Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Ihtifal J-qaf

Bil Tindakan

Para Hadirin mengambil tempat masing-masing


1 Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil
tempat masing-masing.

Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian
dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis
berlangsung agar tidak mengganggu majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

SETELAH DIBERI ISYARAT


UCAPAN PENGUMUMAN

2 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan bin Abu Seman,
Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak dan Dif-dif Jemputan.



.

.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tuan Haji Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak

Yang Berusaha
Ustaz Shahrol Azmi bin Jumari
Penolong PPD (Jqaf), PPD LMS

Yang Berusaha
Puan Rasidah binti Abdul Razak
Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Zon Kamunting

Yang dihormati,
Guru-guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Pengiring, Ibu bapa, Para
Peserta, dan seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama Bagi Tahun 2017

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung sana
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka kata.


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa syukur ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Penutup Ihtifal Jqaf peringkat Daerah Larut Matang dan
SElama bagi tahun 2017. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas
kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor
Pendidikan Islam Negeri Perak kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutup Ihtifal
Jqaf Peringkat Daerah LMS pada petang ini.

NYanyian
3
Bagi memulakan majlis, majlis dengan ini memohon agar semua hadirin dapat berdiri
bagi mengalunkan nasyid asmaul husna, seterusnya menyanyikan Lagu negaraku dan
lagu negeri Perak. Dipersilakan.

Terima kasih diatas nyayian itu tadi.Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Alfadhil Ustaz
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ............................................... di atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalia,


Bagi menyerikan lagi majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Kalam
Jamaie bertajuk,
yang akan disampaikan oleh kumpulan
daripada SK SIMpang, Taiping
Di bawah pimpinan Ustzah

Dan merupakan Naib Johan Peringkat Negeri Perak di Pertandingan KALam Jamie
Peringkat Negeri Perak

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan


Atas persembahan yang begitu bertenaga itu tadi.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI ZON.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak guna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amlnya,
Tak lengkap majlis tanpa yang ada berkata-kata.

Majlis dengan ini mempersilakan Puan Puan Rasidah binti Abdul Razak selaku Pengerusi Panitia
Pendidikan Islam Zon Kamunting untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

8 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Puan Puan Rasidah binti Abdul
Razak Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Zon Kamunting di atas ucapan aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat ,


Jangan patahkan batang keladi,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat
dan takzimnya mempersilakan Tuan Haji Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor
Pendidikan Islam Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis IHtifal Jqaf Peringkat Daerah LMS bagi tahun 2017.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


UCAPAN YANG BERBAHAGIA
9 Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan bin Abu Seman,
Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan Majlis Penutup
Majlis Tadarus Al-Quran Zon Kamunting 2015 Tetapi sebelum itu, mari kita sama-sama
mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang dijalankan. Untuk itu,
majlis mempersilakan Ustaz
Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan.

Dipersilakan..
ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM
10 Terima kasih diucapkan.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan pertandingan dan
penyampaian hadiah dan cenderamata.

PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS


11 Sebagai penghargaan, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha , Puan Rasidah binti Abdul Razak selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam
Zon Kamunting untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor Pendidikan Islam Dipersilakan.

SEterusnya, bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, dijemput Berbahagia


Tuan Haji Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak diiringi
oleh Yang Berusaha Puan Rasidah binti Abdul Razak Pengerusi Panitia Pendidikan Islam
Zon Kamunting untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

Keputusan telah berada di tangan kami.

(kptusan)

12 Tahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Penutup Ihtifal Jqaf Peringkat
Daerah LMS tahun 2017 kali ini.

Dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan bin Abu Seman, Ketua
Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak kerana sudi menyampaikan cenderamata dan
hadiah kepada para pemenang.

14
Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusundi tepi anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik sekali


Mekar indah si embun pagi
Majlis Ihtifal Jqaf mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan penyampaian hadiah sebentar tadi maka Majlis Penutup Majlis
Ihtifal Jqaf Peringkat Daerah LMS tahun 2017 pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Tuan Haji
Roslan bin Abu Seman, Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak kerana sudi hadir
ke majlis pada petang ini.

Terima kasih juga kepada semua guru besar, penolong-penolong kanan, Guru-guru, para
peserta yang mengambil bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang
telah menjayakan Majlis Penutup Majlis Ihtifal Jqaf Peringkat Daerah LMS tahun ini.
Seterusnya.. Dijemput kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan bin Abu Seman,
Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan
Rasidah binti Abdul Razak selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Zon Kamunting dan
dif-dif jemputan ke jamuan minum petang.

Kalau ada kepuk di ladang,


Boleh juga tumpang mandi;
Diberi Allah umur panjang,
Boleh kita jumpa lagi.

Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr.

Sekian.
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai