Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENTADBIRAN

Berdasarkan laporan bulan 22 September sehingga 22 Oktober secara keseluruhannya


kakitangan SHUMISS BAKERY Sdn Bhd sentiasa komited serta bersungguh-sungguh dalam
setiap tugas yang diberikan. Pengurus besar juga akan memastikan pemilihan pekerja adalah
mematuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi memastikan pekerja yang dipilih adalah berkualiti,
satu temuduga khas telah dijalankan sebelum mereka diambil bekerja di Syarikat SHUMISS
BAKERY. Sistem pembayaran gaji juga teratur dan pembahagian tugas yang sistematik dan
adil berjaya memotivasikan ahli syarikat untuk meningkatkan prestasi kerja supaya lebih cekap
semasa menjalankan tugas masing-masing.

Berdasarkan penilaian prestasi oleh penyelia kedai pada setiap kali Mesyuarat bersama
kakitangan diadakan, syarikat tidak mengalami masalah-masalah yang kritikal dan semua ahli
memberi kerjasama yang memberangsangkan dengan idea yang bernas dan memberi
sokongan terhadap semua keputusan mesyuarat sebulat suara. Setiap ahli syarikat menyedari
tujuan dan matlamat utama syarikat setelah diberi penekanan dalam mesyuarat mingguan dan
bulanan yang dijalankan bersama semua kakitangan. Selain itu, kami juga bersifat terbuka
dalam mendengar dan menerima idea dan pendapat setiap kakitangan. Setiap cadangan, idea
atau masalah akan diambil berat dan pihak pentadbir akan sentiasa mencuba untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu, pembahagian tugas mengikut spesifikasi masing-masing melancarkan lagi


pengurusan syarikat. Setiap kakitangan perlu patuh pada spesifikasi tugas masing-masing.
Seterusnya, dari aspek pengurusan masuk bekalan bahan mentah berjalan dengan lancar.
Walaupun pada mulanya pembekal menghantar bahan mentah sedikit demi sedikit disebabkan
bekalan bahan mentah yang kurang mencukupi ketika itu. Namun begitu, masalah ini berlaku
hanya tiga hari pada permulaan perniagaan sahaja dan tidak mengganggu perniagaan pada
hari tersebut serta dapat diatasi dengan segera.

Seterusnya, terdapat masalah dari aspek kekurangan pekerja pada minggu ketiga. Hal
ini disebabkan oleh pekerja sambilan yang terpaksa berhenti untuk menyambung pelajaran. Hal
ini juga menyebabkan berlaku kekalutan sedikit pada minggu tersebut disebabkan kekurangan
pekerja. Oleh hal demikian, pihak pengurusan segera mengambil tindakan dengan mewar-
warkan jawatan kosong di syarikat kami. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan
segera setelah jawatan tersebut diisi dengan pekerja baharu.
PENYATA KEWANGAN

i) BUKU ALIRAN TUNAI

BULAN 22 SEPTEMBER - 22 OKTOBER

A. PENERIMAAN
BAKI AWAL -

MODAL SENDIRI RM 50000

PINJAMAN RM 200000

JUALAN TUNAI RM 14100

RM 264100
JUMLAH PENERIMAAN TUNAI

B. PEMBAYARAN PENERIMAAN TUNAI

i) Belanja operasi RM 12314

Bahan Mentah RM 5500

ii) Belanja Pemasaran RM 3900

Gaji RM 18560

Pengangkutan ( Minyak ) RM 250

iii) Belanja Pentadbiran RM 1110

iv) Belanja kewangan -

Bayaran pendahuluan sewa beli RM 2000


Bayaran balik pinjaman RM 2500

v) Belian aset tetap RM 109430

vi) Belanja lain RM 2580


Deposit sewa
JUMLAH PEMBAYARAN TUNAI RM 158134

C) Lebihan / Kurangan (A-B) RM 105966

D) Baki akhir RM 105966

PENYATA PERDAGANGAN
Perniagaan SHUMISS BAKERY Sdn. Bhd.
Penyata Untung Rugi bagi Bulanan

 Untung Kasar RM 105966


 Tolak: Belanja operasi
Belanja pentadbiran RM 12314
Gaji pentadbiran RM1100
Sewa
Belanja kewangan RM18560
Susut nilai peralatan RM 2000

RM4500
Belanja pemasaran RM200 RM 38674
Komisen jualan
Anggaran keluar

RM10000
Belanja kewangan
RM5000
Faedah pinjaman bank
RM 800

 Untung bersih RM 15800

RM5000

RM 59474
RM 46492

KESIMPULAN
Perniagaan yang saya jalankan ini adalah sebagai satu percubaan untuk saya
melangkah lebih jauh lagi di dalam dunia perniagaan yang saya ceburi.Ini adalah kerana saya
ingin belajar dari asas-asas perniagaan kepada yang lebih dalam lagi di dalam ilmu yang saya
pelajari. Walaupun masih baru namun saya masih tidak putus asa sekiranya masih ada
kelemahan dalam diri ini. Sebagai seorang peniaga, saya seharusnya berani mengambil risiko
yang bakal saya hadapi kelak, justeru itu saya amat berharap agar segala kesalahan dan
masalah yang dihadapi dalam perniagaan yang saya lakukan ini tidak mematahkan semangat
saya malahan mendapat iktibar agar saya lebih berani untuk mara kehadapan.

Selain itu, dengan hasil perniagaan saya ini dapatlah saya membantu membuka
peluang pekerjaan kepada graduan khususnya yang masih ramai menganggur pada ketika ini.
Dengan pembukaan bakeri ini, maka saya dapat membantu graduan muda khususnya yang
masih mencari pekerjaan. Seterusnya, dengan perniagaan ini dapatlah saya menimba sedikit
sebanyak pengalaman yang akan saya praktikkan pada bila-bila masa sahaja apabila ingin
membuka sesuatu perniagaan.

Berdasarkan jualan selama sebulan, kami mendapati bahawa keuntungan kami masih
belum mencapai tahap yang maksima. Oleh itu, sebagai penambahbaikan, kami bercadang
untuk menggiatkan lagi promosi kedai kami dengan mengedarkan brosur dan templat di
kawasan perumahan penduduk setempat. Selain itu, kami juga akan membuka gerai di tempat
tumpuan penduduk setempat dengan membuat promosi jualan dan “tester” kepada pelanggan-
pelanggan. Kami menggunakan konsep “Pelanggan Membawa Pelanggan” dimana pelanggan
akan menceritakan kesedapan dan keistimewaan produk kami. Seterusnya, kami juga akan
memperkenalkan jualan secara pukal dimana produk pastry tersebut akan dijual dengan harga
yang murah apabila dibeli secara pukal. Selain itu, kami juga akan menambahbaik resepi
produk pastri kami khususnya Pastri Danish perisa labu dan perisa kurma dengan menambah
hiasan buah-buahan diatasnya supaya ia kelihatan lebih menarik. Akhir sekali, kami bercadang
untuk memasarkan produk kami kepada peruncit-peruncit di kawasan sekitar Jitra.

Anda mungkin juga menyukai