Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017

SK.PENGKALAN BERANGAN
SEKOLAH AMANAH KOHORT 2016
TARIKH : 16 NOV 2017
HARI : KHAMIS
MASA: 7.45 PAGI

Bil AGENDA TEKS

Sebelum Majlis   Mohon Para Hadirin Penuhkan Ruang Tempat Duduk


1.
Bermula Dihadapan
  Matikan Telefon Bimbit Semasa Majlis Berlangsung
  Mohon Para Hadirin Tidak Meninggalkan Majlis Sehingga
Majlis Selesai Kerana Ini Merupakan Majlis Rasmi Sekolah
Dan Mohon Tetamu Berdiri Ketika Vvip Berjalan Masuk

2. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,


jemputan dan ibu
bapa EN. SYAMSUL BAHARIN BIN JUSOH
Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Marang.
Nyanyian Lagu
Dengan diiringi,
-Negaraku
-TTB Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta dif-dif jemputan ke
persada majlis.

Hadirin dipersilakan berdiri


Untuk terus sama-sama menyanyi lagu Negaraku dan lagu TTB

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

3 Bacaan Doa Hadirin dan hadirat sekalian,

bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin dan dilafazkan
oleh al fadhil ustaz Razali bin Omar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Amin amin ya rabbal `alamin

majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada ustaz Razali bin Omar atas bacaan doa itu tadi.
4. Kata Alu-aluan Assalamualaikum Salam Sejahtera
Pengacara Majlis Pembuka Kata Lidah Bicara
Izinkan Saya Mulakan Acara
Semoga Majlis Disambut Ceria
 
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu Oleh Si Anak Muda
Anugerah Cemerlang disambut bersama,
Sebagai tanda penghargaan kita.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia,
EN. SYAMSUL BAHARIN BIN JUSOH
Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Marang.

Yang Berusaha,
En.Che Aslan bin Che Ismail
Guru Besar SK Pengkalan Berangan

Yang  Dihormati 
Tn.Haji Mamat bin Osman
Yang Dipertua PIBG SK Pengkalan Berangan.

Yang Dihormati
En.Mazlan bin Mohammad
Naib Yang Dipertua PIBG SK Pengkalan Berangan

Guru-guru Penolong Kanan,


Rakan-rakan guru,
Ibu bapa, murid-murid yang dikasihi,
Seterusnya, hadirin hadirat sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam
sejahtera.

Alhamdulillah Dipanjatkan Kesyukuran, Kerana Dengan Izin


Serta Limpah Rahmatnya Kita Diberikan Kekuatan Untuk
Berhimpun Dalam Majlis Gilang Gemilang Iaitu Majlis Anugerah
Cemerlang SK.Pengkalan Berangan tahun 2017.

majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan


selamat datang diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta
hadirin hadirat sekalian. semoga dengan kehadiran semua, majlis
kita akan lebih bermakna dan bertambah serinya.
Hadirin sekalian,
5. Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar Kita teruskan majlis dengan menjemput
SKPB En.Che Aslan bin Che Ismail,
Guru Besar SK Pengkalan Berangan
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Che Aslan bin Che Ismail atas ucapan itu tadi.

6 Ucapan perasmi Hadirin sekalian,

Bersilau terang batu permata,


Terukir indah dijari bersemi,
Tampil tuan kami meminta,
Bersama ucapan kata perasmi.

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar ucapan yang akan


disampaikan oleh

Yang Berbahagia
EN. SYAMSUL BAHARIN BIN JUSOH
Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Marang.
dan seterusnya merasmikan Majis Anugerah Cemerlang
SK Pengkalan Berangan tahun 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada EN. SYAMSUL BAHARIN BIN JUSOH
atas ucapan dan perasmian itu tadi.

7. Persembahan Hadirin yang dikasihi sekalian,


-Prasekolah
-PPKI Indah bicara dengan bahasa,
Indah lagu dengan irama,
Indah tarian dengan lenggokan,
Indah majlis dengan persembahan,

Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, kita serikan seketika
dengan Persembahan daripada anak-anak Prasekolah.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada anak-anak Prasekolah dengan


tarian yang sungguh comel dan ceria yang telah dibimbing oleh
Cik Adzleeza Pembantu Pengurusan Murd Prasekolah
SK.Pengkalan Berangan.
Seterusnya,
Kita saksikan Persembahan daripada anak-anak Program
Pendidikan Khas Integarasi SK.Pengkalan Berangan.

Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada anak-anak PPKI dengan


persembahan tarian silat yang memukau itu tadi dibawah
bimbingan guru-guru PPKI SK.Pengkalan Berangan.

8 Penyampaian Hadirin sekalian,


Anugerah
cemerlang dalam Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian
kelas. hadiah kepada semua murid yang cemerlang.

-Rujuk Buku Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah, majlis


Program mempersilakan,

En.Syamsul Baharin bin Jusoh


Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Marang

Diiringi
En.Che Aslan bin Che Ismail
Guru Besar SK.Pengkalan Berangan

Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Kita mulakan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang dalam


kelas.

- Terbaik tahun 1 hingga tahun 6 ( Rujuk Buku Program)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.Syamsul Baharin


bin Jusoh dan juga En.Che Aslan bin Che Ismail atas
penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah dan syabas kepada semua
murid tahun 1 hingga 6 yang telah menerima hadiah sebentar
tadi.

Penyampaian Seterusnya, Majlis mempersilakan


Anugerah Pn. Razmi binti Mamat
cemerlang dalam Guru Penolong Kanan PPKI SKPB
kelas. Diiringi
En. Manan bin Musa
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKPB
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah yang seterusnya,
Dipersilakan.
- Terbaik dalam kelas PPKI
- Terbaik kelas Pemulihan
- Terbaik Frog VLE

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang menerima hadiah


sebentar tadi.
Seterusnya, Pihak Majlis meminta,
En. Manan bin Musa
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKPB
Diiringi
Pn. Razmi binti Mamat
Guru Penolong Kanan PPKI SKPB

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah yang seterusnya,

- Penyampaian Sijil Prasekolah


- Terbaik dalam kelas Prasekolah

Untuk penerima yang pertama. Dipersilakan:

( rujuk buku program)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.Manan bin Musa


dan Pn. Razmi binti Mamat atas penyampaian hadiah itu tadi.
Tahniah dan syabas kepada semua murid Prasekolah yang
menerima hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
10. Persembahan 3
-Nyanyian Solo Adat Tuan Adat Berserah
Mari Datang Membawa Puan
Raja Zafirah Adat Bersirih Adat Sejarah
Untuk Tuan Kami Sembahkan

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada

Adik Raja Zafirah

Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Adik Raja Zafirah atas


persembahan itu tadi.

11. Rehat Hadirin sekalian,


Kita berehat seketika dan majlis disambung pada jam 10.45 pagi
dan semua murid serta guru diminta berkumpul semula di dewan
ini pada jam 10.45 pagi untuk penyampaian hadiah yang
seterusnya.

12. Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah yang seterusnya.
Untuk itu majlis mempersilakan,
Puan Norliana binti Shamsudin
GPK Pentadbiran SKPB
Diiringi
En.Mat Saidi bin yusof
GPK HEM SKPB
Untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan
Kita teruskan dengan penyampaian Anugerah :

- Terbaik Mata pelajaran. tahun 1 hingga tahun 6


(rujuk buku program)
Seterusnya, Majlis meminta
En.Mat Saidi bin yusof
Diiringi
Puan Norliana binti Shamsudin

Untuk menyampaikan hadiah,


- Kedatangan penuh
Penyampaian Sijil kepada pengawas tahun 6:
- Pengawas sekolah
- Pengawas pusat sumber
- Pengawas rakan sebaya
- Pengawas SPBT

( rujuk buku program)


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn.Norliana binti
Shamsudin dan En.Mat Saidi bin Yusof diatas penyampaian
hadiah itu tadi. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang
menerima hadiah sebentar tadi.

13 Persembahan 4 Hadirin sekalian,


-nyanyian solo Kita serikan seketika majlis ini dengan persembahan daripada
-Akmal Bahiyah
Adik Akmal Bahiyah.

Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Adik Akmal Bahiyah


dengan persembahan itu tadi.

14 Penyampaian Hadirin sekalian,


Anugerah khas Kita teruskan dengan penyampaian hadiah yang seterusnya.
Untuk itu majlis mempersilakan,

En. Che Aslan bin Che Ismail


Guru Besar SKPB
Diiringi
Pn. Norliana binti Shamsudin
GPK Pentadbiran SKPB
Untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan

Kita teruskan dengan penyampaian Anugerah :

- Anugerah Tokoh Akademik SKPB 2017 (L,P)


- Anugerah Tokoh Kokurikulum SKPB 2017 (L,P)
*ada bacaan BIodata oleh Ustz Farihah
-
- Anugerah Tokoh Murid Harapan SKPB 2017 (L,P)
- Anugerah Tokoh Akademik Asrama SKPB 2017 (L,P)
- Anugerah Tokoh Kokurikulum Asrama SKPB 2017 (L,P)
- Anugerah Murid Bersahsiah tinggi PPKI
- Anugerah Khas Murid PPKI ke Sekolah Menengah.
- Anugerah Tokoh Nilam SKPB
(rujuk buku program)

15 Persembahan 5 Hadirin sekalian,


-nyanyian solo Kita serikan dengan persembahan yang terakhir daripada
Syamim Zikri Adik Syamim Zikri
Majlis mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Adik Syamim Zikri


dengan persembahan itu tadi.

Majlis Penutup Hadirin sekalian,


16
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.

Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,


Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.

Kalau belayar sudah sampai ke pulau,


Kalau berjalan sudah sampai ke batas.

Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,


Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Kita sudah berada di penghujung majlis, sebelum kita bersurai

Kami minta ampun,


Kami minta maaf ...

Kalau wajah ada yang tersalah pandang,


Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,

Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis anugerah cemerlang


SK.Pengkalan Berangan tahun 2017. Tahniah dan syabas sekali
lagi diucapkan kepada semua penerima anugerah.
mudah-mudahan kejayaan anda akan menjadi sumber inspirasi
kepada rakan-rakan anda agar terus  berusaha untuk meraih
kecemerlangan pada masa hadapan.
majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup
meluangkan masa sehingga berakhir majlis kita pada hari ini.
Sekian. Wassalam moga berjumpa pada tahun hadapan
Insyallah.

Anda mungkin juga menyukai