Anda di halaman 1dari 11

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH

BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara

seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu

Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah

dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti.

Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang

yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan

fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat

dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop

yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan

Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan

kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi

kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya

dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah

memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.


2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH
TERHADAP GURU

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar.

Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini

kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit

analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran.

Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar

belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan

penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa

murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum

dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama

supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid

hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan

atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman

berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan

hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk

meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti

pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam

mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak

berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini

suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.


Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai

dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep

positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan

meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem

motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan

sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah

dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan

penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping

teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai

sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk

menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,

pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman

dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang

diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya.

Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus

dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan

semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid

yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang

yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.

Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada

murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam

pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian

serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa

masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat

dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang

berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap

segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku

pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan

yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan

memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk

jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur

pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan

keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,

kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan

mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer,

kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan

yang jelas.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH
TERHADAP MURID

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka akan

bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di

dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan

terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan

antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak

guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah

dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya

murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul

dan tepat.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang

perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa

pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti

pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu

membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak

harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling

percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum

tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat

perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk

masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara Murid digalakkan

menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek


mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa

berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa

yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah

peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa

bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai

kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang

berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam

interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan

peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan

cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan

disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat

merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu

menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman

selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih

baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,

menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental,

kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah

yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama

rakan dan guru.

Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya,

tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti

perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan
potensi diri kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh

dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui

pendekatan bilik darjah yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca

permasalah harus dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘ pak turut ‘.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat

pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan

set indaksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh

menghilangkan rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP SEKOLAH

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan

Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah

kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program

Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian

Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem

pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada

peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah

Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama.

Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan

yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa
pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya

bahasa Tamil.

Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh

(SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar

mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang

akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan

masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar,

Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang

cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk

menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah

Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga,

pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik

termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang

termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT

Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah

(ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras

(kejuruteraan).

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan

program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat,

kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan

pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang

membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah


kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan

kepercayaan agama kepada murid-murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi

yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak

penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan

memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing

kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh

negara dan korporat seperti Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab

(Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St. John (Kuala

Lumpur)

Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya

Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka

bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan

strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada

peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia

merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi

murid-murid yang berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan

Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di

Negeri Kedah.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid

bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif

rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan
yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan

pelajaran bagi ketiga-tiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik

memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah pendengaran dengan

menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

(MLVK).

Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam

kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya

terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang

seragam. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi

sejak dari peringkat awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi

Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan

integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih

memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian

budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk
membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru
berperanan memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-
mana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui
budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada


pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek
kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid
supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan
rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,

ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak


dan patut menjadi guru .

Anda mungkin juga menyukai