Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mobiliti sosial?

2. Huraikan jenis-jenis mobiliti sosial

Mobiliti sosial suatu gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial
lainnya atau gerak pindah dari status yang satu ke status yang lainnya. Proses
perubahan kedudukan sosio-ekonomi seseorang dikenal sebagai mobiliti sosial.
Mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan sosial atau individu untuk meningkatkan
taraf seseorang dari aras bawah kepada satu tahap yang lebih tinggi atau baik sama
ada berlaku pergeseran, peningkatan, ataupun penurunan.

Terdapat empat jenis mobiliti sosial yang selalunya berlaku dalam kalangan
masyarakat Malaysia iaitu mobiliti antara generasi, mobiliti dalam generasi, mobiliti
bercorak mendatar dan mobiliti bercorak menegak.

Mobiliti bercorak mendatar ialah pergerakan dari satu kedudukan sosial kepada
kedudukan sosial yang berbeza dalam status yang sama. Dalam erti kata lain,
perubahan individu atau kelompok tanpa melibatkan perubahan kelas sosial atau
status sosial. Contohnya, seorang tukang kayu brertukar pekerjaan bekerja di kilang.
Ini adalah pertukaran kerja separuh mahir kepada separuh mahir juga, maka
pendapatan dan status tukang kayu itu masih sama cuma berlaku pertukaran
pekerjaan sahaja. Selain itu, seorang yang ingin menukar status warganegara, tidak
akan mengubah status sosialnya. Contohnya, seorang warganegara Singapura ingin
bertukar kewarganegaraannya, menjadi warganegara Malaysia, hanya bertukar
status warganegara, tidak pada status sosialnya.

Selain itu, berlaku juga mobiiti bercorak menegak dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Ia adalah pergerakkan dan perubahan dari satu kedudukan sosial kepada
kedudukan sosial yang lain dalam status yang berbeza. Perubahan ini berlaku pada
aspek kelas sosial, status dan prestij seseorang. Contohnya, seorang yang bekerja
sebagai petani, dengan hasil usaha kerasnya dan berkat kesabaran, kesungguhan
dan kegigihannya, telah mengubah statusnya sebagai seorang ahli perniagaan yang
berjaya. Ini merupakan mobiliti bercorak menegak yang positif, seseorang yang pada
asalnya berada di kelas bawahan telah maju dan meningkatkan taraf hidupnya dan
berada di kelas atasan.

Perubahan kedudukan sosial yang berlaku pada jangka hayat seseorang individu
dalam satu generasi sama iaitu orang atau generasi yang sama. Ia adalah mobiliti
dalam satu generasi dan biasanya berlaku dalam kategori pekerjaan yang sama.
Contohnya, seorang guru biasa dinaikkan pangkat menjadi pengetua atau guru
besar sekolah, atau pun seorang anggota polis biasa dinaikkan pangkat menjadi
koperal. Perubahan berlaku pada taraf pekerjaan dalam generasi yang sama.

Satu lagi jenis mobiliti sosiol yang sering berlaku dalam masyarakat Malaysia ialah
mobiiti antara generasi. Ia adalah perubahan taraf sosial yang berlaku antara satu
generasi ke satu generasi yang lain. Perubahan ini dilihat daripada perkembangan
taraf hidup seseroang. Contohnya, ibu atau bapa yang bekerja sebagai seorang
petani telah berjaya memberi pendidikan yang terbaik kepada anak sehingga boleh
menjadi seorang doktor. Sebaliknya, ada juga situasi yang ibu bapa berada dalam
pekerjaan yang baik seperti pegawai bank manakala anak hanya bekerja sebagai
kerani biasa. Hal ini berkait rapat dengan faktor pencapaian dalam pendidikan.
Individu yang mendapat pencapaian cemerlang dalam akademik berpeluang
mendapat pekerjaan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai