Anda di halaman 1dari 4

18,847 kes kehamilan remaja iaitu 4,183 atau 22% adalah tidak

berkahwin. Manakala statistik bagi bulan Januari hingga Jun 2013,


jumlah kes adalah 8,433 iaitu 2,092 atau 25% dari mereka tidak
berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Chew Mei Fun berkata, berdasarkan
statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah anak tidak sah taraf pada 2009 ialah seramai 52,378 orang
dan meningkat kepada 52,982 orang (2010), 53,788 orang (2011) serta 58,715 orang pada 2012. - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/bilangan-anak-luar-nikah-meningkat1.32383#sthash.VCkJ53Z4.dpuf

STATISTIK KELAHIRAN BAYI LUAR NIKAH YANG MENAKUTKAN


Cuti Maulidurrasul dan Krismas menyaksikan begitu banyak tangkapan khalwat oleh pihak
penguatkuasa. Berita TV tidak habis-habis memaparkan kes serupa satu demi satu. Tidak
terkecuali ada di antara pelakunya merupakan pelajar sekolah agama, pelajar IPTA, guru dan
penjawat awam.
Di RPWP pula, sejak September lalu permohonan untuk menempatkan gadis hamil dan bayi
tidak sah taraf tiba-tiba meningkat. Awalnya kami hanya menyangka ia hanya kebetulan, mungkin
kesan pesta zina sambutan tahun baru dan valentine sahaja. Mungkin juga kerana ramai yang
baru tahu keberadaan RPWP selepas membaca artikel kami yang berkaitan.
Beberapa minggu lepas, sukarelawan kami yang menghantar anak ke hospital bertembung
dengan sekumpulan 8 pelajar sekolah yang hamil untuk membuat pemeriksaan. Berita yang
sama juga pernah dilaporkan pada bulan Jun 2010 di mana 16 pelajar hamil dari sebuah sekolah
di Terengganu.
Kami pernah artikelkan isu ini ditahun 2013 dengan memetik statistik kelahiran anak luar nikah.
Ketika itu kami petik statistik tahun 2009 di mana purata 4 kelahiran luar nikah dilaporkan dalam
sejam.
http://prihatin.net.my//tahap-kritikal-terkait-buang-bayi/
Tahun 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
dedahkan terdapat purata 6 kelahiran bayi tidak sah taraf mengikut statistik 2008-2010. Ini
bermakna terdapat peningkatan 2 kelahiran sejam berbanding rumusan statistik yang kami
perolehi sebelumnya. Ia bertepatan dengan unjuran yang kami kongsikan di artikel itu (sekitar 7
bayi sejam pada tahun 2013).
POPULASI ANAK LUAR NIKAH - UNJURAN STATISTIK TERKINI

Pengurusan data negara kita agak lembab. Berdasarkan pengalaman lalu, statistik 2015 ini
mungkin akan hanya kita perolehi antara 2-3 tahun lagi. Oleh itu, kita terpaksa berusaha sendiri
untuk mencongaknya berdasarkan maklumat dan pemerhatian sendiri.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat
lebih 257,000 sijil kelahiran bayi luar nikah sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Jika diambil kira
jumlah terkumpul sejak sebelum tahun 2000, ini bermakna setakat tahun 2008, sudah ada lebih
300,000 (lebih dari 3 muatan penuh Stadium Bukit jalil) populasi anak luar nikah.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah
dalam tempoh 4 tahun (1999-2003), 44% (30,978 dari 70,430) daripadanya adalah anak orang
Islam. Ia mengatasi jumlah dari bangsa dan agama lain di Malaysia.
Jika jumlah paling minima sehingga 2008, iaitu 300,000 orang diambil kira, dicampur pula
dengan jumlah kelahiran dari 2008-2010 (berjumlah 152,182), bermakna sudah terhimpun
seramai 452,182 orang pada 2010.
Jika dikira melalui purata yang sama 50727 setahun sekalipun (anggapkan tiada pertambahan
bilangan), maka akan ada pertambahan 253,635 orang lagi dari 2010 hingga 2015. Ini bermakna
populasi anak luar nikah yang terdaftar setakat 2015 ialah sekitar 705,817 orang.
Jumlah ini bersamaan dengan MUATAN PENUH 7 STADIUM BUKIT JALIL..!!!
Jumlah populasi sebanyak ini masih tidak mengambil kira unjuran statistik untuk kes kelahiran
yang tidak didaftarkan, bayi yang dibuang, pengguguran haram dan sebagainya.
Pada statistik 2005 terdapat 2 kelahiran sejam, dan tahun 2010 ia mendadak naik kepada 6
kelahiran sejam. Pastinya 2015 ini ia lebih dari 7 orang sejam.
NOTA:
Berikut adalah pertambahan bilangan dari Statistik Anak Luar Nikah (2006-2010):
TAHUN 2006 (38,258), 2007 (44,234), 2008 (46,822), 2009 (52,378), 2010 (52,982)
JUMLAH SECARA KESELURUHAN = 234,674 (dari 2006 2010 SAHAJA)
Sumber: JPN
LANTAS BERAPA BANYAKKAH BERLAKUNYA ZINA DALAM SEMINIT?
Setiap kehamilan pasti melibatkan sekurang kurangnya 1 zina. Itu tidak termasuk zina yang
berterusan di mana pasangan yang kemaruk seks melakukannya terus menerus ketika
pasangan wanitanya hamil. Ia juga tidak mengambil kira mereka yang pakai kondom,
menggunakan pelbagai kaedah cegah kehamilan, yang mengawal ejekulasi dan sebagainya.
Lantas berapa banyakkah perlakuan zina yang sebenarnya ???

