Anda di halaman 1dari 12

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]

1.1

PENGENALAN
Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara

kedudukan yang berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat.


Paul

B.

Horton

mentakrifkan

mobiliti

sosial

sebagai

pergerakan

perpindahan dari satu kelas ke kelas sosial yang lain. Kimball Young
Raymond W. Mack pula mentakrifkan mobiliti sosial sebagai struktur sosial
yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok berkenaan.
Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial
seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap rendah ke aras yang
lebih tinggi.
Di

Malaysia,

ciri-ciri

kelas

sosial

dalam

masyarakat

semakin

berkembang. Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui


pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai,
keturunan, kedudukan politik, kuasa yang dimiliki dan lain yang berkaitan.
Persepsi atau pandangan terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu
yang mempunyai kuasa atau duit yang banyak dipandang lebih tinggi di
dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau
makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di
antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan
sosial.
Dalam kehidupan moden ini, melalui pendidikan anak-anak dari
kelas sosial yang rendah berupaya meningkatkan kelas sosial mereka ke
tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, ibu bapa moden bergantung
kepada pendidikan bagi mewujudkan nasib yang lebih baik bagi anakanaknya berbanding diri mereka dahulu. Oleh itu, ibu bapa moden kian
berusaha

memberi

pendidikan

yang

lebih

tinggi

dalam

usaha

meningkatkan tahap sosial anak mereka. Pendidikan, pekerjaan dan


mobiliti sosial berkisar serta menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan
dengan peluang, sosialisasi serta

kelangsungan hidup. Hakikatnya,

sosialisasi seorang anak bergantung kepada mobiliti sosial yang berupaya


1

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


meningkatkan taraf hidup dan kelangsungan hidup seseorang (Abdul
Razaq, Rozita Abdul Latif dan Didin Saripudin 2008).
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas
pertama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan
berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu
membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Pada masa kini, kukurikulum aliran pendidikan teknikal dan vokasional mendukung
cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menghadapi
cabaran era globalisasi dalam abad 21. Selaras dengan matlamat pendidikan teknikal dan
vokasional iaitu untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten bagi memenuhi keperluan
industri, kukurikulum ini juga dapat menyediakan seorang insan yang mempunyai nilai murni,
etika kerja yang cemerlang dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya.

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]

2.1

SUSUN LAPIS KELAS SOSIAL

Golongan atasan

Pertengahan atasan

Kelas pertengahan bawah

Kelas pekerja

Golongan bawahan

2.1.1 Golongan Atasan


Golongan ini terdiri daripada orang yang kaya raya dan ahli
korporat. Mereka mendapat kekayaan hasil daripada usaha gigih
mereka
2.1.2 Pertengahan Atasan
Terdiri daripada orang yang mempunyai pendidikan tinggi dan
berprofesional. Mereka biasanya mempunyai jawatan penting seperti
hakim, jurutera, pengurus syarikat,doktor dan professor. Gaji yang
diterima adalah tinggi dan berupaya untuk menduduki di rumah
yang mewah dan berkereta besar.
2.1.3 Kelas Pertengahan Bawah
Golongan yang bukan daripada lulusan universiti tetapi dalam
lingkungan

kelulusan

sekolah

menengah

dan

sedikit

yang

berkelulusan diploma. Mereka b ekerja sebagai guru, kerani,


pembantu tadbir, polis, juruteknik, posmen, dan jururawat.
2.1.4 Kelas Pekerja
3

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


Terdiri

daripada

kolar

biru

atau

yang

bekerja

dengan

kemahiran tangan dan mempunyai kelulusan PMR sehingga SPM.


Antaranya ialah pekerja beruniform, buruh binaan, tukang paip,
pekerja kilang, pemandu kenderaan.
2.1.5 Golongan Bawahan
Golongan yang terdiri daripada mereka yang berkelulusan
amat rendah atau tidak menpunyai pendidikan formal langsung.
Antaranya ialah bekerja sebagai petani, nelayan, dan penjaja kecil.

3.1

CORAK MOBILITI SOSIAL

Mobiliti menegak dan menurun

Mobiliti mendatar

Mobiliti dalam satu organisasi

Mobiliti antara generasi

Mobiliti ditaja

Mobiliti tandingan

3.1.1 Mobiliti Menegak Dan Menurun


Contoh contoh mobiliti menegak ialah seorang polis biasa
dinaikkan pangkat menjadi seorang inspektor. Seorang vekerja
buruh di sebuah kilang dinaikkan pangkat menjadi seorang penyelia
kilang. Perubahan jawatan ini menyebabkan kuasa, status, dan
pendapatannya semakin bertambah tinggi. Sementara itu mobility
menurun ialah guru besar diturunkan pangkat menjadi guru biasa.
Akibatnya kuasa dan pangkatnya mulai menurun.
3.1.2 Mobiliti Mendatar
4

