Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

JSE INTERNATIONAL FOOTBALL FESTIVAL 2023


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG
05150, ALOR SETAR, KEDAH

1.0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar ke Escape, Pulau Pinang dan lawatan penanda
aras ini merupakan aktiviti luar bilik darjah tahun 2019 kelas Pendidikan Khas SMK
Kubang Rotan. Ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman
baru kepada pelajar pendidikan khas. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat
menambahkan pengetahuan dan memberi peluang kepada pelajar untuk melawat
tempat-tempat yang belum pernah mereka lawati. Selain itu, program lawatan ini
juga melibatkan lawatan penanda aras iaitu melawat ke SMK Sungai Layar yang
boleh diaplikasikan ilmu pengetahuan pelajar pendidikan khas dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Perkebunan. Program ini juga akan memberi peluang dan juga
ruang kepada pelajar pendidikan khas untuk mendekatkan diri dengan masyarakat
sekeliling dalam aspek sosial dan juga komunikasi. Dengan peluang yang ada akan
memberikan satu perasaan dalam diri mereka bahawa diri mereka sentiasa diberi
peluang, dihargai dan disayangi. Ini kerana golongan pelajar seperti ini sentiasa
amat memerlukan kasih sayang, pengikhtirafan dari masyarakat untuk terus
menyokong dan membantu mereka selaras dengan slogan “Bersama
Memartabatkan Kecemerlangan Insan Istimewa”.

2.0 RASIONAL

Rasional daripada aktiviti lawatan ini dapatlah dinyatakan sebagai:


2.1 Untuk bertukar-tukar pengetahuan dan menambah pengalaman baru.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar pendidikan khas untuk melawati tempat-
tempat yang menjadi impian mereka.
2.3 Dapat menimba dan menambah ilmu serta pengetahuan dan pengalaman
baru dalam aspek sosial dan kemasyarakatan.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar bekeperluan khas untuk mengalami


kehidupan berdikari dan merasai pengalaman sebenar.
3.2 Memberi peluang untuk bersosial dalam suasana semulajadi dan mencabar.
3.3 Mendedahkan kepada masyarakat khasnya ibu bapa dan semua individu
tentang keperluan dalam kehidupan bermasyarakat bagi pelajar-pelajar
bekeperluan khas ini.

4.0 PENGANJUR

Program lawatan sambil belajar dan lawatan penanda aras ini adalah anjuran
Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SMK Kubang Rotan.

5.0 PERLAKSANAAN

Pelaksanaan program ini mengikut tarikh yang telah dicadangkan ialah 02/05/2019
(Khamis).

6.0 PROGRAM

Lawatan Penanda Aras satu (1) hari.

7.0 TEMPAT LAWATAN

 Lawatan Penanda Aras ke Projek Cendawan, SMK Sungai Layar


 Taman Tema Escape, Pulau Pinang
 Padang Kota
 Muzium 3D
 Feri

8.0 PESERTA
BIL PESERTA JUMLAH
1. Pelajar Pendidikan Khas 22
2. Guru Pengiring dan PPM 8
JUMLAH KESELURUHAN 30
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

9.1.1 PUNCA-PUNCA PENDAPATAN:


A. Kutipan Pelajar RM 20.00 X 22 orang =RM 440.00
JUMLAH KESELURUHAN =RM 440.00

9.1.2 ANGGARAN PERBELANJAAN:


B. Pakej Lawatan Penanda Aras RM 2550.00 RM 2550.00
Suasana Holiday
- Taman Tema Escape
- Padang Kota
- Muzium 3D
- Feri
C. Makan Pelajar RM 20.00 x 22 pelajar RM 440.00

JUMLAH KESELURUHAN =RM 2990.00

9.1.3 JUMLAH YANG DIPERLUKAN RM 2990.00- RM 440.00 =RM 2550.00


(PCG 2019)
RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU LIMA RATUS LIMA PULUH SAHAJA.
11.0 TENTATIF PROGRAM LAWATAN

HARI KHAMIS (02.05.2019)

7.00 pagi - Berkumpul Di Kelas PPKI


7.30 pagi - Bertolak ke SMK Sungai Layar
08.30 pagi - Dijangka tiba ke SMK Sungai Layar, Program Lawatan Penanda
Aras – Melawat Projek Cendawan
11.00 pagi - Bertolak Ke Taman Tema Escape, Pulau Pinang
12.30 tgh - Tiba di Taman Tema Escape, Pulau Pinang
04.00 ptg - Lawatan Ke Padang Kota
- Muzium 3D
- Feri
06.00 ptg - Bertolak pulang
07.30 ptg - RnR Gurun, Solat Maghrib
09.00 mlm - Dijangka sampai ke sekolah
12.0 STRUKTUR ORGANISASI & TENAGA KERJA

Penasihat : Pn. Che Rokiah Binti Md Isa (Pengetua)


Pengerusi 1 : Pn. Raudzah Binti Abdullah (Pen. kanan Pentadbiran)
Pengerusi 2 : En. Mohd Shukri Bin Abd Razak(Pen. Kanan HEM)
Pengerusi 3 : Pn Rosmawati Binti Osman (Pen. Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Program : En. Mohd Najmi Bin Abd Karim


Setiausaha : Pn. Juniza Binti Kasem
Bendahari : Pn. Nurafizah Binti Ahmad

i) AJK Dokumentasi/Laporan : Pn. Eda Rofida Binti Ngah


: Pn. Melati Senja Binti Saad

ii) AJK Pengangkutan : Pn Azizah Binti Harun


: En. Mohammad Helmy Bin Halim

iii) AJKPengurusan Makanan : Pn. Afifah Binti Abd Rahman


:

iv) AJK Kawalan Disiplin/Keselamatan/Kecemasan Pelajar


: En Mohd Najmi Bin Abd Karim
: Semua guru dan PPM
13.0 PENUTUP

Program lawatan sambil belajar anjuran Panitia Pendidikan Khas Integrasi


Bermasalah Pembelajaran SMK Kubang Rotan ini yang merupakan antara aktiviti
tahunan yang dirancang dalam takwim. Adalah diharapkan program ini dapat
dijalankan dengan baik dan lancar seperti yang dirancang. Seperti yang diketahui
perjalanan program ini adalah bertujuan untuk membuka minda pelajar pendidikan
khas agar mereka dapat menikmati dan menambah pengalaman di tempat baru di
samping untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat sekeliling. Untuk
menjayakan program ini amatlah diharapkan semua pihak dapat bekerjasama dan
memberi sokongan agar dapat menjayakannya. Kami sebagai guru pendidikan
khas berharap program lawatan ini akan dapat memberi manfaat serta pengalaman
baru serta dapat membuka minda pelajar istimewa ini.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

..................................................... ...........................................
(En. Mohd Najmi Bin Abd Karim)
Penyelaras PPKI
SMK Kubang Rotan
06250, Alor Setar, Kedah

Anda mungkin juga menyukai