Hukum statistik menunjukkan untuk satu penemuan kes sulit, ada sekitar 10 kes lagi bahkan
mungkin lebih yang tidak dilapur atau ditemui. Itulah yang kami dapati hasil perkongsian dengan
pihak PDRM, doktor, bidan dan pihak-pihak berkaitan kelahiran yang rapat dengan kami.
Semua laporan keluarga atau mangsa (gadis hamil / rogol) yang dirujuk kepada kami juga tidak
dilaporkan kepada pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu. Ini semua membenarkan law of
statistic bahawa sebenarnya apa yang dilapor hanya gambaran sahaja. Jumlah sebanar jauh
berganda dari itu.
Jika angka 7 kelahiran luar nikah sejam itu kita jadikan asas, bermakna telah berlaku minima 7
zina dalam sejam. Ambil kiraan mudah jika dari setiap kelahiran itu pasangan mengulangi 10 kali
zina, samada ia berlaku sebelum hamil dengan menggunakan pelbagai kaedah cegah kehamilan
atau meneruskan zina selepas hamil untuk memuaskan nafsu dengan rasa selamat tanpa perlu
khuatir hamil lagi. Bermakna untuk golongan 7 kelahiran sejam itu sahaja sudah ada gandaan
kekerapan 70 zina sejam, atau lebih dari 1 zina setiap minit.
Seorang pengasas kami menyewa sebuah kedai berhampiran sebuah IPTA. Di atasnya ada 3
tingkat apartment yang disewa pelajar IPTA. Setiap pagi banyak kondom yang dibuang dari
tingkat atas. Itu semua petanda berleluasanya zina. Sebuah akhbar tempatan pernah
mewawancara seorang gadis yang mengaku telah 'meniduri' 30 lelaki hasil perkenalan melalui
FB. Seorang gadis yang kami sendiri jaga mengakui pernah meniduri 285 jantan.
Tidak tergamak untuk kita mengira berapa banyaknya perlakuan zina di zaman ini. Yang pasti
setiap saat kita menyedut udara tuhan, satu zina sedang menemani nafas kita.
Nantikan perkongsian khusus pengalaman kami dalam mengurus dan menjaga anak tidak sah
taraf ini dalam artikel khas bertajuk "DILEMA ANAK TIDAK SAH TARAF".

1. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim,
seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara
sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada
2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai
16,100 orang. 2. 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada
tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam)
dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah
Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47
kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada
tahun 2009. 3. Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka
4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009.
Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram
setiap hari. 4. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa,

sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. 5. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes
anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika
diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
6. Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar
nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak
sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Pecahan mengikut negeri: Selangor =
12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah
= 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Pengertian
Anak luar nikah atau anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada ibu yang tidak
mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dengan lelaki yang menyetubuhinya dan bukan
anak daripada perhubungan perkelaminan salah sangka ( wati syubhah ).
Dalam kebanyakkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia,
anak tak sah taraf ditafsirkan sebagai : Seorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu
samada berpunca daripada perbuatan zina atau dirogol atau melalui cara saintifik yang
bertentangan dengan hukum Syara`.
Anak tak sah taraf juga bukan anak daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada
anak perhambaan atau anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah daripada
tarikh akad nikah. [1]
Anak tersebut (TST) dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah (tahun qamariyyah)
dari waktu Imkan al-Dukhul dan ia bukan daripada persetubuhan syubhah.
Manakala anak tersebut juga (TST), boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan
kelahirannya dengan syarat lelaki tersebut tidak menafikan yang anak tersebut bukan
daripada hasil hubungannya dengan ibu kepada anak berkenaan. Disamping itu juga tidak
berlaku penafian oleh kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa kepada anak tersebut, juga
pengisytiharan penafiannya tidak dihebahkan kepada orang ramai, dan anak tersebut lahir
setelah enam bulan atau lebih daripada tarikh pernikahan, maka anak tersebut dikira
sebagai anak yang sah taraf menurut pandangan Islam walaupun anak tersebut terhasil
sebelum dari akad nikah yang sah dan lelaki tersebut menanggung segala yang telah

Anda mungkin juga menyukai