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


Jawatan dan gaji tidak berlaku perubahan dalam mobility
mendatar. Sebagai contoh, seorang guru sekolah telah bertukar ke
maktab perguruan yang bertugas sebagai seorang pensyarah tetapi
gajinya adalah di tahap yang sama. Pertukaran jenis kerja dan
tempat kerja tetapi tidak melibatkan perubahan gaji dan pangkat ia
dianggap mobiliti merndatar.
3.1.3 Mobiliti Dalam Satu Generasi
Mobiliti dalam satu generasi ialah perubahan yang berlaku
pada jangka hayat seseorang individu. Sebagai contoh, seorang
kerani yang bekerja selama 10 tahun di sebuah pejabat kerajaan
telah menjadi pengawal kewangan. Jadi perubahan ini juga menjadi
perubahan menegak dalam satu organisasi.

3.1.4 Mobiliti Antara Generasi


Mobiliti antara generasi melibatkan perubahan taraf hidup
antara satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Sebagai
contoh, seorang ayah yang bekerja sebagai sorang kerani telah
dapat memberi pendidikan kepada anaknya sehingga menjadi
seorang doktor perubatan. Ini juga sebagai satu contoh mobiliti
menegak dalam satu generasi ke satu generasi. Sebaliknya seorang
doktor perubatan tetapi anaknya bekerja sebagai seorang kerani, ia
dianggap sebagai mobility menurun antara generasi.
3.1.5 Mobiliti Ditaja
Mobiliti ini berlaku di mana ada pihak tertentu dan juga pihak
kerajaan telah menaja atau memberi biasiswa pelajar pelajar yang
mendapat pencapaian yang agak baik dalam peperiksaan untuk
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Ia tidak kira samaada
pelajar itu berasal dari keluarga kaya atau miskin.

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


3.1.6 Mobiliti Tandingan
Mobiliti ini merupakan satu pertandingan di kalangan pelajar di
sesebuah institusi
Dengan

untuk

pencapaian

yang

mendapat pencapaian
diperolehi

mereka

yang

akan

terbaik.

mendapat

ganjaran atau hadiah dari pihak pihak tertentu.

4.1

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL

4.1.1 PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN


Pendidikan merupakan faktor penting yang boleh menggerak
dan meningkatkan taraf hidup seseorang. Di mana mana Negara di
dunia ini memang mahukan rakyat mereka maju di dalam bidang
pendidkan. Sebgai contoh, Negara Negara yang berkembang maju di
dunia ini seperti amerika syarikat dan juga England adalah
mempunyai system pendidikan yang teguh seperti mempunyai
pakar pakar dalam pelbagai bidang.
Begitu juga di Malaysia vada masa kini, boleh dikatakan
bidang pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat lebih
lebih lagi apabila menjelang wawasan 2020. Dengan adanya dasar
pendekmorasian pendidikan, boleh dikatakan semua rakyat berhak
6

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


untuk mendapat pendidikan sehinggalah ke peringkat universiti.
Sebagai contoh anak anak daripada golongan petani yang miskin
berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka berpeluang
untuk mengubah mobiliti diri dan keluarga ke arah yang lebih tinggi
melalui pendapatan dan kemahiran diri yang diperolehi.
Jadi orang orang yang tidak mempunyai pendidikan yang
cukup, biasanya mereka susah untuk mendapatkan pekerjaan yang
mempunyai gaji yang besar. Lebih lebih lagi pekerjaan seseorang
melambangkan status dan kebolehan seseorang. Pekerjaan sebagai
seorang operator pengeluaran memang tidak sama dengan pegawai
di sebuah bank. Begitu juga pekerjaan nelayan adalah tidak sama
dengan ahli perniagaan. Oleh itu orang yang tidak mempunyai
pekerjaan yang tinggi biasanya kurang diberi penghargaan daripada
masyarakat keliling. Berdasarkan hakikat tersebut menunjukan nilai
pendidikan adalah tinggi, berkualiti dan ia berkait rapat dengan
pekerjaan.
4.1.2 KEBOLEHAN INDIVIDU DAN BAKAT SMULAJADI
Faktor individu atau bakat semulajadi perku diambil kira dalam
penentuan mobiliti sosial. Dengan adanya bakat, seseorang itu boleh
menjadi terkenal, kaya dan disanjung tinggi. Sebagai contoh mereke
berkebolehan untuk menyanyi, bermain sukan, berpidato, dan
mencipta sesuatu alat yang baru . Jadi jika seseorang itu mempunyai
bakat dan berasal daripada keluarga miskin sudah tentu dengan
bakat yang ada padanya dapat meningkatkan mobiliti diri dan
keluarga.
4.1.3 PERKAHWINAN
Perkahwinan juga boleh mengubah mobiliti seseorang. Sebagai
contoh seorang gadis kampung yang miskin apabila

berkahwin

dengan orang yang memunyai harta sedikit atau yang yang


berpangkat sekurangkurangnya dapat menaikkan taraf kedudukan
keluarganya.
7

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]

4.1.4 PELABURAN
Penglibatan dalam bidang peniagaan boleh meningkatkan imej
seseorang dalam masyarakat. Penglibatan dalam bidang ini akan
menyebabkan

sesorang

menjadi

kaya

dan

memiliki

Pelbagai

kemewahan dan Pengumpulan harta yang banyak. Ini menunjukkan


kejayaan dalam bidang pelaburan adalah perkara yang penting
dalam menaikkan identiti dan lambang kedudukan seseorang.

4.1.5 KUASA
Orang yang mempunyai kuasa ialah penghulu, pegawai atasan
di sesenuah pejabat, JKKK, ketua unit dalam sesuatu jabatan, wakil
rakyat,

polis,

dan

pekerja

beruniform

yang

lain.

Walaupun

sesetengah jenis pekerjaan tersebut bukanlah mempunyai pekerjaan


yang berpangkat tinggi, namun kuasa yang ada pada mereka
menyebabkan mereka dihormati. Isteri dan keluarga mereka akan
dapat menumpang rasa ego dan megah dengan kuasa yang dimiliki
itu.

4.1.6 KEMAJUAN NEGARA


Masayarakat yang menduduki negara yang mundur dengan
negara yang maju adalah berbeza. Masyarakat yang menduduki
negara yang maju biasanya merasa megah dan besar diri apabila
mereka berada bersama sama dengan masyarakat yang mendiami
di negara yang mundur. Sebagai contoh orang melayu brunei akan
merasa megah dengan kekayaan yang ada pada sebahagian besar
masyarakat mereka dan memandang rendah dengan orang melayu
di negeri negeri lain.

4.1.7 PENGHORMATAN DIRI


8

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


Orang yang berpendapatan sederhana tetapi apabila dia
mendapat penghormatan diri atau menerima sesuatu anugerah
secara tidak langsung boleh menaikkan mobiliti diri mereka.

4.1.8 DESAKAN HIDUP GOLONGAN PENDATANG


Sesuatu golongan boleh memajukan diri mereka apabila
mereka berhijrah ke tempat lain. Sebagai contoh, orang

Cina

sebelum sampai ke Tanah Melayu pada zaman dahulu adalah


golongan miskin tetapi disebabkan desakan hidup semasa berada di
Tanah Melayu, kebanyakkan mereka telah bertambah kaya dan
dapat hidup dengan selesa.

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]


5.1

KESAN MOBILITI SOSIAL KE ATAS INDIVIDU DAN MASYARAKAT


Mobiliti sosial boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan
semakin

maju

negara

semakin

mudah

masyarakat

untuk

mendapatkan pelbagai peluang. Orang orang yang memasuki zon


mobiliti menegak mereka boleh menikmati pebagai kemudahan
untuk diri dan keluarga. Tetapi, mereka tidak semestinya berkeadaan
selamat, sebaliknya, mereka juga merasa bimbang sekiranya kuasa,
kekayaan, dan pangkat

akan tergugat. Sebagai contoh, jawatan

seorang ketua jabatan di sesebuah pejabat tidak semestinya kekal


dan kemungkinan jawatannya diambil alih oleh orang lain atas sebab
tertentu. Sementara orang yang mengalami mobiliti menurun tidak
semestinya

mereka

akan

kekal

begitu

sahaja.

Mereka

boleh

meningkatkan semula dengan bersungguh sungguh, tabah hati dan


mencari punca kelemahan. Jika mereka tidak berupaya, anak anak
mereka yang akan berjuang melalui ilmu pelajaran yang diberikan.
Pada zaman sekarang peluang untuk individu dan masyarakat
bergerak ke mobiliti lebih tinggi adalah terbuka luas. Maksudnya,
sesiapa yang berusaha, ia boleh berjaya lebih lebih lagi kebanyakan
negara mengamalkan prinsip demokrasi, kesamaan peluang dan
dasar terbuka.

10

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]

6.1

KESIMPULAN MOBILITI SOSIAL


Secara

umumnya,

setiap

masyarakat

mesti

mengalami

perubahan sosial berdasarkan perkembangan ekonomi dan dasar


yang dibuat oleh sesebuah negara. Kelompok yang berada, peluang
untuk mereka memajukan kumpulan mereka adalah lebih baik
berbanding masyarakat kurang berada. Walau bagaimanapun,
dalam dunia yang semakin maju dan berteknologi tinggi ini
nampaknya semua rakyat menunjukkan sikap yang positif dan
mereka sentiasa berusaha walau apa cara pun untuk mencapai
perubahan dan kejayaan mobiliti sosial mereka.

11

[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ]

7.1

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
BUKU

Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah &


Pendidikan
Selangor Darul Ehsan: Thinker S Library Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai