Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2019

SK NANGA ASSAM, SARATOK

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ’jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman’
maka Program Lawatan Sambil Belajar SK Nanga Assam telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandaraya Kuching. Selain menjadi salah satu
program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai medium
untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid - murid di
luar bandar yang jarang memperoleh kesempatan untuk akses ke bandar. Melalui
program ini juga, diharapkan para guru dapat mendapat insiatif untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran
yang lebih memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat pendidikan untuk memberi peluang kepada murid di luar bandar
di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung
kepada murid - murid. Melalui program ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka dan memberi inspirasi kepada pelajar
untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini akan dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid - murid
kita membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda murid - murid di luar bandar dengan suasana dan
pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid - murid untuk berhadapan dengan dunia
luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran.

4.0 DESTINASI
Sekitar Bandaraya Kuching.
5.0 PELAKSANAAN LAWATAN
Tarikh : 27 - 29 September 2019
Hari : Jumaat – Sabtu
Masa : 10.00 pagi – bertolak ke Kuching
Balik : 4.00 petang – tiba di SK Nanga Assam

6.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada guru-guru, murid – murid dan staf sokongan SK Nanga
Assam.

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL NAMA PELAJAR


1 Carmella Mardisha Janta Anak Juliana Santie
2 Christiano Ricardo Anak Untan
3 Emmanuel Dennis Phang
4 Franklyn Valentino Farel
5 Fransisca Lemutie Anak Medan
6 Mira Elvyana Lema
7 Pryscilia Anak Benard
8 Augustine Valentino Jabu Anak Giri
9 Falessialana Cheda Anak Julia Manyi
10 Farnandes Liwen Anak Freddy
11 Jelena Lika Anak Broody
12 Mattaius Rovilson Anak
13 Patricia Bunai Anak Upal
14 Roddrick Fernandez Ketet
15 Sherillyne Endayan Anak Mara
16 Tatiana Ann Umbah Anak Duat

SENARAI NAMA GURU & ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (AKP)

BIL NAMA
1 Pn. Norila Binti Gani ( Guru Besar )
2 En. Rohady Bin Mili ( PK 1 )
3 En. David Ak Minggot ( PK HEM )
4 En. Abang Shamshudin b. Abang Ahmad ( PK KK )
5 En. Rodney Raye Anak Bos ( Guru )
6 Pn. Masiah Binti Mohd Aman ( Guru )
7 Pn. Zaleha Bt Johari ( Guru )
8 Pn. Nur Nathirah Binti Ghazali ( Guru )
9 Cik Norafidah Bt Jaidi @ Zulkifli ( Guru )
10 En. Muhd Aizzat Bin Mohd Jaki ( Guru )
11 Cik. Vornica Ruby Anak Sila ( Guru )
12 Pn. Nisah Bt Kasah ( Penyelia Asrama )
13 Pn. Nora Binti Jemali ( Pembantu Tadbir )
14 Cik. Norliza Bt Jarawi ( PPM PRA )
15 Pn. Diana Ak David ( PPM Asrama )
16 Pn. Noraini Bt Munan ( PPM Asrama )
17 Pn. Inchi Anak Jengging ( Pembantu Am Pejabat )
18 Cik. Sylvia Dingu Anak Dunstan ( Pembantu Operasi )
19 En. Mohamad Roslan bin Maderi ( Pembantu Operasi)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA PERBELANJAAN
Makanan & Minuman RM 2160
Penginapan RM 500
Pengangkutan (van berdaftar) RM 2400
Lain – lain keperluan RM 2240
JUMLAH RM 7300

7.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi Pn. Norila Binti Gani
Naib Pengerusi 1 En. Rohady Bin Mili
Naib Pengerusi 2 En. David Anak Minggot
Setiausaha En. Abang Shamshudin Bin Abang Ahmad
Bendahari Pn. Masiah Binti Mohamad Aman
AJK Pengangkutan Cik. Norafidah Bt Jaidi @ Zulkifli
AJK Dokumentari/Dokumentasi Cik. Vornica Ruby Anak Sila
AJK Makanan dan Minuman Pn. Nisah Binti Kasah
AJK Disiplin En. Rodney Raya anak Bos
AJK Hubungan Luar Pn. Nur Nathirah binti Ghazali
AJK Keselamatan/kebersihan En. Muhammad Aizzat Bin Mohd Jaki

7.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan program
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi 1 & 2 tentang perkembangan
terkini urusan program. Membuat surat pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan
AJK.

2. Bendahari
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan
Menghubungi pihak van @ bas - bayaran, memastikan van @ bas mempunyai permit
dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam van @ bas.

4. AJK Makanan & Minuman :


Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan unuk dokumentari/dokumentasi (kamera/videocam) dan
mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

6. AJK Disiplin
Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.
7. AJK Hubungan Luar
Menghubungi pihak luar yang terlibat sepanjang lawatan.

8. AJK Keselamatan & Kebersihan


Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. Menyediakan plastik
(sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan
penginapan.

8.3 TENTATIF LAWATAN

Hari Pertama (27.09.2019 / Jumaat)


1000 : Bertolak ke Kuching
1400 : Makan Tengah hari (Kedai Oten, Kedai Pohon Mas, Mom’s Laksa)
1500 : Lawatan Ke TUDM
1700 : Bertolak ke tempat penginapan
1930 : Makan Malam
: Bersiar-siar di Waterfront Kuching
: Balik ke tempat penginapan & berehat

Hari Kedua (28.09.2019 / Sabtu)


0700 : Sarapan Pagi
0800 : Bertolak ke Kampung Budaya
1230 : Makan Tengah hari di Damai Central
: Riadah di Borneo Samariang Waterpark
1800 : Balik ke penginapan
1930 : Makan Malam di Sugarbun
2100 : Bersiar di Uptown Metrocity
2230 : Balik ke penginapan & berehat

Hari Ketiga (29.09.2019 / Ahad)


0700 : Sarapan
0800 : Mengemas bilik
0900 : Bertolak ke Aeon Mall
: Makan tengah hari di Food Court
1400 : Perjalanan balik ke SK Nanga Assam, Saratok
1830 : Tiba di SK Nanga Assam, Saratok

8.4 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pelajar-pelajar SK Nanga Assam, Saratok. Melalui program ini juga pelajar
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-
sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada
semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

................................................. ..........................................
(ABANG SHAMSHUDIN B ABANG AHMAD) (PN. NORILA BINTI GANI)
Setiausaha Guru Besar
Program Lawatan Sambil Belajar SK Nanga Assam,Saratok.
SK Nanga Assam,Saratok.

Anda mungkin juga menyukai