Anda di halaman 1dari 2

Doa Mesyuarat Agong Tahunan

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ‫اهلل‬ِ ‫ْس ِم‬
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َّ ‫ َو‬ ‫العاقِبَة لِل ُْمت َِّق ْي َن‬
َ ‫ َو‬ , ‫العالَ ِم ْي َن‬
َ ‫ب‬
ِ ‫اَلْحم ُد‬
ِّ ‫هلل َر‬ َْ
‫آلِ ِه‬
‫َج َم ِع ْي َن‬ ِ
ْ ‫َص َحابِه أ‬ ْ ‫َوأ‬
Ya Allah, ya tuhan kami.  Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Tuhan semesta alam.
Kapadamu kami berserah dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli
keluarga baginda, para sahabat dan tabiin.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah,


keyakinan yang benar Yang Allah, ilmu yang berguna,  hati yang khusyuk, lidah
yang sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah dan kurniakanlah kepada kami
rezeki yang halal lagi diberkati.

Engkau lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hati-hati kami. Engkau berkatilah
perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu
perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu. 

Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang
dinamakan (Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Selangor), sebagai satu
usaha yang mulia di sisiMu.  Kau kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang
berterusan Ya Allah. 

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada
kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang
diberikan.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah
kebaikan.   
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk memimpin kami,


pimpinan yang mampu memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan
hasrat dan matlamat yang sama-sama kami hajati.  Kurniakanlah kami dengan
pimpinan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami jalankan,
sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan setiap aktiviti. Pimpinan yang
memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada  diri kami. Kau kuatkan
persatuan ini dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran yang mantap.  Kau
dorongkanlah hati-hati kami untuk terus bekerjasama, saling hormat
menghormati dan secara berterusan  mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang
berkesan.

Kau permudahkanlah untuk kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang


dirancang.  Kau berkatilah segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak
sedikit pun mengabaikan tanggungjawab hakiki kami.

Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau restui Ya
Allah.  Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-
membantu dan bertoleransi.  Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami
bertawakkal dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan.

ِ ‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬


َ ‫سنَة ًَوقنَا َع َذ‬ َ ‫سنَة ً َوفي األخ َرة َح‬َ ‫الد ْنيَا َح‬
‫العالَ ِم ْي َن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُدلِلَّ ِه َر‬ ِ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
َ ‫ َوال‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬
َ َ َ َ َُ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai