Anda di halaman 1dari 3

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi

oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi
mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti
internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di
antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan
dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari
segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala
cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh
umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia
tanpa sempadan.

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat,
akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan
melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di
masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat
fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia
terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan
akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan
di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global
yang semakin sengit dan mencabar.
Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manusia mudah
mendapat maklumat dan sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam hati dan minda. Beberapa
istilah seperti dunia tanpa sempadan dan langit terbuka menjadikan seperti perdagangan;
pengembangan kuasa politik dan ekonomi ke arah pengembangan peradaban. Proses globalisasi
sekarang sangat pantas meresap dalam pemikiran dan gaya hidup. Apa yang jelas yang menjadi tabiat
kepada manusia, adalah perkara buruk mudah menjadi ikutan

KONSEP DUNIA TANPA SEMPADAN

Satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan
kedudukan geografi sesebuah Negara. Dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang
udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang
disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan
teknologi siber

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Peranan kuasa besar dan perkembangan ideologi orde baru

Barat dan dikatakan telah mendominasi dunia dari semua aspek iaitu ekonomi, politik,
sosial dan teknologi. mempunyai kebaikan dan keburukannya. membantu kita
memahami transformasi masyarakat dunia dengan menarik perhatian kita kepada
perubahan asas yang sedang berlaku . kuasa besar sebagai saluran dalam
melebarkan ideologi baru. Negara sebagai negara sedang membangun harus
bersaing dalam era globalisasi masa kini yang amat pantas.

Persaingan syarikat multinasional

Perusahaan multinasional atau PMN adalah perusahaan yang berusaha di banyak


negara; perusahaan ini biasanya sangat besar. Perusahaan seperti ini memiliki
pejabat- pejabat, kilang atau pejabat cabang di banyak negara. Mereka biasanya
memiliki sebuah pejabat pusat di mana mereka mengkoordinasi pengurusan global.
Perusahaan multinasional pertama muncul pada 1602 iaitu Perusahaan Hindia Timur
Belanda

E-LEARNING

E-learning mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya E-learning di negara kita
lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya
hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan
usahasama Universiti-universiti luar negara. Contoh; Universiti Putra Malaysia
melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh) Cikgu.Net
(disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan
dinegara kita pada bulan Mac 2000.Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
perantaraannya Contoh kelas maya yang terdapat di Amerika Syarikat ialah seperti
California State University yang menawarkan program sijil perguaman kepada
pemohon-pemohon yang berkelulusa ijazah dan lulus dalam Carlifonia Basic
Education Skills Test (CBEST).

K-EKONOMI

Terdapat banyak definisi tentang K-ekonomi, semuanya berkisar kepada ekonomi


yang berasaskan pengeluaran,pengedaran dan guna pakai pengetahuan, yang
merupakan jentera pertumbuhan dan penjanaan kekayaan. Dalam konteks Malaysia,
ia boleh ditafsirkan sebagai ekonomi di mana pengetahuan, kreativiti dan inovasi
memainkan peranan yang penting dalam menjana dan memapankan pertumbuhan
sesuatu bidang ekonomi. Secara dasarnya, K-Ekonomi adalah satu cabang ekonomi
yang berasaskan pengetahuan

MENGAPA K-EKONOMI

Di antara sebab-sebab Malaysia membangunkan K-ekonomi adalah: Memastikan


negara berupaya bersaing di peringkat global. Persaingan luar semakin meningkat
Aktiviti globalisasi dan liberalisasi telah merangsang Malaysia untuk mencari produk
dan perkhidmatan baru yang mampu bersaing di peringkat pasaran global

Media baru Blog, FB, twitter

Blog-penulisan peribadi,pendapat,komen,perkongsian ilmu Twitter-Laman


sosial,perkongsian komentar,pendapat,maklumat terkini F,B.-Laman
sosial,pentas berkongsi pelbagai maklumat,terkini dan amat hangat dalam
pasaran ketika ini.

http://www.slideshare.net/ctfironika/cabrn-pmbinaan-ngara-bgsa

Anda mungkin juga menyukai