Anda di halaman 1dari 3

Kesan Daripada Globalisasi Teknologi terhadap kemunculan Era Teknologi Maklumat dan

Komunikasi di Malaysia
Kesan positif
Ekonomi

Hubungan dan komunikasi dapat dipercepatkan


- Akses perhubungan perniagaan dengan sesiapa dan dimana jua dapat dilakukan di seluruh
dunia
- Penyebaran maklumat secara relatifnya cepat dan menjimatkan masa dalam melakukan
aktiviti perniagaan

Politik

Pengurusan dan pentadbiran kerajaan lebih sistematik dan elektif


- Segala maklumat tentang setiap rakyat negara dapt disimpan secara lebih sistematik
melalui penggunaan cip boimertik di kad pengenalan
- Pegawai diplomat dan wakil dari seluruh Negara dapat berhubungdengan wakil
kerajaannegara kita secara senang dan berbicang tentang hal-hal negara tanpa ada
halangan melalui TMK

Sosial

Pendidikand an ilmu pengetahuan tanpa batas


- Pelajar dapat mengakses sebarang maklumat berkenaan dengan matapelajaranyanya atau
projeknya dengan senang secara khusus kepada topic yang berkenaan
- Dengan mengakses internet, seseorang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran insaniahnya secara maya dan secara tidak lansung mengembangkan bakat dan
potensinya

Kesan negatif

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud " fenomena yang menjadikan dunia
kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat." Imam Ghazali ketika berhadapan dengan cabaran falsafah Yunani pada
zamannya, tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman terhadap falsafah tersebut. Bahkan, beliau
mengkaji baik dan buruknya perkara tersebut sehingga mampu mengeluarkan perkara positif
daripada banyak perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani. Justeru, globalisasi juga perlu
dikaji baik dan buruknya sehingga kita dapat menggunakan aspek positif yang ada untuk menentang
keburukan globalisasi.
Kesan baik yang utama ialah rakyat Malaysia perlu mengalami anjakan paradigma, iaitu
mereka perlu menggunakan teknologi terkini berbanding dengan cara tradisional dalam pelbagai
lapangan hidup mereka. Sebagai contoh, negara kita menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang.
Sehubungan dengan ini, rakyat mahu tidak mahu terpaksa menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Kita akan ketinggalan dalam arus perdana sekiranya kita tidak menguasai ICT.
Dalam era globalisasi, perniagaan dan perdagangan tidak mengenali batasan atau sempadan.
Seorang usahawan batik contohnya, boleh menjual hasil batiknya ke seluruh dunia dengan hanya
mengiklankan dalam internet dan boleh menjalankan perniagaannya dari rumah. Justeru, beliau
dapat menjimatkan kosnya kerana tidak perlu menyewa bangunan, membayar bil api dan air, serta
tidak perlu mengupah pembantu. Tegasnya, peluang pasaran terbuka di seluruh dunia.
Kesan baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia amnya dan usahawan khusunya perlu
meningkatkan mutu produk mereka dalam era globalisasi. Hal ini demikian kerana ahli perniagaan
kita bukan sahaja berhadapan dengan saingan dari dalam negara, malah terpaksa bersaing dengan
produk dari seantero dunia. Oleh itu, mahu tidak mahu, rakyat Malaysia perlu berkreatif dan inovatif
dalam menampilkan produk mereka agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Hal ini menuntut
rakyat Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke atas barangan
tempatan agar negara kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju. Justeru, imej negara kita dapat ditingkatkan di persada dunia.
Seterusnya, globalisasi juga membolehkan negara kita menerima teknologi terkini. Hal ini
disebabkan kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia. Hasil penemuan yang terbaru disiarkan dalam internet. Hal ini membolehkan pakarpakar tempatan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perindustrian, pertanian
dan sebagainya memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia
dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Sebagai contoh, pakar
neurologi dari Malaysia boleh mengadakan telesidang dengan pakar-pakar neurologi dari seluruh
dunia untuk mengubati penyakit berkaitan dengan neurologi. Jelaslah bahawa globalisasi memang
menguntungkan rakyat Malaysia.
Juga, globalisasi mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Globalisasi bersinonim
dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya Amerika diikuti oleh
semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi dikatakan Semua Untuk Satu. Proses ini akhirnya
akan merosakkan budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya
budaya Amerika ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya
timur serta agma Islam. Sebaliknya budaya Amerika merupakan budaya yang kebanyakannya
bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur amnya dan Malaysia
khususnya.Budaya seks bebas dan gay merupakan contoh yang jelas. Saban hari kita dapat
menatap di dada akhbar dan dapat mendengar berita di radio dan televisyen tentang kebobrokan
yang dialami oleh remaja kita seperti melepak, seks bebas, buang bayi, memakai pakaian yang
bukan sahaja tidak menutup aurat malah berunsur seksi. Tegasnya globalisasi merosakkan budaya
dan norma hidup masyarakat kita yang dipandang mulia seperti kata peribahasa biar mati anak,
jangan mati adat.
Tambahan pula, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh, kita dapat lihat betapa ramai yang mengunjungi Kentucky Fried Chicken, Mc Donald,
Pizza Hut, Kenny Rogers dan sebagainya. Golongan remaja tidak suka makan makanan ulam dan
mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman.
Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera dan ringan memudaratkan kesihatan
mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini
menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami obesiti. Hal ini bersangkut-paut

dengan penyakit seperti penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan
buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan ringan dan segera ini
mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang
menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Slogan KFC ialah, Sedap sehingga menjilat jari. Ini
bertentangan dengan budaya masyarakat timur amnya dan Malaysia khususnya kerana kita tidak
dibenarkan menjilat jari selepas makan. Selain itu, menjilat jari bermakna mengajak umat
mengutamakan rasa sedap. Walhal, kita sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan
oleh ibu bapa kita walaupun sederhana kerana berjuta-juta manusia di seluruh dunia menghadapi
kebuluran. Jelaslah bahawa globalisasi mengajar rakyat kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang
ada dan menyebabkan rakyat kita menjadi tenaga kerja yang berpenyakit dan tidak produktif.
Akhirnya hal ini akan membantut usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju
mengikut acuan kita sendiri sebagaiman yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negaranegara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi, Sesungguhnya globalisasi hanyalah
untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan
untuk memanfaatkan blok utara yang kaya terhadap blok selatan yang miskin. Dalam sistem
globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya , manakala yang miskin akan terus miskin.
Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang
yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada
dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat
tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era
globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi
menyaingi negara-negara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu
bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan sedang membangun seperti Malaysia.
Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus
mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja khususnya tidak
terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang oleh negara maju untuk
memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin dan membangun senantiasa melutut
kepada mereka dan menagih simpati dan pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala
aspek kehidupan kita. Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan
penjajahan mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi
era globalisasi ini kerana jangan sudah terhantuk baru tengadah.

Anda mungkin juga menyukai