Anda di halaman 1dari 9

FKF 1003

BAB 7

ETIKA KEUSAHAWANAN
DEFINISI ETIKA
Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek Ethos yang
memberi maksud Code Of Human Conduct atau peraturan yang
membatasi gelagat manusia.

DEFINISI : peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan


manusia dalam kegiatan perniagaan.

Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum


Islam iaitu Al-Quran - memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah.

Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang


mengeratkan hubungan tindakan & gelagat pimpinan di antara
pengusaha dan pekerja bawahan. Dengan adanya prinsip ini, ia
menghalang atau mengurangkan sifat negatif terhadap orang lain seperti
dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh
menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang.
Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim
itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi
sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:

1. Niat yang betul


Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya
hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat
keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah
An-Nahl ayat 90). Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang
dapat kita perolehi. Di antaranya :

a) Kita disuruh melakukan keadilan.


b) Kita disuruh melakukan kebajikan.
c) Kita disuruh memberi sedekah.
d) Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar.
e) Kita dilarang membuat kezaliman.
2. Keadilan dalam perniagaan
Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam
konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan
sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam:

a) Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barang


b) Tidak menipu timbangan
c) Gharar (tidak pasti)

3. Tidak terlibat dengan amalan riba


Seorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba
dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau
pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan
dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu
termasuklah kos yang akan di tanggung.
4. Tidak Menzalimi Pekerja
Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah
menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan
kualiti pengeluaran untuk mendapatkan komitmen dan rasa
bertanggungjawab serta penglibatan daripada pekerja . Antara cara-cara
supaya tidak menzalimi pekerja:

a)Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan


keuntungan syarikat.
b)Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.
c)Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan
selamat.
d)Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk
membangunkan personaliti yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah
5. Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.

Tujuan syariat ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan
harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut
sebagai masalih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafasid dan
merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

6. Kualiti

Islam sangat menekankan kualiti atas tujuan syariat. Produk yang tidak
berkualiti boleh menjejaskan usaha membangunkan masyarakat dari sudut
mental, moral dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapai banyak
masalah berpunca daripada produk yang tidak berkualiti seperti keracunan
makanan dan penyakit kanser.
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan
sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.
7. Memenuhi kontrak yang dibuat.
Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan
itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah
dibuat dengan pihak lain.

8. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.


Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun
terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang sedang dilakukan.

a)Sembahyang.
Sebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah
tiba.
b) Zakat perniagaan
Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan
kewajipan zakat perniagaan. Pemberian zakat akan membantu meningkat
taraf hidup masyarakat setempat.
9. Kontrak yang jelas dan sah.
Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu
pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan di antara pihak yang terlibat.
Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan
agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:


i. Sempurna rukun dan syarat
ii.Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak

10. Harga yang adil


Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan
berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.
Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan
penawaran.
BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN
3 cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan:

1. Peniaga atau pengusaha


Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika
perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang
terangkum dalam syariat Islam. Mereka harus yakin bahawa mereka akan
dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk
melanggar perintahNya

2. Pengguna atau pembeli


Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga
dan pengusaha mengamalkannya.

3. Peranan kerajaan
Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk
diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha. Memastikan bahawa
pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.

Anda mungkin juga menyukai