Anda di halaman 1dari 7

Isu Kesantunan Guru

Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau perlakuan yang mampu

menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain yang


menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan
harmoni dan mesra.

Kesantunan memperlihatkan
sikap
yang mengandungi nilai sopan
santun atau etiket dalam
pergaulan harian
Kesantunan memperlihatkan
sikap
yang mengandungi nilai sopan
santun atau etiket dalam
pergaulan harian
Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan
santun atau etika dalam pergaulan harian.

Kesantunan melibatkan perlakuan verbal dan perlakuan nonverbal.


Perlakuan verbal merupakan kesantunan berbahasa yang berkaitan

dengan tatacara berkomunikasi secara lisan. Fokus kesantunan


berbahasa ialah perlakuan dalam percakapan dan tatacara
berkomunikasi. Dalam perlakuan percakapan kawalan suara, puji
secara langsung atau tidak dan memonopoli perbualan adalah antara
aspek yang diambil kira.

Menurut Za’ba, dalam perlakuan percakapan pengawalan suara adalah


sangat penting. Kita sama sekali tidak boleh menjerit dan meninggikan
suara seolah-olah sedang marah atau sedang bercakap dengan orang
pekak.

Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya

dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa


harus

sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat


setempat. Ini membantu memudahkan pelaksanaan tugas harian dan
dihormati masyarakat setempat. Tambahan pula, ini penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar penyampaian
sempurna.

Sehubungan itu, kesantunan adalah bersifat bipolar iaitu memiliki

hubungan dua hala, contohnya di sekolah berlaku hubungan


antara guru

dengan murid, guru dengan guru, Guru Besar dengan guru dan guru
dengan
masyarakat

Terdapat enam kesantunan berbahasa yang perlu dipatuhi

oleh setiap guru adalah seperti berikut:

i) Kata-katanya mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas


dan

benar.

ii) Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan maksud ujarannya

dan menjauhi intonasi yang meninggi yang menggambarkan

kesombongan dan marah yang tidak mampu dikawal

iii) Memilih penggunaan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta

sapaan yang tepat yang menghormati pihak yang mendengar (pihak

yang diajak bercakap).

iv) Tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan orang lain

dan mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja.

v) Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi

mengelakkan pihak yang mendengar tersinggung, contohnya

menggunakan kata-kata yang bersirat.

vi) Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana

guru itu berada

Manakala bagi kesantunan nonverbal pula ialah kesantunan yang

melibatkan gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak


lain
seperti senyum, salam dan beramah tamah. Dalam kesantunan
berpakaian

guru harus bijak memilih gaya pakaian mengikut kesesuaian. Pilih


pakaian

yang sopan dan sesuai dengan etika berpakaian penting kerana ini
berkait

rapat dengan imej seorang guru. Tingkah laku seorang guru


juga perlu

dikawal dan tidak wajar seorang guru bersikap kasar dan memarahi
murid di

depan khalayak ramai dengan menggunakan kata-kata yang kesat


kerana

murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak
santun.

Sikap lemah lembut dan penyayang ialah sikap yang patut


ada di

dalam diri guru. Antara ciri-ciri kesantunan guru adalah seperti:

i) Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban.

ii) Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan


yang

diperoleh ( ucaplah terima kasih kepada mereka yang melakukan

kebaikan kepada anda ).

iii) Berani, tegas dan mampu membetulkan perkara-perkara keji

daripada berlaku.
iv) Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang

lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas.

v) Menggunakan kata-kata untuk perkara-perkara yang baik dan

bukan untuk menyakiti pihak lain.

vi) Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri

Isu dan contoh-contoh semasa

Berikutan dengan isu kesantunan guru, beberapa kes


berkenaan telah didapati berlaku. Antara contoh-contoh yang
telah didapati adalah bertajuk

“Dendam punca dua guru wanita bergaduh” seperti dalam Berita Harian
pada 21

Februari 2005. Berdasarkan berita tersebut, pergaduhan


membabitkan dua

orang guru wanita yang dipercayai berpunca daripada dendam


lama.

Pergaduhan berlaku di hadapan kira-kira 800 orang pelajar


dalam satu

perhimpunan mingguan sekolah berkenaan. Mereka dikatakan


bertumbuk dan

saling bertarik rambut, sebelum dileraikan oleh ibu bapa murid yang
kebetulan

turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.


Selain itu, My Metro juga memaparkan “2 guru
bergusti” pada 29

Januari 2010. Pergaduhan ini berlaku di kantin sekolah,


berpunca daripada

dendam dan disaksikan oleh pelajar dan guru-guru lain.

Cadangan untuk mengatasi

Kedua kejadian ini menunjukkan kedua-dua orang guru


berkenaan

gagal mematuhi dan mempamerkan ciri-ciri kesantunan yang


sepatutnya ada

pada seorang guru. Guru perlu bijak mencari jalan penyelesaian


termasuk tidak

membawa masalah peribadi ke tempat kerja sehingga gagal untuk


mengawal

emosi dan tingkah laku ketika bertugas, khususnya di hadapan


pelajar. Guru

seharusnya menjadi role model dan wajib mempamerkan perlakuan


yang santun

menerusi kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan peraturan


berbahasa

dan mengawal tingkah lakunya.

Menerusi contoh kes pergaduhan di atas, anjuran


ceramah etika
perguruan dari semasa ke semasa kepada guru penting dan
perlu diadakan

sebagai langkah untuk mengatasi kejadian ini berlaku. Di samping itu,


ceramah

berkaitan dengan pengurusan tekanan juga perlu diadakan agar


mampu untuk membantu mengelakkan perkara seperti ini terjadi.

Anda mungkin juga menyukai