Anda di halaman 1dari 20

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

‘PEMBUANGAN BAYI’

 NORSYAHIRA BT ZANIL ABDIN


 FATIN FASEHA BT ABD WAHID
 NUR FATHIAH BINTI ZAINUDIN
 CHE NUR AFIQAH BT MOHAMAD
 NUR SYAFAWANI BT YUSOFF
INDEKS
BIL BUTIRAN M/S
1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 4-5
3. Renungan 6
4. Statistik Pembuangan Bayi 7
5. Faktor Pembuangan Bayi 8-9
6. Ciri-ciri remaja yang terlibat 10
7. Kesan pembuangan bayi 11-12
8. Analisa pembabitan 13
9. Langkah mengatasi 14
10. Lampiran 15-18
11. Kesimpulan 19
12. Rujukan 20

PENGHARGAAN
2
 Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan
limpah kurnia Nya dapatlah kami
menyiapkan tugasan yang
diberi.Jutaan terima kasih kami
ucapkan kepada pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
terutamanya kepada Ustaz Amiruddin
bin Md Zain yang banyak memberi
bimbingan untuk kami menyiapkan
tugasan ini.

PENGENALAN

3
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang dan lain-lain
tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana
berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka
sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal
ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat
setempat.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan
mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap
demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya
memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata
ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong
dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang
rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan
anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini.
Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu
dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga
menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat

4
golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik.
Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran
dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang

RENUNGAN …

5
 “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin
dengan sengaja,maka balasannya ialah neraka
jahanam,kekal dia didalamnya dan Allah murka
kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar".

 "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi


neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin
dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-
ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan
allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar
(ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti
binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat
lagi.Mereka itulah orang yang lalai".

STATISTIK PEMBUANGAN BAYI

6
Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perluditangani
habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JMK
menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.

Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes
pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes
pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut
berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak
bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,


sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula
dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri
Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan
Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.

Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan
kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi
gejala sosial ini. Faktor keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media massa dan media
cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang
ada segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada
permasalahan tersebut.

Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak merasakan


bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkan
program yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya
menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah sosial
terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan
pembuangan bayi.

FAKTOR- FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

7
Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan
ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat beberapa
faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di


kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.

Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya
kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya
malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya.

Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan


bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu
jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam
masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini dikalangan
pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu bapa mesti sedar
dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu
bersama anak- anak.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah


pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.Umat Islam mungkin pada saat ini
sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan
tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang
kasih sayang ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetengah masyarakat memandang hina orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu

8
timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.
Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak
berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan

CIRI-CIRI REMAJA YANG TERLIBAT


DALAM KES PEMBUANGAN BAYI

9
Berdasarkan pemerhatian dan penelitian dalam beberapa rujukan mendapati
terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan
bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang
dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak
memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.

Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti


Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan
tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka
yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah
golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi
kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang
menyeleweng.

Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan
yang tersasar.Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap
dalam diri. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan
tanpa mengira larangan agama.

Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci
pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga
tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi
mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun
mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.

Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama
pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-
anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir
sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

10
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada
masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.

Kesan – kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian


seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat
dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita
sendiri.

Bayi merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur
dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja.
Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka
hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul
gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa.

Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan
oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat
yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang
di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain
itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan,stesen kereta api dan pintu pagar
klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut
dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran
daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil
kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan
pulangan keuntungan yang lumayan.

Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan dari
sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu
bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar.
Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang
lain.

Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.Hal ini
akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi
undang-undang agama dan negara.

Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan


yakni wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa
berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan

11
oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai lagi.
Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan
ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di
muka mereka. Oleh itu masa masa depan anak- anak akan terbiar dan tidak terpelihara
sekiranya ibu bapa bercerai.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat
besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan
berlaku ialah kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan
ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah
kebajikan masyarakat.

ANALISA PEMBABITAN

12
Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu
awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang dapat dilihat
pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum
pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal dan dari
segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta
bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja. Remaja juga akan membentuk
kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza.

Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akan cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari
ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina dan melalui
pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral
dalam masyarakat. Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan
dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah
lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah
terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali
diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku
dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.

Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang


menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh
keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman
kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan
melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh
dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk, betul dan salah.

Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik
berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik
daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

13
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada
haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup
mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak
diisi dengan ajaran agama.

Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak
mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Justeru, semua pihak di negara ini sama-sama memainkan peranan dalam


menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi
keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.
Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara
bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak


perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada
terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral
perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka
yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-
perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk
hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya

Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka
hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua
pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar
mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk
dijadikan sebagai perisai diri.

14
LAMPIRAN

15
16
17
KESIMPULAN
18
Masyarakat perlulah bersatu padu
menggembleng bagi mencegah dan membanteras
supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan
lebih serius.Pihak atasan seperti badan-kerajaan
perlu mengambil tindakan dan perlu lebih peka dan
menganjurkan ceramah dan motivasi kepada para
remaja supaya mereka mendapat lebih informasi
dan sedar tentang kesannya.

RUJUKAN

19
 Ustaz Amiruddin bin MohdZain
 http://www.scribd.com/doc/18962653/HashimBedu20
08KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga
 http://www.scribd.com/doc/19744558/pembuangan-
bayi

20

Anda mungkin juga menyukai