Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA: HAIFA NAZIRA BINTI HANIZAM


KELAS: PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

Sumber modal yang Tidak mempunyai peralatan yang


mencukupi. canggih.
Sikap yang ditonjolkan oleh Kelemahan dalam aspek
ahli kumpulan. perancangan dan pengurusan
projek.

Kekuatan Kelemahan

Mempelajari benda baharu keadaan dapur yang tidak terurus


dapat membezakan produk pastri. dan tersusun .
Peluang Ancaman
Membuka peluang perniagaan.

Alhamdulilah dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
saya berpeluang untuk melaksanakan projek jualan pastri dengan jayanya.

Berdasarkan projek jualan pastri yang dilakukan tempoh hari, saya dapat menganalisis
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman projek jualan menggunakan analissi SWOT. Dalam
aspek kekuatan, terdapat beberapa elemen yang penting dalam menentukan seseorang usahawan
itu mampu untuk meneruskan sesuatu perniagaan. Antaranya elemen penting tersebut ialah
sumber modal yang mencukupi. Sumber modal perniagaan adalah mustahak bukan sahaja pada
peringkat awal perniagaan tetapi diperlukan untuk perniagaan itu terus kekal beroperasi. Sumber
modal yang mencukupi sebelum memulakan sesuatu perniagaan dapat membantu usahawan
merancang kewangan syarikat dengan lebih teratur dan efisen. Selain, itu, sikap yang ditonjolkan
oleh ahli kumpulan projek sewaktu melaksanakan projek jualan ini juga turut memainkan peranan
penting sebagai satu elemen kekuatan dalam menentukan kejayaan seseorang usahawan. Sikap
ahli kumpulan yang tidak berputus asa dan sentiasa ingin mencuba membantu projek jualan ini
berjalan dengan jayanya. Hal ini kerana, menurut Khalidah Khalid Ali, Johl dan Satirenjit Kaur
(2012), seseorang usahawan itu memerlukan kebolehan untuk mengesan dan merebut sesuatu
peluang perniagaan, melibatkan diri secara berterusan dan secara langsung, mencipta peluang
baru dalam perniagaan,dan mengusahakan perniagaan tersebut bagi tujuan mencapai ganjaran
dari segi kewangan (keuntungan) dan kepuasan diri.

Kelemahan yang dapat dilihat sewaktu melaksanakan projek ini adalah saya tidak
mempunyai peralatan yang canggih. Perniagaan pastri ini memerlukan peralatan yang canggih
bagi memastikan produk inovasi yang dihasilkan dapat bersaing dengan perniagaan yang sedia
ada. Hal ini kerana, peralatan canggih ini dilihat mampu mengurangkan kos tenaga kerja yang
dilihat terlalu tinggi selain mengurangkan kos operasi syarikat (Meng, Q. & Wang, S., 2011). Di
samping itu juga, kelemahan dalam aspek perancangan dan pengurusan projek masih berada
dalam tahap memuaskan. Disebabkan perniagaan ini masih baru sahaja bertapak dalam industri
pastri, banyak perkara yang perlu dipelajari oleh saya bagi memastikan kesilapan dalam
pengurusan projek tidak lagi diulangi.

Hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat beberapa peluang yang telah dikenalpasti.
Antaranya adalah saya berpeluang untuk mempelajari benda baru yang tidak pernah terlintas
dalam fikiran saya untuk melakukannya. Hal ini kerana, selama ini saya beranggapan produk pastri
ini adalah kek dan roti, tetapi tanggapan saya adalah salah. Melalui tugasan ini saya dapat
membezakan produk pastri, jenis-jenis pastri dan kaedah pembuatan pastri sehingga boleh
mengkomersialkan produk tersebut di luar. Produk-produk yang dilaksanakan ini juga dapat
membuka peluang perniagaan yang lebih menyeluruh dan tersusun kepada kami.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ancaman yang terpaksa dilalui sepanjang


melaksanakan projek jualan ini. Ancaman yang terpaksa dilalui oleh saya ialah keadaan dapur
yang tidak terurus dan tersusun menyebabkan saya mengalami kesukaran dalam menyediakan
produk jualan. Sesuatu perniagaan pastri memerlukan peralatan dan bahan yang mencukupi selain
daripada susun atur perlatan berada dalam keadaan yang tersusun. Hal ini kerana, peralatan yang
tersusun memudahkan pengurusan pembuatan pastri dilakukan dengan mudah.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah dan bangga kerana berjaya menjalankan
tugasan jualan produk pastri ini.
RUJUKAN
Khalidah Khalid Ali, Johl & Satirenjit Kaur. (2012). Business management: A malaysian
perspective. Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

Meng, Q. & Wang, S. (2011). Optimal operating strategy for a long-haul liner service route.
European journal of operational research. hlm. 105-114.
REFLEKSI INDIVIDU 2

NAMA: HAIFA NAZIRA BINTI HANIZAM


KELAS: PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

Kekuatan Kelemahan
Mempunyai kepakaran yang meluas Kekurangan teknologi yang canggih
dalam bidang perniagaan dan Tidak dapat mencari tenaga kerja yang
penghasilan produk pastri. mahir dalam pembuatan pastri.
Mengeluarkan pelbagai jenis produk Dce hanya dikenali di sekitar jitra dan
pastri. kawasan yang berhampiran sahaja.
Nilai positif yang ada dalam setiap diri
rakan kongsi .
Analisis SWOT
Peluang
Pelaksanaan program usahasama/ Ancaman
penggabungan. Persaingan baru yang muncul .
Gerakan membeli produk keluaran Faktor bekalan barang niaga yang tidak
muslim. tetap .

Alhamdulilah dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
saya berpeluang untuk melaksanakan projek menjual pastri yang dilakukan di pecan Jitra.

Berdasarkan projek jualan pastri ini, terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti.
Antaranya ialah saya dan rakan kongsi mempunyai kepakaran yang meluas dalam bidang
perniagaan dan penghasilan produk pastri. Berdasarkan kepakaran dalam bidang tersebut,
setiap rakan kongsi dapat membantu perniagaan yang dijalankan dan membuat keputusan
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Hal ini juga membantu pentadbiran perniagaan yang
diusahakan oleh DCE untuk menguruskan perniagaan dari aspek organisasi syarikat dan
penjualan. DCE juga mengeluarkan pelbagai jenis produk pastri yang tidak ada di pasaran.
Produk pastri yang dihasilkan telah diinovasi oleh saya dan rakan kongsi yang lain bagi memenuhi
citarasa pelanggan. Penginovasiaan produk pastri ini juga membantu perniagaan DCE untuk
sentiasa ke hadapan dan tidak memfokuskan kepada produk pastri yang sedia ada di pasaran.
Nilai positif yang ada dalam setiap diri rakan kongsi membantu untuk memastikan perniagaan
yang dijalankan dapat diteruskan walaupun kadang kala perniagaan mengalami kerugian pada
sesuatu masa. Nilai positif seperti sentiasa mencari peluang, berani menanggung risiko dan bersifat
terbuka membuatkan DCE mampu bertahan sehingga menjadi buah mulut masyarakat tempatan.

Kelemahan yang dapat dilihat semasa projek ini dilaksanakan ialah kekurangan teknologi
yang canggih bagi memastikan kelangsungan penghasilan produk pastri ini sentiasa ada.
Teknologi yang canggih ini diperlukan bagi mengurangkan kos tenaga kerja dan kos operasi
syarikat. Saya tidak dapat mencari tenaga kerja yang mahir dalam pembuatan pastri. Oleh
sebab itu, dengan adanya teknologi yang canggih ini mampu membantu mengurangkan
kebergantunggan DCE terhadap tenaga kerja. Kelemahan lain yang dapat dilihat ialah DCE hanya
dikenali di sekitar Jitra dan kawasan yang berhampiran sahaja. Perniagaan yang hanya
tertumpu pada sesuatu tempat sahaja mengambil masa yang lama untuk maju dan berkembang.
Oleh sebab itu, sesuatu perniagaan biasanya akan memperkembangkan perniagaan mereka ke
kawasan lain bagi membantu menaikkan keuntunggan syarikat.

Oleh hal demikian, faktor luaran seperti peluang membantu perniagaan untuk terus maju dan
berkembang. Peluang yang dapat dilihat membantu kenaikan pasaran perniagaan DCE ialah
pelaksanaan program usahasama/ penggabungan dengan perniagaan yang dirasakan
membantu menaikkan keuntungan syarikat. Sebagai contoh, DCE boleh membuat usahasama
dengan syarikat TESCO, CMART, kedai makan dan lain-lain bagi membantu produk DCE dikenali
ramai. Selain itu, gerakan membeli produk keluaran muslim memberi peluang yang besar
kepada DCE untuk menarik pelanggan muslim. Hal ini kerana, produk yang dihasilkan oleh DCE
menggunakan bahan dan sumber pembuatan yang halal dan bersih. Gerakan membeli produk
keluaran muslim ini dilihat memberi kesan yang positif kepada prestasi kewangan syarikat dan
membuka mata usahawan agar sentiasa mengambil tahu tentang kemahuan pasaran.

Walau bagiamanapun, terdapat pelbagai ancaman yang dilihat mampu menggangu


perniagaan DCE. Antara ancaman yang dilihat menggangu perniagaan DCE ialah persaingan
baru yang muncul di sekitar pekan Jitra. Pesaing baru ini dilihat mampu mengugat prestasi jualan
produk pastri kerana perniagaan tersebut juga menghasilkan produk pastri yang lain daripada lain.
Oleh hal yang demikian, saya dan rakan kongsi perlu mengatur strategi yang lebih proaktif bagi
membantu menaikkan jualan syarikat. Selain itu, faktor bekalan barang niaga yang tidak tetap
mencacatkan pengeluaran produk pastri. Hal ini kerana, produk yang dihasilkan memerlukan
sesuatu harga yang tetap bagi tidak mengelirukan pelanggan yang sedia ada. Harga yang tidak
tetap di dalam pernigaan akan mengakibatkan sesuatu perniagaan tidak mampu bertahan lama
(Kotler, P. & Armstrong, G., 2011). Oleh sebab itu, DCE terpaksa menanggung kos lebihan
perniagaan jika sesuatu bahan mentah itu mengalami penurunan dan penaikkan yang tidak tetap.
Kebiasaanya permainan harga bahan mentah yang tidak tetap ini akibat daripada ketidakstabilan
politik semasa.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah dan bangga kerana berjaya menjalankan
tugasan jualan produk pasti ini dengan jayanya.
RUJUKAN

Kotler, P. & Armstrong, G. (2011). Principles of Marketing. Edisi ke-14. North Carolina: Prentice
Hall.
REFLEKSI AMALI

NAMA: HAIFA NAZIRA BINTI HANIZAM


KELAS: PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

Anda mungkin juga menyukai