnya, pentingnya latihan industri kepada pelajar kerana ianya akan memupuk semangat kepada pelajar untuk terus berusaha agar mereka boleh menjadi pelajar yang berjaya di dalam pelajaran dan juga dalam bidang perniagaan mereka suatu masa nanti mahupun dalam bidang yang lain. Latihan industri ini banyak mendedahkan pelajar dengan situasi kerja yang sebenarnya dan banyak mengajar pelajar tentang masalah yang di hadapi semasa bekerja dan pergaulan

pekerja sesama pekerja. Ini banyak memberi pengajaran kepada pelajar samada yang positif mahupun negatif. Sekiranya latihan industri seperti ini tidak dibuat maka pelajar tidak akan tahu bagimana keadaan atau situasi sebenar di alam pekerjaan kerana ianya sangat berbeza sekali mengikut jabatan atau syarikat. Bagi pengurusan sesebuah syarikat dan jabatan kerajaan atau swasta pun tidak sama. Di samping itu, pelajar juga di dedahkan dengan cara atau strategi yang baik untuk membuat pemasaran bagi mendapatkan sesuatu keuntungan. Kemudian pelajar juga banyak mendapat tunjuk ajar dari firma sekiranya firma mengalami masalah iaitu bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang berlaku. Banyak pengetahuan dan kemahiran yang pelajar sendiri dapat melalui latihan industri ini. Akhir sekali, Latihan Industri juga dapat membantu serta menambahkan pengalaman dan pengetahuan pelajar tersebut. Secara tidak lansung, ia turut membuka minda serta mematangkan pemikiran pelajar tersebut dengan pendedahan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.

1.2

Sejarah dan Latar Belakang Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang.

1.2.1

Pengenalan Tabung Baitulmal Sarawak merupakan sebuah institusi Islam yang telah

menampakkan kewujudannya dalam memainkan peranan serta fungsinya di tengah-tengah masyarakat Islam Sarawak. Selain sebagai agen pelengkap kepada jentera kerajaan, Tabung Baitulmal Sarawak adalah satu-satunya institusi zakat di negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan hal ehwal Zakat, Wakaf, Sadaqatul Jariah umat islam. Dalam usaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut, Tabung Baitulmal Sarawak berusaha gigih agar setara dengan agensi lain dan seiring dengan hala tuju pembangunan arus perdana negara khususnya dalam aspek mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian dan tadbir urusnya. Lantaran itu, Tabung Baitulmal Sarawak berusaha menambahkan prasarana dan kemudahan bagi kemaslahatan ummah, khususnya mereka yang hendak menunaikan tuntutan kefardhuan berzakat. Maka,Tabung Baitulmal Sarawak telah mengambil langkah membuka sembilan buah pejabat cawangannya di seluruh negeri Sarawak. Salah satu daripada cawangannya ialah pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang.

1.2.2

Latar belakang penubuhan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah salah satu

daripada pejabat Tabung Baitulmal Sarawak yang didaftarkan di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak pada tahun 1984. Terdapat sembilan buah pejabat cawangan yang ditempatkan bagi setiap bahagian di seluruh Sarawak dan pejabat pusat terletak di Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Kuching. Seterusnya, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang telah ditubuhkan pada Disember 1993. Pada awal penubuhan, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang membuka kaunter bertempat di Pejabat Agama Islam Limbang secara sementara. Pada bulan Ogos 2005, Tabung Baitulmal Sarawak telah berpindah tempat baru di Bangunan Tabung Haji atas sebab kawasan yang agak luas dan strategik. Pada awal penubuhan, hanya terdapat tiga pegawai yang dilantik dan diarahkan untuk mengurus dan mentadbir. Pegawai yang dilantik adalah Encik Junidi bin Lamat selaku Ketua Cawangan, Encik Hashim bin Abdul Latip selaku Pegawai Cawangan dan Puan Siti Azliyani binti Jasini juga selaku Pegawai Cawangan. Tetapi pada pertengahan bulan Mei 2008, seorang staf baru telah diambil untuk bekerja di cawangan Limbang iaitu Puan Erna Osman bagi menggantikan Puan Siti Azliyani yang telah berpindah ke pejabat Tabung Baitulmal Cawangan Sibu. Meskipun demikian, banyak program telah dapat dilaksanakan dengan lancar, terutamanya dalam program dakwah zakat. Sehinggalah bulan Disember 2008, Pejabat Tabung Baitulmal Cawangan Limbang berpindah di bangunan sendiri yang terletak di Bangunan Lakil. Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang tetap meneruskan operasi seperti biasa walaupun dalam masa yang sama, proses permindahan barang ke pejabat baru sedang dilakukan. Cabaran pengurusan dan pentadbiran Tabung Baitulmal Sarawak secara glokal, khususnya Cawangan Limbang telah mengorak langkah apabila pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak menukar wajah Pejabat Tabung Baitulmal

Sarawak Cawangan Limbang dalam bentuk yang baru yang lebih dinamik dan seragam dengan semua pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak yang lain. Walaupun demikian, sebagai langkah pertama, hanya tingkat bawah (ground floor) sahaja digunakan sebagai pejabat sementara kerana pejabat sebenar yang berada di tingkat satu dalam proses pengubahsuaian. Tingkat satu mula diubahsuai pada awal bulan Disember 2009 dan telah siap pada awal bulan Mac 2009 dan seterusnya beroperasi di tingkat satu pada bulan tersebut juga setelah pemulihan dan pembaikan di lakukan. Setelah berpindah ke tingkat satu bermulanya aktiviti 5S yang memang di amalkan di semua pejabat Tabung Baitulmal Sarawak. Sepanjang tempoh penubuhan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang, bermacam aktiviti yang yang dilakukan. Bagi kesinambungan program dakwah zakat dan pentadbiran harian yang bersifat rutin, Ketua cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dan pegawai pejabat telah meneruskan program yang sedia ada di samping merangka perancangan dan pelaksanaan program-program baru untuk tahun 2009 yang tertakluk kepada kemampuan modal insan yang sedia ada sekarang. Tersebut adalah carta organisasi bagi pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang yang mempunyai 3 orang pekerja. Ianya adalah seperti berikut:

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Tuan Haji Abg Mohamad Shibli Bin Haji Abg Mohamad Nailie

Ketua Cawangan Limbang Encik Junidi Bin Lamat

Pegawai Cawangan 1 Encik Hashim Bin Abd. Latip

Pegawai Cawangan 2 Puan Erna Osman

Rajah 1.2.2 Ketua Cawangan dan Pegawai Tabung Baitulmal Limbang

1.2.3

Maksud logo Tabung Baitulmal Sarawak dan perkataan BAITULMAL

Logo Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ini, menunjukkan bahawa warna hijau adalah lambang umat Islam yang membawa maksud Baitulmal adalah penjaga kebajikan umat Islam dan tulisan khat yang membawa maksud Baitulmal mengambarkan keindahan dan kemanisan Islam itu sendiri. Bentuk bulat itu pula adalah semangat bersatu padu di kalangan umat Islam pasti menguatkan lagi keteguhan umat Islam dan ini akan memberi aspirasi untuk mencapai kejayaan bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Warna hitam pula membawa maksud komitmen padu dan mantap dalam memperjuangkan syiar Islam melalui pengurusan wang dan harta. Logo ini hanya dihiasi hiasan yang ringkas sahaja kerana ia mencerminkan bahawa agama Islam mengamalkan kesederhanaan di dalam kesemua aspek kehidupan dan tidak melampau lampau dan mengelakkan pembaziran dalam apa jua aspek. Disamping itu, perkataan BAITULMAL membawa maksud yang tersendiri mengikut sunnah Nabi Muhammad S. A. W dan ahli-ahli sejarah yang lain. Berikut merupakan maksud perkataan BAITULMAL iaitu :

10

B Beriman (Kunci Tindakan). Beriman bukan angan-angan sebaliknya dengan kemantapan hati, ikrar lidah dan terbukti kebenarannya melalui amal perbuatan. ( Nabi Muhammad ) A Amanah (Diri, Keluarga, Masyarakat & Tuhan). Tidak beriman seseorang yang tidak memelihara amanah dan tidak sempurna iman seseorang apabila tidak menepati janji. ( Nabi Muhammad ) I - Ilmu . (Tahu dan Bermaklumat) Teguh mempertahankan pendirian, tidak berganjak mahupun berundur. Dengan adanya ilmu dapat memelihara segalanya. ( Anonim ) T - Tanggungjawab (Pikul Bersama). Bezanya yang tabah dan pengecut bukan kerana yang tabah itu kurang takut tetapi kerana ia dapat mengendali dan menguasai perasaan takutnya dan bertanggungjawab dalam melakukan apa sahaja tugasan. ( Anonim )

U - Usaha. Hanya orang yang terus berusaha akan menikmati hasil jerih perihnya. ( Bung Hatta ) L - Lambang. (Kekuatan/Kesatuan) Setiap orang mempunyai lambang kekuatan tersendiri. ( Anonim ) M - Muhasabah (Menilai/Mengkaji/Memperbaiki). Semua ahli berpeluang mengemuka pendapat, bertukar- tukar fikiran dan menyelesaikan masalah secara bersama. A - Ancaman Dalaman dan Luaran. Sentiasa berwaspada dengan segala masalah dan menyelesaikan dengan betul. L - Lindung melindungi. Sentiasa hidup dalam bantu membantu dan melindungi sesama insan.

11

Oleh itu, setiap maksud yang diberikan mempunyai huraian dan maksud yang tersirat yang tersendiri berdasarkan sunnah Nabi Muhammad S. A. W dan ahli-ahli sejarah yang lain. Manakala Motto TBS ialah BAITULMAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

12

1.2.4

Tujuan penubuhan Tabung Baitulmal Sarawak Tabung Baitulamal Sarawak Cawangan Limbang ditubuhkan adalah

semata-mata untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang beragama islam yang memerlukan bantuan sahaja. Selain itu, tujuan utama penubuhan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang ialah bertanggungjawab dalam memajukan atau mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat islam yang memerlukan bantuan untuk menampung taraf sosio-ekonomi yang tidak stabil. Secara tidak langsung, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang turut membantu meringankan keadaan kemiskinan di kalangan masyarakat islam dan juga memberi bantuan kepada individu-individu bergama islam bagi tujuan pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi yang berkelayakan sahaja mengikut prosedur Tabung Baitulmal Sarawak yang telah ditetapkan. Disamping memberi bantuan, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang juga turut mengadakan dan menyenggarai tempat-tempat ibadat dan tanah perkuburan orang islam. Dalam situasi ini dapat mewujudkan satu masyarakat islam yang sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dan mengeratkan perhubungan silaturahim antara Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dengan penduduk beragama islam. Tujuan utama yang lain ialah Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang juga di pertanggungjawabkan untuk menerangkan tentang zakat kepada masyarakat islam melalui taklimat dan ceramah di jabatan-jabatan, sekolah mahupun surau dan masjid bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada mereka.

13

1.2.5

Objektif Korporat

Objektif korporat penubuhan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah seperti berikut : 1. Untuk memperbaiki sosio-ekonomi masyarakat islam yang memerlukan sahaja di samping juga dalam urusan pengurusan zakat dan wakaf. 2. Selain daripada itu, adalah menyumbang dalam pembangunan ummah melaui program mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan institusi islam. 3. Seterusnya, menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan. 4. Di samping itu sebagai memudahkan pengurusan zakat, sadaqatul jariah dan wakaf dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. 5. Akhir sekali ialah memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju seiring dengan negara-negara lain.

14

1.2.6

Visi dan misi Setiap firma dan jabatan mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam

mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, visi Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang ialah menjadi sebuah organisasi islam yang dinamik dan pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat islam di Sarawak. Dalam merealisasikan sesuatu visi dan misi memerlukan strategi dan perancangan yang teliti dalam melakukan sesuatu. Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat. Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang juga berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mentadbir dana zakat dan dana baitulmal di samping memberi penerangan tentang kewajiban berzakat. Pelanggan-pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah masyarakat islam, badan-badan kerajaan, badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan di mana komitmen Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang ialah meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan masyarakat islam di Sarawak. Di samping itu memudahkan pengurusan zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat islam dan perkembangan semasa. Misi yang lain ialah membangunkan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang sebagai sebuah organisasi islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan. Selain itu, untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa depan dan untuk membangunkan kumpulan pekerja Islam yang professional dan dinamik.

15

1.2.7

Piagam pelanggan Selain daripada objektif korporat, visi dan misi, Tabung Baitulmal Sarawak

Cawangan Limbang juga mempunyai piagam pelanggan yang sentiasa di amalkan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan. Antara perkara-perkara yang dinyatakan dalam piagam pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang ialah : 1. Mentaati, mengamalkan, menghayati dan mengutamakan syariat islam dalam setiap tindakan dan peraturan yang ditetapkan bagi melahirkan pegawai yang berdedikasi, berakhlak mulia, sabar dan sedia untuk membantu. 2. Prihatin terhadap isu dan masalah yang dihadapi pelanggan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cepat, tepat dan berkesan. 3. Piagam pelanggan yang seterusnya ialah setiap kakitangan diberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya agar dapat meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan. 4. Selain itu, bersedia menerima kritikan dan cadangan membina demi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. 5. Akhir sekali memastikan setiap amil yang telah dilantik diberikan kursus pada setiap tahun agar urusan kutipan zakat fitrah berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan.

16

1.2.8

Pembahagian tugas staf pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Pejabat pentadbiran Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Kuching telah

menetapkan pembahagian tugas-tugas staf di setiap pejabat cawangan yang terdiri daripada sembilan buah cawangan pentadbirannya di kawasan negeri Sarawak. Deskripsi tugas bagi staff pejabat cawangan mengikut jawatan yang disandang di Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah seperti berikut :

1.2.8.1

Ketua Cawangan Setiap pejabat cawangan akan dilantik seorang Ketua Cawangan atau

Ketua Unit oleh pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Kuching bagi menguruskan hal ehwal pejabat cawangannya serta sebagai ketua dan penasihat untuk pejabat cawangannya disamping dibantu oleh staff-staff yang lain. Deskripsi tugas Ketua Cawangan atau Ketua Unit sebagai pengurus cawangannya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : a) i. Bahagian laporan Ketua Cawangan dipertanggungjawabkan untuk membuat laporan yang berkaitan dengan laporan bulanan untuk mesyuarat pengurusan pejabat cawangannya dan laporan perancangan tahunan bagi setiap hujung tahun. ii. Selain itu, laporan yang akan dibuat oleh Ketua Cawangan ialah laporan yang berkaitan dengan aktiviti bulanan atau kutipan bulanan serta laporan aktiviti Daie sepanjang bulan untuk dihantar ke Ibupejabat Tabung Baitulmal Sarawak Kuching. b) i. Bahagian pengurusan Dalam bahagian pengurusan, Ketua Cawangan akan mengawalselia staff bawah jagaannya dengan baik dan akan memberi khidmat nasihat kepada staff di bawah jagaannya jika berlaku perselisihan faham atau sebaliknya.

17

ii.

Selain itu, Ketua Cawangan selaku Ketua Unit turut menjaga kebajikan staf di bawah jagaannya dan membuat penilaian prestasi terhadap staf di bawah jagaannya samada staf di bawah jagaannya bersikap buruk atau tidak memuaskan semasa melakukan sesuatu pekerjaan di dalam pejabat.

iii.

Di samping itu, melaksanakan mesyuarat, perbincangan mingguan atau bulanan dan memelihara sistem pengurusan kualiti Tabung Baitulmal Sarawak. c) i. Bahagian kajian dan penyelidikan Bagi bahagian kajian dan penyelidikan pula, deskripsi tugas bahagian tersebut adalah menjaga imej Tabung Baitulmal Sarawak dan akan menjaga kepentingan bersama antara staf di bawah jagaanya. ii. Seterusnya menjaga sistem kerja yang dilakukan di pejabat dengan sistematik dan efektif serta turut bertugas di khidmat pelanggan bagi segala urusan yang berkaitan. iii. Akhir sekali deskripsi tugas Ketua Cawangan ialah menberi penjelasan tentang produk-produk bantuan yang disediakan di Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang yang merangkumi bantuan pendidikan institut Pengajian Tinggi, bantuan kebajikan dan bantuan organisasi.

18

1.2.8.2

Pegawai Cawangan Manakala untuk deskripsi tugas Pegawai Cawangan adalah seperti

berikut. Antara bahagian-bahagian deskripsi tugas Pegawai Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang pula merangkumi sembilan bahagian iaitu seperti yang akan dinyatakan dalam setiap bahagian di bawah : a) Bahagian operasi kaunter i. Mengendalikan perjalanan operasi kutipan kaunter di pejabat Tabung

Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dan mengendalikan semua wang tunai dan cek yang dikutip dengan teratur dan selamat dalam urusan pembayaran zakat dan sumbangan wajib. ii. Memberi penjelasan tentang hal ehwal zakat pendapatan gaji, sumbangan wajib dan pengurusan amil ketika ceramah atau taklimat zakat yang diadakan.

iii.

Memproses dan mengeluarkan resit rasmi bagi semua wang tunai dan cek yang diterima samada di kaunter zakat atau serahan tangan daripada pihak organisasi atau jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. b) i. Bahagian urusan zakat Melaksanakan urusan kutipan zakat dan fidyah di kaunter zakat serta mengendalikan segala urusan berkaitan zakat pendapatan gaji bulanan daripada pembayar atau pemotong zakat Potongan gaji.

ii.

Mengemaskini data untuk semua jenis zakat dari semasa ke semasa dan menyediakan maklumat untuk laporan samada untuk zakat potongan gaji atau kutipan bulanan.

19

c) i.

Bahagian sumbangan wajib Mengendalikan keseluruhan kutipan sumbangan wajib daripada pihak majikan dan individu di kaunter dalam urusan pembayaran dalam bentuk wang tunai ataupun cek.

ii.

Mengikut penguatkusaan undang-undang sumbangan wajib yang telah ditetapkan bagi setiap pembayaran berdasarkan dasar gaji. d) Bahagian pengurusan amil Melaksanakan segala urusan berkaitan pengurusan amil apabila berlaku penetapan calon-calon amil yang layak melalui ujian amil bagi setiap tiga tahun dan lain-lain pengurusan amil. e) Bahagian urusan agihan i. Mengendalikan setiap permohonan bantuan di kaunter samada dalam

i.

pengeluaran dan penerimaan borang bantuan dari pemohon. ii. Menentukan kelayakan permohonan dan menentukan kedaiifan / keperluan pemohon bantuan menerusi penentuan gaji kasar diselaras dalam sistem CIDAS MODULES iii. Menentukan jenis bantuan setiap pemohon berdasarkan borang bantuan yang diminta di kaunter Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dan melaksanakan urusan penyiasatan bersama Ketua Cawangan dalam bantuan kebajikan sarahidup . f) i. Bahagian laporan Mengumpul maklumat untuk penyediaan laporan presrasi cawangan bagi setiap bulan seperti kutipan zakat, agihan borang bantuan, perbelanjaan pejabat dan sebagainya.

20

g) i.

Bahagian penerangan Urusan komunikasi pelangan yang datang ke pejabat bagi meminta borang bantuan atau urusan pembayaran zakat.

ii.

Melaksanakan ceramah, taklimat, kursus dan sebagainya bersama dengan Ketua Cawangan bagi setiap pelaksanaan program yang telah ditetapkan pada awal tahun.

iii.

Mengendalikan perjalanan ceramah / taklimat / kursus yang berkaitan dan sebagainya dengan sempurna dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. h) Bahagian khidmat pelanggan Menjalankan dan mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan sasaran Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang bagi setiap urusan yang berlaku di pejabat. ii. Mengekalkan khidmat pelanggan secara berterusan antara staf Tabung Baitulmal Sarawak dengan pelanggan yang datang ke pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang bagi membayar zakat atau meminta borang bantuan. i) Bahagian rekod dan dokumen Memastikan buku rekod surat masuk dan keluar serta buku rekod borang bantuan dan dokumen kutipan dikemaskini

i.

i.

ii.

Memelihara keselamatan buku rekod surat masuk dan keluar serta buku rekod borang bantuan, resit dan sebagainya dalam keadaan yang baik dan tiada yang akan hilang.

iii.

Memastikan buku rekod penerimaan dan pengeluaran surat ataupun borang bantuan berada dalam keadaan baik dan dikemaskini.

21

1.2.9 Sarawak

Produk-poduk yang terdapat di Pejabat Tabung Baitulmal

Cawangan Limbang Seperti yang kita sedia maklum, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang tersendiri seperti organisasi atau firma yang lain. Oleh itu, setiap pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak turut mempunyai fungsi-fungsi dan matlamat yang sama. Pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk menjayakan program bantuan memandangkan ia adalah perancangan jangka panjang dan bertepatan dengan konsep kali. Di samping itu program bantuan dan agihan zakat atau penggunaan dana Tabung Baitulmal Sarawak adalah terbahagi kepada tiga program utama dan satu program lagi merupakan perlaksaan wakaf iaitu :

1.2.9.1

Program mengukuhkan tradisi keilmuan Pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak memandang berat dan

serius dalam usaha memartabatkan umat islam supaya menjadi insan yang berwibawa, berketerampilan, disegani dan paling utama menjadi intelektual yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Sacara tak langsung pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah melancarkan program-program bantuan di setiap pejabat cawangannya. Bagi program mengukuhkan tradisi keilmuan terdiri daripada enam pecahan utama aktiviti iaitu : 1) Bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi mahupun luar negara. Skop bantuan Institut Pengajian Tinggi dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di semester 1 tahun satu sahaja pada peringkat Matrikulasi, Diploma atau Ijazah pertama atau mana-mana kursus sijil selama enam bulan ke atas bagi membolehkan

22

mereka mendatfarkan diri. Manakala skop Institut Pengajian Tinggi luar negara pula dikhususkan bagi peringkat Ijazah sahaja dan sebagai bantuan sokongan kepada pemohon. 2) Bantuan pengajian ke Timur Tengah Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang menuntut di mana-mana institusi Agama di Timur Tengah. Skop bantuan adalah untuk peringkat pengajian intensif bahasa arab, Diploma, Ijazah dan peringkat seterusnya. 3) Bantuan pengajian bidang agama Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dalam bidang agama selain di Timur Tengah. Skop bantuan adalah untuk pengajian di peringkat sijil atau kursus yang melebihi 12 bulan ke atas, Matrikulasi, Diploma, Ijazah dan peringkat seterusnya. 4) Bantuan pengajian sekolah Agama atau Arab Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang meneruskan pengajian pada peringkat Thanawi dalam negeri. Skop bantuan adalah bagi pengajian pada peringkat Thanawi 1 sehingga tingkatan 6 atas di mana-mana sekolah atau Madrasah Arab dalam negeri. 5) Bantuan pengajian Tahfiz Al-Quran Membantau meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang mendapat tawaran melanjutkan pelajar dalam bidang tahfiz Al-Quran. Skop bantuan adalah bagi peringkat Sijil, Diploma mahupun Ijazah di mana-mana sekolah, Madrasah ataupun Institusi dalam negeri yang diiktiraf.

23

6)

Bantuan kertas projek ( Tesis ) Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar islam yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi dalam negeri yang kurang kemampuan untuk menyiapkan kertas projek ( tesis ). Skop bantuan adalah bagi pelajar tahun akhir pengajian di peingkat Ijazah Pertama sahaja. Contoh borang permohonan bantuan yang digunakan dalam program mengukuhkan tradisi keilmuan adalah seperti dalam gambarajah 1.2.9.1 ( a)

Gambarajah 1.2.9.1 ( a ) Borang permohonan bantuan pendidikan dalam program mengukuhkan tradisi keilmuan

24

1.2.9.2

Program memantapkan kebajikan ummah Sejajar dengan peranannya, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengorak

langkah bergerak ke hadapan bagi membela nasib umat islam yang terhimpit dalam kemiskinan dan kemalaratan hidup. Umpamanya golongan mustadafin (golongan yang lemah ) yang amat memerlukan sokongan dan bantuan termasuk saraan hidup seperti bekalan makanan asasi. Pihak Tabung Baitulmal Sarawak dan pejabat cawangan telah mewujudkan satu lagi program kemasyarakatan bagi menghulurkan bantuan kepada golongan ini daripada dana yang ada. Oleh itu terdapat enam aktiviti pecahan utama bagi program memantapkan kebajikan ummah iaitu : 1) Bantuan rawatan / perubatan dan pembedahan kepada pesakit Membantu meringankan bebanan kewangan para pesakit islam yang tidak berkemampuan iaitu yang dirujuk oleh pihak hospital bagi menjalani rawatan perubatan. Skop bantuan adalah membiayai rawatan berulang samada kritikal dan pembedahan kritikal bagi golongan fakir atau miskin sahaja. 2) Bantuan fardhu kifayah Membantu menjelaskan bayaran pengurusan jenazah orang yang tidak berwaris atau berwaris seperti dari golongan fakir atau miskin bagi yang diuruskan oleh badan kebajikan. Skop bantuan adalah seperti membiayai kos perbelanjaan pengurusan jenazah yang diuruskan oleh Badan Kebajikan yang diiktiraf oleh kerajaan. 3) Bantuan sara hidup fakir miskin Membantu meringankan bebanan kewangan para fuqara muslim Sarawak yang tidak ada tempat bergantung atau sudah uzur supaya mereka tidak akan terus hidup melarat dan kebuluran dalam kemiskinan hidup. Skop bantuan adalah bagi bantuan sara hidup bulanan kepada mereka yang uzur dan tidak kemampuan untuk menghasilkan pendapatan bagi menampung keperluan hidup mereka.

25

4)

Bantuan kecemasan bencana alam Membantu meringankan bebanan kewangan para fuqara muslim atau mangsa bencana alam dengan menyediakan bantuan yang sewajarnya seperti dalam bentuk bekalan makanan, pakaian atau sebaliknya. Skop bantuan adalah bagi mangsa yang dilanda musibah seperti bencana alam dan keluarga yang kematian orang yang memberi sumber pendapatan dan tiada meninggalkan apa-apa simpanan yang mencukupi bagi dirinya dan keluarga.

5)

Bantuan bagi Asnaf Al- Gharimin ( menyelesaikan hutang ) Membantu meringankan bebanan kewangan pelajar islam Sarawak yang menuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menanggung hutang yuran pengajian dengan pihak Universiti yang menyebabkan mereka hilang taraf sebagai pelajar sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan. Skop bantuan adalah bagi menyelesaikan hutang untuk yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam pelajar yang tertunggak.

6)

Bantuan am bagi Asnaf Muallaf Membantu meringankan bebanan kewangan bertujuan untuk menjinak hati mereka yang baru memeluk islam setelah diputus hubungan oleh ahli keluarga dan tiada sumber kewangan pada tempoh tertentu untuk menampung keperluan hidup mereka. Skop bantuan adalah bagi muallaf yang diputus hubungan oleh ahli keluarga dan tiada sumber kewangan serta tempat untuk bergantung setelah hubungan kekeluargaan diputus.

26

Contoh borang permohonan bantuan yang digunakan dalam program memantapkan kebajikan ummah adalah seperti dalam gambarajah 1.2.9.2 ( a)

Gambarajah 1.2.9.2 ( a ) Borang permohonan bantuan kebajikan dalam program memantapkan kebajikan ummah

27

1.2.9.3

Program membangunkan Institusi Islam Institusi islam adalah lambang serta syiar keagungan ajaran islam itu

sendiri maka sewajarnya ia diberi kedudukannya yang istimewa dan keutamaan oleh masyarakat islam. Berkesinambungan dengan itu, Tabung Baitulmal Sarawak dan pejabat cawangan yang lain seperti pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang telah meletakkan suatu gagasan demi membantu institusi islam yang memerlukan bantuan berupa kelengkapan asas Masjid dan Surau seperti sejadah, karpet, mushaf Al-Quran, yassin dan sebagainya. Manakala badan-badan kebajikan yang lainnya turut mendapat imbalan yang berpatutan draipada Tabung Baitulmal Sarawak dengan tujuan memperkasa serta merangsang aktiviti kemasyarakatan dan melebarkan ruang lingkup dakwah islamiah di Sarawak. Dengan yang demikian, terdapat tiga pecahan aktiviti bagi program membangunkan institusi islam iaitu :

1)

Bantuan asas Masjid dan Surau Membantu meringankan bebanan kewangan Masjid dan Surau yang tidak berkemampuan atau serba kekurangan dengan menyediakan bantuan bagi tujuan baikpulih dan kelengkapan di dalam Masjid dan Surau. Skop bantuan adalah untuk membaiki kerosakan asas atau menampung pembinaan yang belum siap atau membekalkan peralatan bagi keperluan beribadah atau membantu aktiviti-aktiviti keagamaan atau majlis ilmu yang boleh membangun ummah.

2)

Bantuan kepada badan-badan kebajikan dan organisasi untuk kerja kemasyarakatan. Membantu meingankan bebanan kewangan khusus untuk membantu badan-badan agama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan mahupun aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan di negeri Sarawak.

28

3)

Bantuan untuk seminar dan bengkel pendidikan pelajar Bantuan kewangan kepada badan-badan bagi tujuan penganjuran seminar atau bengkel pendidikan untuk kecemerlangan pelajar. Skop bantuan adalah khusus untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Pelajar atau Badan Non Government Organization(NGO) yang berdaftar bagi tujuan tersebut. Contoh borang permohonan bantuan yang digunakan dalam program membangunkan institusi islam adalah seperti dalam gambarajah 1.2.9.3 ( a)

Gambarajah 1.2.9.3 ( a ) Borang permohonan bantuan organisasi bagi program membangunkan institusi islam

29

1.2.9.4

Perlaksanaan wakaf Tabung Baitulmal Sarawak dan pejabat cawangan-cawangannya telah

dipertanggungjawabkan untuk mentadbir harta-harta wakaf dan sebagai pemegang amanah ke atas tanah-tanah yang di wakafkan olehi setiap pewakaf yang ingin mewakafkan. Peranan Tabung Baitulmal Sarawak bagi pihak Majlis Islam Sarawak hanya berkaitan dengan penyediaan daftar dan rekod serta dokumen bagi tujuan pemantauan dan pembayaran cukai tanah. Ini penting supaya hak milik tanah tersebut sentiasa terjamin dan terkawal. Selain itu dalam pendekatan meneruskan amalan mewakaf harta secara tradisional seperti membina tempat beribadah (masjid / surau), tempat-tempat pengajian (sekolah / madrasah), pembangunan premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kebajikan ini secara tidak langsung dapat meneroka dan melaksana amalan wakaf secara moden yang sesuai dengan peredaran zaman terkini.

1.2.9.4.1 Pengertian wakaf Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain ( benda ) yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan. Perkataan WAKAF berasal dari bahasa Arab iaitu waqf yang bererti menghentikan atau menahan . Ini bermaksud, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum. Barang yang diwakafkan ialah barang yang bermanfaat dan bersifat tahan lama dan tidak habis digunakan, baik harta yang tetap seperti tanah mahupun harta tidak tetap seperti buku.

30

1.2.9.4.2 Ciri-ciri wakaf Terdapat beberapa ciri-ciri dalam mewakafkan barang iaitu bersifat tahan lama dan tidak habis digunakan. Dalam wakaf, yang diambil ialah manfaat daripada barang itu, bukan barang itu sendiri. Selain itu, tidak boleh dipindahkan atau diwariskan. Oleh sebab itu, orang atau institusi yang menerima wakaf tidak boleh menjual atau mewariskan barang wakaf.

1.2.9.4.3 Jenis-jenis wakaf Wakaf pada umumnya boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am merujuk kepada amalan menyerah harta wakaf kepada pihak pentadbir wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Dalam erti kata lain, harta boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud asalkan ianya sesuai dengan kehendak syarak. Manakala wakaf khas pula ialah wakaf yang diasaskan kepada tujuan pewakaf secara spesifik semasa mewakafkan hartanya. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuannya adalah untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. Ini bermakna harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khas itu. Oleh itu, wakaf adalah satu sumbangan yang berbentuk kekal selamanya, melainkan jika kerosakan yang berlaku di luar kawalan manusia. Seterusnya membudayakan amalan ibadah wakaf di kalangan masyarakat secara langsung akan dapat menanamkan semangat sedia berkorban bagi membantu golongan yang kurang berada seperti fakir atau miskin. Akhir sekali, wakaf dapat mendidik golongan kaya menghayati konsep pemilikan harta mengikut ajaran Islam.

31

1.2.10

Penggunaan laman web sendiri Dengan adanya laman web Tabung Baitulmal sendiri dapatlah

memudahkah urusan secara online serta memudahkan capaian maklumat oleh pengguna yang ingin mendapatkan maklumat yang diingini tentang Tabung Baitulmal Sarawak. Dengan ini ia memudahkan serta menjimatkan masa dan kos pelanggan dengan datang sendiri ke pusat Tabung Baitulmal Sarawak. Penggunaan laman web sendiri oleh pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah digunakan oleh setiap pejabat cawagan di seluruh negeri Sarawak yang merangkumi sembilan buah pejabat cawangan termasuklah pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang. Secara tidak langsung,laman web ini mempunyai banyak fungsi antaranya ialah dapat menerima dan menghantar maklumat atau memorandum melalui onlne sahaja menerusi sistem yang dikenali sebagai SATTBS seterusnya kepada sistem CIDAS MODULES . Penghantaran maklumat dari Ibupejabat Tabung Baitulmal Sarawak Kuching kepada pejabat cawangan-cawangannya yang lain dapat menjimatkan kos penghantaran melalui pos. Bagi pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Limbang, mereka menggunakan sistem SATTBS ini untuk menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk memorandum kepada IbupejabatTabung Baitulmal Sarawak Kuching atau sebagai penghubung kepada pejabat cawangan yang lain. Kegunaan sistem SATTBS yang lain adalah untuk memproses borang bantuan, daftar peserta zakat potongan gaji dan sebagainya menerusi sistem CIDAS MODULES. Sistem perisian CIDAS MODULES merupakan sistem yang hanya dapat di buka menerusi sistem SATTBS oleh staf Tabung Baitlmal Sarawak serta pejabat cawangan sahaja bagi tujuan tertentu seperti mengeluarkan resit bayaran zakat, proses borang bantuan, menyemak laporan keputusan permohonan bantuan, penghantaran memorandum yang penting kepada pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Kuching dan sebagainya. Sistem CIDAS MODULES ini tidak dapat dimasuki tanpa memasukkan password atau kata laluan bagi staff logon.

32

Kemudiannya bagi staf pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang akan membuka sistem CIDAS MODULES dengan memasukkan password atau kata laluan bagi staff logon tetapi bagi pelajar praktikal yang ingin membuka sistem CIDAS MODULES menerusi sistem SATTBS pelajar praktikal tersebut haruslah menggunakan password staff Tabung Baitulmal Sarawak bagi setiap kerja yang perlu diselesaikan menggunakan sistem CIDAS MODULES ini. Setiap waktu bekerja, sistem SATTBS akan dibuka seterusnya memasuki sistem CIDAS MODULES bagi Sign in kedatangan staff pada setiap pagi dan pada waktu sebelum balik perlulah Sign out pada sistem CIDAS MODULES . Oleh itu, penggunaan sistem SATTBS dan CIDAS MODULES telah memudahkan segala urusan yang berkaitan dan maklumat yang ingin di hantar atau diterima telah menjimatkan kos penghantaran surat seiring dengan teknologi maklumat yang semakin maju dan berkembang. Contoh sistem CIDAS MODULES yang digunakan oleh pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah dalam gambarajah 1.2.10 ( a ).

Gambarajah 1.2.10 ( a ) Proses untuk memasukkan password atau kata laluan untuk Log in

33

1.3

Aktiviti Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Setiap firma dan jabatan mempunyai aktivitinya yang tersendiri. Bagi

pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang setiap bulan tahun akan ada perancangan yang dilakukan serta dilaksanakan setelah dpersetujui oleh pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Kuching dan staf Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang sendiri. Selain aktiviti pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang, pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Kuching turut melaksankan program atau aktiviti bagi setiap pejabat cawangan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurus besar dan staf-staf yang lain bagi setiap pejabat cawangan yang terlibat. Bagi Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang (TBS), aktiviti yang dijalankan bagi setiap bulan dan tahun adalah aktiviti yang telah dirancang dan di atur pada tahun akhir sebelumnya. Setiap pejabat cawangancawangan akan mengatur dan merancang sendiri aktiviti dan program yang akan dibuat. Begitu juga dengan pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Kuching akan mengatur program dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi tujuan tertentu. Antara aktiviti yang telah dirancangkan oleh pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang dan juga pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak Kuching ialah : i. ii. iii. iv. v. Baitulmal Bersama Rakyat ( BBR )

Sehari Bersama Baitulmal ( SBB ) Taklimat Rakyat Zakat Anda ( TRZA ) Taklimat Kepada Majikan Unit Gaji ( TKM ) Hari Keluarga dan Annual Dinner Bersama Staf Dalam aktiviti ceramah dan taklimat zakat akan diadakan bagi setiap bulan kepada kakitangan kerajaan atau swasta mahupun dari organisasi yang lain bagi

34

memberi pendedahan dan kesedaran tentang pembayaran zakat. Banyak golongan yang tidak mengetahui tentang jenis-jenis zakat dan fungsinya. Dalam taklimat atau kaunter zakat yang diadakan oleh pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang lebih diberi pendedahan dan pendekatan tentang zakat pendapatan gaji (ZPG) kepada golongan kakitangan kerajaan atau swata ataupun pihak sekolahsekolah. Oleh yang demikian, kesemua aktiviti yang telah dirancangkan oleh Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang adalah mengikut jadual serta tarikh aktiviti yang telah ditetapkan bagi memudahkan penyusunan program atau aktiviti yang lain.

35

Anda mungkin juga menyukai