Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN MODEL

ASSURE

LANGKAH

1.Analisis Pelajar
(Analyze Learners)

2. Pernyataan
Objektif
(state standards and
objectives)

PENERANGAN

Mata pelajaran : Sivik


Tahun
: 4 Marikh
Bilangan pelajar : 40 orang
Tarikh
: 9.10.2012
Masa
: 7.40 8.40 pagi (60 minit)
Tajuk Pembelajaran : Sayangi Diri
Sub tajuk : Pengurusan diri Asas kecemerlangan
Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar cara mengurus diri
melalui aktiviti kehidupan seharian, contohnya; mengemas
bilik, membasuh kasut sekolah sendiri dan sebagainya.
Objektif pembelajaran : Selepas pembelajaran, murid boleh :
1. Mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang
lain.
2. Mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan.
Hasil pembelajaran : Murid dapat :1. Menyatakan kepentingan mengurus diri
2. Menyediakan jadual waktu untuk melakukan aktiviti
seharian.
3. Mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah mahupun di
rumah.
Nilai pembelajaran : berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab

3. Pemilihan strategi,
Teknologi, Media dan
Bahan (Select strategies,
Technology, media and
materials)

4. Penggunaan Teknologi,
Media dan Bahan (Utilize
Technology, Media and
Materials )

Kaedah pembelajaran :
1. Pembelajaran menggunakan ICT :
(VIDEO: http://eduwebtv.com/v2/video/?
subject=Sivik&lvl=KBSR&cat=5#category )
2. aktiviti soal jawab
3. Latihan berkumpulan
Bahan pengajaran dan pembelajaran :
1. LCD
Aktiviti-aktiviti :
1. Dalam set induksi, guru meminta murid mengemas bukubuku yang bersepah dalam bilik darjah.
2. Guru meminta murid menonton satu sketsa / tayangan video

5. Penglibatan pelajar
(Require Learner
Participation)

6. Penilaian dan
penambahbaikan (Evaluate
and Revise)

dari laman eduwebtv mengenai pengurusan diri.


3. Seterusnya guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid
mengenai sketsa yang ditonton.
4. Guru menggunakan teknik video conferencing melalui
laman eduwebtv iaitu murid bertanya soalan dengan
Motivator Diraja Kelantan, En.Najib Bin Baharuddin
mengenai pengurusan diri. Kemudian En. Najib memberi
penerangan mengenai soalan yang ditanya oleh murid. Antara
soalan yang dikemukan oleh murid ialah :
a) Apakah maksud pengurusan diri?
b) Apakah maksud pengurusan tekanan?
c) Apakah maksud gaya hidup sihat?
5. Di akhir aktiviti, murid-murid diminta menjawab soalan
latihan secara berkumpuan yang ditayangkan melalui
eduwebtv.
a) Perlukah kita belajar mengurus diri? Mengapa?
b) Bincangkan bagaimana disiplin amat penting dalam
kehidupan seharian
c) Apakah cita-cita anda? Terangkan bagaimana
disiplin amat perlu untuk mencapai cita-cita.
Penglibatan murid :
1. Semasa set induksi, murid-murid akan mengemas bukubuku yang bersepah di atas rak dalam bilik darjah.
2. Murid menonton sketsa mengenai pengurusan diri
melalui eduwebtv.
3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru
mengenai sketsa yang telah ditonton.
4. Murid pula bertanya soalan mengenai pengurusan diri
melalui teknik video conferencingkepada seorang
motivator.
5. Akhir sekali murid akan menjawab soalan latihan yang
dikemukakan dalam video secara berkumpulan.
Penilaian akhir pembelajaran :
1. Murid dapat membandingkan antara perlakuan positif
dan negatif yang memberi kesan kepada pengurusan diri
seseorang melalui video yang ditonton
2. Murid menjawab semua soalan yang ditanya oleh guru.
3. Melalui penggunaan teknik video conferencing daripada
video laman eduwebtv, murid dapat memahami konsep
pengurusan diri secara menyeluruh.
4. Murid dapat menjawab soalan latihan yang
dikemukakan dalam video secara berkumpulan.
5. Murid memberi penilaian terhadap bahan media yang
digunakan melalui borang soal selidik yang disediakan
oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai