Anda di halaman 1dari 4

Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH... Assalamualaikum w.b.t....

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...


Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Dialu-alukan, Encik Woo Yuen Seng Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya Yang Berusaha, EN.abdul rahman bin mansor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKPJP : Puan Rafeah binti Basri GPK Pentadbiran Puan tee Lin Choo GPK KoKurikulum Puan raja Ainon binti Raja Abdul Rahman GPK HEM Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SKPjP sesi 2010/2011 guru-guru penjana modal insan gemilang, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, , dan seterusnya muridku anakku sayang.
Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sek.Kebangsaan Puchong

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Jaya 2011 Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan. Tetak buluh panjang suluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ................................................... , dipersilakan

Faisol

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepad Ustaz ................................................................... kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kit diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis ha anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Bismillahirrahmanirahim... Dari penarik ke pontian, Pergi pula ke Kuala Perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Yang Berbahagia,...............................Pengarah IPGM KDRI, para pensyarah,seterusnya guru pelatih yang dikasihi sekalian.. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera... Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Keliling kota menaiki beca,

Bagi merawat hati yang kucar, Tangan di tadah doa dibaca, Moga majlis berjalan lancar. Baiklah.bagi menambah keberkatan majlis pada malam ini,marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz........... Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin..amin Ya Rabbalalamin.Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz.....atas bacaan doa itu tadi. Hadirin sekalian, Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahgia..untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk .................................. .Dengan segala hormatnya dipersilakan. Buah Longan beli sekati, Beli bersama buah berangan, Pesanmu datuk kami ingati, Jadi azimat buat pegangan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Jika berkayuh kita telah sampai ke hulu, Jika berlayar kita telah sampai ke pelabuhan, Jika berjalan kita telah pun sampai ke destinasi Maka berakhirlah majlis kita pada malam ini. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia .....................,Pengarah IPGM KDRI atas kesudian menyampaikan ceramah yang penuh bersemangat sebentar tadi.Semoga segala amanat yang disampaikan menjadi senjata utama kita dalam menghadapi hari yang mendatang. Akhir kalam,kita tangguh majlis kita pada malam ini dengan tasbih Qafarah dan Surah Al Asr.

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan Gemilang kita bersua Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Penyampaian hadiah selesai sudah Persembahan pelajar menyusul pula Membawa dulang beralas sutera Berisi hadiah buat pemenang Terengganu dijulang semangat membara Muga bertuah hatipun senang Cincin suasa tersemat di tangan Hiasan tersohor dato Bahaman Peserta ASAT sentiasa berangan Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Anda mungkin juga menyukai