Anda di halaman 1dari 9

Bil AGENDA TEKS

1. Pemeriksaan Hadirin dan hadirat diminta untuk berada dalam mod senyap kerana majlis akan
audio bermula sebentar lagi.

3. Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


Negeri Johor
dan Lagu Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyayikan lagu negeri Johor dan
Negaraku lagu Negaraku.

...................................Selesai nyanyian lagu.................................

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
4 Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Pengacara Dipalu oleh Si Anak Muda
Majlis Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha En. Mohd Azhan Bin Strahan


Yang Dipertua PIBG SMK Taman Nusa Jaya

Yang Berusaha Tn Hj Adib Adham Bin Daud


Pengetua SMK Taman Nusa Jaya

Yg dihormati En. Rahizam Bin Rahmat


Naib Yang Dipertua PIBG SMK Taman Nusa Jaya

Yg Dihormati, En. Mohd Nasir bin Md Nor


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yg Dihormati Ust Abd Monir Bin Kambang


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yg Dihormati En. Rosli Bin Hairan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yg Dihormati Pn, Haslina Binti Abd Rahman


Guru Penolong Kanan Petang.

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Pendidik dan pelajar yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya
dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 tahun 2021 ini.

Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh warga kerja yang berhempas pulas dalam menjayakan mesyuarat
agung kali ke 17 ini. Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan terutama sekali
dengan dugaan pandemic covid19 yang melanda Negara, namun kita masih lagi
mampu menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke 17 ini secara maya.

5 Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh
ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz……………………………………... Dengan segala hormatnya dipersilakan.
................................ SELESAI BACAAN DOA ......................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz ……………………..atas pimpinan


bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam
sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan pendidik adalah
tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi
pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari
bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh pendidik dan ibu bapa, amat
penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam
bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

6. Ucapan Alu- Seterusnya, majlis mempersilakan Tn Hj Adib Adham Bin Daud, Pengetua SMK
aluan oleh Guru Taman Nusa Jaya
Besar untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan, Tuan.’

……………….SELESAI UCAPAN GURU BESAR.....................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Adib Adham Bin Daud atas
ucapan alu-aluan itu tadi.

7. Ucapan YDP Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Mohd Azhan Bin Strahan, Yang
PIBG Dipertua PIBG SMK Taman Nusa Jaya
untuk menyampaikan ucapan, seterusnya membubarkan A

................SELESAI UCAPAN YDP PIBG.........................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Fakhri bin Sulai atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

8. Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan
Perasmian oleh Yang Berhormat En Khoo Soo Seang, Ahli Parlimen Tebrau dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Felda Ulu Tebrau kali ke 34 bagi tahun
2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….SELESAI UCAPAN YB.....................


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berhormat En Khoo Soo Seang atas ucapan dan perasmian itu tadi.

9. Persembahan Yang Berhormat dan hadirin sekalian,


Tarian
Anak Cina Menjual Lokan,
Sambil sibuk kayu dikerat,
Persembahan koir kami sembahkan,
Untuk tatapan hadirin hadirat.

Dengan itu, terimalah persembahan Tarian “ Joget Berhibur” daripada kumpulan


tarian SK Felda Ulu Tebrau di bawah bimbingan Cik Eliya Azura bte Ibrahim.
Dipersilakan.

....................SELESAI PERSEMBAHAN TARIAN.......................

Demikianlah tadi persembahan joget oleh kumpulan tarian SK Felda Ulu Tebrau.

10. Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid
Penyampaian cemerlang UPSR 2013 . Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat En Khoo Soo
Cenderahati dan Seang, diiringi En. Fakhri bin Sulai untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Sijil Murid Dipersilakan, tuan.
Cemerlang ...........................................................................................................
UPSR 2013
Dipersilakan,

1)Muhammad Adib bin Yaacob


2)Muhammad Adib Danish bin Azmi
3)Nur Ain Afiqah bte Zainal
4)Sholehatul Husna binti Zulkipli
5)Yong Ahmad Firdaus bin AB Wahab

Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat En Khoo Soo Seang untuk mencabut 5


nombor bertuah. Dipersilakan, tuan.

..............SELESAI CABUTAN BERTUAH......................

Sebagai menghargai kesudian Yang Berhormat hadir ke majlis kami pada pagi ini,
dipersilakan En Fakhri bin Sulai untuk menyampaikan cenderahati tanda kenang-
kenangan junjungan kasih kami kepada Yang Berhormat En Khoo Soo Seang.
Dipersilakan, Tuan.
.................SELESAI YB TERIMA CENDERAHATI...................

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat En Khoo Soo Seang atas kesudian
menerima cenderahati sebentar tadi.

11. Majlis Penutup Ikan berenang di dalam lubuk


Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Felda Ulu Tebrau selesai sudah. Pihak
majlis memohon kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan terima
kasih kepada Yang Berhormat En Khoo Soo Seang serta tetamu jemputan yang
hadir atas kesudian bertandang di SK Felda Ulu Tebrau.

Seterusnya, majlis mempersilakan En Fakhri bin Sulai, YDP PIBG SK Felda Ulu
Tebrau mengiringi Yang Berhormat En Khoo Soo Seang serta tetamu jemputan
untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan, Tuan.

Para ibu bapa diminta terus berada di dewan untuk meneruskan agenda seterusnya
iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34.

YB TELAH BERGERAK KELUAR DARI MAJLIS..

12. Persembahan Tirai majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Adik Nurul Amira
bercerita Ellisa bte Ahmad Rizal, dari kelas 4 Ibnu Sina untuk menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Kisah Bawang Putih Bawang Merah”. Dipersilakan.

...................SELESAI PERSEMBAHAN BERCERITA..............

Begitulah tadi persembahan bercerita yang telah dipimpin oleh Puan Puziah bte
Sabirin.

13. Mesyuarat Seterusnya, majlis diserahkan kepada pengerusi sementara untuk meneruskan
Agung PIBG Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34. Dipersilakan.
SELEPAS MESYUARAT AGUNG SELESAI....
14. Penyampaian Hadirin hadirat yang dihormati,
Sijil Guru Tahun
6 Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada guru-guru
tahun 6 sesi 2013. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
_____________________ diiringi _______________________________untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan, tuan.
(SENARAI NAMA GURU TAHUN 6 )

Dipersilakan,

1. EN ZAINAL ABIDIN BIN MOHD AMIN


2. EN JUMALI BIN JAMION
3. EN JANTAN BIN ISMAIL
4. EN ABDULLAH BIN GHANI
5. EN SHAHARUDDIN BIN ABD JAMAL
6. EN MOHD FAZLI BIN JAAFAR
7. PN PUZIAH BTE SABIRIN
8. PN KANMANI A/P GOPAL
9. PN ZARINA BTE JAMARI
10. PN ROSMAYA BTE KAMSIN
11. PN SITI HAJAR BINTI KAMSANI
12. PN SRI MAWATI BINTI BAHARI
13. PN NURUL HUDA BTE ABU HASSAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada____________________atas


kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

15 Penyampaian Agenda majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan
Sijil PIBG dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013.
Majlis dengan ini mempersilakan __________________________ diiringi
________________________untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan, tuan.

(SENARAI AJK PIBG 2012/2013)

Malis merakamkan setinggi penghargaan kepada _______________________atas


kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi.

16 Persembahan Tupai di dahan bermain sakan,


nasyid Dilihat kera cabut lari,
Persembahan nasyid kami sajikan,
Daripada putera bijak bistari

Sidang hadirin yang dikasihi,

Terimalah persembahan nasyid dari kumpulan ___________ SK Felda Ulu Tebrau


dengan sebuah lagu bertajuk “________________________”. Dipersilakan.

.....................SELESAI NASYID............................

Untuk makluman hadirin, persembahan nasyid tadi dibimbing oleh Ustaz


Muhammad Suheil bin Mohd Rubani. Beliau juga bertanggungjawab menggubah
susunan muzik dan lagu sebentar tadi..

17 Cabutan bertuah Seterusnya kita akan membuat beberapa sesi cabutan bertuah. Diharap para hadirin
dapat kekal di dalam dewan sehingga selesai majlis.

1. Cabutan 1
Penyampai hadiah :______________

2. Cabutan 2
Penyampai hadiah :______________

3. Cabutan 3
Penyampai hadiah :______________
18 Penutup Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tad, maka berkahir lah Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke 34 pada pagi ini.

Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
ibu bapa, guru-guru dan para pelajar atas kesudian hadir memeriahkan majlis pada
hari ini.

Pihak majlis memohon kemaafan seandainya berlaku sebarang kepincangan


sepanjang penganjuran majlis hari ini.

Semoga kita berjumpa lagi di majlisyang sama pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai