Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2022

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,
lagu negeri Pahang dan lagu tema keluarga Malaysia.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________


untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.

Guru-guru dipersilakan duduk.


Murid-murid dipersilakan duduk.

**************************************

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang berusaha,
Pn.C.Malarvani a/p Chinnusamy
Guru Besar SJKT Ladang Karmen

Yang dihormati,
Cik. S.Suganthi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SJKT Ladang Karmen

Puan A.Rajes Kanni


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SJKT Ladang Karmen

Cik.M.Anuratha,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SJKT Ladang Karmen

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Pelancaran dan Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah SJKT Ladang
Karmen. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan
tekad dan semangat ini senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.
Para guru dan rakan yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru
dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi
warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’
secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-
65 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup
dalam keadaan harmoni dan Muhibbah.

Para hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan dua persembahan nyanyian lagu patriotik daripada
murid tahun 1 dan tahun 4. Dipersilakan P.Kavines dari kelas 1 Thulir untuk
menyampaikan persembahan lagu bertajuk Tanggal 31.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan J.Anbarasan dari kelas 4 Mugai


untuk menyampaikan lagu Saya Anak Malaysia. Dipersilakan. Terima kasih
diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Para guru dan rakan yang dikasihi,

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput Penyelaras bagi majlis pada hari ini
iaitu Puan A.Rajes Kanni untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Guru besar SJKT Ladang Karmen untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan guru besar atas ucapan
dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Begitulah tadi ucapan perasmian dan penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan


SJKT Ladang Karmen tahun 2022. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada puan
Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.
Para guru dan murid yang dikasihi,

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan


pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah bagi semua pertandingan, majlis
menjemput dan mempersilakan, puan guru besar Pn.C.Malarvani
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Keceriaan Kelas Bulan Kemerdekaan


1.
2.
3.

Pertandingan Mereka Banting @ Banner kecil tokoh-tokoh negara tahap 1 dan tahap
2

1.
2.
3.

Pertandingan mereka cipta pantun tahap 1, tahap 2.


(Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil)
1.
2.
3.

Pertandingan mewarna poster Patriotik tahap 1 dan Melukis poster Patriotik tahap 2
1.
2.
3.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik tahap 1 dan tahap 2


1.
2.
3.

Pertandingan Reka Cipta Bahan berunsurkan kemerdekaan tahap 1 dan tahap 2


1.
2.
3.

Kuiz kemerdekaan tahap 1 dan 2


1.
2.
3.

Pertandingan Teka Bilangan Jalur Gemilang tahap 1 dan 2


1.
2.
3

Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik


1.
2
3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan dan penutupan
bulan kemerdekaan SJKT Ladang Karmen edisi tahun 2022 ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai