Anda di halaman 1dari 8

Acara Ucapan Pengacara

Ketibaan & Mengumumkan ketibaan Ibrahim


alu-aluan
YAB Senator Datuk Dr Zaidi bin Haji Suhaili
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang

diiringi oleh

Yang Berusaha .Cikgu Halim bin Borhan


Guru Besar SK Merpati Jepang
dan barisan pentadbir sekolah ke majlis.
_____________________________
Alu-aluan

Adat kita
menyambut
tetamu
Salam dihulur
mesra bertamu
Hamparkan
tikar lebarkan
pintu
Pemanis bicara
aluan didahulu
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Bismillah…….

Yang Berusaha .Cikgu Halim bin Borhan


Guru Besar SK Merpati Jepang

YAB Senator Datuk Dr Zaidi bin Haji Suhaili


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong


Kanan
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang

yang Berusaha Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG


SK Merpati Jepang,

Guru-guru yang diraikan serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera,


salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari


Guru Peringkat Sekolah Tahun 2022

Nyanyian Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana Jue


Lagu dengan limpah kurnia dan izinan Nya dapat sama-
Negaraku sama kita berkumpul di dalam dewan yang mulia
dan Ilmu ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi
Suluh Tahun 2022 dengan tema yang dipilih pada tahun
Hidup ini: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara
tercinta, sama-sama kita singkap sambutan Hari
Guru hari ini dengan berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu
Ilmu Suluh Hidup dengan penuh bersemangat.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

(nyanyian lagu Negaraku & Ilmu Suluh


Hidup)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.


Bacaan doa Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati Ibrahim
sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis senantiasa selamat

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama


mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh
Ustaz Masroni bin Abdul Rahman.

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita
mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Ucapan GB Hadirian yang dihormati sekalian, Jue

Adat berbahasa menyampai pesan


Adat majlis menyampai ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan


Hari Guru Peringkat Sekolah 2022, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Cikgu Halim
bin Borhan, Guru Besar SK Merpati Jepang bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

(Ucapan GB)
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu
Halim atas ucapan sebentar tadi
Ucapan Hadirin sekalian,
YDP
Meneruskan tertib acara, majlis dengan
takzimnya mempersilakan YAB Dato Dr Zaidi
bin Haji Suhaili , YDP PIBG SK Merpati Jepang
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah bagi Tahun 2022. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan YDP)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan


Daripada YDP PIBG insan budiman
Dekalung penghargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


YAB Dato Dr Zaidi bin Haji Suhaili atas ucapan
itu tadi.
Ucapan Sidang hadirin sekalian, Jue
wakil
pelajar Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan
Wakil Pelajar. Untuk itu dipersilakan .Adik
Ahmad Danish selaku Ketua Pengawas untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bacaan Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia Ibrahim


perutusan ini, majlis dengan takzimnya mempersilakan
Cikgu Norman Anak Dunstan Damu bagi
membacakan Perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia. Dipersilakan...

(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Sidang hadirin sekalian, Ibrahim
Ketulusan guru memikul amanah
keikhlasan guru meluna tanggungjawab
Sudah tersimpul janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina negara

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, pihak


majlis berbesar hati membawa para hadirin untuk
menyaksikan perlafazan ikrar guru yang akan
dipimpin oleh Cikgu Awang Selimi.

Pihak majlis juga memohon kerjasama para guru


untuk naik ke atas pentas dan bersama-sama
melafazkan ikrar hari guru sebagai tanda
komitmen jitu, usaha bersepadu seluruh warga
pendidik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab terhadap profession perguruan.
Dipersilakan.

(lafaz ikrar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


lafaz ikrar guru itu tadi.

Nyanyian Sidang hadirin hadirat sekalian, Jue


Lagu Guru
Malaysia & Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian,
Pendidik marilah sama-sama kita saksikan persembahan
Bumi nyanyian oleh barisan guru-guru kita.. Pihak
Kenyalang majlis menjemput para guru untuk naik ke atas
pentas.

Sekarang, saksikanlah persembahan nyanyian


Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu
Pendidik Bumi Kenyalang oleh barisan pentadbir
dan guru-guru SK Merpati Jepang.
Dipersilakan....

(nyanyian lagu)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas


persembahan itu tadi.

Persembaha Bagi tambah memeriahkan lagi aturcara majlis Ibrahim


n1 kita pada pagi serba indah ini, pihak majlis amat
teruja dan berbesar hati untuk mempersilakan
para guru kita untuk membuat persembahan.

Bagi persembahan pertama, dan julung-julung


kalinya dipersembahkan, majlis ingin
mempersilakan pasangan duet terhangat SK
Merpati Jepang. Dipersilakan Tuan Guru Besar
Cikgu Hlim bin Borhan bersama rakan duetnya
Mdm Wong Lin untuk membuka tirai
persembahan dengan lagu mereka ‘Seloka hari
Raya’. Dipersilakan.

(persembahan 1)

Persembaha Begitu terhibur hadirin hadirat dengan Jue


n2 persembahan sulung itu tadi. tidak berhenti di
ditu, kita teruskan lagi acara kita dengan satu
lagi persembahan tetapi kali ini daripada guru-
guru lelaki SK Merpati Jepang. Dengan ini
dipersilakan 3 jejaka terhangat SK Merpati
Jepang iaitu Cikgu Selimi, Ustaz Faruq dan
Cikgu Swandi dengan persembahan mereka yang
bertajuk ‘Satu Hari Di Hari Raya’. Dipersilakan.

(persembahan 2)

Berikan tepukan gemuruh kepada barisan guru-


guru yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.

Persembaha Kini tiba masanya untuk kita pertontonkan satu Ibrahim


n3 lagi persembahan yang akan dipersembahkan
oleh barisan guru-guru perempuan pula. Dengan
itu, majlis mempersilakan kumpulan The
Gorgeous Ladies of SK Merpati Jepang dengan
persembahan medley lagu Bila takbir bergema
dan Selamat Hari Raya. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(persembahan)

Begitulah tadi persembahan daripada barisan


guru-guru warga pendidik SK Merpati Jepang.

Persembaha Sidang hadirin sekalian, Jue


n koir
Kita teruskan tertib acara dengan persembahan
koir daripada barisan pemimpin cilik SK Merpti
Jepang di bawah pimpinan Mdm Juliana dengan
sebuah koir bertajuk ‘You Are The Reason’.
dengan segala hormatnya dipersilakan.

(persembahan Koir)

Terima kasih kumpulan Koir ats persembahan itu


tadi.

Nyanyian Majlis dteruskan lagi dengan satu lagi nyanyian Ibrahim


lagu Terima khas buat para guru yang akan disampaikan oleh
Kasih Cikgu semua murid SK Merpati Jepang. Dibawah
pimpinan Cikgu Awang Selimi, marilah kita
sam-sama perdengarkan sebuah lagu berjudul
Terima Kasih Cikgu. Dipersilakan.

Penyampaia Hadirin-hadirat yang dimuliakan sekalian, Jue


n
cenderamata Sebagai tanda penghargaan kepada para guru,
pihak majlis dengan rasa rendah diri memohon
para guru untuk sekali lagi naik ke atas pentas
bagi menyempurnakan acara penyampaian
cenderamata yang akan disampaikan oleh
barisan pengawas sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(penyampaian cenderamata)

Terima kasih diucapkan kepada barisan


pengawas dan warga pendidik SK Merpati
Jepang ats penyempurnaan majlis penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Penutup Sidang dewan yang dimuliakan, Ibrahim

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Penutup Dagang singgah membeli kajang, Jue


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang


sempurna itu datangnya daripada Allah SWT
jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan
kemaafan jua yang kami pinta. Dengan itu, pihak
majlis mengundurkan diri.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum


warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

”SELAMAT HARI GURU”

_________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai