Anda di halaman 1dari 3

NAMA : SYAHIRAH BINTI JOHAR TARIKH : 1 OKTOBER 2020

NO MATRIKS : D1810473

KOS : DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH

SEMESTER : 5

SUBJEK : ETIKA DAN MORAL (MUT 2163)

BAHAGIAN A (SOALAN ESEI)


1. PEMBUANGAN DAN PEMBUNUHAN BAYI ADALAH ANTARA JENAYAH YANG
PALING KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN (ANITA ABDUL RAHIM ET
AL,2012). BAYI YANG LAHIR DAN TIDAK DIINGINI DIBUANG DAN DITEMUI
DALAM KEADAAN TIDAK BERNYAWA DI TEMPAT KOTOR SEPERTI DI DALAM
TONG SAMPAH, DIKERUMUNI SEMUT DI ATAS RUMPUT, HANYUT DI DALA
SUNGAI, DIGONGGONG BINATANG BUAS,DIBUANG DALAM
TANDAS,DITANAM DAN SEBAGAINYA. (ADIBAH BAHORI DAN SITI ZUBAIDAH
ISMAIL, 2016)

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI?

JAWAPAN :
Hampir setiap hari kita dihantui penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat
Malaysia melalui akhbar, media massa, radio dan telefon bimbit iaitu gejala
pembuangan bayi. Tindakan daripada segelintir sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab ini yang telah membuang bayi mereka untuk menyembunyikan
perbuatan jahat yang mereka sudah lakukan.

Antara faktor-faktor gejala pembuangan bayi ini adalah, kurangnya didikan agama.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ini adalah punca utama masalah ini berlaku.
Biasanya juga penyumbang kepada masalah ini memang terdiri daripada remaja
ynag kurang didikan agama oleh keluarga. Hal ini menyebabkan mereka tiada rasa
bertanggungjawab, prihatin, serba salah, kasihan dan snaggup mengorbankan anak
mereka demi menutup aib mereka yang penuh dengan nafsu sarakah. Oleh itu ibu
bapa perlu mengambil langkah drastik dengan menitik beratkan pendidikan agama
dan moral untuk menyedarkan anak-anak tentang pahala dan dosa. Didikan
keagamaan ini amat penting dan hendaklah dididik dalam jiwa mereka setiap masa
sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu.

Selain itu, kesibukan ibu bapa juga menjadi punca masalah ini semakin berleluasa.
Sikap ibu bapa yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan anak-anak telah
menyebabkan mereka berasa kurang kasih sayang, tidak diberikan perhatian dan
tidak diperlukan. Ibu bapa tidak harus bersikap enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing masing demi mengejar kemewahan harta. Malah mereka perlu lebih
prihatinkan anak-anak, meluangkan masa dan kerap berkomunikasi supaya mereka
tidak merasa hilang tempat untuk mengadu.

Seterusnya, pengaruh daripada rakan sebaya juga adalah faktor membarahnya


gejala ini. Hal ini kerana remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan mereka dan
bertambah teruk lagi apabila mereka yang berdarah setampuk pinang usia setahun
jagung ini mula bergaul dengan rakan yang rosak akhlaknya. Kesudahannya, rakan
yang negatif ini akan mengajak mereka melakukan perkara yang diluar batasan
syariat dan norma masyarakat misalnya pergi ke kelab malam,pergi ke minum arak,
terlibat dengan dadah, dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang sudah terjebak
akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati
dirinya mengandung. Dalam keadaan terdesak mereka terpaksa membuang bayi
mereka tambahan lagi dengan pasangannya yang larikan diri dan tidak mahu
bertangghungjawab.

Selain itu juga, penggunaan jaringan internet secara tidak terancang juga adalah
faktor masalah ini. Hal ini kerana aktiviti seksual mereka secara berleluasa bermula
dari sini. Pada awalnya hanya berhubungan melalui beberapa aplikasi, kemudian
suka sama suka, terlalu percayakan lelaki, diajak berjumpa dan akhirnya melakukan
seks luar nikah, diajak ke tempat-tempat tidak sepatutnya dan dirogol. Ada pula yang
berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar, baru mengenali melalui laman sosial,
sudah miang untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks. Keruntuhan moral ini
juga dipengaruhi oleh cara hidup dan kejutan budaya yang dialami.

Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya, sebagai masyarakat islam,


kita patut bersama-sama mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan
menekankan soal agama. Keluarga juga adalah pelindung utama dalam membentuk
sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan dan
media massa juga perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran di sekolah-
sekolah,menyiarkan di kaca televisyen untuk membangkitkan kesedaran remaja
daripada membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan. Misalnya kerajaan juga
boleh membuat kempen “kami prihatin”. Kempen yang dilaksanakan juga hendaklah
berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Tuntas bicara, isu pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng. Semua
pihak harus memberikan komitmen sepenuhnya dan hendaklah berganding bahu
bagai aur dengan tebing. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai,
masalah ini akan dapat ditanggani dari akar umbinya.
2. APAKAH NILAI NILAI YANG PERLU DIPEGANG OLEH PEMBUANG BAYI BAGI
MENGELAKKAN DARIPADA TERJADINYA PEMBUANGAN BAYI ?

JAWAPAN :
a) Nilai patuh kepada ajaran agama
Nilai ini patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi mereka sesuka hati
kerana setiap agama menuntut penganutnya melakukan perbuatan yang amar
maaruf dan nahi mungkar. Patuh kepada ajaran agama juga penting kerana dapat
membimbing seseorang serta melindungi mereka daripada melakukan perkara
membuang bayi dan seks luar nikah.

b) Nilai Bertanggungjawab
Nilai bertanggungjawab perlu diterapkan oleh wanita yang berani mengambil
risiko untuk berzina dan melakukan seks luar nikah. Hal ini kerana membuat
hubungan seks kemungkinan besar akan menyebabkan kehamilan. Para penzina
ini sepatutnya bertanggungjawab dan prihatin terhadap anak yang berada
didalam kandungannya. Contohnya dengan memelihara bayi tersebut dan
menjadi ibu bapa yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Selain itu juga,
bayi tersebut boleh dihantar ke sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan
Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim yang mana menyediakan ruang
khas pelindung bayi atau Baby Hatch. Sesiapa yang terdesak boleh
meninggalkan bayi mereka disini, sekurang kurangnya mereka masih lagi
bertanggungjawab untuk memastikan nak itu selamat daripada membuangnya.

c) Nilai berperikemanusiaan
Nilai ini adalah nilai yang mempunyai sikap berhati perut terhadap sesuatu
perkara atau dengan kata lain tidak bersikap kejam. Lebih kasar lagi apabila ia
dipanggil “sikap seperti binatang”. Tetapi hakikatnya,binatang lebih tahu
menyayangi anak mereka berbanding manusia seperti golongan ini. Membuang
bayi ini adalah sifat tidak berperikemanusiaan kerana boleh dianggap membunuh.
Sedangkan dalam islam hukum membunuh adalah haram dan jika negara kita
menjalankan hukuman qisas, maka pembuang bayi ini boleh dijatuhkan hukuman
qisas kerana membunuh anaknya ataupun dikenakan diyat.

d) Nilai Kasih sayang


Nilai ini menimbulkan perasaan sayang terhadap anak dan membolehkan gejala
pembuangan bayi diatasi. Misalnya, jika seorang ibu itu menyayangi anaknya, ibu
itu tidak tergamak untuk menggugurkan apatah lagi membuangnya.

e) Nilai Rasional
Rasional bermaksud boleh berfikir dengan lebih jauh berdasarkan kesan dan
akibat yang akan berlaku. Contohnya, jika seseorang itu nekad membuang
bayinya, dia perlu memikirkan akibat terhadap keputusan tersebut. Kemungkinan
besar akan menyebabkan maruah keluarga terjejas,memalukan keluarga dan diri
sendiri dan juga bayi terbunuh dalam keadaan yang tragis dan kejam.

Anda mungkin juga menyukai