Anda di halaman 1dari 4

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan

SKNA 2019

*diminta para hadirin, guru-guru dan murid-murid mengambil tempat duduk masing-
masing.

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 62 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Salam sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sayangi Malaysiaku, Malaysia bersih.

Yg Berusaha Pn Norila binti Gani, Guru Besar SK Nanga Assam


Yg Dihormati En Rohady bin Mili, Guru Penolong Kanan Akademik
Yg Dihormati En David anak Minggot, GPK HEM.
Yg Dihormati En Abang Shamshudin bin Abg Ahmad, GPK KoKurikulum
Seterusnya rakan guru dan AKP, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepaa Tuhan kerana
dengan keizinanNya dapat kita berkumpul dan Bersama menjayakan Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia peringkat sekolah bagi tahun 2019 pada pagi ini.

Para hadirin sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam
negara yang merdeka. Sesungguhnya sambutan ini diadakan sebagai tanda semua
guru, kakitangan sokongan dan murid murid dapat seiring selangkah dengan semangat
kesungguhan yang berkobar untuk menjadi warganegara yang patriotik. Justeru marilah
kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan semangat
kemerdekaan melalui sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Sungguh cantik hai tuan puteri,


Lemah lembut penuh gemalai,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Fly Kenyalang Fly.
Diminta semua hadirin untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu.
*****
Terima kasih, para hadirin dipersilakan duduk.

Seterusnya, majlis tanpa membuang masa menjemput wakil murid; adik Augustine dari
kelas tahun 5 untuk mengetuai bacaan ikrar, dipersilakan.
*****
Terima kasih diucapkan adik Augustine.

Pahlawan negara gagah perkasa


Musuh datang habis dibasmi
Puan sudah diberi kuasa
Sudilah kiranya pohon merasmi.

Hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, sukacitanya menjemput Puan
Norila binti Gani, Guru Besar SK Nanga Assam untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Peringkat Sekolah
bagi tahun 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*****
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada puan guru besar atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Tanpa membuang masa, hadirin semua akan diperdengarkan lagu – lagu patriotik yang
merupakan lagi tema sambutan kebangsaan pada tahun ini. Marilah sama – sama
menyanyikan lagu-lagu ini.

Para hadirin yang dihormati,


Seterusnya kita akan menyaksikan pertandingan ikon merdeka. Bagi pertandingan ini,
para peserta akan memperagakan busana masing – masing. Para peserta juga akan turut
diuji dengan beberapa soalan yang menguji IQ serta dikendalikan oleh Cikgu Norafidah
dan Cikgu Masiah.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,


Bumi bertuah indah permai;
Enam puluh dua tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Hadirin sekalian, untuk makluman semua. Pihak sekolah juga telah mengadakan
beberapa pertandingan yang melibatkan penyertaan semua murid dari prasekolah
sehingga tahun 6 sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat
sekolah.
Kini tibalah masanya yang ditunggu – tunggu iaitu pengumuman pemenang dan
penyampaian hadiah.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norila
Gani, Guru Besar SK Nanga Assam dan diiringi oleh En Rohady bin Mili naik ke atas
pentas untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Bagi pertandingan mewarna prasekolah, tempat ketiga…

Bagi pertandingan mewarna tahap 1, tempat ketiga…

Bagi pertandingan melukis poster tahap 2, tempat ketiga…

Seterusnya acara kuiz kemerdekaan yang melibatkan penyertaan murid murid tahap 2,
tempat ketiga…

Bagi Pertandingan lagu lagu patriotik, tempat ketiga….

*****

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Norila Gani,
Guru Besar SK Nanga Assam dan En Rohady bin Mili atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada para pemenang,

Hadirin yang dihormati, bagi menyambung acara kita pada pagi ini, majlis diteruskan lagi
dengan pertandingan fesyen merdeka prasekolah.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Terima kasih dan tahniah buat para peserta pertandingan fesyen merdeka prasekolah.

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Tanpa membuang masa, para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan drpd
pemenang juara lagu patriotik kita. Dijemput murid -murid dari kelas tahun ______ untuk
tampil ke atas pentas, dipersilakan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan buat pemenang pertandingan lagu patriotik.
Kini, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat pertandingan-pertandingan
yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan iaitu pertandingan keceriaan kelas & bilik khas,
pertandingan projek 3R, pertandingan ikon merdeka dan fesyen merdeka prasekolah.

Justeru, majlis menjemput En. Rohady bin Mili dan diiringi oleh En David anak Minggot
untuk tampil ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah buat para
pemenang.

Bagi pertandingan keceriaan kelas dan bilik – bilik khas, tempoh yang diperuntukkan adalah
selama sebulan untuk guru – guru dan murid – murid menghias serta menceriakan kelas
dengan bahan – bahan berkaitan bulan kebangsaan.

Tempat ketiga bagi pertandingan keceriaan kelas jatuh kepada _____________________

Tempat ketiga bagi pertandingan keceriaan bilik – bilik khas jatuh kepada _____________

Seterusnya, bagi pertandingan projek 3R, guru – guru kelas serta murid dikehendaki
mencipta satu atau lebih projek berkenaan bulan kebangsaan dibina drpd bahan – bahan
terbuang.

Tempat ketiga bagi pertandingan projek 3R jatuh kepada ________________________

Bagi pertandingan fesyen merdeka pra sekolah, tempat ketiga dimenangi oleh adik
_______________________________

Untuk pertandingan ikon merdeka, tempat ketiga dimenangi oleh adik


__________________________________________

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan dan memastikan Majlis
Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah ini dapat
berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai