Anda di halaman 1dari 2

Di dalam bilik darjah, para guru berdepan dengan murid yang terdiri daripada

pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Kepelbagaian yang wujud
antara murid ini perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya oleh seorang guru agar dapat
membantu guru memahami gaya pembelajaran setiap murid melalui penggunaan strategi
pengajaran yang lebih berkesan.

Sebagai seorang guru, beliau perlulah mengajar murid-murid di sekolah tanpa


mengambil kira kelas sosial dan harus bijak mengendalikan kelas sosial yang wujud di kelas
supaya satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan
menjadi menyeronokkan. Contohnya, seorang guru seharusnya memastikan murid-
muridnya ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar belakang semasa
melakukan sesuatu aktiviti kumpulan. Ini secara langsung akan memberi peluang kepada
murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain sekaligus mewujudkan pergaulan yang
tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya serta masyarakat. Suasana pembelajaran
yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru mengawal persekitaran
bilik darjah dengan berkesan.           

Selain itu, guru juga pandai merancang aktiviti p&p yang boleh disertai oleh semua
murid di dalam kelas dan isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti
dielakkan supaya dapat memberi peluang pendidikan yang saksama kepada semua murid
tanpa mengira kaum dan jantina. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya
mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan sedemikian.

Kesan daripada kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia memberikan cabaran kepada


guru untuk memastikan kaedah PdP yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid.
Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap
professional dalam pekerjaannya. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang
pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan
kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.
Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam
satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi
peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya
mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat.
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru
untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
      
      
Bukan itu sahaja, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri
sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk
memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini
dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru
dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta
memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan
sebagainya. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid.
Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin
dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan
menjadikan guru sebagai idola mereka.

Anda mungkin juga menyukai