Anda di halaman 1dari 2

4.

Peranan guru dan pelajar dalam pendekatan blended learning


4.1

Peranan guru

Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk sentiasa mencari ilmu serta
mengamalkan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara.
Pengamal ilmu membawa maksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan
pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Pendidik yang berjiwa guru menganggap tugas
mengajar adalah suatu amanah yang diberikan kepadanya untuk berbakti dan bersedia
berkongsi ilmu tanpa mengharapkan habuan dan pengiktirafan demi kemajuan bangsa dan
negara.
Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang berjaya in mengambil masa yang agak
lama. Penguasan ilmu dan pengetahuan isi kandungan pelajaran melalui pembacaan,
perbincangan dengan rakan sejawat, menghadiri khusus dalam perkhidmatan, mejalankan
penyelidikan dan mempamerkan sikap keterbukaan kepada peluang pemerolehan ilmu.
Pengetahuan bedasarkan buku teks sahaja tidak memadai, memandangkan perkembangan
maklumat dan pengetahuan baharu sentiasa berlaku. Justeru, guru perlu menjadi pelajar
sepenjang hayat memandangkan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang dan berubah.
Dalam aspek yang dibincangkan pada kali ini iaitu pembelajaran teradun ( blended
learning ) guru berperanan sebagai penggerak utama dalam memastikan pengajaran dan
pembelajaran secara blended learning ini berhasil den memberikan manfaat kepada murid.
Guru haruslah berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan pelajar telah
mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segara perancangan yang ingin dibuat untuk
menjalankan pembelajaran teradun ini haruslah dibuat mengikut turutan aktiviti supaya
objektif pembelajaran yang ingin dilakukan tercapai.
Aspek peranan guru seterusnya adalah sebagai fasilitator dalam mengendali proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memantau kerja yang dilakuakan oleh pelajar
terutama sekali apabila menggunakan facebook sebagai blended learning kepada murid.
Seperti sedia maklum, facebook merupakan satu laman sosial yang sangat popular dan
kewujudannya utamanya adalah sebagai media sosial yang boleh menyebabkan pengguna
lalai daripada melakukan aktiviti lain. Justeru, guru harus bertindak sebagai fasilitator untuk
memantau perlakuan murid agi memastikan mereka melakukan aktiviti pembelajaran ingin
dilaksanakan.
Seterusnya, guru boleh memanfaatkan penggunaan penggunaan blended learning ini
untuk mengembangkan lagi idea, ilmu dan maklumat disebabkan pembelajaran menggunakan

facebook ini tidak terbatas seperti penggunaan buku teks atau perjumpaan secara dalam kelas.
Pembelajaran ecara kolaboratif boleh digunakan oleh guru dan murid. Guru boleh berkongsi
pelbagai sumber pengajaran seperti teks, grafik, audio video dan animasi kepada murid.
Penilaian boleh dilakukan oleh guru dengan mengadakan perbentangan dalam kelas hasil
pembelajaran yang dilakukan di dalam facebook. Ini akan menggalakkan percambahan
pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.
4.2

Peranan murid

Pelajar harus berfikiran terbuka dalam menerima maklumat yang disampaikan oleh guru
ataupun maklumat yang berkaitan. Pelajar harus bergantung kepada keupayaan diri sendiri
dan tidak hanya bergantung kepada guru untuk menyampaikan maklumat berkaitan. Mereka
boleh mencari maklumat yang berkaitan dan berkongsi dengan rakan. Maklumat yang
diperoleh juga harus diberikan kepada guru untuk memastikan maklumat yang diperoleh
adalah berkaitan dan boleh dijadikan rujukan. Murid harus cuba menghubungkait maklumat
yang diberikan oleh guru dengan maklumat yang baru diperoleh. Secara tidak langsung, ini
membantu murid mengetahui pengetahuan yang lebis luas dan tidak terbatas hanya di dalam
buku tekas sahaja.
Selain itu, murid juga haruslah menguasai ilmu teknologi terkini seperti penggunaan
komputer, internet, facebook, emodo, twiter, email dan lain-lain. Sekiranya mereka gagal
menguasai ilmu ini maka mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran teradun ini. Mereka
boleh merujuk kepada guru sekiranya mereka masih gagal memahami cara penggunaan
teknologi ini. Murid perlu memberikan penekanan yang serius kepada kemahiran interaksi
digital kerana factor ini penting dalam menentukan pendekatan pembelajaran teradun
dilaksanakan.
Selain itu juga, pelajar harus mewujudkan pembelajaran secara koperatif sesama
rakan. Melalui hubungan interaksi antara rakan berkaitan pembelajaran dengan menggunakan
facebook maklumat dapat dikumpul dan dikogsikan bersama. Melalui perbincangan dua hala
ini juga, idea-idea baru dapat dikeluarkan untuk menghubungkain topik pengajaran dengan
maklumat tambahan yang diperoleh dalam internet.
Pembelajaran teradun ( blended learning ) memberi kelebihan kepada guru dan
murid. Melalui pengajaran dan pembelajaran berasaskan blended learning guru dan murid
saling melengkapi dianatara satu sama lain dalam memperoleh ilmu berkaiatan topik
pembelajaran. Murid lebih mudah mengakses maklumat pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai