Anda di halaman 1dari 14

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH SKTBR 2016

14 NOVEMBER 2016 ( ISNIN)

AGENDA TEKS

Mas Ketibaan para Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Tn Hj Nasir

jemputan b. Omar Guru Besar SK Taman Bukit Rambai dengan

diiringi oleh pentadbir SKTBR dan dif-dif kehormat.

Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi,

Selamat datang kami ucapkan,

Semoga majlis tambah berseri.

Bagi memulakan acara mari kita sama-sama

menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya

dengan iringan muzik. Hadirin diminta berdiri.

.(nyanyian )

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Jun Bacaan doa Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah

sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang diketuai

oleh Al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin bin Ismail.

Dipersilakan.

..(bacaan doa)

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan

ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Mas Ucapan alu-aluan Kuntum melati tumbuh melata

pengacara majlis Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam

Satu Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Hj Nasir bin Omar Guru Besar

SK Taman Bukit Rambai

Yang Berbahagia Tn Hj Rasol b. Muhammad Yang

Dipertua PIBG SK Taman Bukit Rambai

Yang Dihormati En Muhd Khairi B Ismail Pengerusi

Permuafakatan Pra Sekolah SK Taman Bukit Rambai

para pentadbir SK Taman Bukit Rambai, guru-guru, ibu

bapa dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi, dengan

limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat sama-sama kita

berkumpul dalam Majlis Konvokesyen Pra Sekolah SK

Taman Bukit Rambai bagi tahun 2016. Pihak sekolah

mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa

dan murid-murid ke majlis pada hari ini.

Tujuan Majlis Konvokensyen ini diadakan adalah untuk

menghargai serta memberi pengiktirafan kepada

kecemerlangan yang dicapai oleh murid sepanjang sesi

persekolahan. Diharap dengan penghargaan yang

diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-

murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada

masa-masa akan datang.

Jun Ucapan wakil murid Hadirin yang dihormati sekalian.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya,

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, mempersilakan wakil murid iaitu Nur

Maisurah binti Zulhelmey dari Kelas Pra Sekolah

Intasn Sari untuk menyampaikan sedikit ucapan.

Dipersilakan.
.... (ucapan murid )

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan sebentar

tadi.

Mas Ucapan dan Kalau tuan pikat kenari,

perasmian Guru Jangan patahkan batang jerami;

Besar Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami

Majlis seterusnya mempersilakan Tn Hj Nasir b

Omar Guru Besar SK Taman Bukit Rambai untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Majlis Konvokesyen Pra Sekolah SK Taman Bukit

Rambai bagi sesi 2016.

Majlis dengan segala hormat dan takzim

mempersilakan

..... (ucapan guru besar)

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis

kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan atas kesudian Tn Hj Nasir b Omar Guru

Besar SK Taman Bukit Rambai menyampaikan ucapan

perasmian sebentar tadi.


Jun Persembahan Dari Kedah pergi ke Perlis,

tarian Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Moga hadirin terhibur di hati

Dengan itu, majlis diteruskan dengan persembahan

murid iaitu persembahan Tarian Noor El Sham yang

akan dipersembahkan oleh murid-murid perempuan

dari kelas Pra Sekolah Nilam Sari. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

.... (persembahan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kumpulan Tarian Nilam Sari sebentar tadi. Untuk

makluman tuan-tuan dan puan-puan persembahan tadi

dibimbing oleh Pn Ismadiana binti Jaafar.

Mas Tayangan slaid dan Hadirin sekalian.

jamuan makan

Acara kita diteruskan lagi dengan tayangan slaid

berkaitan dengan aktiviti anak-anak pra sekolah SK

Taman Bukit Rambai sepanjang tahun 2016.


Para jemputan, ibu bapa dan murid-murid juga

dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang

telah dihidangkan. Selamat menjamu selera.

......(jamuan makan )

# Sebentar lagi kita akan meneruskan acara iaitu

penyampaian sijil konvokesyen bagi murid-murid pra

sekolah. Diharap murid-murid dapat bersedia di

luar dewan #

Jun Penyampaian sijil Hadirin sekalian.

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada

usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak

mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan

kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya

wajar diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi

pencetus semangat untuk terus berjaya dalam

mengejar ilmu dan cita-cita.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada

murid-murid prasekolah

Majlis menjemput Tn Hj Nasir b Omar Guru Besar

SK Taman Bukit Rambai diiringi oleh Puan Ismadiana


binti Jaafar Guru Kelas Pra Sekolah Nilam Sari SK

Taman Bukit Rambai untuk menyampaikan sijil bagi

murid dari kelas Pra sekolah Nilam Sari.

Dipersilakan

(nama seperti di lampiran)

Terima kasih Tn Hj Nasir b Omar Guru Besar SK

Taman Bukit Rambai kerana telah menyempurnakan

penyampaian sijil kepada murid-murid dari kelas Pra

sekolah Nilam Sari.

Berkat rimbunnya si pokok jati,

Tempat burung selalu bertemu;

Sekali hidup biarlah bererti,

Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil murid-

murid dari kelas Pra sekolah Intan Sari.

Untuk itu dijemput En. Roslan b Abu Bakar Guru

Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Bukit Rambai

dengan diiringi oleh Pn Hasidah binti Omar Guru

Kelas Pra Sekolah Intan Sari SK Taman Bukit

Rambai.
Dipersilakan........

(nama seperti di lampiran )

Terima kasih kepada En. Roslan b Abu Bakar Guru

Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Bukit Rambai

kerana telah menyampaikan sijil kepada murid-murid

dari kelas Pra sekolah Intan Sari.

Mas Persembahan Hadirin sekalian.

nyanyian dan

bacaan buku cerita Bagi memeriahkan lagi suasana pada pagi ini majlis

diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian oleh

murid-murid dari kelas Pra sekolah Intan Sari dengan

nyanyian yang bertajuk Belajar Mengeja dan

Bungaku.

Untuk itu majlis mempersilakan.

( persembahan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk

makluman hadirin sekalian persembahan Nyanyian itu

tadi dibimbing oleh Pn Hasidah binti Omar.

Hadirin sekalian.
Tarian sudah nyanyian pun sudah. Kini kita mendengar

pula persembahan bacaan buku cerita daripada wakil

murid pra sekolah SK Taman Bukit Rambai.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil

murid dari Kelas Pra Sekolah Nilam Sari iaitu Mohd

Farith Haiman b Abd Hadi dengan bacaannya yang

bertajuk The Kind Boy

Dipersilakan

.( persembahan )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk

pengetahuan semua persembahan itu tadi dibimbing

oleh Pn. Ismadiana binti Omar

Majlis diteruskan lagi persembahan bacaan teks cerita

yang akan dipersembahkan oleh wakil murid dari kelas

Pra Sekolah Intan Sari iaitu Muhammad Hakim b

Shamsul Anuar dengan bacaannya yang bertajuk

_____________________

Dipersilakan..

. (persembahan )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas

persembahan itu tadi. Persembahan itu tadi dibimbing

oleh Pn. Hasidah binti Omar.

Jun Penyampaian hadiah Hadirin sekalian.

kecemerlangan

murid Hadiah diatur tampak kemas,

Tuan YDP PIBG senyum sekilas,

Tampillah tuan ke atas pentas

Menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas.

Dengan segala hormatnya dijemput Yang Dipertua

PIBG SK Taman Bukit Rambai iaitu Tn Hj Rasol b

Muhammad untuk menyampaikan anugerah kemuncak

kita pada hari ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

......(lihat lampiran )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang

Dipertua PIBG SK Taman Bukit Rambai Tn Hj Rasol

b Muhammad sudi menyampaikan hadiah kepada

penerima anugerah.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah

pada hari ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan

sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam

pelajaran dan menjadi contoh teladan kepada murid

lain.

Mas Cabutan bertuah

Hadirin sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah.

Dengan itu, majlis menjemput En. Mohd Khairi bin

Ismail Pengerusi Permuafakatan Pra Sekolah SK

Taman Bukit Rambai untuk sesi cabutan bertuah.

Dipersilakan..

Diminta En Mohd Khairi untuk membuat 15 cabutan.

.....(baca nama yang dicabut )

Terima kasih kepada En Khairi b Ismail atas

penyampaian hadiah cabutan bertuah itu tadi.

Jun Penutup Hadirin sekalian,

Selesai sudah Majlis Konvokesyen Prasekolah SK

Taman Bukit Rambai sesi 2016.


Ucapan tahniah buat murid-murid yang telah berjaya.

Diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di

tahun yang akan datang.

Sebagai peringatan mesra dari pihak sekolah diharap

ibu bapa dapat membimbing anak di rumah sebagai

persediaan untuk menghadapi Ujian Pengesanan pada

Hari Orientasi Tahun 1 yang akan diadakan pada

26.11.2016.

Buat murid-murid yang berjaya terimalah serangkap

pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendaklah dicari,

Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja

pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur

bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.

Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada

Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan

kami.
Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....

Assalammualaikum
LAMPIRAN

Anugerah Khas

1. Kehadiran terbaik

Pra Nilam Sari.........Nur Qaisara Husna bt Zainudin

Pra Intan Sari ..Nurul Batrisyia bt Mohd Naser

2. Pencapaian prestasi terbaik

Pra Nilam Sari.Alya Arissa binti Noraslim

Pra Intan Sari. Muhammad Hakim b Shamsul Anuar

3. Peningkatan prestasi terbaik

Pra Nilam Sari .Muhd Danish b Hamidi

Pra Intan Sari .. Mahzuan Fitri b Norahasham

4. Kecemerlangan koku terbaik

Pra Nilam Sari . Muhd Alif Hakim b Mohd Khairi

Pra Intan Sari . Muhammad Farish b Zulkifli

5. Sahsiah terbaik

Pra Nilam Sari .. Nur Aina Zulaikha bt Abdullah

Pra Intan Sari .. Nur Humairah bt Mohd Azizi

Anda mungkin juga menyukai