Anda di halaman 1dari 29

Penyediaan Bahan Bantu

Mengajar Aktiviti Pemulihan

KUMPULAN 2 :
Muhammad Nurhisam b. Muhammad Taib
Nasrah bt Mihat
Nor Fazidah bt Abu Talip
Rozilah bt Hashim
Saminah bt Warmen
Definisi Pemulihan
• merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam
menguasai kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira

Tansley(1967)
• : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):


• ‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolahbiasa.’

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):


• ‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi
masalahpembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira...hendaklahdipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986):


• ‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah disekolah-
sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis danmengira, di
bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidangini’.
Konsep:
satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid lemah di
SR- ditumpukan khusus kepada kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira-
dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas
yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini
Rasional:
2.Dari sudut “Teori”-
1.Dari sudut
Pendekatan
“Falsafah”:-
pengajaran seperti
memenuhi keperluan
“Prescriptive-
setiap murid yang
Diagnostic
ketinggalan kerana
Teaching”, “Precision
tidak dapat
Teaching”,dan
belajar sepenuhnya
Clinical Teaching”
dalam kelas biasa-
telah terbukti
selaras dengan
berjaya - asas
konsep “Pendidikan
pelaksanaan
Untuk Semua”.
program ini

3.Dari sudut “Pencegahan”- Masalah yang


dialami oleh setiap murid akan bertambah
dan semakin menyulitkan jikatidak
ditangani dengan segera
JENIS-JENIS PROGRAM
Pemulihan Dalam
Kelas KIA2M-oleh BPK-bantu murid th 1
Pemulihan KBSR- menguasai kemahiran asas 2M
dalam kelas biasa- (membaca dan menulis)-dikehendaki
bantu murid lemah menduduki Ujian Pelepasan sebelum
menguasai di’bebas’kan-gagal Ujian Pelepasan 3
kemahiran yang telah – masuk ke kelas Pemulihan Khas pd
dipelajari th berikutnya

PROTIM-Program Program LINUS :


Pemulihan 3M- Dilaksanakan bermula 2010,
Membantu murid th ketentuan status Perdana
6 menguasai 3M- dan LINUS murid ditentukan
Dilaksana selepas oleh saringan-saringan yang
menduduki UPSR terbahagi kepada Saringan
Lisan dan Bertulis
Kemahiran Lisan
• kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan
baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

• Aspek-aspek Pertuturan
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi
perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan.

• Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan


seperti berikut:
Sebutan, Tekanan, Mora ( panjang pendek), Jeda ( persendian),
Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan dan Laras Bahasa
TEKNIK PENGAJARAN LISAN
• Bercerita, Berbual, Menyanyi,
Lakonan, Boneka, Main peranan,
Berbincang, Berbahas

LATIH TUBI LISAN


• Aspek sebutan
• Aspek struktur
Contoh Bahan Bantu Mengajar
Kemahiran Lisan
KAD CERITA KANAK-KANAK

• Semut dan Belalang


Pada siang hari di akhir musim gugur, satu keluarga semut yang telah bekerja keras sepanjang musim
panas untuk mengumpulkan makanan, mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah mereka
kumpulkan selama musim panas. Saat itu seekor belalang yang kelaparan, dengan sebuah biola di
tangannya datang dan memohon dengan sangat agar keluarga semut itu memberikan sedikit makan
untuk dirinya.
• "Apa!" teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan menyiapkan
makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja yang kamu lakukan sepanjang
musim panas?"
• "Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang; "Saya sangat sibuk
membuat lagu, dan sebelum saya sadari, musim panas pun telah berlalu."
• Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya karena merasa gusar.
• "Membuat lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah lagu tersebut telah kamu
selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu menari!" Kemudian semut-semut tersebut
membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.
• Ada saatnya untuk bekerja dan ada saatnya untuk bermain.
BONEKA
Aktiviti Pengamatan
KEMAHIRAN MEMBACA
• Membaca ialah proses kebalikan daripada proses
menulis. Proses membaca memerlukan
seseorang itu menterjemahkan kembali
lambang-lambang bertulis kepada lambang-
lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh
penulisnya.
• Membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal
dan literasi secara serentak. Apabila kita
membaca kita akan menghuraikan bahan
bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang
sama kita akan menghuraikan pertuturan itu
kepada pemikiran.
JENIS PERINGKAT MEMBACA

Terdapat empat jenis peringkat membaca


iaitu;
• Bacaan mekanis (bersuara)
• Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
• Bacaan intensif (mendalam)
• Bacaan ekstensif (meluas)
Sudut Bacaan
Kad Tetingkap
Contoh Bahan Bacaan Pemulihan
Kemahiran Menulis
• Kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat,serta mengeluarkan idea yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi melalui pelbagai jenis penulisan
kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga
diberi pada penulisan yang menggunakan ayat
yang gramatis, tandabaca dan tatabahasa
serta ejaan yang betul dengan tulisan yang
jelas dan kemas.
Kemahiran Menulis Secara
Mekanis
• Kemahiran menulis secara mekanis
menekankan kepada aspek tulisan yang betul,
kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran
ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan
dan jari dengan aspek visual dalam menulis
perkataan-perkataan.
Kemahiran Menulis Mentalis.
• Kemahiran menulis secara mentalis adalah
kemahiran menulis untuk pelahiran idea,
perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan
sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses
kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-
latihan yang berterusan sehingga kemahiran
tersebut dikuasai dengan mantap
KONSEP PEMULIHAN TULISAN
• Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah
pertama yang harus dilakukan ialah mengesan dan
mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran
pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira.
Langkah ini dinamakansebagai
saringan.
• Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan
dandiasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu
menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu
bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis
atau mengira. Langkah diagnosis akan memberi
petunjukkepada guru mengenai langkah- langkah khusus
dalam pengajarannnya untukmengatasi kelemahan murid
tersebut.
Kaedah Pengajaran Pemulihan
Tulisan
• Latihan dan pengukuhan - Guru sebagai model
dalam menyalin tulisan.
• Kad dan lembaran kerja bertulis
• Memegang pensil dengan semua jari dan
gerak dari arah kanan ke kiri.
CONTOH-CONTOH
BAHAN BANTU MENGAJAR
PEMULIHAN MENULIS
Kad Bina Ayat Mudah

Mata Zaki buta

Mata Zaki buta.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah dalam Tulisan dan cara Membimbing
• Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan
mekanis ini ialah:
1)lambat;
2)arah tulisan yang tidak betul;
3)terlalu jarak atau terlalu dekat;
4)Bercelaru;
5) senget;
6) terlalu menekan ketika menulis;
7)tulisan yang berlapis-lapis.
Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983)
mencadangkan guru-guru sekolah rendah
memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap
hari untuk mengajar tulisan tangan
(mekanis).
Bagi masalah menulis bentuk huruf yang
tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru
hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai
panduan untuk murid menulis.

Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil,


guru hendaklah berulang kali mengajar
konsep saiz dengan menunjukkan fungsi
setiap garisan di atas kertas.
Ada juga murid yang tidak dapat menulis
dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini,
guru hendaklah membimbing pergerakan
tangan murid berkenaan.

Perhatikan cara dia memegang pensel dan


kedudukan tangannya di atas meja ketika dia
menulis untuk memastikan pergerakan yang
betul.
Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh
murid-murid dalam tulisan mekanis ialah
tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang.
Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi
murid menulis huruf mengikut jark hujung jari
atau diukur dengan jarak sebatang pensel.
• Selain daripada di atas, guru boleh
menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti
sendiri untuk membantu murid menulis dengan
betul dan sempurna.
• Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan
dengan permainan untuk menghindari
kebosanan murid jika guru erlalu kerap
menggunakan teknik latih tubi.
• Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang
sesuai untuk menarik minat murid ketika
menulis.
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai