Anda di halaman 1dari 3

SITI NADIRA BINTI ABU SAMAH

PAI 2
D21121068
TOPIK 4 LATIHAN 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mobiliti sosial?

Mobiliti sosial adalah pergerakan yang berlaku antara individu atau kumpulan masyarakat

yang berbeza kedudukan dalam sistem hierarki strata sosial masyarakat. Mobiliti sosial juga

adalah merupakan peluang yang diberikan kepada seseorang untuk menaikkan tahap status

sosial dari rendah kearas yang tinggi atau aras yang lebih baik. Menurut Paul B. Horton,

mobility sosial ialah pergerakan perpindahan dari satu kelas sosial kepada satu kelas sosial

yang lain. Melalui pandangan Kimball Young dan Raymond W. Mack, mobiliti sosial adalah

lebih kepada struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok

sosial berkenaan. Mobilti sosial kini dilihat dan diukur melalui tahap pendidikan, pendapatan

hidup, harta, kedudukan politik, kuasa yang diperolehi dan perkara lain yang berkaitan

dengan pengkelasan sosial. Menurut teori fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan

penting dalam mobiliti sosial dan mempunyai kaitan dengan stratifikasi sosial.

2. Huraikan jenis-jenis mobiliti sosial

Terdapat beberapa jenis mobiliti sosial dan setiap individu itu boleh mengalami

pelbagai jenis mobiliti dalam kehidupan dan kesemua jenis mobiliti ini bergantung

antara satu sama lain. Pertama nya, mobiliti mendatar yang dikaitkan dengan

pergerakan individu yang tidak membawa apa-apa perubahan dari segi status,

martabat dan juga kedudukan mereka. Sebagai contoh, seorang guru, bertukar ke

satu sekolah yang baru namun kedudukan jawatan atau gaji adalah sama. Ini

ternyata tidak membawa apa-apa perubahan kepada struktur sosial individu

tersebut dan ia dianggap mobiliti mendatar. Seterusnya, mobiliti menegak pula


menerangkan tentang perubahan kedudukan status sosial seseorang kepada

status sosial yang lain seperti perubahan pekerjaan yang mengubah

kedudukannya dalam masyarakat. Sebagai contoh, ialah seorang polis biasa

dinaikkan pangkat menjadi seorang inspector ataupun seorang guru biasa menjadi

guru besar. Secara tidak langsung perkara ini akan mengubah tahapnya ke tahap

yang lebih tinggi. Mobiliti menegak ini juga boleh menjadi mobility menurun sebagai

contoh, guru besar yang dinaikkan pangkat, diturunkan menjadi guru biasa.

Kesannya, kuasa dan pangkatnya mulai menurun.

Seterusnya, Mobiliti intragenerasi atau dikenali dalam satu generasi pula ialah

perubahan yang berlaku dalam kehidupan atau hayat seseorang. Mobiliti ini boleh

berlaku dalam keadaan mendatar, menegak dan juga menurun. Jika menegak,

perubahan yang berlaku itu membawa seseorang individu itu kepada kedudukan

yang lebih baik atau taraf ekonomi yang lebih baik. Mobiliti antara generasi pula

ialah perubahan kelas sosial yang berlaku melibatkan individu tersebut bersama

dengan generasinya. Contohnya, seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu

teksi mampu memberi pendidikan yang baik kepada anaknya sehingga anaknya

berjaya menjadi seorang peguam yang berjaya. Ini membawa perubahan baharu

dalam masyarakat.

Mobiliti ditaja pula berlaku apabila seseorang pelajar itu berjaya didalam

pembelajaran dan ditawarkan biasiswa atau mendapat tajaan dari mana-mana

pihak untuk pelajar berkenaan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih

tinggi tanpa mengambil kira latar belakang kelas sosial pelajar berkenaan. Mobiliti

keenam iaitu mobiliti tandingan yang mana ianya berlaku apabila wujudnya satu

pertandingan dalam kalangan pelajar sebagai contoh di sekolah atau melibatkan

institusi pengajian untuk memperolehi pencapaian yang terbaik diantara pelajar

tersebut. Sebagai kesimpulan, masyarakat pada hari ini telah mula sedar akan
setiap pergerakan yang perlu dilakukan dalam menjadikan diri setiap individu itu

lebih maju dan sentiasa bersikap positif dalam mencapai perubahan dan kejayaan

mobiliti sosial sesebuah masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai