Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Inovasi Pencetus Kecemerlangan Pendidikan

Bismillah……

Jika suatu hari nanti kita asyik mengejar inovasi dan teknologi, sedarlah betapa tingginya nilai budi
pekerti. Dan jika suatu hari nanti kita asyik mengejar kemodenan, peganglah pada makna ketamadunan.

Terima kasih seharum kasturi sejambak mawar kepada pengerusi majlis, barisan hakim yang adil dan
saksama, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, pendidik pencetus pembangunan pendidikan
seterusnya sidang intelektual yang dekat di hati.

Assalamualaikum dan salam

Hadirin sekalian,

Seorang aktivis kemerdekaan Indonesia, Tan Malaka, ada menyebut, bila kaum muda yang telah belajar
di sekolah dan menganggap dirinya terlalu tinggi dan pintar untuk mengajar masyarakat yang bekerja
dengan cangkul dan hanya memiliki cita-cita yang sederhana, maka lebih baik pendidikan itu tidak
diberikan sama sekali. Justeru, hadirnya saya di pentas perdana ini untuk merendahkan diri, namun tetap
meninggalkan sedikit bakti supaya hadirin mengerti akan kepentingan inovasi berpandukan tajuk ‘inovasi
pencetus kecemerlangan pendidikan’.

Hadirin sekalian,

Inovasi merupakan idea, amalan, atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang
individu atau system social. Manakala pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran.
Bermula daripada pembelajaran tradisional seperti kapur dan tutur sehinggalah pembelajaran berteraskan
elektronik membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan idea dalam mengajar kemodenan
dalam system pendidikan. Tiga konsep idea yang akan saya kupas Kita lihat apakah ideanya, apakah
amalannya dan apakah bahannya.

Hadirin sekalian,

Apa guna menanam padi jika tidak menjadi beras, apa guna inovasi jika tiada idea asas. Indicator pertama
untuk kita melihat dengan mata, mendengar dengan telinga segala idea dan kaedah yang dicurahkan
dalam membentuk kemenjadian pelajar. Dalam sejarah pembelajaran, kapur dan tutur menjadi susunatur
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan
‘konsep suap’, ‘tipu sunat’, atau pelbagai teori yang telah dipelajari terlebih dahulu yang akhirnya akan
membosankan pelajar. Maka, sebelum masalah ini menjadi musuh dalam selimut, bagai api dalam serkam
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 telah melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21
dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Terdapat lima elemen yang diterapkan dan disebut
sebagai standard asas dalam PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta
aplikasi nilai murni dan etika. Nah, akhirnya PAK21 memberikan impak positif yang besar dalam
kalangan pelajar.

Hadirin sekalian,
Menyusur pula kita ke isi kedua dengan melihat perkembangan amalan dalam pembelajaran. Integrasi
kemahiran berfikir merupakan salah satu dari langkah meningkatkan operasi pemikiran pelajar dengan
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Selaras dengan kehendak Negara untuk bersaing
dengan pendidikan antarabangsa, kualiti pengajaran merupakan salah satu agenda yang ditekankan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia namun seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah. Hasil
kajian dan pentaksiran Trends In International Mathematics and Science Study (TIMMS) menunjukkan
pelajar Malaysia hanya memahami konsep asas tetapi mempunyai kesukaran dalam mengaplikasikan
pengetahuan. Lantas, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi diperkenalkan, amalan dalam pembelajaran
dipertingkatkan, operasi pemikiran diaplikasikan hanya dengan satu tujuan, untuk membentuk
kemenjadian. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah
menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian,
identity social, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setap murid untuk berupaya
bersaing pada peringkat global.

Hadirin sekalian,

Sedangkan hulu ada hilirnya, sedangkan hidup ada matinya. Dengarkan pula indicator terakhir saya di
bawah lembayung kata alatan berteknologi,sekolah bestari menjadi inspirasi. Proses pembelajaran dan
pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan
kaedah pengajaran berbantukan computer haruslah diperluaskan lagi di sekolah agar ia dapat menyaingi
perubahan pendidikan masa kini. Penubuhan sekolah bestari pada tahun 1999 yang dilaksanakan oleh
Telekom Smart School Sdn Bhd merupakan satu sinar baru dalam proses pembelajaran dan pengajaran di
Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. sekolah ini bukan
hanya untuk mereka yang pintar tetapi iamerupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar yang kuat
atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut
kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian
dibina dalam system pendidikan.

Hadirin sekalian,

Berpijaklah kita dibumi yang nyata, junjunglah kita dibawah langit yang sama. Mainkan peranan kita
sebagai pendukung kepada setiap cita-cita Negara. Cukuplah kita menuding jari, beromong kosong di
kedai kopi, mencari salah sana dan sini. Kita berlu bangkit berinovasi, lahirkan masyarakat
berproduktiviti, menjana pemikiran kreatif dan inovatif. Ayuh, kita satukan semula barisan kita, kita
pastikan kita berada pada saf yang paling hadapan dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan.

Sekian, pelaksana inovasi mohon permisi.

Anda mungkin juga menyukai