Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 2012

Bil
.
1.

Teks
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para
tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke
Penyampaian Sijil dan hadiah tahun 2012.

Pengaca
ra
Jen

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula


sebentar lagi.
2.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Yang Dipertua Jen


PIBG SK Ulu Engkari, Encik Jaong anak Raba, diiringi oleh
Naib yang di-pertua PIBG, Encik David anak Lenggang, Guru
Besar, Encik Boda anak Ginyo, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Kilat anak Ukah dan para guru.
Semua hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.

3.

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Jen

Dipersilakan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Andrew


Selat untuk menyerahkan bendera Malaysia kepada Tuan
Guru Besar, Encik Boda anak Ginyo sebagai simbolik
bermulanya program sambutan hari kemerdekaan bagi
tahun 2012.
Tunggu pengawas bawa bendera untuk disampaikan
kepada tetamu.
Jalur Gemilang serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
4.

Yang berusaha, Encik Boda anak Ginyo, Tuan Guru Besar SK Jen
Ulu Engkari,
Yang berusaha, Encik Jaong anak Raba, Yang Di-Pertua PIBG
1

SK Ulu Engkari
Yang Berbahagia Encik David anak Lenggang, Naib Yang DiPertua PIBG,
Yang dihormati, Encik Bada anak Raba, Tuai Rumah
Kampung Nanga Talong,
Encik Patrick anak Bigot, Tuai Rumah Kampung Tarum Buai,
Yang dihormati barisan kepimpinan penolong kanan,
Yang dikasihi guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru
cemerlang serta rakan guru,
barisan staf sokongan, tuan-tuan dan puan-puan.
seterusnya putera dan puteri yang menjadi tiang negara
dan harapan bangsa yang disayangi.
Selamat malam, salam sejahtera, salam keilmuan, salam
kemerdekaan dan salam satu Malaysia.
5.

Selamat datang ke Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SK


Jen
Ulu Engkari 2012. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi
rasa kesyukuran kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan
menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh
kedamaian dan keamanan. Majlis ini diadakan berlandaskan
beberapa objektif yang tersendiri iaitu:
I.
Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian murid
dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
II.
Mengenang jasa murid-murid yang pernah berjasa
kepada sekolah.
III.
Sebagai medium untuk mengukuhkan ikatan
sillaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.

6.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita


mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku,
lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah bersama iringan muzik.
Semua hadirin diminta bersedia.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Jen

7.

Majlis diteruskan dengan menjemput pasukan koir Suara


Perindu untuk mendendangkan kita semua dengan
rangkaian dua buah lagu. Sebagai pengetahuan hadirin dan
hadirat, kumpulan koir ini dianggotai oleh murid-murid
Tahun 3, 4 dan 5 dan telah dibimbing oleh Cikgu Jenau
Pawan. Kumpulan koir ini akan menyampaikan dua buah
lagu iaitu Anak Bujang Aya dan Pagar Makai Padi.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Semoga lagu
pilihan ini dapat menghiburkan kita semua dan
membuatkan anda setia bersama kami sehingga ke akhir
majlis.

Jen

8.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Jen

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Majlis menjemput Tuan Guru Besar, Encik Boda anak Ginyo
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Boda anak Ginyo atas
ucapan sebentar tadi.
Pergi ke huma bersama-sama,
Bermudik tenang Sungai Engkari,
Ucapan tuan amat bermakna,
Terima kasih daun keladi.
Semoga kata-kata yang disampaikan
ingatan kepada kita semua.

dapat

dijadikan

9.

Persembahan pelajar pada malam ini diteruskan lagi dengan


mempersilakan pendeklamator adik Christy Rinie anak Kilat
dengan sajak yang bertajuk _________________ . Adik
Christy Rinie telah dibimbing oleh Guru Bahasa Malaysia,
Cikgu Abd Halim bin Majid. Dengan takzimnya dipersilakan.

Jen

Terima kasih adik Christy Rinie.


Yang
Yang
Yang
Yang
10.

kurik itu kendi


merah itu saga
baik itu budi
indah itu bahasa

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Tetamu jemputan hormat dipersila,

Jen

Dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Jaong anak


Raba, Yang di-Pertua PIBG SK Ulu Engkari untuk
menyampaikan ucapan dan kata-kata pesanan kepada kita
semua sempena kemerdekaan negara yang ke 55 dan
berslogankan Janji Ditepati. Mohon dijemput
menyampaikan ucapan.

11.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kata-kata


azimat yang sangat bermakna itu tadi.
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Hadirin sekalian,

Jen

Seterusnya,
majlis
dengan
segala
hormatnya
mempersilakan
Cikgu
Franky
anak
Ahem
untuk
menyampaikan ucapan kemerdekaan. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu
Franky atas ucapan kemerdekaan sebentar tadi. Semoga
segala amanat dan nasihat dapat dijadikan pedoman hidup
buat kita semua, agar bukan sahaja merdeka pada
negaranya, tetapi juga merkeda pada jiwa rakyatnya.
Dengan itu, akan terbentuklah satu masyarakat yang
merdeka.
12.

Hadirin sekalian,
Sempena hari kemerdekaan ini, para guru dan murid telah
bertungkus lumus menyediakan murid dengan pelbagai
aktiviti bahasa dan seni untuk dipertontonkan kepada
hadirin yang datang. Dengan itu, terimalah persembahan
murid yang seterusnya. Sketsa ini merupakan sebuat sketsa
yang bertemakan Jalur Gemilang. Sketsa ini diilhamkan
oleh Tuan Guru Besar, dikareografikan oleh beliau sendiri
dan mendapat suntingan akhir oleh Cikgu Jenau Pawan dan
Cik Bunsu Nam. Tanpa membuang masa lagi, marilah kita
sama-sama menyaksikan persembahan sketsa yang diberi
nama Sketsa Jalur Gemilang. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan
Terima kasih pasukan sketsa Jalur Gemilang.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
Sambutan Hari Kemerdekaan ini diteruskan lagi dengan
menjemput adik Ronita Langup dan Maydeline May Anthony
untuk meneruskan legasi persembahan kita pada mala mini
dengan acara berbalas pantun. Guru yang telah
membimbing adik-adik ini ialah Cikgu Abdul Halim bin Majid.

Jen

Terima kasih adik Ronita Langup dan Maydeline May


Anthony. Semoga potensi kalian akan terus subur.
Persembahan C Aching
Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar
alunan suara nyanyian Kumpulan Anak Gemilang dari
Tingkatan Lima dengan lagunya yang bertajuk Semangat
Yang Hilang.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Kumpulan Anak Gemilang atas persembahan itu tadi
Persembahan C Nuar
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
____________________________________________________________
Pastinya kalian tidak lupa bahawa sedikit waktu dulu,
Pasukan Anak Seni Engkari telah pun muncul buat kali
pertama dengan tarian Sumazau yang dipersembahkan
semasa Majlis Sambutan Hari Guru dan Pra-gawai baru-baru
ini. Kali ini, majlis mengundang sekali lagi pasukan anak
seni engkari yang akan mempersembahkan dua buah
rangkaian tarian daripada lagu Ngajat Tampi dan Dikir
Puteri. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, dua
buah tarian ini telah dikareografikan oleh Cikgu Jenau Pawan
dengan bantuan Cik Bunsu Nam. Tanpa melengahkan masa
lagi kita menjemput pasukan Anak Seni Engkari untuk
mempersembahkan tarian mereka.
Terima kasih atas persembahan yang penuh warna-warni
sebentar tadi.

14.

Sungguh comel si anak dara,


Menari-nari di tepi kali,
Persembahan tarian memeriah acara,
Jangan keberatan menari kembali.
Hadirin hadirat yang dihormati,
6

Jen

Pujangga Melayu berbicara,


Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit,
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya.
Buat para guru semua,
Penakik pisau diraut,
Ambil galah batang lintabung,
Seludang jadikan nyiru,
Setitik jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung,
Alam terkembang jadikan guru.
Tibalah masanya untuk kami bertiga mengundur diri. Saya
Jenau Pawan, Franky Welson Ahem dan Abdul Halim Majid
pengacara anda ingin mengundur diri dan menyerahkan
majlis kepada Cikgu Aching Ujai untuk aktiviti yang
seterusnya. Kami menyusun jari sepuluh sekiranya berlaku
kepincangan sepanjang majlis berjalan. Sebelum berundur,
terimalah gurindam perpisahan yang ditujukan kepada
murid-murid Tahun Enam sebagai tanda ingat-ingatan untuk
kita semua. Jika anda rindu, sebut-sebutlah nama kami di
angin lalu yang pernah bergelar guru kalian semua.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,
Daun selasih di makan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun bertemu juga,
Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung jati,

Anda mungkin juga menyukai