Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

SANTAI KONVOI MERDEKA TAHUN 2022


PERINGKAT BAHAGIAN
LEMBAH PANTAI

TARIKH :
28 OGOS 2022 (AHAD)

TEMPAT :
PERKARANGAN PEJABAT PERTUBUHAN AMAL & SUKARELAWAN
LEMBAH PANTAI

ANJURAN :
PERTUBUHAN AMAL & SUKARELAWAN LEMBAH PANTAI
1. PENGENALAN
Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting
dalam membina sesebuah Negara dan Bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang
bakal menjadi pewaris Negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan
mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Bulan kemerdekaan juga merupakan
salah satu diantara program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal dan Sukarelawan setiap
tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang
disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan dengan
matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan anak-anak muda khususnya.

2. MATLAMAT
Melalui penganjuran ini, diharapkan agar anak-anak muda dapat menghayati dan mencintai
serta menyayangi Negara Malaysia. Di samping itu, dapat menghargai dan mempertahankan
kedaulatan Negara supaya terus aman dan terus maju.

3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotism dalam jiwa anak-anak muda
supaya
kekal sehingga dewasa.
3.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.3 Mewujudkan semangat muhibbah dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di kalangan masyarakat terutama anak-anak muda.

4. SASARAN
Anak-anak muda Lembah Pantai

5. TARIKH, MASA, TEMPAT & LALUAN PERJALANAN


Sambutan : 28 Ogos 2022
Masa : 7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Perkarangan Pejabat Pertubuhan Amal & Sukarelawan Lembah Pantai
Laluan Perjalanan : Rujuk Lampiran 3

6. PENGISIAN PROGRAM
6.1 Konvoi bermotor dari Perkarangan Pejabat Pertubuhan Amal & Sukarelawan Lembah
Pantai ke seluruh Bahagian Lembah Pantai yang disertai lebih kurang 25 buah
motorsikal, 5 buah kereta yang terdiri daripada anak-anak muda Lembah Pantai.
6.2 Pemberian Jalur Gemilang di sekitar Lembah Pantai.
6.3 Pemberian Barangan Prihatin kepada pemandu-pemandu teksi yang terpilih di sekitar
Lembah Pantai.

7. CARTA ORGANISASI PENYELARAS


Rujuk Lampiran 1
8. TENTATIF PROGRAM

7.00 Pagi – 8.00 Pagi Pendaftaran dan Sarapan Pagi


8.00 Pagi – 10.00 Pagi Perasmian dan pelepasan peserta konvoi oleh YB Timbalan Menteri
Perpaduan, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fahysal bin Wan Ahmad
Kamal
10.00 pagi – 11.30 pagi Penyerahan Barangan Prihatin kepada Pemandu Teksi yang terpilih
11.30 Pagi – 12.30 Peserta konvoi tamat di IKS Pantai Dalam dan makan tengahari
Tengahari
12.30 Tengahari Program Tamat

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 2

10. KESIMPULAN
Diharap dengan penganjuran ini dapat menanam sikap sayangkan tanah air tercinta. Sikap
tersebut sangat penting dan dapat membantu mengekalkan keamanan dan kemakmuran
bumi bertuah Malaysia ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………………….. …………………………………………..
Muhammad Nashreen Bin Zainuddin Mohd Sahir Afindy Bin Azizan
Setiausaha Program Pengarah Program
LAMPIRAN 1

Penasihat :
Ir Zainal Ariffin Bin Osman
Pengarah Program :
Mohd Sahir Afindy Bin Azizan
Timbalan Pengarah Program :
Zafarul Iqram Bin Zulkifli
Setiausaha Program :
Muhammad Nashreen Bin Zainuddin

Ahli Jawatankuasa :
Alaric Ashraf Bin Aznan
Mohd Afendi Bin Ishak
Mohd Syamir Irwan Bin Riduan
Zamani Bin Awaluddin
Airudiza Binti Sabarudin
Noraini Binti Ja’afar
Hanizan Binti Ishak
Zaida Binti Pungut
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


SANTAI KONVOI MERDEKA 2022 & PEMBERIAN BARANGAN PRIHATIN
MERDEKA

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Jamuan Makan Peserta Konvoi
- Sarapan Pagi : RM5.00 x 100 orang RM 500.00
- Makan Tengahari : RM10.00 x 100 orang RM1,000.00
2 Minyak Petrol
- Motorsikal : RM30.00 x 25 buah RM750.00
- Kereta : RM50.00 x 5 RM250.00
3 Cenderamata
- Cenderamata kepada Penaja RM200.00
4 Pengurusan
- Bahagian Pengurusan Dan Bendera Malaysia RM1,000.00
5 Baju T-Shirt Peserta Konvoi
- RM25.00 x 100 helai RM2,500.00
6 Banner dan Bendera Malaysia
- Banner : RM100.00 x 2 RM200.00
- Bendera Malaysia (Pacak) : RM3.50 x 100 batang RM350.00
7 Barangan Prihatin Merdeka
- Barangan Asas : RM100.00 x 50 penerima RM5,000.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM11,750.00

JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN SEBANYAK


RM 11,750.00
LAMPIRAN 3

PETA LALUAN KONVOI SANTAI MERDEKA 2022


Perjalanan konvoi melalui ke semua Kawasan PDM bermula dari :

1. PERKARANGAN PEJABAT PASUK (PANTAI BAHARU)

2. KAWASAN UNIVERSITI

3. TAMAN LUCKY

4. JALAN MAAROF

5. BANGSAR BARU

6. BUKIT BANGSAR

7. JALAN TRAVERS

8. TASIK PERDANA

9. KG. ABDULLAH HUKUM

10. BUKIT KERINCHI

11. PANTAI HILLPARK

12. TAMAN BUKIT ANGKASA

13. KG. PANTAI HALT

14. KG. PASIR

15. TAMAN SRI SENTOSA SELATAN

16. TAMAN SRI SENTOSA UTARA

17. PETALING SELATAN

18. PANTAI DALAM – DESTINASI TERAKHIR DI IKS PANTAI DALAM

ANGGARAN JARAK LALUAN KONVOI SEPANJANG ~30.1KM

Anda mungkin juga menyukai