Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA

SAMBUTAN HARI GURU 2020

BI PERKARA TEKS CATATAN


L
1. Ucapan Aluan Pengerusi Assalamualaikum & salam sejahtera.
Yang berusaha Pn. Hjh Zaiton binti Mat Zain (GB SKTP),
Yang dihormati barisan guru penolong kanan,
Yang dihormati rakan-rakan pendidik & staff SKTP seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya kita semua dapat
berkumpul dalam majlis Sambutan Hari Guru tahun 2020 bertemakan Berguru Demi
Ilmu,Bina Generasi Baharu.

2. Nyanyian 3 buah lagu Sebagai tirai pembuka majlis,semua guru,staff dan murid dipersilakan berdiri bagi
menyanyikan tiga buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang & Lagu
Sekolah.Dipersilakan.
Semua dipersilakan duduk.
3. Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,dipersilakan Ust Mohd Azizi b. Ahmad untuk
memimpin bacaan doa.Dengan segala hormatnya dipersilakan…
Terima kasih diucapkan kepada Ust Mohd Azizi atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga yang
baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
4. Ucapan Wakil Murid Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan
adik Mohd Afnan Syafiq bin Syamsul Bahri selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
Terima Kasih diucapkan kepada adik Mohd Afnan Syafiq atas ucapan sebentar tadi.

5. Ucapan GB Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Zaiton bt Mat Zain
bagi menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BI PERKARA TEKS CATATAN
L
Ucapan GB Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Zaiton Bt Mat Zain atas ucapan yang penuh
bermakna sebentar tadi.
6. Ikrar Guru & Nyanyian 2 buah lagu Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Lafaz ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu,dipersilakan semua guru berdiri bagi acara melafazkan ikrar yang akan diketuai
oleh ______________________________________________.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ atas pimpinan lafaz
ikrar sebentar tadi.
Seterusnya,marilah kita sama-sama saksikan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia dan
Malaysia Baharu yang akan dinyanyikan oleh semua warga pendidik SK Tasek Permai.
Semua guru dipersilakan duduk.

7. Persembahan Pra & Murid thn 5 Hadirin sekalian,


Tirai persembahan pada pagi ini akan dimulakan oleh murid-murid Pra Sekolah.Untuk itu,
dipersilakan murid-murid Pra Sekolah bagi membuat persembahan
_______________________________________.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik-adik cilik kita dengan persembahan yang cukup
menghiburkan sebentar tadi.
5Kreatif -Irama Penzahiran Rasa
5 Inovatif – Melafazkan Pantun
5 Optimis – Nyanyian Pendek
8. Persembahan guru-JN Bagi menambah seri majlis kita pada pagi ini,dipersilakan Pn Jeyanthy a/p Kanapathy bagi
mebuat persembahan _______________________________.Dipersilakan.Terima kasih Pn
Jeyanthy atas persembahan memukau sebentar tadi.
9. Persembahan Murid thn 6 Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan yang akan disampaikan oleh
murid-murid tahun 6.
6 Kreatif -Paluan Kompang
6 Inovatif -Nyanyian Solo (Nur Adryana Safiya -Peluang Kedua)
6 Optimis – Nyanyian Solo (Mohd Amir Sufian – Memories)
10. Persembahan guru-Rafi Bagi menghangatkan lagi suasana kita pada pagi ini,dipersilakan En. Mohd Rafi bagi
membuat persembahan………………………………………
BI PERKARA TEKS CATATAN
L
11. Hadiah kad ucapan Hari Guru & Berikutnya ialah acara penyampaian hadiah kad ucapan 3D sempena hari guru.
NILAM Untuk itu,dipersilakan En Shahizan b. Saad bagi menyempurnakan acara.
Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah bagi Program Si Comel Baca dan Lets Read.
Bagi menyempurnakan acara dipersilakan Pn Hjh Zaiton bt Mat Zain.
12. Persembahan guru-Azmi Hadirin sekalian,
Kini,tibalah kita kepada persembahan yang sangat dinanti-nantikan.Dipersilakan En Mohd
Azmi b. Abu Bakar mewakili barisan pentadbir SKTP bagi membuat persembahahan
………………………………………….Dipersilakan..
13. Hadiah Guru Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada barisan pendidik & staf SKTP…untuk
itu,dipersilakan En. Ismail B. Che Hashim selaku pengerusi KGS bagi menyempurnakan
acara.Dipersilakan.
14. Bersurai Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi,maka berakhirlah majlis kita
pada pagi ini.Kami selaku pengacara majlis Menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis.Sekian,wassalam….

Pemenang

Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru (3-d )2020

6 Kreatif 6 Inovatif 6 Optimis


1. Aleesya Maisara 1. Muhd. Amzar b. Rozmi 1. Amir Sufian
2. Nurul Iris Nasyilla bt Khairi 2. Nur Eihsan Hamji b. Abd. Hamid 2. Nur Aniesha bt Azhar
3. Nithiya Priyaa 3. Siti Aishah bt Mohd Nuzul 3. Nur Amirul Hakim

5 Kreatif 5 Inovatif 5 Optimis


1. Ismahani 1. Nurul Izaty 1. Syasya Qaisara
2. Farah umairah 2. Aleeya Alisya 2.Nor Amiera Ariesya
3. Nurul Balqis Syafiah 3. Khairunnisak 3. Izzarif

Anda mungkin juga menyukai