Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

KM11 , BUKI T R AMBAI 752 50 MEL AKA


TEL : 06 -3 35 3 13 7 F AX : 0 6-3 3 53 1 37

Ruj.Kami: SKBRM.PK. 800/7/1/1 ( )


Tarikh : 21 Februari 2020

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka,
(PERPUSTAM)
242-1, Jalan Bukit Baru,
75150 Melaka.

Tuan/Puan ,
Mengadakan Lawatan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Tahun 2020

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka
merancang untuk mengadakan lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam, Melaka.

3. Butiran berkaitan dengan program ini adalah seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 12 Mac 2020


Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka,
(PERPUSTAM)
242-1, Jalan Bukit Baru,
75150 Melaka.
Peserta : 10 orang guru , 3 orang PPM dan 27 orang murid (OKU)

4. Tujuan dan matlamat kami mengadakan program ini adalah seperti berikut:-

4.1 Mengetahui secara lebih dekat tentang perkhidmatan yang disediakan di PERPUSTAM.
4.2 Memberi peluang MBK menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.
4.3 MBK diberi peluang untuk mengikuti program luar agar tahap keupayaan mereka dapat
dioptimumkan.

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan perkhidmatan seperti
tujuan diatas. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan makan tengah
hari kepada rombongan kami.

6. Segala kerjasama dan kelulusan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai, dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................

“PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”

Anda mungkin juga menyukai