Anda di halaman 1dari 7

BUNGA-BUNGAAN SUDAH DIHIASI

MENJADI TEMA PADA PETANG INI


JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

Selamat pagi salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria
Salam Keluarga Malaysia,
Bersama Hentikan Wabak Covid
19
Yang berusaha En Shamsuddin b.
Hussien, pengetua SMKTBM
Yang dihormati
En Shaharizan b. Shariff PK
Pentadbiran,
Pn. Rahimah bt Zainuddin PK Hal
Ehwal Murid

1
Pn PN. HANI SHAFRIZA BINTI
HANAPIAH PK Kokurikulum
Selamat pagi salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria
Salam Keluarga Malaysia,
Bersama Hentikan Wabak Covid
19
Yang berusaha En Shamsuddin b.
Hussien, pengetua SMKTBM
Yang dihormati
En Shaharizan b. Shariff PK
Pentadbiran,
Pn. Rahimah bt Zainuddin PK Hal
Ehwal Murid
2
Pn PN. HANI SHAFRIZA BINTI
HANAPIAH PK Kokurikulu
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Sri Kelana

YANG BERUSAHA PUAN SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB


GURU BESAR SK SRI KELANA

YANG DIHORMATI USTAZ SHAEDIN BIN WAHAB


YDP PIBG SK SRI KELANA

YANG DIHORMATI PUAN MONA LIZA BINTI NOORDIN


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

YANG DIHORMATI PUAN ROSNANI BINTI MOHAMED


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI ENCIK MOHD ZAFIRAN BIN MUSTAFA


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI PUAN SUHAILI BINTI ABU BAKAR


PENOLONG KANAN PPKI

YANG DIRAIKAN PUAN SITI FATIMAH BINTI RAZALI


MANTAN PENYELARAS PAJSK DAN PBD

YANG DIHORMATI PUAN NOR SURIATI BINTI YEOP EFFENDY


NYDP PIBG SK SRI KELANA

YANG DIHORMATI ENCIK MOHD NOOR DAN KAK JU


PENGUSAHA KANTIN SK SRI KELANA

BARISAN KETUA PANITIA, RAKAN-RAKAN GURU DAN AKP/STAF SERTA


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
Alhamdulillah ...

3
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinan-NYA,
dapat sama-sama kita berkumpul pada petang ini di Hotel Pearl untuk
menjayakan Majlis HI TEA / Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SK Sri
Kelana 2023/2024.

Saya bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan kerana telah sudi
meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis pada petang yang
indah ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada petang ini jelas
menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tinggi terhadap apa-apa saja
program yang dijalankan oleh Kelab BKGK SK Sri Kelana.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Majlis pada petang ini merupakan majlis tahunan yang dikelolakan


oleh barisan Jawatankuasa Kelab BKGK SK Sri Kelana yang diterajui oleh
Encik Shahrulnizam bin Mohamad Yusof. Majlis ini juga bertujuan untuk
memberi penghargaan kepada semua warga pendidik dan staf sokongan SK
Sri Kelana atas segala khidmat bakti sepanjang kita bekerja bersama-sama
bagi tahun 2023/2024 ini. Mudah-mudahan sokongan yang ditunjukkan akan
diteruskan bagi memastikan SK Sri Kelana dikenali, dihormati dan
disanjungi.

Gulai tempoyak udang galah


Makan berulam bunga kantan
Dipanjatkan doa kehadrat Allah
Agar majlis dapat keberkatan

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Hasmadi bin Ghazali untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan

*****BACAAN DOA*****
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hasmadi bin Ghazali kerana telah
sudi memimpin bacaan doa.

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
4
Jemput Abang Man kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Shahrulnizam , Pengerusi


Kelab BKGK SK Sri Kelana, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kpd Encik


Shahrulnizam , Pengerusi Kelab BKGK SK Sri Kelana kerana telah sudi
menyampaikan ucapan.

Hadirin sekalian,

Besar langit ditepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Majlis dengan rasa berbesar hati menjemput Puan Siti Fatimah binti Razali,
Mantan Penyelaras PAJSK dan PBD SK Sri Kelana untuk menyampaikan
ucapan beliau, setelah hampir 17 tahun berada di SK Sri Kelana sebelum ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Fatimah binti
Razali atas ucapan perpisahan kepada semua warga Sri Kelana. Kami warga
SK Sri Kelana berdoa, Semoga Cikgu Siti sentiasa mendapat yang terbaik
dalam setiap perkara dan sesuatu yang baru. Sangat senang dan mudah
apabila bekerjasama dengan Cikgu Siti dalam setiap tugasan dan arahan
yang diberikan. Setiap tugasan dan arahan yang diberikan dilaksanakan
dengan pantas dan efisyen. Teruskan kecemerlangan Cikgu Siti di tempat
bertugas yang baru . Tahniah Cikgu Siti.

Rakan rakan dan sidang hadirin sekalian,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Siti


Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5
Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan terima kasih Yang
Berusaha Puan Siti Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana kerana
telah sudi menyampaikan ucapan. Terima Kasih Cikgu Sya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Siti Norhafisyah untuk


menyampaikan sumbangan ..

Untuk itu…..RUJUK AJK

- SUMBANGAN UNTUK CIKGU……………….


- HADIAH UNTUK BERSALIN ………………….
- HADIAH UNTUK SITI…………………………..

KEPADA MANA2 GURU YANG INGIN MENYAMPAIKAN HADIAH


KEPADA CIKGU SITI DIPERSILAKAN……

Malam raya memasang pelita


Berguran senda sanak saudara
Juadah terhidang di depan mata
Marilah bersama menjamu selera

Dipersilakan Puan Guru Besar, barisan pentadbir, semua tetamu dan para
guru dan Staf / AKP untuk menjamu selera.

Sambil kita menjamu selera marilah sama-sama kita isikan ruangan


kita pada petang ini dengan sedikit “Indoor Games”, untuk itu saya serahkan
kepada Encik Mohd Aidi Syamer, Encik Zulkarnain dan Mr Ong Kien Eik.
Dipersilakan…..

Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditungu-tunggu, iaitu cabutan bertuah
yang pertama.

Dijemput ........................................utk mencabut dan seterusnya


menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada yang berjaya . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Baiklah rakan-rakan dan siding hadirin sekalian,

Bunga dedap diatas para,

6
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

********Kata-kata penutup*******

Anda mungkin juga menyukai