Anda di halaman 1dari 7

Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental.

Seseorang dapat
melakukan aktiviti harian tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang
sihat. Walaupun begitu, matlamat tersebut tidak mudah dicapai sekiranya
seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mencapai matlamat
tersebut, setiap individu perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan kesihatan, dan pada masa yang sama meninggalkan aktiviti yang
boleh menjejaskan mutu kesihatan.

Antara usaha bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan


pengambilan makanan seimbang. Makanan yang dimakan hendaklah
mengandungi zat yang secukupnya untuk mencegah seseorang daripada
serangan penyakit. Seseorang yang tidak mengambil kira tentang pemakanan
seimbang akan terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Misalnya,
pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang
diserang penyakit Diabetis dan menimbulkan masalah kepada fungsi jantung.
Rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu
dijadikan panduan untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan itu
mengandungi khasiat yang seimbang dan dapat menyihatkan badan.

Hadirin yang dikasihi,


Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang. Hal ini demikian
kerana semasa bersenam, sebahagian besar organ dalam badan seseorang
bergerak aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik untuk memastikan
perjalanan darah menjadi lancar. Di samping itu, pembakaran lemak dalam
badan akan berlaku, sekali gus individu dapat mengatasi masalah lebihan lemak
di dalam badan. Ringkasnya, melalui senaman, badan menjadi lebih sihat dan
otak menjadi cerdas. Jika rakyat negara ini mengamalkan aktiviti senaman, tidak
mustahil tahap kesihatan rakyat Malaysia akan meningkat. Oleh itu, kesedaran
rakyat Malaysia tentang kepentingan aktiviti senaman hendaklah dipupuk.

Selain itu, penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup
sihat. Orang ramai hendaklah memastikan bahawa tubuh badan, pakaian,
makanan, dan persekitaran sentiasa bersih. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
perlu mengawasi anak-anak mereka daripada bermain di tempat yang kotor.
Mereka juga perlu memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah
berada dalam keadaan yang bersih. Sampah sarap di persekitaran perlu dibuang
di tempat pembuangan sampah atau ditanam. Langkah ini dapat mengelakkan
persekitaran daripada menjadi tumpuan bakteria atau serangga-serangga
tertentu, terutamanya lalat, lipas, dan nyamuk.

Meskipun orang ramai diberitahu tentang bahaya merokok, permintaan


terhadap rokok masih tinggi. Masalah penyalahgunaan dadah pula masih
berterusan. Kedua-dua tabiat ini perlu dijauhi sekiranya seseorang ingin
menikmati kehidupan yang sihat. Hal ini demikian kerana perokok lebih terdedah
kepada risiko diserang sakit jantung, kanser, dan katarak. Gejala
penyalahgunaan dadah pula mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan
seseorang. Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang bahaya tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah amat penting.

Setiap orang perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera apabila


berhadapan dengan masalah kesihatan. Pada kebiasaannya, orang ramai hanya
menemui doktor apabila penyakit sudah serius. Amalan sedemikian perlu
diubah. Orang ramai hendaklah menghayati ungkapan bahawa mencegah
penyakit lebih mudah daripada mengubatinya. Sehubungan dengan itu, orang
ramai perlu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit
dan mengetahui tahap kesihatan mereka. Tindakan yang lebih baik adalah
dengan mendisiplinkan diri untuk mendapatkan rawatan kesihatan setiap enam
bulan. Sekiranya saranan ini diikuti, sesuatu penyakit akan lebih mudah dicegah
sebelum dirawat.

Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan


perlu ditingkatkan. Langkah ini penting supaya setiap individu dapat
mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan
kebersihan. Tanpa kesedaran tersebut, orang ramai tidak akan mementingkan
gaya hidup yang sihat. Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang
hal ini, panduan tentang penjagaan kesihatan perlu disebarluaskan. Semoga
Amalan Hidup Sihat yang kita perkatakan ini benar-benar menjadi realiti di
bumi Malaysia. Semoga rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup sihat dalam
menjalani kehidupan seharian. Sekian, terima kasih

Kejayaan Malaysia Dalam Pelbagai Bidang


Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar
biasa dalam pelbagai bidang. Kalau dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak
kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang
masa 55 tahun kemerdekaan negara. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai
selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Hal ini
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang
ditempa oleh orang Barat yang jauh lebih maju daripada kita. Persoalannya,
apakah kejayaan-kejayaan yang diraih oleh nusa tercinta ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan mercu


kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Kejayaan ini telah
menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri
setanding kereta asing. Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang
menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri berat yang
diusahakan oleh rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional dieksport ke
luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya.
Perusahaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan pendapatan
negara kita. Tegasnya, bidang automobil negara menjadi salah satu mercu
kejayaan negara.
Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah
dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu
di kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai
peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang
and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan


usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara
kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan
mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada
tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah

berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun
1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang


melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara
Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada
teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.
Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan
yang menjadi kebanggaan negara. Pembangunan negara yang bergerak pantas
bagai belut diketil ekor dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang
tinggi terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan
pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS
merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua
bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Ciri-ciri istimewa kedua-dua menara
ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan menarik
banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun. Pendek
kata, pembinaan bangunan yang tersergam gah telah membuktikan kejayaan
negara dicapai.

Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita
berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT
II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara
ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program
penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar
Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas
dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia
untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Melalui program tersebut,
pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk
minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, penerokaan negara
dalam bidang angkasa lepas juga merupakan salah satu kejayaan negara yang
patut dibanggakan.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama


Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang
terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem
Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan
Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan
merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM,
monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan
pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang
semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan

masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem


pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan
negara pada alaf ini.

Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang sukan. Sukan
negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang bermatimatian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain
sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann
David. Kini, Datuk Nicol merupakan pemain skuasy wanita nombor satu di dunia.
Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di
dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang
pemain badminton profesional di Malaysia. Beliau selalu menyertai pertandingan
badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang
cemerlang. Jadi, izharlah bahawa peningkatan pencapaian yang cemerlang oleh
atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita telah
meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang menakjubkan. Pencapaian yang
menakjubkan dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan bangunan
pencakar langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan,
dan bidang sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan
yang ditempa oleh orang Barat. Oleh itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia
menghadapi segala cabaran untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan itu, rakyat
Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sepenuhnya
kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang dan
berharap agar kejayaan luar biasa ini juga dapat membangkitkan semangat
rakyat Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama
kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel
serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu
berwarna kelabu!
Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air
dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya
berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi
mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek
dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada
kawan dan tidak ada tempat tinggal.

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia


berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik
liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu dari sini!
Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada
sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya
tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur?
Tidak, kata itik itu.
Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing.
Tidak, kata itik itu.

Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar
menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar
menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang
sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan
berleher panjang.
Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu, ia berkata di dalam
hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas
tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat
berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan
membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut.
Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa
selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat
sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan
akhirnya ia terbang tinggi di langit!

Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. Alangkah


cantiknya burung itu, fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak seekor angsa yang
tampan. Marilah berenang dengan kami.
Apa? Aku seekor angsa?
Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

Anda mungkin juga menyukai