Anda di halaman 1dari 10

Implikasi Kepelbagaian Sosio-

Budaya -: GURU :-
GURU
Guru
 Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid
yang berkenaan.
 Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut
kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.
 Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina
yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.
Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial
mengambarkan perbezaan cara hidup atau
pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori
individu yang mempunyai hubungan yang sama
dengan punca-punca pengeluaran.
Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu:
i. Golongan Atasan
ii. Pertengahan Atasan
iii. Pertengahan Bawahan
iv. Pekerja
v. Golongan Bawahan
Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani
supaya tidak ada murid yang berasa mereka
dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan oleh guru dalam kelas.
Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial akan
mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok
dalam sesuatu masyarakat.
Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami
dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang
sesuai.
Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara optimum.
Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri
Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran
dengan perasaan yang seronok.
 Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah
akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem
motivasi dan sebagainya.
 Guru mesti mengamalkan ketepatan masa.
 Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid (Mixed-Ability
Students).
 Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk
melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda.
 Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi
dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour).
 Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta
memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.
 Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk
menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak
diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan
berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan
murid.
 Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari
pelbagai Sosio-Budaya.
 Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh atau
mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid
mereka.
 Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan
pelbagai dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan
impak kepada pembelajaran.
 Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama
rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
Pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai