Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang.


Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian
pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan
politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik, sumbangan terhadap
negara seperti pencapaian di dalam sukan, anugerah atau darjat kebesaran
yang dimiliki dan sebagainya.Hal ini juga berkait rapat melalui mobiliti sosial
sesuatu tempat mahupun individu.

2.0 KONSEP MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan


yang berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat. Paul B. Horton
mentakrifkan mobiliti sosial sebagai pergerakan perpindahan dari satu kelas ke kelas
sosial yang lain. Kimball Young Raymond W. Mack pula mentakrifkan mobiliti sosial
sebagai struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok
berkenaan. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat
diertikan juga sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Pendapat
ini dipersetujui oleh S. A Wila Hucky (1982), yang menyatakan bahawa mobiliti
sosial sebagai pergerakan individu atau berkumpulan dari suatu status ke status
yang lain dalam masyarakat. Mobiliti sosial ini adalah peluang yang diberikan
kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap rendah ke
aras yang lebih tinggi.

Mobiliti sosial dapat dikelompokkan ke dalam dua kategori, iaitu upward mobility dan
downward mobility. Upward mobility merupakan mobiliti atau perpindahan dari
kelompok mayarakat yang berpendapatan rendah menjadi kelompok masyarakat
yang berpendapatan tinggi. Manakala downward mobility pula ialah berlawanan
dengan jenis mobiliti yang pertama. Downward mobility dirujuk kepada berpindahnya
kelompok masyarakat yang berpendapatan tinggi menjadi masyarakat yang
berpendapatan sederhana. Tujuan downward mobility ini tidak lain untuk
menghapuskan jurang yang membezakan antara si kaya dan si miskin.

3.0 FAKTOR MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL

3.1 PENDIDIKAN
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting
sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Pada hari
ini, kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Peranan
pendidikan sebagai mobiliti sosial sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar
pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di
mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Ibu
bapa Melayu sebenarnya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika
dibandingkan dengan sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak
Melayu tidak bersekolah. Hal ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu
menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka.

Sememangnya pendidikan menjadi asas faktor mobiliti sosial masyarakat Malaysia


kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Dengan
fungsi pendidikan sebagai sebuah proses penyelesaian untuk menempatkan orang
pada masyarakat sesuai dengan kemampuan dan keahliannya, pendidikan menjadi
agen utama dengan tujuan mobiliti sosial kerana di dalam mobiliti sosial yang
terpenting adalah kemampuan dan keahlian seseorang. Akan tetapi, untuk
memastikan pendidikan dapat mempercepatkan proses mobiliti sosial dalam sebuah
masyarakat, tentulah ada beberapa prasyarat yang wajar dipenuhi.

3.2 KEBOLEHAN INDIVIDU DAN BAKAT SMULAJADI

Faktor individu atau bakat semulajadi perku diambil kira dalam penentuan mobiliti
sosial. Dengan adanya bakat, seseorang itu boleh menjadi terkenal, kaya dan
disanjung tinggi. Sebagai contoh mereke berkebolehan untuk menyanyi, bermain
sukan, berpidato, dan mencipta sesuatu alat yang baru . Jadi jika seseorang itu
mempunyai bakat dan berasal daripada keluarga miskin sudah tentu dengan bakat
yang ada padanya dapat meningkatkan mobiliti diri dan keluarga

3.3 PERKAHWINAN

Perkawinanan adalah ikatan sosial dan ikatan hukum antar pribadi yang membentuk
hubungan kekerabatan yang bersifat intim dan seksual. Dalam kaitannya sebagai
faktor saluran mobiitas sosial seseorang individu, perkawinan dapat meningkatkan
darjat seseorang, baik laki-laki ataupun perempuan. Apalagi jika pasangan yang
dikawini atau dinikahi adalah orang terpandang atau keturunan orang
terpandang.Contohnya seorang rakyat biasa yang menikah dengan anak presiden
yang namanya terkenal setelah menikahi anak presiden tersebut ataupun orang
yang menikah dengan selebriti atau dengan tokoh politik terkemuka secara tidak
langsung akan mempengaruhi mobiliti sosial individu.

3.4 PELABURAN

Penglibatan dalam bidang peniagaan juga boleh meningkatkan imej seseorang


dalam masyarakat. Penglibatan dalam bidang ini akan menyebabkan sesorang
menjadi kaya dan memiliki pelbagai kemewahan dan pengumpulan harta yang
banyak. Ini menunjukkan kejayaan dalam bidang pelaburan adalah perkara yang
penting dalam menaikkan identiti dan lambang kedudukan seseorang.

4.0 KESAN MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan semakin maju negara
semakin mudah masyarakat untuk mendapatkan pelbagai peluang.Bagi seseorang
individu akan meningkatan prestasinya dengan berusaha,bekerja keras dan
bersaing untuk meningkatkan prestasi bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik
contohnya seorang anak petani berusaha mendapatkan kejayaan untuk menjadi
seorang doctor.Selain itu,tekanan emosi juga memberi kesan kepada individu dalam
mobiliti menegak ke bawah (negatif) akan mewujudkan tekanan emosi kepada
seseorang sebagai contoh seorang ahli perniagaan diisytihar muflis.

Seterusnya,antara kesan-kesan dari mobiliti sosial juga adalah peningkatan


perubahan sosial masyarakat.Mobiliti sosial mempercepatkan perubahan sosial
masyarakat ke arah yang lebih baik dari segi penggunaan alat tradisional kepada
teknologi moden.Selain itu juga akan berlakunya konflik di antara kelas sosial,
kelompok sosial dan konflik antara generasi sebagai contoh generasi tua ingin
mempertahankan nilai- nilai lama sedangkan generasi muda ingin lakukan
perubahan pada sesuatu zaman itu.

5.0 FUNGSI DAN PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMBENTUK MOBILITI


SOSIAL DI MALAYSIA.

Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau
sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam
sesebuah masyarakat dan boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter
generasi. Dimensi pendidikan dilihat sebagai antara faktor yang paling utama
mempromosikan mobiliti sosial sesebuah komuniti. Pendidikan juga merupakan
salah satu tunjang yang sangat penting dalam kehidupan, tanpa pendidikan
seseorang akan menjadi lemah dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Seseorang itu perlu ada pendidikan dalam mengecapi kehidupan seharian.
Dalam konteks sekarang ini aspek pendidikan dikatakan telah berkembang
dengan pesat dan ramai tokoh-tokoh yang lahir dalam pelbagai bidang terutama
golongan kelas pertengahan.

Peranan Pendidikan juga adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup manusia
dan juga faktor penting yang menentukan pembangunan ekonomi dan sosial
sesebuah negara. Hubungan positif yang wujud antara tahap pendidikan dengan
tingkat pendapatan boleh mewujudkan perbezaan pendapatan di kalangan
pekerja. Hubungan tersebut juga boleh mempengaruhi darjah mobiliti sosial
dan seterusnya boleh mewujudkan fenomena ketidaksamaan dalam agihan
pendapatan dan kemiskinan (Nor Aini 2004: 83-95).

Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia


kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Dengan
fungsi pendidikan sebagai sebuah proses penyelesaian untuk menempatkan
orang pada masyarakat sesuai dengan kemampuan dan keahliannya,
pendidikan menjadi agen utama dengan tujuan mobiliti sosial kerana di dalam
mobiliti sosial yang terpenting adalah kemampuan dan keahlian seseorang. Akan
tetapi, untuk memastikan pendidikan dapat mempercepatkan proses mobiliti sosial
dalam sebuah masyarakat, tentulah ada beberapa prasyarat yang wajar dipenuhi
(Mohd Salleh 1998: 84).

6.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, setiap masyarakat mesti mengalami perubahan sosial


berdasarkan perkembangan ekonomi dan dasar yang dibuat oleh sesebuah negara.
Kelompok yang berada, peluang untuk mereka memajukan kumpulan mereka
adalah lebih baik berbanding masyarakat kurang berada. Dapat kita lihat juga
bahawa pendidikan dan masyarakat merupakan dua item yang saling berkaitan
antara satu sama lain. Tanpa pendidikan masyarakat tidak akan dapat mencapai
keupayaan untuk memajukan diri dari segi intelek, rohani, emosi,dan juga jasmani.
Walau bagaimanapun, dalam dunia yang semakin maju dan berteknologi tinggi ini
nampaknya semua rakyat menunjukkan sikap yang positif dan mereka sentiasa
berusaha walau apa cara pun untuk mencapai perubahan dan kejayaan mobiliti
sosial mereka.

Anda mungkin juga menyukai