Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2

JALAN LONG YUNUS, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.


TEL: 09-7483269
FAX : 09-7484269
Emel : dbb1116@moe.edu.my

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID TAHUN 6
SESI 2022/2023
TARIKH:
2, 3 & 4 Februari 2023
TEMPAT:
Cameron Highlands
SASARAN:
35 orang murid

‘GURU BERKUALITI, MURID CEMRLANG’

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6
KE CAMERON HIGHLANDS
1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik
darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid dalam
menjalani kehidupan seharian mereka. Melalui program ini, kemantapan fizikal,
mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu
perkembangan individu murid-murid. Program lawatan sambil belajar ini dapat
memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala kemahiran luaran yang
mereka miliki. Aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-
guru dan murid-murid menimba seberapa banyak pengalaman dan dapat
mengembangkan minda. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail
2 ingin mengadakan lawatan sambil belajar khas untuk murid-murid tahun 6 ke
Cameron Highlands serta lawatan penanda aras ke dua buah sekolah, masing-masing
di Gua Musang dan Cameron Highlands.

2.0 RASIONAL PROGRAM

a. Tahap kesedaran dalam diri masih boleh dibentuk dan dibina untuk melahirkan
pelajar yang proaktif dalam tindakan mereka.
b. Perubahan tempat memberikan satu suasana baru dan membuka minda murid-murid.
c. Supaya murid dapat mempelajari tentang pengurusan diri dan masa yang berkesan
sepanjang aktiviti dijalankan.
d. Melahirkan murid yang berpengetahuan di samping dapat memberi pendedahan
kepada murid Tahun 6 khususnya tentang tempat-tempat menarik di dalam Negara.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Untuk menjadikan murid lebih berpotensi dan membina keyakinan diri dalam
menghadapi pelbagai situasi.
b. Untuk mendidik murid supaya mempunyai pengurusan diri dan masa yang berkesan
dalam mengatur kehidupan seharian
c. Untuk melahirkan murid lebih mencintai dan menghargai alam sekitar serta menanam
rasa tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkannya
d. Untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan bersatu padu di kalangan murid

5.0 KUMPULAN SASARAN

35 orang murid dari tahun 6 (Rujuk Lampiran 1)

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En. Amiruddin Sham b. Yusoff


Pengerusi : Pn. Sakinah bt Kassim
Naib Pengerusi : i. En. Mohd. Azman b. Ibrahim
ii. Pn. Rozalaini bt. Yaakub
Setiausaha : Pn. Wan Hardiana Ayuni bt. Nik Mansor
Pen. Setiausha : Pn. Ros Azimah bt. Hussein
Bendahari : En. Mohd. Rofi b. Ishak
Penyelaras Lawatan : En. Mohd Sahidan b. Mohd. Noor
Pengurus Program : En. Mohd. Zamani b. Sapiei
Pengurus Makanan : En. Ahmad Syafik b. Che Yaacob
Pengurus Disiplin & : En. Mohd Samsul Bahri b. Saad
Keselamatan

7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 2, 3 dan 4 Februari 2023


Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Cameron Highlands
Jadual Lawatan : Rujuk Lampiran 2

8.0 KEWANGAN – SUMBER PENDAPATAN


Bil Perkara Kos Seunit Jumlah
1. Kutipan dari murid-murid RM 180.00 X 35 orang RM 6300.00

2. Sumbangan PIBG RM 300.00


Jumlah RM 6600.00

9.0 KEWANGAN – ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos Keperluan / Perincian Jumlah


1. Bas (1 buah) Pakej 3 hari 2 malam RM 3000.00
2. Penginapan Pakej 3 hari 2 malam RM 1500.00
3. Makanan RM 7.00 X 35 orang X 6 kali RM 1470.00
4. Tiket masuk Taman
Pakej pelajar (1 bas) RM 75.00
Agroteknologi MARDI
5. Tiket masuk Taman Rama-rama RM5.00 X 35 orang RM 175.00
6. Tiket masuk ladang teh RM5.00 X 35 orang RM 175.00
7. Cenderahati RM50.00 X 2 sekolah RM 100.00
8. Rencam dan kecemasan RM 105.00
Jumlah RM 6600.00

10.0 PENGANGKUTAN

Bas Persiaran

11.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat para pelajar dan mendorong mereka
kepada kecemerlangan yang berterusan.

Disediakan oleh

………………………………..
(WAN HARDIANA AYUNI BINTI NIK MANSOR)
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Lawatan
Diluluskan oleh:

………………………….
(AMIRUDDIN SHAM BIN YUSOFF)
Guru Besar
SK Sultan Ismail 2

Anda mungkin juga menyukai