Anda di halaman 1dari 50

Dalam era globalisasi yang mencabar pada masa kini, negara di serata dunia

semakin memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana ia memainkan


peranan yang sangat penting. Hal ini kerana, pendidikan berkualiti akan melahirkan
modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Maka Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan
dengan memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Malaysia (PIPP, 2006-2010)
dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025).
Kedua-dua pelan pembangunan ini dirancang untuk melonjakkan mutu pendidikan
agar sejajar dengan kehendak global. Beberapa langkah telah dilakukan terhadap
PIPP melalui Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian Pendidikan
Malaysia yang diadakan pada 19-22 Julai 2009. Persidangan ini diadakan bertujuan
untuk mengenal pasti strategi pelaksanaan, aktiviti, pelan tindakan, indikator dan
jangka masa yang ditetapkan sama ada dikekalkan, dipinda atau digugurkan
berdasarkan perkembangan dasar-dasar baru kerajaan. Justeru, kerajaan juga telah
merancang dan merangka PPPM 2013-2025 sebagai penambahbaikan untuk
pendidikan abad ke-21. Dalam PPPM ini terkandung beberapa pendekatan baharu
yang memfokus kepada transformasi pendidikan negara Malaysia. Fokus utama
PPPM ini adalah untuk melaksanakan transformasi pendidikan negara untuk 15
tahun yang akan datang. Selain itu, treanformasi pendidikan ini juga bertujuan untuk
melengkapkan setiap pelajar dengan semua kemahiran yang diperlukan oleh mereka
untu merebut peluang dan cabaran abad ke-21. Bagi mempersaing dengan negara
yang maju, negara kita perlu menyediakan pendidikan yang bermutu tinggi untuk
menghasilkan pelajar bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikan
abad ke-21 (KPM, 2012). KPM juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan
untuk menerapkan dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran
kritis dan kreatif, serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan
seimbang. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mewujudkan masyarakat
saintifik, progresif, mempunyai daya perubahan tinggi,memandang depan dan bukan
sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga orang yang menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan
yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang
berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati
nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan
benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam
menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan
yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih
agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima
kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada
individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada
reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan


negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya
telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua
dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih
futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah


(KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan
pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan
generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan
penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi
impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek
ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan
kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains
sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari,


Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf
dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut

arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa
kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan
reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat
berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik.
Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita
perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan
wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan
falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah
meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja,
tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Kemahiran Abad Ke 21
Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia menuntut
agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik
dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat
global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan
perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagat mencabar. Oleh yang demikian,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan
pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik
ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.[1] Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan dibab ini.
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk
tempoh

15

tahun

akan

datang.

Tranformasi

pendidikan

ini

bermatlamat

melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang
diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan
kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir
secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan
berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.
YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin.

Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak


memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira)
setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad
ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin
penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke- 21 sebagai
paksi kurikulum, namun definisi konsepnya belum dipersetujui. Menteri Pendidikan
Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkap dengan kemahiran abad ke21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran
kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang prihatin. Di
Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya

dan

keantarabangsaan,

kemahiran

media

dan

komunikasi,

warganegara

partisipatif,bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri


dan masa depan yang lestari.
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai
dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing
pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah dan
menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang
penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada
masa akan datang.

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang


banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi.
Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan
teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang.
Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad
ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM
memerlukan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh
dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (self-placed).[1]
Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan
terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan
mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan
utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang,
memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan
bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai
dan seharusnya meningkat.

Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi.
Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta
kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut
OECD (2006), salah satu pendekatan yang dicadangkan ialah sekolah-sekolah
memberikan wadah agar kemahiran abad ke-21 diasah supaya murid-murid lebih
bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi pengetahuan. Kemahiran ini berkaitan
dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan, penyesuaian, analisis dan
perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi maklumat dan
komunikasi. [2]
Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti
kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah
menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon
pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook
dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat
seperti Wikipedia dan YouTube.
Di peringkat antarabangasa,

LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk

membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun,


dipercayai bahawa pendidikan ini tidak menghadkan pembangunan profesional dan
reka bentuk kurikulum sedia ada. Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui
kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi,
termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh kemahiran
hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang Pencapaian
Global:

Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh

Ketangkasan dan Penyesuaian

Inisiatif dan keusahawanan

Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis

Mengakses dan Menganalisis Maklumat

Rasa ingin tahu dan Imaginasi

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu


pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia
mampu memupuk kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam
mata pelajaran Sejarah dan Sains diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran
berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar dapat
berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru
secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti emel, Facebook atau blog.
Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad
ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media,
budaya, maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan
pelajar dari seluruh dunia dalam projek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat
yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar boleh mempelajari bahawa
melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh bekerjasama untuk menjadikan
dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakan teknologi, termasuk
Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal.
Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997)
menyatakan bahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk
memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir
secara mencapah serta dengan adanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk
dan Reynolds (1997) turut menegaskan bahawa pembelajaran berasaskan Web
yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkan menyatakan pendapat dan idea
masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka sumberpengetahuan yang pelbagai
serta mengenal pasti kecondongan dan kekuatan hujah, adalah tunggak kepada
pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi. Pendapat ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Sanders dan Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati bahawa
komponen Web yang memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara taksinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap
pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.[1]

Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Semua pelajar
diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar
mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran
komunikasi efektif dan

kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka

dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada


perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan yang boleh
menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners).
Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat
sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah
atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan
pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru
adalah

perkara-perkara

asas

yang

perlu

disediakan

ke

arah

pendidikan,

persekolahan dan kemahiran abad ke 21.

Bidang pendidikan dan kurikulum tidak dapat dipisahkan. Kurikulum meliputi


keseluruhan aktiviti yang terdapat dalam sesuatu bidang pendidikan menuntut
peranan yang holistik semua pihak yang terlibat dalam sistem tersebut (Abdul Rahim
2009). Menurut Abdul Rahim, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa kurikulum meliputi semua aktiviti yang
dilakukan oleh pelajar dalam sesebuah organisasi pendidikan. Aktiviti tersebut
termasuklah pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar, bahan pembelajaran yang
digunapakai dan pendekatan pengajaran yang diterima oleh guru (Mohd Asnawi et
al. 2010).
Oleh itu, pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan perancangan yang
terperinci melibatkan model, pendekatan, falsafah, teori dan elemen-elemen lain
yang mendasari pembentukan kurikulum berkenaan (Abdul Rahim 2009). Lantaran
itu, kurikulum sebenarnya dibina oleh pelbagai elemen. Menurut Jackson (dlm.
Stenhouse 1975), kurikulum sebenarnya terdiri daripada dua elemen iaitu kurikulum
tersembunyi (hidden curriculum) dan kurikulum rasmi (official curriculum). Jackson
menerangkan bahawa kurikulum tersembunyi adalah budaya sekolah yang terhasil
daripada interaksi antara warga sekolah manakala kurikulum rasmi ialah kurikulum

yang memenuhi permintaan akademik pelajar. Kehadiran elemen yang pelbagai


inilah yang menuntut kepada terhasilnya pelbagai model pembentukan kurikulum.

Model kurikulum ini diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan


yang wujud berkaitan dengan pelajar dan pembelajaran (Oliva 2009). Masalah ini
dapat diselesaikan dengan menggariskan prosedur tertentu yang sistematik.
Masalah pembentukan kurikulum yang bersifat dinamik ini memerlukan inisiatif yang
berterusan untuk menjadikan hasrat bidang pendidikan ini eksplisit dalam dunia
sebenar (Marsh & Willis 2003). Justeru, penulisan ini akan menganalisis dan menilai
salah satu daripada model pembentukan kurikulum iaitu Model Produk dan Model
Proses. Perbincangan dalam penulisan ini menjurus kepada elemen-elemen yang
membentuk model ini, kelebihan dan kekurangannya serta falsafah dan teori yang
mendasari pembentukan model produk dan proses ini.

Pendekatan yang sesuai untuk merekabentuk dan membangunkan kurikulum yang


terletak pada mata yang memandang. Selain itu, kaedah yang digunakan oleh
seseorang dalam proses melaksanakan kurikulum boleh bekerja untuk beberapa;
Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah yang sama tidak boleh berfungsi untuk lainlain. Oleh itu, apabila merekabentuk dan membangunkan kurikulum, seseorang
mesti berhati-hati menganalisis dan mempertimbangkan implikasi penggunaan reka
bentuk tertentu dan model. Selain itu, salah satu mesti menentukan jika ciri-ciri Reka
bentuk dan model-model tersebut adalah kondusif kepada matlamat, matlamat, dan
objektif seseorang yang berhasrat untuk mencapai. Permulaan proses Reka bentuk
kurikulum bermula dengan menentukan tujuan pendidikan. Tujuan umum pelajaran
beredar sekitar idea-idea sosialisasi, Plato akademik idea dan idea-idea Rousseau
dan pembangunan. Tiga idea ini dipengaruhi oleh fikrah individu daripada kurikulum
asas, termasuk bidang falsafah, sejarah, sosial, dan psikologi (Ornstein & Hunkins,
2013, ms. 150). Memandangkan setiap orang mempunyai kepercayaan yang
berbeza-beza mengenai asas-asas kurikulum, saya surmise terdapat pelbagai
kepercayaan tentang tujuan sebenar kurikulum pendidikan. Selain itu, Terdapat
pelbagai darjah yang orang percaya kurikulum perlu bersosial pelajar dan
menyediakan pelajar dengan pengetahuan tertentu di peringkat yang sesuai dalam
pembangunan. Contohnya, seseorang mungkin percaya bahawa matlamat utama
sekolah adalah untuk bersosial pelajar; manakala yang lain mungkin sama ada
percaya bahawa ilmu adalah matlamat utama sebuah sekolah atau gabungan

beberapa sosialisasi dan ilmu adalah matlamat sekolah. Apabila merekabentuk dan
membangunkan komponen asas kurikulum termasuk objektif, kandungan,
pembelajaran pengalaman dan penilaian, pereka bentuk kurikulum dipengaruhi oleh
teori-teori falsafah dan pembelajaran yang merangkumi tiga idea asas pendidikan
(Ornstein & Hunkins, 2013, p. 151). Orang-orang yang Reka bentuk kurikulum
pendidikan mestilah membuat keputusan di pelbagai langkah sepanjang proses
rekabentuk dan pembangunan. Saya telah datang untuk melihat proses rekabentuk
dan pembangunan sebagai proses linear, bergantung. Setiap keputusan yang dibuat
pada persimpangan yang tertentu dalam proses rekabentuk dan pembangunan
kurikulum kesan keputusan masa depan bersama-sama dalam kontinum daripada
proses. Pertama, pereka bentuk kurikulum perlu menentukan sumber-sumber
kurikulum tersebut, yang boleh termasuk Sains, masyarakat, doktrin moral, ilmu
pengetahuan, pelajar tersebut atau kombinasi sumber-sumber tersebut (Ornstein &
Hunkins, 2013, ms 152-155). Kedua, pereka bentuk kurikulum perlu
mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai dimensi Reka bentuk yang
merangkumi skop, jujukan, kesinambungan, integrasi, artikulasi dan baki (Ornstein &
Hunkins, 2013, ms. 156). Ketiga, pereka bentuk kurikulum mesti memilih reka bentuk
kurikulum yang sepadan dengan falsafah mereka ke arah pendidikan dan keputusan
yang mereka telah dibuat mengenai sumber-sumber kepada kurikulum dan dimensi
Reka bentuk. Pereka bentuk kurikulum boleh memilih reka bentuk yang termasuk
berpusatkan subjek berpusatkan pelajar dan berpusatkan projek Reka bentuk. Reka
bentuk ini rapat sepadan dengan pelbagai falsafah ke arah pendidikan. Sebagai
contoh, essentialists dan perennialists biasanya menjajarkan diri mereka dengan
reka bentuk berpusatkan subjek (Ornstein & Hunkins, 2013, ms 159 173).
Seterusnya, pereka bentuk kurikulum perlu memilih model untuk pembangunan
kurikulum yang juga Falsafah mereka untuk bertemu dan pendekatan ke arah
pembelajaran. Terdapat dua pendekatan ke arah pembangunan kurikulum yang
kurikulum pereka perlu memilih daripada: pendekatan teknikal-saintifik dan
pendekatan bukan teknikal bukan Sains (Ornstein & Hunkins, 2013, p. 180 186).
Selepas memilih model untuk pembangunan kurikulum, pereka bentuk kurikulum
boleh menganalisis keperluan pelajar untuk menentukan matlamat, matlamat, dan
objektif-objektif kurikulum. Akhirnya, matlamat, matlamat, dan objektif yang dipilih
menyediakan hala tuju dan bertindak sebagai panduan untuk memilih dan menyusun
kandungan yang diperlukan untuk melaksanakan kurikulum (Ornstein & Hunkins,
2013, ms 189-198). Disebabkan oleh bilangan langkah-langkah dan keputusankeputusan yang sama untuk membuat seluruh proses rekabentuk dan
pembangunan, pilihan pelan bagi kurikulum ialah hampir tanpa had. Berdasarkan
pembacaan dan perbincangan Lembaga Pengarah, saya telah menentukan bahawa
terdapat tidak satu betul rancangan untuk merekabentuk dan membangunkan
kurikulum. Selain itu, saya telah membuat kesimpulan bahawa beberapa pelan lebih
sesuai bagi kurikulum tertentu. Sebagai contoh, Terdapat beberapa Reka bentuk
kurikulum dan pelan-pelan pembangunan yang mungkin bekerja dengan baik untuk
kelas matematik, namun mungkin kepincangan dalam kelas muzik. Menggunakan
bacaan dan perbincangan Lembaga sebagai asas, saya telah datang untuk

mempercayai bahawa rancangan yang sesuai untuk Reka bentuk kurikulum dan
pembangunan perlu menggambarkan personaliti seseorang individu serta perkaraperkara yang salah mengajar. Ada kemungkinan, tiada satu Reka bentuk atau model
yang sesuai dengan individu dengan sempurna dan boleh digunakan semata-mata
untuk merekabentuk dan membangunkan kurikulum yang sesuai. Walaupun saya
percaya terdapat Reka bentuk

3.1 Cabaran dalaman/setempat (local) Dalam negara mencapai Wawasan 2020,


masih terdapat sebilangan kecil murid dalam sistem pendidikan negara yang masih
bergelut dengan masalah penguasaan literasi asas membaca, menulis dan mengira.
Mereka tergolong dalam kumpulan kecil yang tercicir dari arus pendidikan negara.
Pola komposisi murid ini lebih cenderung kepada mereka yang mempunyai latar
belakang sosio-ekonomi yang rendah. Seperkara yang turut diberi perhatian ialah
merapatkan jurang pendidikan antara kaum melalui konsep ekuiti dalam pendidikan
untuk semua. Ke arah itu, KPM memastikan semua rakyat Malaysia seharusnya
mendapat peluang pendidikan yang setara tanpa mengira kaum, agama, lokaliti dan
sosio-ekonomi dan budaya. Menyedari masih terdapat kelompok masyarakat yang
seakan terpinggir dari arus pendidikan perdana, inisitaif daripada KPM ialah
meneydiakan ruang dan peluang yang secukupnya untuk memastikan masyarakat
Orang Asli dan Penan di pedalaman turut menerima peluang, kemudahan dan kualiti
pendidikan yang sama taraf dengan mereka yang berada di bandar. Isu Pelaksanaan
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) semenjak 2003 turut menyumbang kepada diskusi intelek yang menyokong
dan pada masa yang sama ada yang menolak dan menuntut supaya dasar ini dilihat
semula. Namun, KPM pada dasarnya akan tetap melaksanakan dasar PPSMI
melainkan diarahkan sebaliknya oleh ketetapan Menetri Pelajaran dan persetujuan
Jemaah Menteri. Kajian keberkesanan pelaksanaan PPSMI bagi pelbagai peringkat
persekolahan telah dan sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat tepat
daripada para guru yang mengoperasikan dasar di sekolah dan murid yang
mengalami sendiri pengalaman pembelajaran di bawah dasar tersebut. 3.2 Ciri-ciri
Pendidikan Berkualiti (UNICEF 2000) UNICEF mentakrifkan pendidikan berkualiti
sebagai merangkumi aspek-aspek murid, persekitaran, kandungan kurikulum, proses
pengajaran dan pembelajaran serta sifat murid. Dari aspek murid, pendidikan

berkualiti dapat menghasilkan murid yang sihat, mendapat makanan yang


mencukupi dan berzat bersedia untuk belajar secara aktif dan mendapat sokongan
penuh dari keluarga dan komuniti. Aspek persekitaran menekankan persekitaran
yang sihat, selamat , sensitif terhadap perbezaan jantina dan dilengkapi dengan
fasiliti dan resos yang mencukupi. Pendidikan berkualiti juga perlu mempunyai
kandungan kurikulum dan bahan pengajaran yang mengandungi kemahiran asas
(seperti literasi dan numerasi), kemahiran pengurusan hidup, kemahiran dalam
bidang-bidang seperti gender, kesihatan dan pemakanan, pencegahan HIV/ AIDS
dan keamanan. Proses-proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi guru
terlatih, pendekatan pengajaran, pentaksiran ke arah membolehkan pembelajaran
berlaku serta mengurangkan jurang perbezaan turut menyumbang kepada
pendidikan berkualiti. Akhirnya aspek-aspek ini akan dapat menghasilkan murid yang
berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap yang positif. 3.3 Kuasa
Penggerak Ke Arah Pencapaian Pendidikan Berkualiti Di antara perkara yang
menjadi kuasa penggerak ke arah pencapaian pendidikan berkualiti adalah: i.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
ini

adalah

bagi

melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai


kesejahteraan

diri

serta

memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran masyarakat dan negara. ii. Wawasan 2020 Menjelang tahun 2020,
Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat
Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika
yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal
lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur,
dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta
mempunyai daya ketahanan. iii. Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) a.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah alat penting bagi membantu
memperoleh pengetahuan baru. b. Sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan
membolehkan lebih banyak mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif,
multimedia dan pengajaran menerusi laman web. c. Sebahagian besar sekolah
(termasuk luar bandar dan terpencil) akan dihubungkan menerusi intranet dan

internet menjelang tahun 2010. Menangani kekurangan pelajar aliran sains masuk ke
universiti dengan mempergiatkan penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual dan
menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kualiti
guru. iv. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 a. Input pendidikan yang berkualiti
sama ada berbentuk fizikal dan bukan fizikal i. sistem penyampaian ii. tenaga kerja
yang berkelayakan iii. kurikulum yang relevan dengan keperluan masa hadapan b.
Orientasi dan Kandungan Kurikulum i. menghasilkan sumber tenaga manusia yang
kreatif, berdaya saing, ketahanan diri tinggi menguasai bahasa ii. berkemahiran
berkomunikasi, cekap dan berwibawa iii. mampu meningkatkan penguasaan dalam
3M, sains dan teknologi dan ICT (Sejajar dengan persediaan negara ke arah
mencapai K-ekonomi, menghadapi cabaran dalaman dan globalisasi serta
persaingan ekonomi antarabangsa) c. Aktiviti Kokurikulum i. Menyokong usaha
melahirkan insan yang seimbang dan tenaga kerja yang berkualiti d. Penilaian i.
Memantau pencapaian kemajuan pembelajaran murid secara berterusan ii.
pengukuran perkembangan murid dari aspek intelek, kerohanian, emosi dan jasmani
iii. ujian rujukan kriteria disediakan untuk rujukan pentadbir, guru dan ibu bapa e.
Tenaga Pengajar Berkualiti i. Kumpulan profesional terlatih ii. Skim perkhidmatan
lebih menarik seperti kenaikan pangkat, elaun dan insentif iii. Kebajikan guru
dipertingkat iv. Meningkatkan kemahiran dalam ICT dan R&D f. Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Berkualiti i. Program penyediaan bahan Pengajaran Dan
Pembelajaran ii. Menilai kandungan buku teks supaya sesuai dengan perkembangan
semasa iii. Guru diberi pendedahan penggunaan buku teks dan teknologi pendidikan
dalam penyediaan BBM iv. Melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) v.
Pendidikan Taraf Dunia Wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan
budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat
bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan
tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Guru bersifat responsif,
proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan
maklumat. Aliran dunia sekarang sedang menuju ke arah penggabungan pasaran
dunia menjadi satu. Kuasa oligopoli akan mewujudkan satu monopoli tunggal di
dunia dan ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.
Pendidikan perlu berasaskan kurukulum yang menepati keperluan pasaran dunia

bagi menyediakan negara berhadapan dengan dunia yang serba mencabar ini. vi. Kekonomi Membangunkan sumber manusia bagi mencipta tenaga kerja yang
produktif, berdaya saing dan inovatif berasaskan pengetahuan sebagai pendorong
kepada pertumbuhan ekonomi negara. 4 Faktor sebagai asa pertimbangan adalah: i.
Modal intelektual (idea dan pemikiran sebagai modal, bukan lagi tanah, modal dan
buruh) ii. Teknologi maklumat dan komunikasi iii. Globalisasi iv. Ekonomi maklumat

ASAS PERTIMBANGAN PEMBANGUNAN KURIKULUM SISTEM PERSEKOLAHAN


MALAYSIA
2.1 Perubahan Ekonomi Malaysia, seperti negara-negara membangun yang lain,
terpaksa berhadapan dengan arus globalisasi iaitu aktiviti ekonomi dunia tanpa
sempadan. Penghapusan segala perlindungan ekonomi yang dikenakan oleh
negara-negara membangun bagi melindungi dan meningkatkan ekonomi, syarikat
dan institusi kewangan tempatan telah mengizinkan pergerakan bebas kewangan,
pelaburan dan perdagangan. Kesan dari globalisasi ini, syarikat-syarikat besar
datang ke sesebuah negara membangun untuk melabur, menjual dan turut
mengambil alih syarikat-syarikat kecil. Barangan import yang lebih berkualiti dibawa
masuk dengan harga yang lebih murah menyebabkan barangan tempatan hilang
pasaran, seterusnya akan mengakibatkan syarikat tempatan terpaksa ditutup dan
rakyat kehilangan pekerjaan. Arus globalisasi bukan sahaja telah menjejaskan
pertumbuhan ekonomi, malah turut mempengaruhi budaya, politik dan keselamatan
beberapa negara membangun. Malaysia belum lagi terjejas teruk seperti sebahagian
besar negara-negara membangun yang lain kerana tindakan cepat oleh kerajaan
mengatasi kesan globalisasi ini serta disebabkan kita tidak bergantung semata-mata
kepada komoditi. Walaupun globalisasi memberi kesan buruk, tetapi jika ianya
ditangani dengan betul dan berkesan, ia akan memberi keuntungan kepada negara.

Semua lapisan masyarakat perlu bersedia untuk memainkan peranan masingmasing untuk mengharungi arus globalisasi kerana arus ini akan terus mencorakkan
struktur ekonomi dan sosial rakyat di masa hadapan. Persoalannya ialah sebagai
rakyat Malaysia, apa yang perlu kita lakukan? Lebih tepat lagi, apa yang perlu kita
lakukan untuk menyiapkan diri kita untuk menikmati manfaat globalisasi tanpa
merasai kesan negatifnya? Jawapannya bergantung kepada bagaimana kita
menangani dan mengurus kesan globalisasi ke atas negara ini. Dalam hal ini,
pembangunan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa dan masa akan
datang

merupakan

sumber

utama

menentukan

kemampuan

negara

untuk

menghadapi cabaran globalisasi. Memandangkan golongan murid dan pekerja


merupakan elemen yang penting untuk memajukan negara, usaha-usaha hendaklah
diambil untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan mereka. Golongan ini perlu
ditanam dengan sikap gigih, dedikasi, berani dan keinginan untuk terus
meningkatkan taraf ilmu pengetahuan. Oleh itu, aspek latihan dan pendidikan
samada secara formal atau tak formal adalah menjadi tonggak yang menentukan
samada masyarakat negara ini bersedia dan mampu mengharungi arus globalisasi
atau sebaliknya. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) untuk sepuluh tahun akan datang yang
mengandungi prinsip asas pembangunan ekonomi dan pembinaan bangsa serta
menjelaskan strategi dasar yang perlu diambil untuk mengurus dan menangani
globalisasi. Hal ini turut menjadi agenda penting dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dengan meletakkan pembangunan modal insan
sebagai Teras Kedua dalam mencapai kecemerlangan pendidikan Malaysia
menjelang 2010. Untuk Malaysia terus berdaya saing dalam dunia yang semakin
global, penekanan yang lebih akan diberi kepada pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Keduanya, sekiranya Malaysia mahu
menjadi pemain yang bermakna dan bukan hanya sebagai pemerhati dan penerima
teknologi dan pelaburan dalam dunia global, kita mesti membuat perubahan penting
dalam cara pengurusan ekonomi dan pembangunan modal insan. K-ekonomi
bermaksud pengetahuan akan menjadi faktor pengeluaran yang semakin penting,
selain tanah, buruh dan modal. Cara-cara pengeluaran tradisional akan ditukar
menjadi proses yang lebih bestari, dengan lebih ramai pekerja mahir dan disokong
oleh penyelidikan dan pembangunan yang lebih luas dan banyak. K-ekonomi
memberi tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi

kerana ilmu ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan
proses keluaran yang baru. Contohnya: i. penggunaan pengetahuan terkini dalam
pengurusan pertanian, seperti dalam kawalan serangga, pengolahan genetik,
pengurusan dan penjadualan tanaman dan tuaian, untuk menambah hasil dan kualiti
produk. ii. dalam sektor pendidikan, pengetahuan dalam aplikasi ICT boleh
memperbaiki kadar dan kaedah pembelajaran. iii. dalam sektor industri, pengetahuan
tentang kaedah-kaedah terkini pemprosesan, bahan-bahan terbaru, teknologi
tercanggih, dan pembaharuan-pembaharuan yang telah terdapat di negara-negara
lain, akan secara langsung membantu industri tempatan meningkatkan daya saing.
iv. dalam sektor awam pula, pengetahuan tentang bagaimana boleh dipercekapkan
lagi prestasi agensi-agensi kerajaan, tentang meningkatkan prestasi kakitangan
awam, dan menggunakan kaedah-kaedah baru melayan pelanggan, memperbaiki
sistem penyampaian sektor awam, dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing
dan prestasi negara. Satu ciri penting yang diperlukan oleh sesebuah negara,
organisasi, syarikat dan individu untuk menjayakan proses peralihan kepada kekonomi , serta terus berupaya bersaing dalam arus globalisasi ialah kemampuan
untuk bergerakbalas segera kepada perubahan dan keperluan. Dalam suasana
persekitaran

yang

mencabar

dan

mendesak,

"ketangkasan"

akan

banyak

menentukan "survival" atau daya hidup. Kegagalan mengubahsuai apa yang patut,
akan menyebabkan organisasi tersebut hilang pasaran dan tidak berupaya
mengatasi cabaran-cabaran baru pasaran. Dalam konteks ini, RRJP3 dan PIPP
secara khususnya menjelas dan memperincikan keperluan untuk memberi tumpuan
kepada dua perkara utama iaitu pembangunan modal insan dan penggunaan ICT.
Dari segi pembangunan modal insan, telah terbukti bahawa negara boleh
membangun dan maju jika mempunyai tenaga kerja yang produktif, berdaya saing,
inovatif,

berpengetahuan

dan

berkemahiran

tinggi.

Negara

yang

gagal

membangunkan modal insan dan menjana pekerja berasaskan ilmu pengetahuan


atau k-pekerja serta penemuan yang inovatif dan terkedepan sudah tentu akan terus
ketinggalan. Keperluan tenaga pekerja berilmu dan pembangunan modal insan
adalah berasaskan keperluan berikut dalam suasana k-ekonomi: i. Organisasi dan
majikan memerlukan sumber tenaga kerja yang mampu menghadapi dan melakukan
perubahan di tempat kerja mengikut keperluan dengan cepat. ii. Aktiviti ekonomi
berubah kepada industri canggih yang lebih berasaskan high added value dan high
value added yang kedua-duanya memerlukan peningkatan pengetahuan dan

kemahiran. iii. Pengautomasian untuk meningkatkan produksi dan perkhidmatan


memerlukan

lebih

ramai

pekerja

yang

berkeupayaan

mengendali

dan

menyelenggarakan mesin automasi. Pekerja juga harus mampu merekabentuk


mesin dan perisian serta mengubahsuai aplikasi sistem automasi. iv. Saingan yang
lebih kompetetif di dalam dan luar negara. v. Organisasi memberi lebih tumpuan
kepada peringkat yang memberi lebih keuntungan iaitu konsepsi produk,
penyelidikan dan perekaan, menyedia prototaip, serta di peringkat pembungkusan,
jenama, jualan dan pengiklanan. Semua peringkat ini memerlukan pengetahuan,
kreativiti dan inovasi. Satu senario yang biasa berlaku dalam k-ekonomi ialah
perubahan aktiviti syarikat serta perubahan pekerjaan. Oleh yang demikian, generasi
muda perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai dan bersikap fleksibel dalam
meneroka dunia pekerjaan. Mobiliti mereka terjejas apabila mereka hanya terikat
kepada satu kebolehan sahaja. Usaha permulaan yang harus dibuat di peringkat
sekolah ialah untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilainilai yang diperlukan bagi menghadapi cabaran globalisasi ini dengan lebih mudah.
Antaranya ialah mereka memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru seperti
kemahiran ICT serta kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka juga perlu
mampu berkomunikasi, menganalisis dan membuat keputusan dengan berkesan.
Murid hari ini perlu mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi yang dapat diperolehi
melalui pendidikan formal dan didikan ibu bapa agar dapat berfikir secara kritikal dan
mampu berkomunikasi secara terbuka. Aspek kedua yang boleh mempercepatkan
perkembangan dan aplikasi pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi negara ialah
penggunaan ICT. ICT perlu difahami sebagai satu "alat serbaguna" yang boleh
meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimanapun peralatan dan
perkakasan yang canggih tidak akan menambah nilai kepada mana-mana individu
atau organisasi jika aplikasi ICT itu tidak menyeluruh dan komprehensif. ICT juga
tidak bermakna jika ianya hanya sekadar untuk mengakses informasi. Aplikasi ICT
perlu dimanfaatkan untuk memperkembangkan potensi individu serta meningkatkan
kualiti dan produktiviti. Oleh yang demikian, penyediaan infostructure perlu seiring
dengan perubahan-perubahan dan peralihan minda dan sikap pekerja, di samping
keupayaan mengaplikasi ICT sebaik mungkin. Dalam konteks ini, setiap lapisan
masyarakat memerlukan kemahiran bukan sekadar mengguna peralatan atau
mengakses maklumat, tetapi berkeupayaan memproses maklumat dengan cepat
serta mempelbagaikan aplikasi ICT dalam setiap proses kerja. 2.2 Perubahan Sosial

Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam


masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi juga
diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau
memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru. Gaya
hidup tradisi telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan pertumbuhan
kilang-kilang, pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan dan taman-taman tema.
Justeru itu sistem pendidikan juga turut mengalami proses modenisasi secara
beransur-ansur. Perubahan nilai dan norma dalam kehidupan seperti proses
modenisasi, perbandaran dan birokrasi akan menimbulkan masalah gejala sosial
contohnya masalah disiplin di sekolah, ponteng sekolah, gangsterisme, gejala mat
rempit dan penyalahgunaan dadah. Faktor-faktor ini menuntut keperluan untuk
menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti bagi semua lapisan dan peringkat
masyarakat. Sistem pendidikan mestilah mampu memberikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan seterusnya menerapkan nilai-nilai hidup bermasyarakat bagi
melahirkan warganegara yang bukan sahaja mampu mensejahterakan diri dan
keluarganya, bahkan komuniti dan negaranya. 2.3 Perubahan Struktur Politik
Integrasi kaum merupakan isu yang sering menimbulkan masalah dan perlu diberi
perhatian di kebanyakan negara di dunia. Integrasi kaum di Malaysia sentiasa diberi
keutamaan. Tawil dan Harley (2004) mendefinisikan kejeleketan sosial (social
cohesion) sebagai sesuatu yang boleh berfungsi sebagai a framing concept atau
pun rangka konsep untuk berfikir melalui isu-isu dasar yang kompleks. Kejeleketan
sosial merupakan perkara utama yang perlu diambilkira apabila menilai perubahan
dasar kurikulum. Konsep ini merupakan satu kesedaran sosial yang boleh
diaplikasikan sewaktu penggubalan dasar sebagai satu tindak balas kepada
kepelbagaian isu-isu sosial. Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya,
sosial dan politik dalam perspektif sejarah untuk memahami sifat pembahagian
sosial,

konflik,

identiti

dan

keamanan.

Sebagai

contoh,

isu

keterasingan

(compartmentalization) dan kelangsungan etnik (ethnic survival) boleh mencetuskan


konflik etnik. Kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan di sekolah sememangnya
memberi penekanan kepada betapa pentingnya nilai dan norma yang menggalakkan
perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan terarah melalui
pengenalan mata pelajaran khusus seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan serta disokong melalui kaedah penerapan nilai merentas
kurikulum merupakan usaha Kemeneterian Pelajaran Malaysa menyemai dan

menyuburkan semangat patriotisme dan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia


yang mengikuti sistem pendidikan negara. Malah, langkah penambahbaikan kepada
sistem sedia ada dan mengukuhkan lagi integrasi nasional di Malaysia, maka
Program Khidmat Negara dilaksanakan. Sebagai langkah awal bagi menerapkan
semangat integrasi nasional di kalangan murid-murid, unsur-unsur Program Khidmat
Negara harus diterapkan ke dalam kurikulum persekolahan. Ini menunjukkan
bahawa isu integrasi kaum masih lagi merupakan agenda utama dalam masyarakat
Malaysia kerana kestabilan politik amat penting bagi negara ini untuk terus
membangun. 2.4 Penemuan baru : Bioteknologi dan Nanoteknologi Perkembangan
dalam bidang sains dan teknologi berlaku dengan amat pesat dalam abad yang
lepas dan dijangkakan momentumnya dijangka akan berterusan dalam abad ini.
Penemuan yang baru, idea yang kreatif dan inovasi yang tidak terfikir pada abadabad yang lepas telah menukar cara pembuatan barangan dan peralatan, serta
bagaimana keperluan hidup asas manusia dipenuhi. Teori, prinsip dan hukum sains
yang terdahulu mungkin perlu dijadikan pengetahuan latar belakang atau
pengetahuan asas, sementara prinsip dan pengetahuan baru dikembangkan
mengikut kemajuan terkini dalam bidang sains dan teknologi. Dua bidang terbaru
dalam bidang sains dan teknologi yang menggegarkan dunia dalam dekad ini ialah
bidang bioteknologi dan bidang nanoteknologi. Bioteknologi merupakan teknologi
yang

memanfaatkan

sistem

biologi.

Pemanipulasian

sistem

biologi

telah

dipermudahkan oleh kemajuan yang pesat dalam teknik biologi pada tahap molekul
dan genetik. Nanoteknologi pula merupakan teknologi yang melibatkan bahan atau
teknik dalam dimensi kurang daripada 1,000 nanometer (1nm = 0.000000001 m).
Secara langsungnya, nanoteknologi membawa

kesan menakjubkan kepada

teknologi pembuatan yang melibatkan teknik pada aras atom dan molekul di mana
kepersisan dan kejituan amat diperlukan. Kedua-dua bidang bioteknologi dan
nanoteknologi adalah bersifat interdisciplinary atau saling berkaitan. Praktis
bioteknologi seringkali memerlukan pemuafakatan antara ahli sains pelbagai disiplin,
ahli pertanian, dan jurutera. Nanoteknologi pula telah diterokai oleh bidang fizik
atomik, kejuruteraan elektrik, kimia, sains bahan, fizik numerikal, pengkomputeran.
Di samping itu oleh kerana kedua-dua bidang ini berkaitan dengan penghasilan
barangan secara komersial, ia memerlukan kerjasama ahli ekonomi. Ciri multidisiplin ini menguatkan kepentingan konsep bioteknologi dan nanoteknologi untuk
diberi pengenalan dalam kurikulum sekolah. Adalah dijangkakan kebanyakan jenis

pekerjaan pada masa depan akan berkaitan dengan kedua-dua bidang ini. Murid kita
perlu prihatin tentang perkembangan terkini ini agar mereka tidak menerima kejutan
budaya bila mereka dewasa kelak

. 3.0 MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan adalah


penting untuk menyediakan seseorang untuk menghadapai masa depannya. Muridmurid

perlu

diberi

pendidikan

sebagai

alat

untuk

menghadapi

pelbagai

tanggungjawab yang akan dihadapi dalam kehidupan mereka. Mereka perlu dibantu
untuk menyediakan diri dalam kehidupan dan berupaya mengambil bahagian dalam
ekonomi,

kebudayaan

dan

politik.

Mereka

perlu

belajar

untuk

mendapat

pengetahuan dan kemahiran tertentu yang diperlukan dalam kehidupan untuk


menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan bersedia memainkan
peranan dalam aktiviti di peringkat antarabangsa. Namun, di samping menyediakan
warga Malaysia ke arah masyarakat maju yang celi ICT dan bedaya saing dalam kekonomi, terdapat cabaran-cabaran dalaman/setempat (local) yang perlu ditangani
dalam mencapai aspirasi ini.

.1 Halatuju Pendidikan Hasrat pendidikan kita adalah untuk menghasilkan murid


berikut : a. Murid yang seimbang dari segi intelek,rohani,jasmani dan emosi i.
Berilmu pengetahuan ii. Berketerampilan iii. Percaya pada tuhan iv. Berakhlak mulia
v. Berkeyakinan b. Warga negara yang bertanggungjawab i. Berbudi ii. Bersatu padu
iii. Patriotik iv. Adil v. Penyayang vi. Berbakti c. Global Player i. Daya saing ii. Daya
tahan iii. Jati diri iv. Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa
antarabangsa d. Pekerja berilmu i. Inovatif ii. Kreatif iii. Dahagakan ilmu iv.
Menguasai ICT v. Creators of techonology vi. Belajar sepanjang hayat Halatuju
pendidikan pada masa depan bermatlamat untuk menghasilkan murid yang
berkeyakinan, produktif, inovatif dan kreatif. Ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang boleh memenuhi keperluan pasaran kerja, mampu berdaya saing,
mempunyai jati diri, dahagakan ilmu, bersifat antarabangsa dan menjadi pendorong
pertumbuhan ekonomi negara. Warganegara Malaysia pada abad ke-21 mestilah

dapat menangani cabaran yang akan dibawa oleh arus globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Mereka perlu merancang masa depan serta membuat pilihan yang bijak
dan tepat, sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA
Kebangsaan atas jemputan yang diberikan bagi membentangkan kertas kerja dan
berkongsi pengalaman pada hari ini dan menjayakan Persidangan Tahunan
Puspanita Kali Ke-2.
Tajuk yang diberi kepada saya adalah Transformasi Pendidikan Negara : Menganjak
Kualiti Generasi Baru. Sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur kerana begitu
perihatin yang mana isu pendidikan sememangnya dekat di hati saya. Ini bukan
kerana kini saya merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.
tapi lebih kerana saya, sepertimana kebanyakan daripada kita yang berada di dalam
dewan ini adalah ibu yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh stake holders untuk memikul
amanah selaku KSU di KPM yang merupakan kementerian yang paling besar
dengan jumlah perjawatan menghampiri 500,000 orang dan bertanggungjawab
terhadap 5.1 juta pelajar berdasarkan enrolmen dari peringkat pra sekolah hingga ke
peringkat menengah. Angka yang dinyatakan ini, tidak termasuk bilangan pelajarpelajar di peringkat pra universiti dan IPTA.

Dalam mengemudi bahtera KPM yang amat besar ini, saya juga dilihat seolah-olah
seperti seorang guru iaitu guru besar atau pengetua dalam aspek pengurusan dan
pentadbiran kementerian.

Oleh itu, bayangkan cabaran di mana KPM telah, sedang dan akan hadapi bagi
menjayakan transformasi pendidikan negara demi menganjak kualiti generasi baru.

MEMAHAMI PERBEZAAN GENERASI

Puan Sri, Dato, Datin, Hadirin Sekalian,


Pembentangan saya pada hari ini akan menjurus kepada basic education iaitu
transformasi sistem pendidikan di peringkat sekolah.

1. Saya minta semua hadirin melihat kepada individu-individu yang berada di dalam
dewan persidangan ini. Pastinya terdapat perbezaan generasi ahli-ahli PUSPANITA
dari golongan baby boomers, Gen X dan Gen Y. Dengan melihat kepada perbezaan
generasi ini, sudah pastinya kita dapat rasai bahawa sistem, kaedah, malahan
pendekatan
pendidikan pada zaman baby boomers di Malaysia dan tidak keterlaluan sekiranya
dikatakan di serata pelusuk dunia, sistem pendidikan sentiasa berbeza kerana
sifatnya adalah dinamik dan perlu berubah mengikut peredaran zaman bagi
memastikan kualiti dan sistem pendidikan yang dibentuk adalah relevan dengan
persekitaran semasa.

Satu contoh mudah yang mana boleh kita imbau semula kaedah pengajaran dan
pembelajaran zaman persekolahan, di mana dahulunya, para guru mengajar
menggunakan papan batu (terma yang digunakan sebelum kemerdekaan).
Kemudiannya menggunakan papan hitam/black board, adakalanya hijau. Seterusnya
papan putih/white board dan peralatan ICT lain seperti projektor dan note book/lap
top dan lain-lain. Jelas, betapa dinamiknya persekitaran, proses yang berlaku dalam
menjayakan matlamat pendidikan.

2. Ingin saya kongsikan di sini iaitu pada hari Ahad 19 Oktober 2014 yang lepas,
saya diberi amanah untuk membentangkan mengenai kertas plenari pertama
bertajuk Gen-setting The Public Service; Shifting Paradigms and Paradoxes bagi
Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)
2014 Biennial Conference bertemakan Public Service Transformation : A New
Conversation. Dalam pembentangan kertas berkenaan, bagi hadirin hadirat yang
tidak berpeluang menghadiri persidangan berkenaan, saya telah memberi gambaran
mengenai transisi dan transformasi yang telah dilalui oleh negara kita semenjak
kemerdekaan dalam pelbagai aspek sehingga ke hari ini, dan pastinya tidak
terkecuali mengenai bidang pendidikan.

3. Aset paling penting untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi
adalah melalui modal insan berkualiti. Pendidikan memainkan peranan penting
dalam membentuk generasi baharu yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan
negara pada masa hadapan. Oleh sedemikian, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengorak langkah membentuk generasi baharu yang berkualiti bagi
tempoh 13 tahun akan datang melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian
Tinggi).

4. Penggubalan PPPM mengambilkira aspirasi dan dasar dalam laporan pendidikan


terdahulu seperti Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, Akta
Pendidikan 1996 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Perlu ditekankan di sini, dalam proses untuk mentransformasikan sistem pendidikan
negara, PPPM menggariskan lima (5) aspirasi sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan dan menggariskan 11 anjakan yang merupakan tunjang
kepada transformasi sistem pendidikan negara.

BAJET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

5. Elok kiranya juga, saya berkongsi dengan hadirin semua mengenai bajet 2015,
bagi memberi gambaran mengenai penekanan yang diberikan oleh Kerajaan dalam
bidang pendidikan. Semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 yang
lalu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 56 bilion ringgit untuk membiayai
program pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan PPPM 2013-2025.
Peruntukan sebanyak 250 juta ringgit juga disediakan untuk menjayakan Program
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan Program Rakan Peningkatan Sekolah
di samping memperluaskan program Sekolah Amanah ke 20 buah sekolah lagi di
negeri Johor, Sarawak, Selangor , Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dengan peruntukan sejumlah 10 juta ringgit.

6. Di samping itu, dalam usaha kementerian untuk mengarus perdanakan pendidikan


teknikal dan vokasional, Kerajaan mengiktiraf hasrat kementerian melalui Program
Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf kolej bagi meningkatkan

pengambilan pelajar di kolej-kolej vokasional dan teknik dan memperuntukkan


sebanyak 1.2 bilion ringgit. Ini jelas menunjukkan bahawa proses transformasi
pendidikan negara bagi melahirkan generasi baru sentiasa merupakan antara
agenda utama Kerajaan yang berterusan.

Para hadirin sekalian,


7. Pembentangan saya akan menyentuh mengenai perancangan dan pelaksanaan
KPM berasaskan kedua-dua pelan pembangunan tersebut. Tumpuan khusus akan
diberikan kepada pelaksanaan PPPM (2013-2025) dalam Gelombang 1, iaitu usaha
menyediakan sistem sokongan kepada guru dan kemahiran asas melalui kaedah
penyampaian berkesan serta pelibatan komuniti, sektor swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) bagi mencapai matlamat transformasi pendidikan.

TRANSFORMASI ALAF BARU

8. Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma
kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan
teknologi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa dan sebagainya. Abad ke-21
sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat yang mempercepatkan dan
mendekatkan faktor jarak dan masa. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada
abad ke-21, memerlukan negara ini meningkatkan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia bagi membangunkan generasi baharu yang berkualiti dan berinovasi.

9. Pendidikan adalah teras kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.


Melalui pendidikan, generasi baharu yang berasaskan kepada pengetahuan,
kemahiran, berdaya saing dan setia kepada negara dapat dilahirkan. Atas kesedaran
ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab menyediakan sistem
pendidikan yang terbaik untuk semua murid tanpa mengira latar belakang keluarga
dan status sosio-ekonomi mereka.

10.

Cabaran

negara

adalah

untuk

membangunkan

ekonomi

berasaskan

pengetahuan atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain.


Justeru, membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam
pelbagai bidang dan berdaya saing, merupakan satu keperluan. Oleh itu, pendidikan
abad ke-21 telah memberi perubahan yang menarik terhadap sekolah, guru, pelajar
dan kurikulum.

GENERASI BAHARU BERKUALITI


11. Tokoh Maal Hijrah 2009, Profesor Doktor Yusuf al-Qardhawi pernah mengatakan,
"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini. Kata-kata tokoh ini secara tidak langsung, membayangkan
kepentingan peranan pendidikan masa kini dalam mencorakkan rupa generasi akan
datang. Oleh itu, melalui pendidikan, baik dari segi kurikulum, sistem dan
penyampaiannya, perlu disesuaikan dengan kehendak dan aspirasi masa hadapan
negara.

12. Semua

sedia maklum

bahawa, Kerajaan

kini

sedang

giat berusaha

merealisasikan hasrat untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang


2020. Justeru, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,

yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang
jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi.
Warga negara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti
bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersikap terbuka, membuat
keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan
sains dan teknologi.

13. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21, kementerian menekankan akan keperluan seseorang guru
yang komited dalam menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai
dengan perubahan yang berlaku. Dasar-dasar seperti sains dan teknologi perlu
diteliti dan difahami dan dapat dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang berkualiti
dan berkemahiran.

14. Sejajar dengan Wawasan 2020, dan dalam usaha mempercepatkan Program
Transformasi Negara, ciri-ciri serta perwatakan generasi akan datang, perlu dibentuk
selari dengan kemahiran abad ke-21 iaitu masyarakatnya bersatu, yakin, bermoral
tinggi, beretika, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil, progresif, makmur, dinamik,
cergas dan kental serta menguasai sepenuhnya ekonomi yang berdaya saing. Atas
dasar itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
dilancarkan pada September 2013 dengan menetapkan secara jelas enam aspirasi
murid untuk dicapai iaitu, murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran dwibahasa, berkemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta
beridentiti nasional.

15.

Ciri-ciri

ini

kemudiannya

akan

diperkukuh

melalui

penghasilan

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dengan hasrat untuk


melahirkan graduan berbakat dengan nilai dan mentaliti kelas pertama.

16. Pada masa kini, negara di seluruh dunia sedang melaksanakan pembaharuan
yang meluas terhadap pendidikan untuk menghasilkan generasi yang celik teknologi
maklumat dan mampu bersaing secara sihat. Mengikut laporan UNESCO (Report of
the International Commission on Education for the Twenty First Century), pendidikan
yang berterusan sepanjang hayat harus berasaskan empat tonggak utama, iaitu:
Learning to know (belajar untuk tahu); Learning to do (belajar untuk buat);
Learning to live together (belajar untuk hidup bersama) dan Learning to be (belajar
untuk menjadi).

17. Pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan yang melahirkan generasi yang
berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya
menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Ia juga
mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK- Attitude, Skill
and Knowledge) untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan
dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMBENTUK GENERASI BERWIBAWA


18. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
boleh memainkan peranan dalam mencorakkan wajah Malaysia dan mampu
mengangkat nama negara di mata dunia. YAB Perdana Menteri, mengatakan,

....untuk mencapai kedudukan negara bertaraf dunia atau world class nation kita
mesti terlebih dahulu perlu mempunyai sistem pendidikan yang bertaraf dunia,
kerana sistem pendidikan yang bertaraf dunialah yang akan melahirkan negara yang
bertaraf dunia.

19. Transformasi terhadap sistem pendidikan adalah suatu keperluan yang


mendesak. Sebagai langkah awal, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan Penilaian Sistem Pendidikan Negara (PSPN) bagi menilai pencapaian
dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan. Dapatan daripada PSPN
telah memberi gambaran akan kehendak masyarakat tentang generasi akan datang
yang diingini. Masyarakat menyuarakan pendapat agar kerajaan menyediakan
sistem pendidikan bertaraf dunia bagi melahirkan generasi dengan kemahiran abad
ke-21, memahami kepelbagaian dan menyokong mereka yang terpinggir. Justeru
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dihasilkan bagi
merealisasikan hasrat tersebut.

Para hadirin yang dihormati,

20. Sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan sewajarnya


saya berkongsi pengalaman KPM dalam menghasilkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, anggaran sebanyak 7%


dari populasi negara mendapat pendidikan sehingga ke peringkat menengah. Kini,
sekitar 76% penduduk Malaysia menamatkan pengajian sehingga ke peringkat
menengah.

Peratusan pelajar yang meninggalkan persekolahan di peringkat rendah telah


berjaya dikurangkan secara signifikan iaitu dari 3% pada tahun 1989 kepada 0.2%
pada tahun 2011.

Pendidikan di peringkat pra sekolah juga telah berkembang pesat di mana enrolmen
pelajar adalah sebanyak 77% di pra sekolah awam dan swasta.Kadar enrolmen di
peringkat sekolah rendah adalah 96% dan (1% bagi sekolah menengah yang hampir
mencapai kadar enrolmen sejagat (universal enrolment).

Kadar literasi di kalangan remaja telah meningkat dari 88% menghampiri kadar
literasi sejagat (universal) iaitu 99%. Manakala kadar literasi golongan dewasa
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu dari kurang daripada 52%
meningkat kepada melebihi 93% di mana kadar ini adalah tinggi berbanding
kebanyakan negara sedang membangun.

21. PPPM dihasilkan berikutan; (a) peningkatan tahap dan kualiti (standard)
pendidikan di peringkat antarabangsa, (b) aspirasi Kerajaan bagi menyediakan
generasi muda negara untuk menghadapi keperluan dan cabaran alaf baru; dan (c)
meningkatnya ekspektasi di kalangan ibu bapa dan masyarakat umum. PPPM telah
melalui tiga (3) peringkat refleksi dan saringan bagi memastikan ianya memenuhi
keperluan semasa iaitu di peringkat antarabangsa, nasional dan personal. Ia adalah
hasil atau outcome daripada engagement luar biasa melibatkan lebih daripada

55,000 individu terdiri daripada stakeholders, ibu bapa, para guru, ahli perniagaan,
NGOs dan dalam erti kata lain pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.

22. Penghasilan pelan pembangunan pendidikan ini mempunyai impak yang besar
kepada pembangunan modal insan negara dalam usaha kementerian untuk samasama menjayakan Program

Transformasi Kerajaan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah


mengambil pendekatan yang strategik dalam memacu pelaksanaan PPPM dengan
memberi keutamaan kepada keberhasilan murid.

MENINGKATKAN KUALITI KURIKULUM

23. Dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025, murid adalah potensi besar yang dimiliki
oleh negara dan perlu diberi perhatian. Berpegang kepada prinsip itulah, kerajaan
memandang serius tentang peningkatan kualiti kurikulum dan pelaksanaannya
dengan melihat semula pendidikan dari sudut meaningful learning dan pembinaan
insan yang dapat menyahut cabaran abad ke-21. Penilaian semula kurikulum
sekolah merupakan satu keperluan dalam melihat sejauh mana kualiti kurikulum
mencapai standard antarabangsa. Di bawah inisiatif ini, beberapa perubahan sedang
dilaksanakan.

Antaranya adalah:

i) Menanda aras pembelajaran bahasa, matematik dan sains dengan standard


antarabangsa;
ii) Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah untuk
meningkatkan pecahan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi secara
berperingkat; dan
iii) Meningkatkan kualiti Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
(STEM).

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

24. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah elemen penting yang diterapkan
dalam kurikulum sekolah kini. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menerima
hakikat bahawa kurikulum perlu merangkumi kemahiran dan kompetensi yang
terarah kepada keperluan abad ke-21. Kementerian Pendidikan Singapura misalnya,
mengatakan seseorang yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21, adalah
individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri,
menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang perihatin.

25. Perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran KBAT di bilik darjah


berubah wajah dengan berfokus kepada tiga aspek iaitu kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkemas dengan memasukkan lebih
banyak elemen kemahiran berfikir. Dari aspek pedagogi pula, pendekatan serta
strategi pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menerapkan soalan berfikir
aras tinggi, inkuri dan penggunaan alat berfikir. Manakala soalan berbentuk aras

tinggi disediakan dalam peperiksaan berpusat yang mengandungi 40 peratus di


peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun tahun 2016.
SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)

26. Dalam melaksanakan transformasi pendidikan, STEM turut diberikan perhatian


serius oleh Kementerian. Keupayaan dan kemahiran murid dengan pendekatan
pembelajaran yang baharu ini amat penting dalam usaha negara mendepani cabaran
dan permintaan ekonomi menjelang 2020. Kementerian juga sedang berusaha untuk
mengukuhkan dasar 60:40 Sains/Teknikal: Sastera yang telah dilaksanakan sejak
1967. Beberapa cabaran dalam memperkukuh STEM seperti kemahiran guru,
pencapaian murid dalam Sains dan Matematik serta persepsi ibu bapa dan murid
terhadap STEM akan diatasi bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang
berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi.

27. Strategi meningkatkan minat terhadap STEM bermula dari peringkat prasekolah
hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Di peringkat rendah pula, murid didedahkan
dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti yang
menyeronokkan. Manakala pada peringkat pengajian tinggi, pelajar didedahkan
dengan pembelajaran bermakna dan penyelidikan berasaskan pendekatan STEM.

ETIKA, KEROHANIAN DAN BERIDENTITI NASIONAL

28. Agenda transformasi pendidikan negara juga akan mempersiapkan generasi


baharu supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik
secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul. Perwatakan ini dapat diterapkan melalui
penambahbaikan kurikulum Pendidikan Islam dan Moral yang menekankan kepada
aspek kerohanian, integriti dan mempunyai tanggungjawab sivik yang tinggi.

29. Selari dengan cabaran kelima Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat
yang bebas mengamalkan adat dan budaya tetapi pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara, satu daripada aspirasi
murid dalam PPPM 2013-2025 iaitu beridentiti nasional. Setiap murid seharusnya
memiliki semangat patriotisme, keterangkuman yang tinggi, belajar memahami
perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup
bersama dalam kepelbagaian masyarakat.

MEMACU PELAKSANAAN TRANSFROMASI PENDIDIKAN

30. Sistem pendidikan Malaysia perlu ditransformasikan secara menyeluruh bagi


memenuhi hasrat dan aspirasi membangunkan generasi akan datang yang berkualiti
sebagai persediaan menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi ini merupakan
satu proses yang sangat rumit, meluas, dan mendalam cakupannya, yang hanya
dapat dicapai melalui tindakan dan pendekatan yang berbeza daripada amalan
kebiasaan.

31. Kejayaan transformasi pendidikan bergantung kepada pengurusan dasar


pendidikan yang mantap bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut perencanaan
yang telah ditetapkan. Bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan, beberapa
strategi telah dilaksanakan.

Hadirin sekalian,

32. Pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan beberapa inisiatif


utama khususnya usaha menyokong para guru dan meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah untuk dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015), diikuti dengan
perubahan struktur bagi mempercepatkan transformasi dalam Gelombang 2 (20162020). Manakala dalam Gelombang 3 (2021-2025), Kementerian akan menumpukan
perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya teladan
rakan setugas ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan
menggerakkan kebanyakan sekolah, ke arah model pengurusan berasaskan
sekolah, dan memperluas model inovasi pengajaran yang berjaya.

MENGUPAYA KOMPETENSI GURU DAN KEPIMPINAN

33. Strategi Kedua ialah mengupaya guru dan pemimpin. Gelombang 1 pelaksanaan
PPPM, bermula 2013 hingga 2015 merupakan tempoh yang kritikal. Kejayaan awal
beberapa inisiatif PPPM yang boleh dilihat dalam tempoh ini mampu menyuntik
semangat warga pendidik dan meningkatkan keyakinan masyarakat bahawa
transformasi ini boleh mencapai kejayaan. Justeru itu, tumpuan pelaksanaan dalam

Gelombang 1 adalah memberi sokongan kepada guru dan meningkatkan kemahiran


mereka. Ini adalah kerana para guru merupakan kumpulan pelaksana yang mampu
mencungkil potensi murid dari segala aspek. Dapatan daripada Penilaian Semula
Pendidikan Negara (PSPN) turut menunjukkan dua faktor utama yang boleh memacu
kualiti sistem pendidikan ialah guru dan pemimpin sekolah.

PENYAMPAIAN BERKESAN

34. Ketiga ialah penyampaian yang berkesan. Kementerian Pendidikan mempunyai


lebih 420,000 orang guru dan kira-kira 5.16 juta orang murid. Dengan jumlah
kakitangan sebesar ini, sistem penyampaian berkesan telah dibangunkan bagi
memastikan semua dasar atau inisiatif PPPM 2013-2025 difahami dan seterusnya
dapat dilaksanakan dengan baik. Satu daripada transformasi yang dilakukan ialah
memindahkan sebahagian tanggungjawab Kementerian kepada pegawai di peringkat
negeri dan daerah khususnya berkaitan dengan usaha meningkatkan prestasi
sekolah. Tindakan ini membolehkan Kementerian memainkan peranan yang lebih
strategik dalam aspek penyediaan dasar-dasar pendidikan, dan menyediakan
perkhidmatan berpusat seperti pengumpulan data serta pembangunan kurikulum dan
penilaian.

35. Kementerian Pendidikan turut memberi penekanan kepada meningkatkan


kepimpinan dalam pelaksanaan transformasi. Pemimpin barisan hadapan seperti
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar mempunyai
tanggungjawab terhadap peningkatan prestasi sekolah dan murid. Sebagai pegawai
tinggi kerajaan, mereka bukan sahaja perlu mengamalkan nilai dan etika
perkhidmatan awam tetapi perlu mempunyai kebolehan dan kecekapan yang spesifik
bagi pengurusan pendidikan. Pengetua dan guru besar misalnya perlu memiliki
kepimpinan instruksional supaya semua sumber di sekolah seperti guru, kurikulum,

bahan pengajaran, kaedah pengajaran dan persekitaran dapat digembleng bagi


meningkatkan keseluruhan prestasi pembelajaran.

36. Dalam melaksanakan transformasi pendidikan ke arah penyampaian yang


berkesan, Kementerian telah mengambil beberapa langkah. Antaranya ialah
mewujudkan

Rakan

Peningkatan

Sekolah

(School

Improvement

Partner

SIPartner+) iaitu suatu program sokongan bagi meningkatkan prestasi sekolah.


Pengetua dan guru besar yang cemerlang telah dipilih untuk memberi bimbingan
serta mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi sekolah. Selain
daripada langkah ini, Kementerian juga akan mengkaji dasar agar pengetua dan
guru besar cemerlang ditempatkan di sekolah berprestasi rendah, dan memberi
autonomi untuk melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah.

PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI, SEKTOR SWASTA DAN NGO

37. Keempat ialah pelibatan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan NGO. Dapatan
kajian antarabangsa PISA 2009+ menunjukkan bahawa selain daripada minat ibu
bapa dalam pendidikan anak mereka, faktor utama yang mendorong kepada
pencapaian murid adalah cara ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak di
rumah. Kajian juga menunjukkan hanya 14 peratus sahaja anak-anak berada di
sekolah. Manakala selebihnya berada di rumah dan dalam komuniti. Oleh itu adalah
penting diwujudkan sistem pembelajaran yang lebih luas mencakupi pembelajaran di
rumah dan komuniti. Anjakan ke-9 PPPM 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas, merupakan satu daripada aspek
penting dalam menjayakan transformasi pendidikan.

38. Pelibatan ibu bapa dalam pendidikan bukanlah suatu perkara yang baharu.
Namun, melalui transformasi pendidikan ini, kesedaran ibu bapa dan komuniti
terhadap peranan mereka dalam pendidikan telah dipergiatkan. Antara yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian ialah mengadakan kempen mendidik ibu bapa dan
komuniti tentang sumbangan mereka dalam pendidikan dan mengedarkan lebih
10,000 sarana pelibatan ibu bapa iaitu garis panduan dan pemantauan keterlibatan
ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Kerjasama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dengan sekolah dipertingkatkan bagi memberi maklum balas
tentang pelaksanaan kurikulum setempat dan juga kualiti guru di sekolah anak-anak
mereka. Jaringan yang utuh antara PIBG, ibu bapa dan sekolah ini akan menjulang
prestasi pelajaran anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi.

39. Sektor swasta pula boleh bertindak sebagai penyumbang yang bermakna bagi
meningkatkan inisiatif awam dan menggerakkan penyampaian perkhidmatan yang
lebih cekap, menambah pembiayaan sektor pendidikan, serta memperluas
kesamarataan akses dan meningkatkan keberhasilan pembelajaran. Satu contoh
terbaik yang sedang diusahakan oleh Kementerian ialah merintis model baharu yang
memperkenalkan inovasi dalam kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta
keseluruhan pengurusan sekolah yang diterajui oleh sektor swasta. Model baharu ini
dinamakan Sekolah Amanah, dengan Yayasan AMIR sebagai rakan swasta. Dalam
hal ini pihak NGO boleh membantu terlibat secara aktif dalam persatuan alumni dan
sebagai rakan penaja swasta kerana dijangkakan pada tahun 2025, bilangan sekolah
amanah akan bertambah kepada 500 buah.

40. Kerajaan akan terus menggunakan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman


sektor swasta untuk memperkukuh mekanisme penyampaian perkhidmatan sektor
awam. Maklum balas sektor swasta berhubung halangan terhadap penyampaian
perkhidmatan akan terus digunakan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan
sedia ada dan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

PENUTUP

41. Dalam konteks pendidikan Malaysia yang berasaskan kepada prinsip Pendidikan
Untuk Semua, transformasi pendidikan tidak meminggirkan mana-mana murid.
Setiap murid tanpa mengira status sosioekonomi, etnik atau latar belakang berhak
mendapat akses yang sama rata kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing.

42. Transformasi pendidikan melalui PPPM 2013-2025 dan PPPM (Pengajian Tinggi)
bermatlamat untuk melahirkan murid dan graduan yang berjaya, berdaya saing di
peringkat global serta bertunjangkan kepada nilai dan semangat jati diri yang kukuh.
Dari aspek pelaksanaan transformasi pendidikan, Kementerian memberi keutamaan
kepada

keberhasilan

murid

dengan

meningkatkan

kualiti

pengajaran

dan

pembelajaran serta mengupayakan kepimpinan pendidikan. Transformasi pendidikan


adalah tanggungjawab semua. Kejayaan transformasi pendidikan ini tidak boleh
dicapai secara individu tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama yang tidak
berbelah bahagi daripada pihak ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan NGO.

43. Kefahaman warga pendidikan mengenai hasrat menjulang nama Malaysia agar
tergolong di antara yang terbaik di persada dunia dalam bidang pendidikan

merupakan langkah pertama yang perlu diberi perhatian. Penerimaan warga


pendidikan atau sikap keterbukaan mereka menerima perubahan serta tekad untuk
melaksanakan perubahan di luar amalan kebiasaan merupakan asas untuk
melakukan perubahan.

44. Tidak dinafikan bahawa transformasi sistem pendidikan merupakan suatu


perjalanan jangka panjang yang penuh dengan cabaran. Bermula dengan perjalanan
bertatih pada tahun 2013, terdapat pengajaran penting yang diperoleh daripada
kejayaan dan cabaran pelaksanaan inisiatif PPPM antaranya;

- Wujud sekolah yang cemerlang dan amalan yang baik dalam sistem pendidikan
Malaysia;
- Penyelarasan yang mantap dan perancangan terperinci adalah penting untuk
mengatasi cabaran pelaksanaan; dan

- Komunikasi yang aktif dan pelibatan pihak berkepentingan adalah kritikal.

45. Pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan


memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya
sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan
kepada agama, bangsa dannegara. Tanggungjawab kementerian dan guru untuk
melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar.
Aplikasi kepada Dasar Pendidikan Negara secara berkesan dan memahami agenda
transformasi oleh semua warga kementerian adalah amat penting dalam proses ini.

46. Perkara asas yang perlu difahami dan dihayati oleh semua adalah, kejayaan
transformasi pendidikan bagi menganjak kualiti generasi baharu hanya dapat dicapai
melalui kerjasama semua pihak di setiap peringkat iaitu persekutuan, negeri, daerah,
sekolah, guru serta ibu bapa dan komuniti. Proses transformasi pendidikan
merupakan usaha berterusan.

47. Saya bukan merupakan seorang guru, namun saya selaku KSU KPM dan
pegawai-pegawai di kementerian bertekad untuk menjayakan PPPM dengan
harapan generasi yang lahir dari sistem pendidikan negara melalui PPPM
merupakan generasi yang terbilang. Akhir kata, melalui sinergi dan kesepakatan
yang mantap dan jitu di antara Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, insyaAllah kita akan berjaya melaksanakannya.

Sekian, wabillah hi taufiq, walhidayah assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih.

5.0 KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN Keprihatinan untuk menyediakan lepasan


sekolah menghadapi dunia pekerjaan menuntut fokus diberi kepada menghasilkan
generasi muda warga Malaysia yang mampu berdikari, boleh berfungsi dalam
pasukan, dan mempunyai nilai-nilai yang sewajarnya untuk membolehkan mereka
terus produktif dan berdaya saing di pasaran ekonomi tempatan, serantau, dan

global. Mengambil kira ciri-ciri di atas, penekanan kurikulum bukan setakat


melibatkan mata pelajaran sebagai sumber utama ilmu, tetapi melengkapkan diri
murid dengan kemahiran kognitif, interpersonal, dan kompetensi yang tinggi. Secara
umumnya, kompetensi yang diperlukan itu mempunyai unsur-unsur seperti
kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan peribadi;
kemahiran utama dan penting untuk penglibatan diri di dalam dunia pekerjaan dan
organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan menyepadukan kemahiran dan
pengetahuan di dalam pekerjaan; kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan
secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus. Aspekaspek ini perlu ada pada murid dalam melaksanakan tugas dengan sempurna dan
membolehkan murid memudahkan dan melaksanakannya dalam pelbagai situasi
dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Ia merupakan persediaan bagi
membolehkan murid menyesuaikan diri dan berjaya melaksanakan tugas di dunia
pekerjaan yang diceburi kelak. Dalam konteks persekolahan di Malaysia, kompetensi
yang dikenalpasti perlu diberikan penekanan adalah seperti berikut: i. Kemahiran
Generik Kemahiran generik boleh dianggap sebagai kemahiran asas yang diperlukan
seseorang individu untuk menjadi pekerja yang mahir, cekap, dan berketrampilan di
tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada
majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan mempunyai
peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Secara
umumnya, kemahiran generik ini terdiri daripada yang berikut: a. Kemahiran Asas:
membaca, menulis, menggunakan idea dan teknik matematik, bertutur dan
mendengar; b. Kemahiran Berfikir: membuat pilihan dan keputusan berlandaskan
sebab-sebab yang rasional, mengenal pasti andaian, idea, dan perspektif yang
membawa kepada perubahan yang positif; c. Kualiti Peribadi: atribut-atribut yang
membantu murid berdikari dan mampu berinteraksi dengan individu lain atau bekerja
dalam kumpulan. Antara atribut itu ialah motivasi dan inisiatif kendiri, kejujuran dan
integriti, sociability, pengurusan kendiri, serta etika kerja cemerlang. ii. Kemahiran
Berkomunikasi Kemahiran yang melibatkan seseorang individu itu menunjukkan
kebolehan untuk mendengar dan mampu berkomunikasi secara verbal dan bertulis
dalam semua situasi manusia sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan.
Seseorang individu juga harus mampu menyatakan pemikirannya secara tersusun
dan logikal supaya mudah difahami orang lain. Kemahiran berkomunikasi ini

termasuk juga bahasa bukan verbal yang disampaikan semasa kita bercakap dan
menulis kepada orang lain. iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kemahiran yang melibatkan penggunaan peralatan teknologi komunikasi atau sistem
rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mencari, mengumpul, menyimpan,
memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat secara pantas dan cekap,
seperti internet atau multimedia. iv. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran
ini melibatkan penggunaan kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai cara
dan situasi, termasuk situasi yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam
mencapai sesuatu keputusan. Pemikiran kritis dan membuat kesimpulan berasaskan
maklumat yang diberikan adalah kritikal dalam alam pekerjaan dan kehidupan.
Pemikiran kreatif pula ialah kebolehan berfikir dalam cara yang asli atau unik.
Kreativiti membolehkan kita berfikir secara lateral dan melihat situasi tertentu dari
perspektif yang berbeza atau melakukan sesuatu dengan lebih baik. v. Kemahiran
Sosio-Emosi Kemahiran sosio-emosi ialah keupayaan mengenali perasaan diri
sendiri dan perasaan orang lain, untuk memotivasi diri dan mengurus emosi kendiri
dan emosi hasil interaksi dengan orang lain. Secara umumnya, kemahiran ini
merangkumi aspek-aspek mengurus diri sendiri dan hubungan diri dengan orang
lain. Antara perkara yang termasuk dalam pengurusan diri sendiri ialah kesedaran
kendiri, harga diri, mengendalikan perasaan kendiri, dan motivasi kendiri. Aspek
hubungan diri dengan orang lain pula melibatkan kemahiran mengendalikan
hubungan manusia dan melahirkan perasaan empati. vi. Kemahiran Kerjaya
Kemahiran Kerjaya membolehkan murid kita celik kerjaya dan berupaya menangani
cabaran dunia pekerjaan masa depan. Dalam konteks dunia yang pesat berubah,
kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri sendiri termasuk penggunaan
masa dan sumber, berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi
pencapaian diri adalah penting. Kemahiran kerjaya juga melibatkan keberkesanan
individu berinteraksi dan bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan dalam
usaha mencapai matlamat tugasan atau organisasi. vii. Kemahiran Kesedaran
Global Kemahiran ini menjadi suatu aset yang penting untuk membolehkan pekerja
kita mengambil tempat sewajarnya di arena antarabangsa sebagai global players
seiringan dengan arus globalisasi dunia tanpa sempadan. Antara kemahiran yang
berguna ialah: a. Kefleksibelan: kebolehan membuat penyesuaian kepada idea baru,
teknologi baru, dan perubahan budaya. Individu yang fleksibel lebih senang
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di tempat kerja, perubahan kerja,

dan menguasai kemahiran bolehguna; b. Pelbagai Bahasa: kebolehan pelbagai


bahasa antarabangsa utama dunia; c. Padan Budaya: kebolehan menyesuaikan diri
dalam sesuatu persekitaran kerja seperti syarikat multinasional. viii. Kemahiran
Kepimpinan Kemahiran Kepimpinan boleh mengambil bentuk yang berlainan. Secara
umumnya, pemimpin ialah individu mahir yang bervisi dan berorientasikan matlamat.
Mereka menampakkan ciri-ciri berpencapaian tinggi, mengambil risiko, dan boleh
memotivasi orang lain.

6.0 PENGISIAN PROGRAM Untuk memastikan sistem pendidikan kita tidak


ketinggalan dalam persaingan menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21, pelbagai
program dirancang dan dilaksanakan sebagai pengisian bagi mencapai halatuju
pendidikan berkualiti. 6.1 PENDIDIKAN BAHASA i. Bahasa Kebangsaan Bahasa
Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan di semua sekolah. Ia berfungsi sebagai
bahasa pengantar utama di semua Sekolah Kebangsaan(SK) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK). Ia juga menjadi mata pelajaran yang wajib diajar di
semua Sekolah Jenis Kebangsaan iaitu di SJK(C) dan SJK(T). ii. Bahasa Kedua
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di semua SK, SJK(C), SJK(T) dan SMK.
Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris di Tahun 1 ,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai tahun 2003 dan diikuti oleh Tahun 2,
Tingkatan 2, Tingkatan 6 Atas dan Matrikulasi pada tahun-tahun berikutnya. iii.
Bahasa Ibunda Bahasa Cina (BC) dan Bahasa Tamil (BT) diajar sebagai Bahasa
Ibunda di SK dan SMK apabila terdapat permintaan daripada sekurang-kurangnya
15 orang ibu bapa untuk mengajar bahasa berkenaan. BC digunakan sebagai
bahasa pengantar di SJK(C) dan BT digunakan sebagai bahasa pengantar di
SJK(T). iv. Bahasa Tambahan Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT) dan Bahasa
Arab (BA) diajar sebagai Bahasa Tambahan di SK. Permintaan daripada ibu bapa
tidak diperlukan untuk membuka kelas-kelas tersebut. Ia dilaksanakan mulai tahun
2007 sebagai sebahagian daripada inisiatif memeprkasakan sekolah kebangsaan
dan menggalakkan lebih ramai ibu bapa memilih sekolah kebangsaan sebagai
sekolah pilihan untuk pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka dalam sistem
pendidikan Malaysia. v. Bahasa Antarabangsa Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan
Bahasa Jerman kini diajar sebagai Bahasa Antarabangsa di sekolah berasrama
penuh. Bahasa-bahasa berkenaan akan diperkenalkan di sekolah harian secara

berperingkat-peringkat mulai tahun 2005. PPK bercadang memperkenalkan Bahasa


Korea dan Bahasa Rusia pada masa akan datang. vi. Bahasa Etnik Bahasa Semai,
Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban diajar sebagai Bahasa Etnik di SK dan
SMK bagi murid kaum asli di Semenanjung dan kaum bumiputra di Sabah dan
Sarawak.
6.2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS (PPSMI) Kerajaan telah membuat keputusan tentang
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) di semua sekolah rendah dan menengah bermula dengan Tahun 1,
Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Rendah pada tahun 2003. Dasar ini dilaksanakan
atas kesedaran bahawa ilmu dalam bidang sains dan teknologi memainkan peranan
dan menjadi asas penting dalam kemajuan dan pembangunan negara. Sains dan
matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat dinamik dan pelbagai inovasi
penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bidang ini juga berkembang pesat melalui pelbagai media terutamanya dalam
bahasa Inggeris. Pendedahan awal kepada pelajar memberi peluang kepada pelajar
untuk mengakses maklumat dan mengikuti perkembangan terkini terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Sepanjang tahun 2003 dan 2004, persediaan
menyeluruh telah dibuat yang melibatkan tenaga dan kos yang besar bagi
memastikan guru dan murid dapat melaksanakan perubahan. Keupayaan KPM
khususnya guru-guru melaksanakan program ini dengan licin serta dapat mengatasi
beberapa masalah terpencil adalah merupakan satu kejayaan. Di sebalik itu, masih
terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan ruang yang perlu dibaiki. Dalam
keadaan ini semua lapisan masyarakat perlu terus memberi sokongan yang tak
berbelah bagi kepada guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia agar pelaksanaan
PPSMI ini benar-benar mencapai matlamatnya. Pihak kerajaan akan terus komited
untuk memastikan dasar ini mencapai matlamat dan objektifnya.
6.3 MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HARIAN Program mata
pelajaran vokasional (MPV) di sekolah harian mula dilaksanakan pada tahun 2002
secara berperingkat dan berstatus mata pelajaran elektif di Tingkatan 4 dan 5 .
Program ini menawarkan 22 subjek MPV yang dilaksanakan melalui empat fasa.
Semua mata pelajaran ini berfokus kepada kemahiran vokasional yang bernilai

komersil dan direka bentuk berdasarkan lima bidang usaha iaitu pembuatan,
pembinaan, agro teknologi, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer.
6.4 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK) bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang
peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk
melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan
boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
6.5 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN MORAL Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral adalah wadah kepada pembangunan insan. Pengukuhan kepada pegangan
ajaran agama beserta dengan penerapan nilai-nilai murni di peringkat awal dapat
membendung penularan fahaman dan amalan yang bercanggah dengan syariat
kehidupan mulia.
6.6 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL Pendidikan Kesihatan
Reproduktif

dan

Sosial

bertujuan

untuk

membolehkan

murid

memperolehi

pengetahuan tentang perubahan fizikal, emosi, dan sosial serta memupuk sikap dan
nilai positif murid terhadap perkembangan seksualiti. Kurikulum ini membina
kemahiran diri murid untuk memelihara perhubungan peribadi, kehidupan keluarga,
sahabat dan keahlian dalam masyarakat.
6.7 PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM
PENDIDIKAN Mata pelajaran dan program yang berasaskan komputer telah mula
ditawarkan di peringkat SPM. Di antaranya ialah mata pelajaran:- i. Mata Pelajaran
Teknologi Maklumat (1999) ii. Mata Pelajaran Produksi Multimedia iii. Mata pelajaran
Grafik Berkomputer iv. Program Literasi Komputer v. Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran dan Pembelajaran merentasi kurikulum. vi. Projek Malaysian SchoolNet
vii. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris viii.
Grid Pembelajaran Kebangsaan (Malaysia Grid For Learning MyGfL)
6.8 PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH Strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran dan mengukuhkan mutu pendidikan negara. Pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menarik akan membosankan murid dan seterusnya
mempengaruhi pencapaian murid. Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

KBSR dan KBSM yang mempunyai potensi tetapi tidak diamalkan sepenuhnya ialah
pembelajaran di luar bilik darjah. Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) merupakan
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan
jika dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. PLBD adalah satu aktiviti terancang
dengan objektif yang jelas. Pembelajaran dan pengajaran secara ini lebih berbentuk
penerokaan yang berpusatkan murid.

Lampiran 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK


DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Dasar ini dibuat atas kesedaran bahawa ilmu
dalam bidang sains dan teknologi berkembang pesat melalui pelbagai media,
termasuklah media elektronik yang menggunakan Bahasa inggeris (BI). Sains dan
matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat dinamik dan pelbagai inovasi
dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini juga memainkan peranan dan menjadi asas penting dalam
kemajuan dan pembangunan negara. Jika dilihat negara-negara maju, penerokaan
dalam bidang sains dan teknologi telah membawa negara berkenaan ke tahap
kemajuan yang tinggi. Kita semua maklum bahawa Bahasa Inggeris (BI) adalah
bahasa ilmu dan bahasa perhubungan antarabangsa. Penguasaan yang baik dalam
bahasa Inggeris akan membolehkan seseorang itu mendapat akses kepada
maklumat dan mengikuti perkembangan terkini terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi. Pada masa kini, sebahagian besar daripada maklumat terkini mengenai
perkembangan dalam bidang ini sama ada dalam elektronik atau bukan elektronik
terdapat dalam Bahasa Inggeris. Sudah tentunya seseorang yang cekap berbahasa
Inggeris akan mempunyai `advantage dalam hal ini dibandingkan dengan seseorang
yang lemah dalam bahasa berkenaan. Oleh itu, pendedahan yang awal kepada
sains dan matematik dalam BI akan membolehkan murid mengakses maklumat dan
menerokainya. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa objektif utama PPSMI
bukanlah untuk meningkatkan penguasaan BI walaupun pada akhirnya ini
merupakan salah satu daripada hasil pelaksanaan dasar ini.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef


Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6
JILID II Halaman: 425-829
PENDIDIKAN ABAD KE 21 : PENGINTEGRASIAN TERAPI MEDIA DALAM
MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Abd Razak bin Mohd Nawi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya .......... 431
Abstrak
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang terancang dan berkembang sejajar dengan keperluan dan
perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut telah
gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya memartabatkan sesuatu bangsa atau
negara. Peranan sistem pendidikan khusus di abad ke-21 adalah sangat penting
dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang
merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan
negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang
agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era
globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan
dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung
dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku
itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.
Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan satu elemen yang penting terkandung
dalam pendidikan abad ke 21. Setiap murid perlu menguasainya dan faham dalam
mengaplikasikannya mengikut masa dan keperluan. Untuk memastikan setiap murid
mampu menguasai sekurang-kurangnya aras analisis dan sintesis, strategi
pengajaran dan pendekatan terapi digunakan dalam membantu murid membina
keyakinan diri dan melatih pemikiran yang lebih rasional serta dapat melihat semua
aspek

penyelesaian

secara

total.

Kajian

ini

menggunakan

kaedah

Kuasi

Eksperimental dan penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan


pendekatan Terapi Media bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dikalangan murid sekolah rendah tahun 4. Terapi Media yang dimaksudkan dalam

penyelidikan ini adalah kombinasi daripada tiga media utama, iaitu (1) pengunaan
video (mengandungi unsur kecindanan atau lawak jenaka) (2) penggunaan Grafik
Statik yang menarik; dan (3) penggunaan musik audio. Subjek kajian terdiri daripada
50 orang murid sekolah rendah tahun 4 yang dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu (a) kumpulan terapi dan (b) kumpulan kawalan. Instrumen pengumpulan data
mencakupi ujian pra dan pasca, soalselidik dan temu bual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan min skor yang signifikan
dalam menyelesaikan soalan KBAT setelah terapi media diperkenalkan kepada
kumpulan terapi berbanding pengajaran tanpa terapi media. Disamping itu hasil
soalselidik dan temu bual juga menunjukkan murid murid di dalam kumpulan terapi
lebih seronok belajar dan aktif terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan
guru. Mereka menunjukkan minat yang sangat positif dalam setiap sesi
pembelajaran. Rumusannya boleh dinyatakan bahawa melalui terapi media murid
murid dapat menguasai KBAT secara semulajadi dan tanpa paksaan serta yang lebih
menarik, mereka seronok dalam proses pembelajaran.

Kurikulum merupakan unsur utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu
disemak dan dikemaskini dan diperkasakan selari dengan keperluan dan
perkembangan semasa. Kualiti murid yang akan dihasilkan memerlukan kurikulum
yang relevan dan untuk itu, semakan kurikulum (curriculum review) dari segi
kandungan (content) dan pendekatan (pedagogy) mesti peka kepada keperluan
persekitaran (sensitive to environment). Tuntutan kepada melahirkan masyarakat
dalam era k-ekonomi dan bijak menggunakan ICT perlu menjadi unsur yang penting
dalam semakan kurikulum ini. Keperluan sumber manusia dan tenaga kerja adalah
antara faktor penting yang diambil kira dalam semakan ini. Seterusnya, pelaksanaan
kurikulum adalah penting di peringkat sekolah dan bilik darjah. Keberkesanan dan
kejayaan sesebuah institusi pendidikan sangat bergantung kepada kemampuan guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kepimpinan
guru yang berkualiti di bilik darjah menjadi faktor kritikal dan penentu kepada
keberkesanan pendidikan. Untuk itu, kualiti latihan praperkhidmatan guru bagi

peringkat prasekolah, rendah dan menengah perlu diberi tumpuan khusus. Untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid dan berkesan,
bahan dan sumber pengajaran yang berkualiti juga memainkan peranan penting
dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Peningkatan penggunaan bahanbahan pengajaran berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
meningkatkan kualiti dan keberkesanan sistem persekolahan. Aspek inovasi dan
kreatif dalam penyediaan sumber pengajaran perlu terus dikekalkan malah
dipertingkatkan. Bilik darjah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan di dalamnya harus mempunyai unsur-unsur yang menjurus kepada
pemupukan semangat perpaduan. Keharmonian di bilik darjah hasil interaksi guru
dan murid yang berbeza latar belakang dan kaum akan menjadi cermin yang
menggambarkan perpaduan erat di kalangan pelbagai kaum di luar bilik darjah. Bilik
darjah perlu menjadi pentas mendidik murid-murid supaya menghayati semangat
perpaduan

yang

seterusnya

akan

dapat

diamalkan

di

dalam

kehidupan

bermasyarakat di luar sekolah. Tunjang kepada proses pendidikan adalah untuk


melahirkan insan syumul, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepada kepatuhan
dan keyakinan kepada Tuhan yang kemudiannya dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat negara.

Anda mungkin juga menyukai