Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

1
GLOBALISASI DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Kebanyakan perbahasan tentang globalisasi tertumpu pada isu-isu ekonomi seolah-olah

dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi terhadap masyarakat tidak penting. Tajuk ini

boleh menonjolkan konsep globalisasi yang lebih komprehensif yang lebih menepati hakikat

globalisasi yang sebenarnya terhadap masyarakat di Malaysia. Di samping itu ia boleh

menegaskan bahawa globalisasi terhadap masyarakat adalah penting kepada masa depan

masyarakat dan negara ini khasnya dan masa depan peradaban umat manusia pada amnya.

Secara relatifnya amat berkurangan isu globalisasi dibahaskan dari kacamata budaya dan

peradaban Malaysia.

Pada masa ini, kita tidak mempunyai definisi dan konsep globalisasi yang jelas dan disepakati

umum. Kesepakatan di kalangan para ilmuwan dalam isu definisi dan konsep globalisasi juga

belum tercapai. Macam tidak ada kesepakatan ilmiah berkenaan globalisasi dalam konsep

masyarakat. Namun adalah penting bagi tujuan meneruskan perbincangan tentang pengaruh

globalisasi terhadap masyarakat agar diperjelaskan makna globalisasi yang dalam konteks

perbincangan ini menjadi sumber pengaruh dan makna masyakat yang menjadi penerima

pengaruh. Istilah globalisasi diberi beberapa pengertian dan difahami di dalam pelbagai

konteks penggunaannya. Antaranya, globalisasi diertikan sebagai pertumbuhan pesat

kebergantungan dan kaitannya dalam dunia perdagangan dan kewangan (Princeton, 2000).

Laurence E. Rothenberg pula berpendapat globalisasi adalah percepatan dan intensifikasi

interaksi dan integrasi antara orang-orang, perusahaan, dan pemerintah dari negara yang

berbeza. Selo Soemardjan menerangkan globalisasi sebagai suatu proses terbentuknya sistem

organisasi dan komunikasi antara masyarakat di seluruh dunia. Menurutnya lagi, tujuan

2
globalisasi adalah untuk mengikuti sistem dan kaedah-kaedah tertentu yang sama misalnya

terbentuknya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam

(OIC). Menurut Achmad Suparman, globalisasi adalah suatu proses menjadikan sesuatu

(benda atau perilaku) sebagai ciri dari setiap individu di dunia ini tanpa dibatasi oleh wilayah.

Globalisasi juga didefinisikan Scholte sebagai meningkatnya hubungan internasional. Dalam

hal ini setiap negara tetap mempertahankan identiti masing-masing, namun menjadi semakin

tergantung satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pula, globalisasi membawa maksud

fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia

disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendiakawan barat pula

mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti

merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai

oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama

dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama

tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi dan

pembangunan adalah istilah yang bergerak seiringan. Hal ini kerana globalisasi adalah salah

satu elemen yang menggalakkan pembangunan dari semua aspek sama ada ekonomi,

komunikasi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pembangunan berlaku disebabkan oleh

globalisasi dimana berlaku proses transformasi maklumat yang membolehkan pembangunan

kepada sesuatu maklumat berlaku tanpa had dan sempadan. Walaubagaimanapun semua

maklumat yang diperolehi daripada proses globalisasi boleh mendatangkan kesan positif atau

negatif. Ia bergantung kepada sesebuah Negara itu untuk menerima dan mengasimilasikannya

kedalam negara masing-masing.

3
Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebut terdiri

daripada kesan positif dan kesan negatif. Imam Ghazali ketika berhadapan dengan cabaran

falsafah Yunani pada zamannya, tidak terlalu cepat mengeluarkan hukuman terhadap falsafah

tersebut. Bahkan, beliau mengkaji baik dan buruknya perkara tersebut sehingga mampu

mengeluarkan perkara positif daripada perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani.

Justeru, globalisasi juga perlu dikaji baik dan buruknya sehingga kita dapat menggunakan

aspek positif yang ada untuk menentang keburukan globalisasi.

4
2.0 KESAN BAIK GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Bagi perbincangan ini, konsep globalisasi akan dihuraikan dengan lebih terperinci lagi.

Tujuan utamanya ialah untuk meninjau kesan globalisasi terhadap masyarakat. Antara kesan

baik ialah masyarakat di Malaysia mengalami anjakan paradigma, iaitu mereka perlu

menggunakan teknologi terkini berbanding dengan cara tradisional dalam pelbagai lapangan

hidup mereka. Sebagai contoh, negara kita menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang.

Sehubungan dengan ini, rakyat terpaksa menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT). Kita akan ketinggalan dalam arus perdana sekiranya kita tidak menguasai ICT.

Dalam era globalisasi, perniagaan dan perdagangan tidak mengenali batasan atau sempadan.

Seorang usahawan batik contohnya, boleh menjual hasil batiknya ke seluruh dunia dengan

hanya mengiklankan dalam internet dan boleh menjalankan perniagaannya dari rumah.

Justeru, beliau dapat menjimatkan kosnya kerana tidak perlu menyewa bangunan, membayar

bil api dan air, serta tidak perlu mengupah pembantu. Tegasnya, peluang pasaran terbuka di

seluruh dunia.

Kesan baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia amnya dan usahawan khususnya perlu

meningkatkan mutu produk mereka dalam era globalisasi. Hal ini demikian kerana ahli

perniagaan kita bukan sahaja berhadapan dengan saingan dari dalam negara, malah terpaksa

bersaing dengan produk dari seluruh dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu lebih kreatif dan

inovatif dalam menampilkan produk mereka agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Hal ini menuntut rakyat Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

ke atas barangan tempatan agar negara kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi

dengan negara-negara maju. Justeru, imej negara kita dapat ditingkatkan di persada dunia.

5
Salah satu kesan positif lain yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah

berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan

ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu,

peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam

pasaran kerja di Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga

mahir asing.

Bidang pemakanan juga tidak terlepas daripada arus globalisasi. Terdapat pelbagai jenis

makanan dari Negara luar seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken, Sushi dan sebagainya

di negara kita pada masa kini. Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut,

rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang enak serta tempat yang selesa yang

disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit mahal berbanding restoran biasa.

Selain daripada itu, antara kesan lain terhadap rakyat Malaysia ialah perubahan cara hidup

dan taraf ekonomi masyarakat meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang

disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat. Contoh

yang dapat dilihat dimana negara kita sebelum mencapai kemerdekaaan dan penerimaan

globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang berupaya memiliki

kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan negara kepada teknologi

dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial, menjadikan rakyat biasa juga mampu

memiliki kehidupan yang lebih baik.

Hingga hari ini, pertambahan ekonomi masyarakat meningkat dengan melihat kepada

pertambahan kereta yang digunapakai oleh rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir

1 juta kenderaan di beli, menggambarkan peningkatan sumber dan perolehan ekonomi

6
mereka. Begitu juga keadaannya dengan infrastruktur yang lain seperti kediaman,

perkhidmatan kemudahan asas seperti air, elektrik dan pengangkutan awam meningkat secara

berperingkat-peringkat yang sekaligus menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi

terhadap rakyat dan negara.

Globalisasi juga membolehkan negara kita menerima teknologi terkini. Kehidupan kita dalam

arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam

kehidupan seharian. Contoh media elektronik adalah seperti radio, televisyen, komputer dan

telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk

menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam

media elektronik memang membawa banyak faedah kepada kita. Melalui media elektronik,

kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang

berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Hal ini disebabkan kemajuan dalam bidang

ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hasil penemuan

yang terbaru disiarkan dalam internet. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam

bidang perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perindustrian, pertanian dan sebagainya

memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia dan dalam

masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Sebagai contoh, pakar

neurologi dari Malaysia boleh mengadakan telesidang dengan pakar-pakar neurologi dari

seluruh dunia untuk mengubati penyakit berkaitan dengan neurologi. Jelaslah bahawa

globalisasi memang menguntungkan rakyat Malaysia.

7
3.0 KESAN BURUK GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Globalisasi juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Globalisasi

bersinonim dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya

Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya

lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika

ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya timur serta

agma Islam. Namun sebaliknya, budaya Amerika merupakan budaya yang kebanyakannya

bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur amnya dan Malaysia

khususnya. Budaya seks bebas dan gay merupakan contoh yang jelas.

Saban hari kita dapat lihat di dada akhbar dan dapat mendengar berita di radio dan televisyen

tentang keburukan yang dialami oleh remaja kita seperti melepak, seks bebas, buang bayi,

dan gejala sosial yang lain. Daripada sudut pemakaian, ramai rakyat Malaysia terutama

golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus

pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi

manusia hampir di seluruh dunia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa

mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Secara tegasnya, globalisasi merosakkan

budaya dan norma hidup masyarakat kita yang dipandang mulia seperti kata peribahasa biar

mati anak, jangan mati adat.

Selain itu, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebagai

contoh, kita dapat lihat betapa ramai yang mengunjungi Kentucky Fried Chicken, Mc

Donald, Pizza Hut, Kenny Rogers dan sebagainya. Kesan negatif daripada kemasukan produk

asing tersebut boleh menyebabkan pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada

8
melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan

perniagaan mereka. Ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana

persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara.

Golongan remaja tidak suka makan makanan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam

ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak

menyedari bahawa makanan segera dan ringan memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian

menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami obesiti. Hal ini

bersangkut-paut dengan penyakit seperti penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan

darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan

ringan dan segera ini mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan

bahan pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Jelaslah bahawa

globalisasi mengajar rakyat kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang ada dan

menyebabkan rakyat kita menjadi tenaga kerja yang berpenyakit dan tidak produktif.

Akhirnya hal ini akan membantut usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai negara

maju mengikut acuan kita sendiri sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Salah satu kesan negatif globalisasi ialah isu kes-kes perceraian serta gejala sosial serta

budaya kuning yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes

perceraian sejak akhir-akhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya

fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai,

pendidikan agama diketepikan.

Seterusnya, melalui media elektronik ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta

aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Selain itu, melalui media elektronik juga

tersebarnya perkara- perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan laman-

9
laman lucah juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung

bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang dan

lain-lain lagi.

Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-

negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi, Sesungguhnya globalisasi

hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan

yang kaya dan untuk memanfaatkan blok utara yang kaya terhadap blok selatan yang

miskin. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya , manakala yang

miskin akan terus miskin.

Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan

jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang

berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan

syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam.

Dalam era globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar,

apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi

merupakan satu bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan sedang

membangun seperti Malaysia.

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni.

Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969

masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan

rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya

10
peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di

Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting

dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara

bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah

drastik perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di

Malaysia.

11
4.0 KESIMPULAN

Penguasaan Barat dibuktikan dengan kemasukan nilai-nilai masyarakat Barat dalam sistem

nilai masyarakat tempatan. Proses globalisasi yang berlaku mendedahkan kita kepada

pelbagai nilai dalam masa yang singkat. Globalisasi memaksa kita melakukan perubahan

cepat untuk mengekalkan kerelevanan sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Hal

ini menyebabkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan

bertentangan dengan sistem nilai-nilai yang sedia ada.

Nilai yang dibawa oleh Barat haruslah dinilai baik buruknya terlebih dahulu sebelum diterima

pakai supaya negara kita mampu untuk membangun dalam acuan sendiri yang mempunyai

nilai-nilai positif. Yang menguasai wacana globalisasi di peringkat dunia ialah pandangan dan

perspektif Barat. Kita perlu mengetengahkan perspektif Islam dan perspektif dunia Timur di

peringkat antarabangsa secara yang lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang

membandingkan antara satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama.

Pada pendapat kami, senarai buruk baik globalisasi yang diberikan ini sudah cukup untuk

digunasuaikan dalam perbincangan di sini. Tugas kami ialah untuk menilai kesan-kesan baik

dan buruk globalisasi kepada masyarakat. Globalisasi kepada masyakarat lebih

mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahu pun budaya

intelektual. Kita sedia maklum bahawa peradaban Islam merupakan teras peradaban

Malaysia. Kita mengambil kira fakta ini dalam menilai implikasi globalisasi kepada proses

pembentukan peradaban di negara ini. Kita juga percaya bahawa oleh kerana perspektif Islam

yang hendak digunakan adalah perspektif universal, maka pertimbangan-pertimbangan yang

dibuat seharusnya dapat diterima oleh agama-agama lain di Malaysia.

12
Kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea seperti demokrasi, pluralisme dan hak-

hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita.

Yang nyatanya, wacana tentang idea-idea tersebut perlu dipertingkatkan. Sebilangan

intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem

yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan

yang terbaik untuk manusia. Apa pun pandangan kita, isu ini perlu ditangani dalam suasana

bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan

yang serasi pula dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya

yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik. Dari

segi globalisasi keagamaan, kami berpendapat bahawa trend masyarakat Cina untuk memeluk

agama Kristian akan berterusan dan mungkin berkembang jika kita asaskan kepada

perkembangan keagamaan masyarakat keturunan Cina di Taiwan, Singapura dan Hongkong.

Apa implikasinya kepada masa depan pluralisme keagamaan di negara ini sukar hendak

diramalkan.

Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus

mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja khususnya

tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang oleh negara maju

untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin dan membangun senantiasa

melutut kepada mereka dan menagih simpati dan pertolongan yang akhirnya membelenggu

kita dari segala aspek kehidupan kita. Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai

satu bentuk penjajahan yakni penjajahan mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh

itu, kita perlu berhati-hati menghadapi era globalisasi ini kerana jangan sudah terhantuk baru

tengadah.

13
RUJUKAN

Princeton N. Lyman, Globalization and the demands of governance, Georgetown Journal of

International Affairs (Winter/Spring 2000), Premier Issue, hal. 90.

Joseph A. Camilleri & Chandra Muzaffar, eds. Globalization, hal. 180-186.

14

Anda mungkin juga menyukai