Anda di halaman 1dari 35

Apakah globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui
proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan
langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang
disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media
elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan


dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu
proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan
seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia
didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia
tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat
merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat
merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi


menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia


memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik
serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas
kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat
antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada
penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC)
adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan
globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya
bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti
luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu
sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh
dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is
accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational
corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of
whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might
it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:

(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan


perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan
berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti
ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan
perusahaan melampaui sempadan negara .

Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan


nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.
* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya
di berbagai negara.
* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu.
Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara
global.

Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan


perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga
menuju ke arah globalisasi. Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke
era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(B) Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.


Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini
yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang
sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih
ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi
maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal,
dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan
teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan
segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan
kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya.Kehidupan manusia
semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga
manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000
bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal,


statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga
manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul
seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-teknologi,
elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah
menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer.
Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media
dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah
langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan
teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian nanti
di dalam era globalisasi.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(C) Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat


atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup
berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau
dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak
berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam
bentuk globalisasi.

Budaya Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di
JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky
Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.

Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean
Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan
pakaian Laura Ashley.

Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari
negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya dari
Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

Budaya Muzik dan Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga
diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo
Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland
(1992).

Budaya Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara
global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris
dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.

Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa ke
suatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia
boleh berubahsejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan
negara, keperluan individudan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat
rendah mahupun di peringkat tinggi.Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia
memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di
Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;

a.Perubahan pada kurikulum pendidikan


b.Perubahan pada sistem pendidikan
c.Falasafah pendidikan
d.Penggunaan teknologi maklumat
e.Pendemokrasian pendidikan
f.Agama dan gejala sosial
g.Integrasinasional

Perubahan kurikulum pendidikan

Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan


gunatenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum BaruSekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia.
Kurikulum perlu bersifatfuturistik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat
dipenuhi oleh sistem pendidikan.Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1983) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah(KBSM 1988) telah diwujudkan untuk membentuk
satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani
individu secara menyeluruh. Atas kesedaraninilah usaha menerapkan nilai-nilai murni
disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaiansekali dengan gagasan untuk
membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan2020.

Kesimpulan

Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya
tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah
dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang
menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah
berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya
dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan
terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk
kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat
menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah
"kekeliruann dan "kepalsuan".

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu
keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan
dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu
golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di
waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas
nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan


dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi
yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama
kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi
budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi,
hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan
penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang
yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah,
akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta
kadangkala dipertahankan tanpa soal.

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari
sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini
tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap
sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan
Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi
adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya
globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama
oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses


penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan
globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu
ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa
globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas
membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir
semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya
adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di
seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada
sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan
glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal
terhadap proses ini.
Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar
sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas
pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi
bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus
membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman


dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat
sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan

nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta
didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang
dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat
diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan.


Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup
hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini
diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti
berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan
antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan


konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan
globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada
hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan
universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu
pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas
globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat
difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu
kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh
dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima
globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama
yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa
fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima
oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancangperancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga
terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.
Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan
mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana
mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah
kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan
hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan
keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan
sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah


membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah
manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang
diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi
lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek
dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan
kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang
bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja.
Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan
tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas
golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian
kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan
globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai
bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi.

Cabaran

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas


adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang
sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok
masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang
bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio
budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi
sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan
transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya
masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang
melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak
muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya
sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh
pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak
merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan
globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan
insiden-insiden dan trend berikut:

* Pakaian jenama barat.


* Makanan segera keluaran barat.
* Minuman global yang ditaja oleh barat.
* Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
* Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.
* Rekreasi yang meniru ala barat.
* Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
* Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.
* Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Kesimpulan Akhir

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri
golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah
kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya
hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi
globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani
untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak
akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri
bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin
dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi
akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup
yang sangat mengelirukan dan palsu.

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai


maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan
yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan
kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global.
Keempat-empat modal ini adalah:

Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)

Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)

Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)

Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro
negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat
pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan
perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini,
berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding
dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh
diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas,
layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.
Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai pergantungan
ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan
kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan
antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas . Pada
masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia
sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi
perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada
proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun ahli teori yang kritikal
seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara
berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia

[2]

definasi-definasi

berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai


peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan
kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi

mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana
aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan
dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang
kuat.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan
migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses
kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam
sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke
kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli
dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan
berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur
secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana
individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas
membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga
buruh.
Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan
industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik
pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan
negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar
ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka.
Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat
terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi
mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan
beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik
globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara
yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan
kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.
Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturanperaturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi
manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk

menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang
antara negara Eropah Euro, Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll.
Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada
perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti
Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah
daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu
isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan
satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau
menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.
Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya
fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan
umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk
secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman
bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan
glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan:
sebagai contoh fikiran Barat tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran
agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik
mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk
menjaga kepentingan ekonomi.
Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya
dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk
perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar
mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam
masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau
menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan
kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran
asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya
mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya.
Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya

Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan
berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam
penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah
perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang
membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan
dengan geseran minima.
Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan
pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi
berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan
tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada
perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk
sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara
barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama
dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo
tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada
dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apaapa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya.
Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju
bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya
sering dipertikai.
"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang
Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an
dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu
itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan
pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negaranegara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara
negara.

Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan
perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan
Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk
memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay
memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau
WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian
perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti
Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga
ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lainlain halangan kepada perdagangan bebas.
Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai
sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas,
ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah
dilihat dalam detik lain bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan,
seperti kenaikan perdagangan antarabangsa dan peranan lebih penting badan koperat
antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka.
Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi.
Dalam keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana
globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara
bangsa. Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud
meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan
berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira
bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi
(Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka).
Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak
mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar
semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi
gerakan untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui
eksperimentasi, bentuk organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi
perwakilan. Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan

dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan


antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses
benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat. Pengarang lainnya pula
mengemukakan hujah bahawa kita kini berada dalam alam transisi ke satu fasa
ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan
dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan. Sebagai
contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan wawasan alternatif masa
depan dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu
pilihan, diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan", "ekokomunalisme", dan "paradigma pertahanan baru".
Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu,
satu alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana
politik dunia untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti
No Logo (Tiada Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran
dunia yang telah diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut
negara-negara membuka ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program
Penyesuaian Struktur yang menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai programprogram penswastaan sebagai lebih utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan
awam. [4].
Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan
kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan
komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat
antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan
infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah
anjakan ini diperdebatkan.

Anjakan dari segi ekonomi


o

Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat


berbanding pertumbuhan ekonomi dunia

Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan


langsung asing

Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC


melalui perjanjian

Pembangunan sistem kewangan global

Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang


megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah
penting

Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh


perbadanan multinasional

Anjakan dari segi budaya


o

Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,

Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya,


misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi,
budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan,
dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen
adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.

Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah

Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat

Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan


makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa
tempatan)

Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti
Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan
pelbagai lagi yang lain.

Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan


"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami
kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa
Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.

pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara


sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai
internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.

Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti


undang-undang hak cipta dan paten

Pembentukan nilai-nilai universal

Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh


gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah
Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana


serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat
perjuangan mereka sendiri [5][6].

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak


era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am
mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai
hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

Promosi perdagangan bebas,


o

Barangan:

Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan


zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai

Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan


pengkontenaan untuk perjalanan laut.

Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal

Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk


perniagaan-perniagaan tempatan

Lindungan harta hak cipta


o

Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan


perlindungan lebih ketat

Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten


yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

[sunting] Pendapat pro-globalisasi (globalisme)

Rencana utama: Globalisme


Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka
menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran
bebas, seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global
yang mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka
tidak menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang
seharusnya dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses
demokratik.
Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan
bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan
sumber-sumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat
daripadanya. Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran
yang lebih kurang, dan hasilan siap yang lebih banyak.
Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan
politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju keduaduanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material
yang lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan
dan kapitalisme.
Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti
anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya
menyokong kuat globalisasi:

peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang


tinggal dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira
inflasi dan kuasa membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam
hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa
faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].

Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang


Dunia Kedua dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana
pembaikan tidak begitu menonjol. Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua
kawasan dunia.[9] Ketidaksamaan pendapatan beransur musnah.[10]

Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa
hak mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun
kemudian pada tahun 2000.[11]

Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan


makanannya kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun
daripada 56% pada pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10%
menjelang dekad 1990an.

Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan
wanita sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan
wanita sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada
tahun 1970 ke 80% pada tahun 2000.

Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke
10% pada tahun 2000.

Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per
kapita, dan juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]

Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan


globalisasi, atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan
negatifnya yang dibantah gerakan keadilan dunia.
Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan
mengemukakan hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal
dan dibayai negara dan bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada
diktator yang tidak menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan
sebaliknya menambah kepada hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh

rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku,


dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan bahawa sesetengah tentangan pada
globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan matlamat, seperti kesatuan
sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes terhadap Bank
Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka membuat
andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan.
Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi
sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi
seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara
langsung untuk memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.
[sunting] Pendapat anti-globalisasi
Rencana utama: Anti-globalisasi
Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti
penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat
disekat oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya
menekankan bahawa globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan
mustahak para elit, dan secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan
institusi-institusi berlainan wujud, yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas
pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam
cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global yang berkontroversi pula,
pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika dan setakat apa ia
adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga kesannya, sama
ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan bahawa
migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari satu
negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala
pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti
ekonomi, politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian
antara migrasi dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran
Kawasan Sesak Bandar" (The Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada

tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh
mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi
khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan pertumbuhan ekonomi
yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata menyumbang
kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat
Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>
Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum
dan pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Antiglobalisasi" adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan
berlakunya kekeliruan, kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk
khusus globalisasi, tapi bukan globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai
contoh, Noam Chomsky, telah berkata bahawa nama ini tidak membawa makna kerana
tujuan pergerakan ini adalah untuk menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan
Keadilan Antarabangsa adalah satu nama yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga
bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah mungkin", yang memberi kepada
peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran dunia-lain-adalah-mungkinisme) dalam bahasa Perancis.
Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa
bahawa hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan
perdagangan bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak
mengambil kira kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam
agenda mereka.
Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa
perdagangan bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai
lebih banyak keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang
miskin.
Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat
yang mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga

mendakwa bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga
semakin membentuk polisi politik negara-negara bangsa.
Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa
globalisasi ada secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang
Iraq dan memaksa wang simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya
negara membangun; dan ia dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika
Syarikatlah antara negara-negara sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betulbetul meraih manfaat daripada globalisasi.
Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan
kredit dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan
krisis hutang.
Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi
berhutang Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan
dan seterusnya dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan
volatiliti dalam pasaran global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang
mengenakan syarat-syarat politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan
kerajaan) dilihat sebagai pengkritik sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara
dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis anti-globalisasi menunjuk kepada peleburanpeleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan oleh ekonomi global yang tidak
bertimbang rasa.
Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan
campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan.
Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal)
dikawal oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti
Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak
dipertanggungjawabkan kepada penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih
mewakili kepentingan badan koperat. Ramai persidangan antara menteri perdagangan

dan kewangan di negara-negara pusat globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan


protes-protes ganas pembangkang "globalisme koperat".
Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi"
kini mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan
pekerja. Ini boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua
negara, dan kekurangan hak buruh dalam banyak negara dunia membangun.
Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat
negara dan menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam
politik global dan menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil
semakin banyak kuasa negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat
Buchanan dan Jean-Marie Le Pen.
Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan
kebangsaan, parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani,
kumpulan anti-perkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula
dan lain-lain. Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang
lebih berkemanusiaan) manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang
lebih berkemanusiaan daripada kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan
kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi sesetengah seperti Noam Chomsky
mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan satu kekuatan.
Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan
antarabangsa dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk
perasaan besar-besaran tidak dapat diadakan secara praktikal.

Penggunaan lain

"Globalisasi" boleh bermaksud:

Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan


bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait
kapitalisme dan neoliberalisme.

Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan


sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan
globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan
kebangsaan.

Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini,
semakin banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama
lain dalam bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah
geografi, proses ini dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin
ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai
mengenalpasti lima jenis perhubungan global:
o

Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang,


pelarian, dan pejalan bisnes.

Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik.


Sebagai contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran
global.

Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran


wang yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.

Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul


pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.

Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh


dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan
memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara
membangun.

Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab


globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.

Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk


mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah
dan Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih
mudah dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks
ini, imigrasi besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara
Eropah, sama ada sah atau haram di sisi undang-undang.

Pembentukan satu perkampungan global hubungan lebih dekat antara tempattempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin
muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan
satu tamadun global.

Globalisasi ekonomi ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat
pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan
barangan/perkhidmatan, iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya
perdagangan lebih bebas), pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal
dan akhirnya pergerakan teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah
pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri dalam bahagian-bahagian
berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada masa yang sama diikuti
penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi. IMF menakrifkan
globalisasi sebagai perkembangan pergantungan antara negara di serata dunia
melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan dan
perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi
maklumat yang lebih meluas dan kerap (IMF, World Economic Outlook, May,
1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan
para individu dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara
sukarela dengan penduduk negara lain".

Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau


strategi koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran
antarabangsa untuk barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan
dan kehendak pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta,
sabun atau makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam
budaya berlainan. Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan
yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang

merentasi sempadan dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang


diperkhaskan kepada pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti
pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk
diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan
merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari pemelajaran
merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.

Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang


menggabungkan proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan
menjadikan perisian tempatan.

Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan
istilah "globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan
impak badan koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan
kewangan untuk mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan
untuk meleverajkan buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan
tidak sekata berlawanan sesama mereka.

Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.

"Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan


kesedaran dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer

Proses globalisasi Malaysia dijangka meningkat -(utusan Malaysia-3 feb 2012)


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Globalisasi diunjurkan akan meningkat di Malaysia dalam
tempoh beberapa tahun akan datang dipacu oleh keterbukaan budaya yang diukur
melalui peningkatan pelancongan, penggunaan telefon, jalur lebar mudah alih dan
internet, kata Unit Pakar Ekonomi Ernst & Young.
Indeks Globalisasi Ernst & Young yang diterbitkan oleh Davos minggu ini
menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-27 (Amerika syarikat tempat ke-28)

daripada 60 negara globalisasi ekonomi terbesar dunia berdasarkan Keluaran


Dalam Negara Kasar (GDP).
Malaysia meningkat enam anak tangga berbanding berada di kedudukan ke-33
pada 2009, peningkatan yang memberangsangkan untuk tempoh setahun.
Malaysia menyertai Hong Kong di tempat pertama, Singapura (3) dan Taiwan (12)
sebagai empat negara Asia yang berada di kedudukan 30 terbaik dunia.
Menurut Ketua Penasihat Perkhidmatan Nasihat Ernst & Young, Chow Sang Hoe,
peningkatan kedudukan tersebut didorong oleh pertumbuhan GDP dan sektor
perlancongan negara.
"Menoleh kembali 15 tahun dahulu, halangan berterusan dalam pergerakan modal
dan pekerja sejak tahun 1995, menyaksikan negara yang berada di kedudukan ke16 pada tahun tersebut ke tangga 33 pada tahun 2009.
"Pengurangan drastik direkodkan dalam purata penghijrahan penduduk daripada 4.5
dalam 1,000 orang pada 1995 kepada 1 dalam 1,000 orang tahun lalu.
"Peningkatan drastik tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengatasi
halangan yang ada untuk terus mengambil tindakan tertentu untuk memastikan
negara terus kompetitif dalam arus dunia globalisasi sebenar,'' kata beliau dalam
kenyataannya di sini.
Kata beliau lagi, peningkatan pertukaran teknologi dan idea berikutan berlaku
integrasi budaya serta perdagangan akan membantu meningkatkan pencapaian
globalisasi negara.
"Kita memerlukan tahap yang lebih tinggi dalam import dan eksport berkaitan GDP
untuk meningkatkan perdagangan merentasi sempadan.

"Tenaga kerja, pergerakan sektor perkhidmatan dan barangan juga merupakan


faktor penting dalam menyumbang kepada pencapaian globalisasi negara,"
jelasnya.
Sang Hoe berkata, cabaran masa depan perniagaan negara adalah untuk
mengekalkan keseimbangan antara globalisasi dan pasaran tempatan agar keduaduanya kekal relevan.
Katanya, peluang perniagaan tumbuh dengan pantas di seluruh dunia dan
perniagaan yang boleh dianggap strategik di Malaysia juga turut meningkat kesan
daripada globalisasi tersebut.
"Persaingan, keupayaan dan sumber kini berada di mana-mana sahaja di dunia
dalam bentuk yang baharu dan kadang kala berada di luar jangkaan.
"Perniagaan di Malaysia perlu bergerak lebih pantas untuk merancang strategi
menerokai pasaran pantas yang berkembang dan kurang pantas,'' ujarnya.
Kejayaan sesuatu perniagaan perlu ada keberanian untuk membuat keputusan dan
belajar daripada pengalaman dengan pantas serta secara tidak langsung
mengurangkan kerenah birokrasi.
Tambah beliau lagi, perniagaan kini bergerak ke arah globalisasi. Perlu mempunyai
pengetahuan mengenai persekitaran politik dan bagaimana ianya boleh memberi
kesan kepada perniagaan dalam usaha untuk menjadi ahli korporat bertaraf dunia

Dr M saran negara Islam belajar dari Timur

2:51PM Jul 19 2012malaysia kini


Negara-negara Islam perlu mempelajari dari negara Timur sekiranya mahu mengatasi
cabaran pemodenan dan globalisasi, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata banyak negara Timur telah menguasai pengetahuan dan kemahiran
perindustrian sehingga mereka boleh bersaing dan menjadikan negara mereka kaya
dari segi ekonomi dan kuat.
"Kekuatan mereka sebegitu rupa sehingga
mampu mengenepikan hegemoni Barat dan
mengatasi cabaran pemodenan dan
ancaman globalisasi," katanya di majlis
makan malam sempena ulang tahun ke-72
Pondok Bantan di Bangkok malam tadi.
Beliau berkata keperluan pertama ialah
memiliki dan meningkat pengetahuan dalam
bidang sains kerana teknologi moden adalah
berdasarkan sains dan matematik.
"Kita juga perlu memiliki kemahiran dalam

pentadbiran dan urus tadbir moden selain pengetahuan mengenai ekonomi moden dan
pengurusannya," katanya.
Dr Mahathir berkata semua ini memakan masa untuk dicapai tetapi negara seperti
Korea telah berupaya mempercepatkan prosesnya.
"Sementara kita perlu bersabar, kita juga perlu mencari bagaimana Korea telah berubah
dari sebuah negara mundur kepada gergasi perindustrian," katanya.
Menyentuh mengenai pengalaman Malaysia dalam mengejar wawasan untuk menjadi
negara maju menjelang 2020, beliau berkata negara memerlukan kerajaan yang baik
dalam mencapai impian itu.
"Dalam sistem demokrasi, apabila sesebuah kerajaan gagal memerintah, ia boleh
digulingkan dalam pilihan raya seterusnya. Tidak oleh kebangkitan rakyat. Tidak
memerlukan keganasan.
"Kerajan yang baik memerlukan pemimpin yang bagus, terutama yang paling di atas.
Beliau perlulah seseorang yang cintakan negara dan rakyat lebih daripada dirinya
sendiri. Orang yang sedemikian tidak akan menyalahgunakan kuasanya atau tunduk
kepada rasuah," kata beliau.
Dr Mahathir berkata masyarakat Islam perlu terus meningkatkan keupayaan mereka
mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi agar tidak lagi ketinggalan seperti yang
mereka lalui di abad ke-15.
Beliau berkata perjuangan untuk mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi adalah
berterusan.
Tamadun Islam pernah mendominasi dunia, tetapi pada abad ke-15, suasananya
berubah apabila orang Islam meninggalkan pemilikan ilmu pengetahuan, selain apa
yang mereka fikirkan mempunyai kaitan dengan agama mereka.
Beliau berkata pada masa itu pengetahuan sains termasuk kimia dan matematik
dianggap tidak mempunyai kaitan dengan agama dan tidak mendatangkan kebaikan
kepada kehidupan di alam akhirat.
Pada masa itu, masyarakat Eropah yang tertarik dengan keagungan tamadun Islam
mengambil pengetahun sains dan matematik orang Islam, katanya.
Dr Mahathir berkata mereka mempelajari bahasa Arab untuk berbuat demikian dan ia
merupakan cabaran pemodenan waktu itu yang terpaksa mereka lalui dan atasi dan
mereka dapat melakukannya.
"Bukan sahaja orang Eropah dapat menakluk semula tanah mereka yang jatuh ke
tangan orang Islam, tetapi mereka terus menakluki kebanyakan negara Islam.
Menjelang akhir abad ke-19, hampir kebanyakan negara Islam berada di bawah

pemerintahan Eropah," katanya.


Beliau berkata jurang tamadun antara Islam dan Eropah terus meluas walaupun
selepas orang Islam mendapat semula tanah mereka, mereka sentiasa dikalahkan oleh
idea, ideologi dan strategi baru yang dimajukan orang Eropah.
Katanya perubahan yang mereka mulakan dan lakukan menjadi standard kepada
seluruh dunia dan perubahan itu mewakili pemodenan yang orang Islam terpaksa
menerima atau mereka akan ketinggalan.
"Orang Islam secara literalnya, sukar bernafas kerana perubahan yang datang satu
demi satu. Tidak lama selepas negara Islam dapat menyesuaikan diri dengan idea dan
teknologi baru, timbul pula idea lain, yang dicetus dan dipaksa kepada dunia oleh orang
Eropah," katanya.
Dalam pasaran kewangan, kata Dr Mahathir, negara Islam dapat menolak untuk
membuat keuntungan mudah tetapi akan timbul idea baru dari Barat untuk membuat
duit secara mudah.
"Cabaran ini perlu dikenal pasti dan dibuat keputusan bila untuk merebut peluang yang
dicipta oleh mereka dan bila perlu menolaknya," katanya.

Anda mungkin juga menyukai