Anda di halaman 1dari 7

http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.

html
http://www.kickstory.net/2011/10/globalisasi-pendidikan.html
http://myais.fsktm.um.edu.my/4909/1/12.pdf
IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi
pemangkinutama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara
hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara
umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain
seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi

juga akan

meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar
mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet
sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan
terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi
bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan
bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat

membuat tanggapan

negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan
yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan
sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV.
Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan
vokasional. Dimana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya
mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan
sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran
mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak

kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah.
(Sufean Hussein (1996).
Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara
lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan
universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti
luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar
sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal
inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi
graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada
pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit
orang lain ke dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma
juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui
perubahan dan perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma
ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri.
Sebagai contoh, di dalam petikan rencana Pendidikan Sebagai Satu Industri dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, Selepas kemerdekaan sistem pendidikan
negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan
peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan
kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar
memberi ilmu kepada masyarakat.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan
langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi
kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi
sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi
dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak
boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan
meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang

sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas
yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.


Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

GLOBALISASI DAN KESANNYA KE ATAS PENDIDIKAN


SERTA CABARAN-CABARANNYA
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini,
dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara
itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang
lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya
menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan
namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu
globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda
globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau
sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek
kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia
memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta
teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada
berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog,

seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan
projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam
menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas
ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud
sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai
gelombang yang melanda dunia.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut
serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum,
ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,
kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi
setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato
yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang
berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah
memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik.
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer
boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan.
Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar
dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan
putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti
sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran
tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan
pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam
pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang
sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan
dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi
memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam
kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan
memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan
yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak
jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali.
Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran
tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan
menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus
bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu
berinteraksi tanpa komputer.

Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal
persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar
mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara
konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.
Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya
menjadi sekolah pilihan rakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk
perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke
arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum.
Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum
dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan
asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak
istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.
Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan
memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat
kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu
diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan
di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa
dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian
tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa
Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran,
latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk
kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan
untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan
institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih
teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus
bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita
seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan.
Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar
yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anakanak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai
kemudahan yang di sediakan.
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika
membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan
bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan
dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu.
Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan
aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.

KESAN GLOBALISASI DALAM


PENDIDIKAN
Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam
pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana
yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang
dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah
memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau
memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui
globalisasi dalam pendidikan.
Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif.
Apakahkesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam
pendidikan? Antaranya ialah:

budaya pembelajaran sepanjang hayat

kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa


antarabangsa

menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan


dan kehidupan seharian

pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar

perubahan peranan guru dalam bilik darjah

peluang pendidikan terbuka luas

persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan


inovasi

perkongsian
sumbangan
hasil
penyelidikan
tentang
pengajaran dan pembelajaran
Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan
iaitu:
kadar pengangguran semakin meningkat

pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke


luar negara

meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda

perdagangan pendidikan

penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan


intelek dan rohani

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber


bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Anda mungkin juga menyukai