Anda di halaman 1dari 47

Implikasi

Kepelbagaian
Sosio-Budaya
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem
Masyarakat Majmuk di negara kita akan
memberikan kesan langsung kepada perkembangan
sistem pendidikan secara umumnya dan kepada
suasana pembelajaran secara khasnya.
Guru seharusnya mengajar tanpa
membezakan bangsa murid yang berkenaan.

Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan


Guru murid mengikut kaum tertentu dalam satu
kumpulan sahaja.

Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang


berlainan dan jantina yang berbeza
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk mereka berinteraksi
terbuka luas.
• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial
Guru mengambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
• Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah
kategori individu yang mempunyai hubungan
yang sama dengan punca-punca pengeluaran.
• Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu:
i. Golongan Atasan
ii. Pertengahan Atasan
iii. Pertengahan Bawahan
iv. Pekerja
v. Golongan Bawahan
Guru • Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu
ditangani supaya tidak ada murid yang berasa
mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
• Keadaan ini menjamin semua murid akan
berpeluang mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.
• Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial
akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak
berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
Guru harus berusaha untuk menolong
murid memahami dan membentuk nilai,
Peranan sikap serta tingkah laku yang sesuai.

Guru
Guru perlu melayan keperluan murid ke
arah memperkembang potensi mereka
secara optimum.

Guru mesti menolong murid membentuk


Konsep Kendiri Positif supaya mereka
dapat mengikuti pembelajaran dengan
perasaan yang seronok.
Guru juga perlu memberi tunjuk
ajar untuk mengatasi masalah
akademik murid yang lemah
melalui penganjuran kem-kem
motivasi dan sebagainya.

Peranan
Guru Guru mesti mengamalkan
ketepatan masa.

Guru harus menggunakan


pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran mengikut
tahap pencapaian murid
(Mixed-Ability Students).
• Masa pengajaran dapat digunakan
Peranan semaksimumnya untuk melakukan
banyak aktiviti yang
merangsangkan minda.
Guru • Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan kata-kata
bermotivasi dan penuh dengan
senyuman dan jenaka (Sense
Humour).
• Guru juga perlu menghormati
murid-murid, bersikap adil,
hukuman berbentuk deraan tidak
seharusnya dilaksanakan kerana
akan menyebabkan hubungan
murid dengan guru akan renggang
serta memberi teguran umum
berbentuk nasihat tetapi bukan
leteran.
Langkah-langkah pencegahan perlu
dilakukan oleh guru untuk menyekat
kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti
yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum, pembentukan kumpulan
Peranan berdasarkan etnik dan meniupkan api
perkauman dalam kalangan murid.
Guru
Guru perlu bertanggungjawab untuk
membentuk komuniti pembelajaran
yang mesra murid berasaskan latar
belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.
Peranan • Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus
menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan
Guru yang diamalkan oleh murid-murid mereka.
• Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa
yang sedikit sebanyak akan memberikan impak
kepada pembelajaran.
• Penggunaan bahasa yang Standard akan
memberi peluang sama rata kepada murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran.
Peranan • Jantina yang berbeza juga akan memberikan
kesan kepada aktiviti pembelajaran.
Guru • Guru seharusnya merancang aktiviti
pembelajaran yang boleh disertai oleh semua
murid tanpa mengira jantina.
• Guru harus boleh menggerakkan murid untuk
memberi rumusan berdasar pengalaman
pembelajaran tersebut.
• Rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk
seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak,
pantun, soal jawab dan main peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah
pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada
hasil pembelajaran.

Peranan
Guru Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan
yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut dan mencari peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemuka pandangan
serta cadangan bagi menyelesaikan beberapa
masalah pembelajaran supaya pengajaran dan
pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan
secara lebih sempurna dan mempunyai
penambahbaikan.
• Guru yang berwawasan bertindak sebagai
fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan
bersungguh-sungguh sewaktu melaksanakan
tugas.
• Sabda Nabi Muhammad, ‘Sesungguhnya Allah
suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan
dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).
• Pendidikan merupakan salah satu
faktor utama dalam mencapai Misi
Nasional dan guru memainkan
peranan penting bagi memastikan
kejayaan itu. Justeru itu, guru perlu
memahami, memberi komitmen dan
mempunyai iltizam yang tinggi dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan
baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan.
Peranan guru sebagai sumber
utama pengetahuan murid telah
bertukar kepada guru sebagai
pemudahcara dalam pengajaran
dan pembelajaran, agen perubahan
dan sumber inspirasi kepada murid.

Dalam usaha menghasilkan guru


yang cemerlang, berkualiti dan
bertaraf dunia, permulaan latihan
untuk guru pelatih yang berminat
dalam profesion keguruan dibuat
dengan teliti.
• Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan
bagi menarik lebih ramai orang menyertai
profesion keguruan.
• Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai
satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa
sahaja.
• Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki
bermula daripada pengambilan, latihan dan
penempatan bagi memastikan guru-guru
berpeluang menikmati skim yang setara atau
lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.
Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik
darjah.

Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran


secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting kepada guru untuk memahami
Murid tingkahlaku dan Budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul
dan tepat.

Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan


agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Pengurusan
Murid • Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah
melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan
guru dapat menjinakkan mereka, bercakap
bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan
dengan cara berhemah, di samping menggunakan
segala sifat akan mempercepat proses kecintaan
dan kesetiaan murid terhadap gurunya.
Komunikasi • Kemahiran Komunikasi memainkan peranan ke
arah pembentukan Budaya penyayang.
• Guru harus meghadiahkan senyuman,
memberikan penghargaan apabila murid
mempamerkan sesuatu yang baik daripada
sebelum.
• Sekeping kertas berbentuk penghargaan,
sebatang pen, dll sebagai tanda penghargaan
sudah menunjukkan keikhlasan guru bagi
meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah.
Murid terpengaruh kepada tindakan guru
yang menunjukkan teladan sebagai seorang
profesional.

Guru mesti membentuk program yang


Peranan bertujuan untuk membangunkan murid
dengan peraturan yang jelas, bagi mengurang
Guru segala tingkah laku negatif.

Guru harus mengelak diri daripada


menggunakan pendekatan yang bertentangan
dengan norma kemanusiaan yang menghalang
murid menghargai pertumbuhan dan
kemahiran diri.
Amalan baik
• Murid juga suka akan Budaya belajar ceria,
dalam bilik menyeronokkan serta meningkatkan kecergasan
mental, kreatif, inovatif, penyertaan yang aktif,
darjah pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat.
• Guru perlu membentuk Budaya bilik darjah yang
dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni,
hubungan yang mesra sesama murid dan murid
dengan guru.
• Murid yang sentiasa mendapat dorongan serta
bimbingan guru dapat mengembangkan potensi
mereka ke arah pembentukan Modal Insan yang
berkualiti.
• Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru.
• Dengan ini, guru dapat mengurangkan kadar
ponteng dan permasalahan disiplin melalui
pengurusan bilik darjah berkesan.
• Kadar bilangan murid yang terlalu banyak dalam
seebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang
subjektif untuk dibuat kesimpulan bahawa kelas
tersebut tidak dapat dibangunkan.
• Keadaan ini merupakan satu cabaran kepada guru
bagi menjayakan visi dan misi sekolah.
Kecekapan yang ditunjukkan guru
bakal menghasilkan sebuah bilik
darjah yang dapat
ditransformasikan menjadi sebuah
rumah yang menepati slogan, ‘bilik
darjahku, rumahku’.

Kemahiran mengawal kelas apabila


guru melangkah masuk ke kelas
tersebut menjadi penting kerana
seorang guru tidak boleh
melaksanakan pengajaran serta
pembelajaran dengan berkesan.
• Murid-murid yang menimbulkan masalah dalam
kelas harus dikenal pasti.
• Ketegasan terhadap disiplin murid ketika
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan
pendekatan berhemah.
• Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai murid kadang kala
mengambil masa yang agak lama.
• Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan,
berilah pengiktirafan dan penghargaan terima
kasih.
• Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan
jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat Rendah terdapat
SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat
Menengah pula, terdapat Sekolah
Berasrama Penuh, Sek. Men.Teknik,
Sek.Men.Keb.Agama, Sekolah Model
Khas dan Sek.Men.Keb.Harian.
Sekolah • Pada masa kini terdapat sekolah yang
dikategorikan sebagai Sekolah Premier
iaitu sekolah yang mempunyai tradisi
yang panjang seperti sekolah berusia
100 tahun, terletak di tempat yang
stratejik serta mempunyai infrastruktur
yang baik seperti sekolah yang terletak
di Cyberjaya dan Putrajaya.
MRSM/
MTD • Kementerian Pelajaran Malaysia juga
mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan
Khas pada peringkat Rendah dan Menengah.
• Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang
dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab
Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta
Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja
ialah di bawah Kementerian Pertahanan
Malaysia.
SBP/SMT • Di peringkat sekolah menengah, terdapat Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) bermatlamat memberi
peluang kepada murid cemerlang khususnya dari
kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan
terbaik supaya terus berjaya dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah.
• Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi
peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional.
Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga
kerja mahir dan separuh mahir.
SMKA • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam
kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari
segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta
menyediakan peluang melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara.
• Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan
komitmen Kementerian Pelajaran untuk
menerapkan nilai-nilai kerohanian dan
kepercayaan beragama kepada murid-murid.
Sekolah • Sekolah Premier pula ialah sekolah yang
Premier mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh
dan memberi sumbangan yang banyak kepada
negara sejak penubuhannya.
• Sekolah ini mempunyai unsur sejarah dan tradisi
yang kukuh dan memberi sumbangan yang
banyak kepada negara sejak penubuhannya.
• Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan
negara kerana kecemerlangannya.
• Sekolah ini telah melahirkan tokoh negara dan
korporat seperti;
SBT i. Victoria Institution (Kuala Lumpur)
ii. Sekolah Zainab (Kelantan)
iii. Maktab Sultan Ismail (Kelantan)
iv. Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur)
v. Penang Free School (Pulau Pinang)
vi. Sekolah Tinggi Melaka (Melaka)
vii. Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala
Lumpur)
viii. Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)
ix. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir (Neg.
Sembilan)
Sekolah
Bestari • Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya
terletak di Koridor Raya Multimedia dan
sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari.
• Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk yang
menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak
dalam kawasan stratejik, iaitu berhampiran
dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
• Sekolah Pendidikan Khas menyediakan
Pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan, pendengaran
dan pembelajaran, autisme, sindrom
SPKhas down, keupayaan kognitif yang rendah,
disleksia, dll.
• Sek.Men.Teknik juga memberi peluang
pendidikan kepada murid bermasalah
dengan menawarkan kursus-kursus
anjuran Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK).
Sekolah • Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Wawasan Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya
terasing antara satu sama lain, kini disatukan
dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
• Sekolah Wawasan sebenarnya sedang beroperasi
di Subang Jaya, Selangor.
• Penekanan semangat perpaduan dan integrasi
antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan
integrasi yang wujud di kalangan mereka.
Kepelbagaian Sosio-Budaya juga telah
mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa.

Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk


Aktiviti mengatasi masalah kepelbagaian Budaya ini
melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP)


adalah salah satu daripada usaha Kementerian
Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.
• Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan
Kurikulum bertulis yang sistematik merangkumi objektif,
kandungan, strategi penyampaian dan penilaian
Tersirat untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa
tertentu
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt,
1994; Schubert, 1986).
. Kurikulum menampilkan penyampaian isi
kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu
sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menetukan pencapaian
objektif yang tercatat.
• Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah
pendidikan itu hanya untuk melaksanakan
Kurikulum kurikulum yang bertulis sahaja?
• Adakah pendidikan cuma mengukur hasilan
Tersirat pembelajaran yang berupa penguasaan ilmu
semata-mata sama ada di tahap tinggi atau
rendah oleh murid?
• Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah
menarik minat para penyelidik untuk mengkaji
mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah
dan pengalaman yang dipanggil Kurikulum
Tersirat (Mongolis, 2001; Chafel, 1997; Eisner,
1994; Longstreet & Shane, 1993; Synder, 1973).
Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar
negara mengakui bahawa sebenarnya apa yang
dipelajari di sekolah atau institut pendidikan
lain bukanlah setakat kandungan yang tercatat
dalam Sukatan Pelajaran atau Proforma Kursus
tetapi merangkumi kesemua pengalaman
pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa
belajar.
Kurikulum
Tersirat
Kajian mengenai Kurikulum Tersirat atau
Tersembunyi adalah terlalu sedikit (Margolis,
2001; Chafel, 1997).
Idea Kurikulum Tersirat pada
peringkat awal diperkenalkan oleh
Jackson (1968) dalam bukunya
Kurikulum ‘Life in Classrooms’ yang seterunys
Tersirat telah dijadikan fokus kajian oleh
Snyder (1973) dan Apple (1980).

Memandangkan jumlah kajian


mengenainya amat terhad, belum
ada lagi kata sepakat antara tokoh
Kurikulum mengenai definasi yang
paling tepat bagi Kurikulum
Tersirat.
Kurikulum • Chafel (1997), berpendapat terdapat 2 bentuk
Tersirat kurikulum yang dilaksanakan di sekolah:-
i. Kurikulum Overt (Terbuka)
ii. Kurikulum Covert (Tertutup)
Kurikulum Overt memberi fokus kepada Kursus
Pengajian Eksplisit manakala Kurikulum Covert
(tersirat) yang memberi fokus kepada
Pembelajaran Tacit (diaplikasikan tetapi tidak
didokumentasikan)
Kurikulum • Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat
lebih memberi penekanan kepada perekitaran
Tersirat yang wujud dalam kalangan warga kampus.
• Adams (2002), mengenalpasti Budaya akademik
sebagai Kurikulum Tersirat.
• Beliau berpendapat di antara peranan utama
pengajar dan ahli akademik di Institusi Pengajian
Tinggi ialah memindahkan Sistem Budaya
melalui strategi pengajaran dan penilaian yang
dilaksanakan.
Kurikulum • Margolis (2001), pernah menjalankan kajian
terhadap Kurikulum Tesirat di peringkat
pengajian tinggi telah mengadakan temubual
Tersirat dengan beberapa orang ahli akademik dari
pelbagai institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat.
• Beliau mendapati beberapa istillah yang sama
untuk kurikulum tersirat disebut oleh responden
termasuklah “tacit learning, unintended and
intended consequences of schooling, political
socialization, role development, mentoring and
intentional practices”.
Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian
berusaha membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan
Budaya antara kaum.

Kurikulum Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan


penerapan nilai Budaya masyarakat
Tersirat dengan melaksanakan aktiviti
sampingan khususnya aktiviti
Ko-Kurikulum.
Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui
aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia
dan aktiviti Kokurikulum.
Kurikulum Tersirat juga harus
menggalakkan interaksi dalam
kelas sosial.
Aktiviti yang dijalankan mestilah
Kurikulum melibatkan interaksi antara kelas
Tersirat sosial murid.
Penerapan terhadap nilai-nilai
murni juga boleh dilaksanakan
melalui pembentukan kurikulum.
Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam
kurikulum tersirat juga perlu
dirancang dengan teliti.
Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh
dimaksudkan seperti berikut:

i.Merangkumi semua pengalaman


pembelajaran murid di mana mereka belajar.

Kurikulum ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat


Tersirat
relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.

iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana


kurikulum sendiri.
(iv) Kewujudannya adalah
berbeza-beza bergantung kepada
lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana Kurikulum.

Kurikulum (v) Kurikulum tersirat tidak tercatat


dalam kandungan kurikulum
Tersirat berkenaan mahupun dalam penilaian.

(vi) Jenis dan pengkategoriannya


adalah berbeza-beza mengikut jenis,
tahap pembelajaran dan juga
matlamat kurikulum itu sendiri.
• Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan,
pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Bergenhenegouwen (1987) boleh
dijadikan sebagai asas dengan
beberapa pengubahsuaian.
• Tiga kategori diperkenalkan iaitu:-
Kurikulum i. Budaya belajar untuk belajar
Tersirat ii. Budaya belajar untuk menjadi
pengajar
iii. Belajar untuk Pembudayaan
• Carpenter (1985), telah membuat
kajian terhadap kesan kemahiran
Kurikulum belajar terhadap para guru pelatih.
Tersirat • Beliau telah membuat kajian terhadap
kesan kemahiran belajar ke atas guru
pelatih.
• Hasilan kajian beliau menunjukkan
bahawa kumpulan guru pelatih yang
tidak diajar dengan kemahiran belajar
didapati tidak mempunyai keyakinan
untuk mengajar kemahiran belajar di
sekolah.
Kurikulum yang didefinisikan oleh
tokoh-tokoh pendidikan
sebenarnya merangkumi seluruh
kandungan serta meliputi
pengalaman pembelajaran yang
diperoleh murid.

Kelihatan seolah-olah pengalaman


pembelajaran lain seperti iklim,
budaya, kepercayaan, sikap dan
nilai tidak wujud dalam sistem
pendidikan formal.

Anda mungkin juga menyukai