Anda di halaman 1dari 12

FACULTY OF ISLAMIC MANAGEMENT

SEMESTER MEI 2023

PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA

NO. MATRIKULASI : 810824016051001


NO. KAD PENGENALAN : 810824016051
NO. TELEFON : 019-3214353
E-MEL : razimann_ahmad@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTER
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. ISI KANDUNGAN 2
2. PENGENALAN 3
3. PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI 4 HINGGA 5
4. KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI 6
5. PENYELESAIAN PEMBUANGAN BAYI 7 HINGGA 10
6. KESIMPULAN 11
7. RUJUKAN 12
PENGENALAN PEMBUANGAN BAYI
Perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan dan menghilangkan. Perkataan bayi pula
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Pembuangan bayi pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa rasa
sifat berperikemanusiaan. Daripada definisi yang tertera didalam kamus dewan ini, telah menjelaskan
bahawasanya pembuangan bayi ini adalah kelakuan yang amat keji dan dilarang.
Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang
lebih kompetetif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun disebalik kemodenan ini, mereka telah
lupa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari terdapat laporan tentang pembuangan bayi
dimerata-rata tempat seperti di dalam tandas, ditepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak
bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan
berperikemanusiaan.
Isu pembuangan bayi yang tidak pernah kesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh
dianggap sebagai wabak atau bencana kepada Negara. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin
banyak dilaporkan di dada akhbar dan yang paling menyayat hati, terdapat bayi yang tidak berdosa
bukan sahaja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang
tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun.
Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas.
Mereka sanggup buang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang
baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat
setempat.
Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin
membunuh anak mereka ketika di lahirkan, tapi kebanyakan atas faktor surviva (dijadikan makanan).
Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu.
PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

a) Daripada Ibu Bapa


Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah
menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan
hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di
sekolah atau IPTA dan lain-lain.
Oleh itu, tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan
merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar
lewat malam bersama pasangannya. Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh
dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun
apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.
b) Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA
mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang
berbeza. Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut
dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi.Jika remaja
tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya.
Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan
agama seperti maksiat, penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.
c) Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik
Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang
mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh.Oleh
itu, remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah,
penayangan filem berunsurkan seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar
lucah.Bahan- bahan ini telah mendorong mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan
maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah.
d) Daripada Diri Sendiri
Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Seperti mana
terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan
di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah
terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan
dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu.
Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan
keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan
lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-
anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya:
” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka
itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai
KESAN PEMBUANGAN BAYI
Beberapa penulisan ilmiah tentang kesan-kesan pembuangan bayi pernah diutarakan oleh beberapa
orang penyelidik sosial yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran serta kekerapan kes
pembuangan bayi kepada masyarakat di negara kita. Tidak dinafikan masalah sosial di negara ini
masih lagi diperingkat terkawal dan tidaklah membimbangkan, namun begitu masih terdapat kes-kes
terpencil yang sering kedengaran di dada-dada akhbar serta saluran komunikasi yang lain seperti
facebook, youtube dan siaran televisyen. Walaupun masyarakat kita kini semakin berani melakukan
perbuatan terkutuk tersebut tetapi kemajuan bidang teknologi juga telah sedikit membataskan
perbuatan mereka. Dek kerana takut perbuatan ini diketahui umum maka kegiatan pembuangan bayi
sudah semakin berkurangan mutakhir ini.
Sebagai seorang pelajar ataupun pengkaji, kita perlu mengetahui kesan pembuangan bayi dari
pelbagai sudut pandang. Hasil analisa serta andaian dan pemerhatian kepada kes ataupun isu-isu
pembuangan bayi yang sebenar, ianya akan membawa kita kepada dimensi tepat dalam mengetahui
sejauh mana kesan pembuangan bayi ini. Dapat diandaikan juga kesan-kesan pembuangan bayi ini
akan hadir dalam dua kesan utama iaitu kesan jangka masa panjang dan kesan jangka masa pendek
serta memberi impak yang tidak baik kepada kehidupan mangsa.
Pertama sekali, kesan pembuangan bayi akan menujukkan imej yang tidak baik kepada masyarakat
kita yang terkenal dengan sifat kesantunan serta menghormati adat dan mempercayai agama.
Masayarakat kita berpegang teguh kepada adat ketimuran yang tidak mengamalkan sebarang
pergaulan bebas. Kita juga sejak dari awal lagi telah didedahkan dengan perhubungan atau
perkahwinan sah didalam pelbagai anutan agama. Hubungan suci perkahwinan seharusnya dipelihara
dengan menjaga zuriat atau warisan yang diterima sebagai rezeki dan kurniaan daripada Allah S.W.T.
Di Malaysia sahaja kita digalakkan mendaftarkan perkhawinan dari segi perundangan dan dari sudut
agama pula perlu melalui proses pernikahan mengikut adat dan kepercayaan agama masing-masing.
Kedua, kesan yang jelas hasil dari perbuatan ini ialah bayi yang telah dibuang akan dipandang hina
serta disisihkan oleh masyarakat sekeliling. Bukan sahaja kesan jangka pendek ianya akan berterusan
sehinggalah dia menginjak usia dewasa, secara langsung ia akan menggangu emosi mangsa (bayi)
tersebut. Perkara ini juga akan mencentuskan masalah sosial yang lain memandangkan mangsa akan
sukar menerima keadaan diri sendiri dan tiada sokongan ibu serta bapa sendiri. Walaupun dibantu
oleh agensi kerajaan dan ditempatkan di pusat-pusat kebajikan, ianya tidaklah menyelesaikan masalah
ini secara total.
Ketiga, peningkatan kes-kes jenayah serta perzinaan. Kes-kes pembuangan bayi akan diketegorikan
sebagai jenayah mengikut undang-undang termaktub di negara kita. Melalui penguatkuasaan undang-
undang pendaftaran perkahwinan di negara kita, hubungan sah yang telah ditentukan adalah melalui
pendaftaran perkahwinan melalui pejabat agama setempat bagi yang beragama islam dan Jabatan
Pendaftaran Negara(JPN) bagi agama-agama lain. Terdapat juga pendaftaran yang didaftarkan melalui
pentadbir Daerah serta kampung untuk tujuan kemudahan pasangan. Selain daripada badan-badan
berkenaan adalah menjadi kesalahan bagi rakyat Malaysia yang berkahwin dan tidak didaftarkan.
Perkara ini juga akan menambahkan serta menyusahkan pihak berkuasa seperti PDRM dan
Penguatkuasa Agama untuk menjalankan siasatan dalam menyelesaikan kes-kes tersebut.
PENYELESAIAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

1) BABY HATCH

Baby Hatch merupakan cara untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi dan ianya hanyalah
penyelesaian untuk jangka masa pendek. Ia telah di rasmikan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Orpahan Care. Baby Hatch bertujuan untuk
mewujudkan tempat perlindungan bayi yang dilahirkan tanpa ada talian yang sah bagi menegelakkan
berlakunya pembuangan bayi.

2) RUMAH PERLINDUNGAN

Menyediakan rumah perlindungan bagi wanita-wanita yang sudah terjebak didalam gejala-gejala
negatif. Ia bagi membantu mengurangkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan
adanya rumah perlindungan ini, mereka dapat menginsafkan diri mereka. Hal ini juga dapat
menyelamatkan mereka yang sedang mengandung anak luar nikah dan secara tidak langsung ia dapat
menyelamatkan bayi tersebut daripada dibuang merata tempat dengan keadaan yang menyedihkan.

3) PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa hendaklah sering membuat pemantauan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara
yang tidak diingini. Dengan adanya pemantauan, ia dapat mengurangkan berlakunya perkara sebegini.
Pihak berkuasa juga hendaklah mengetahui dan peka terhadap tempat-tempat atau kawasan yang
sering berlakunya perbuatan terkutuk ini seperti hotel-hotel, kawasan hutan, kawasan taman dan lain-
lain. Secara tidak langsung juga, ia dapat mengurangkan berlakunya perbuatan seks rambang yang
boleh mendorong kepada kelahiran anak luar nikah.

 
Kaedah Untuk Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi
Individu
Statistic menunjukkan kadar pembuangan bayi di negara kita semakin meningkatdari setahun ke
setahun. Hal ini memeningkan banyak pihak termasuk pemimpin danibu bapa. Perkara ini jika tidak
dibendung segera, akan memberi banyak kesan negatif kepada negara. Suatu tindakan dan keputusan
haruslah dibuat segera untukmengelakkan masalah ini dari terus berleluasa dan sukar untuk
diselesaikan. Selain itu, pembaziran wang negara juga dapat dielakkan. Hal ini kerana, setiap tahun
kerajaanMalaysia memperuntukkan jutaan ringgit untuk membiayai kos ibu hamil dan anak
luar nikah. Selain itu, pertambahan bilangan anak tak sah taraf juga boleh membawakepada kes
jenayah seperti rompak, ragut dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak pilihan atau kaedah yang
boleh digunakan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Walaubagaimanapun untuk mengubah
sesuatuperkara itu haruslah bermula dengan individu itu sendiri. Pertama sekali, setiap orang
hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan didikan agama yang
sempurna. Agama mengajar dan memimpin manusia kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu
wajib bagi manusia menuntut ilmu agama. Walaubagaimanapun, bak kata pepatah arab „ilmu yang
tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah‟. Maksudnya disini segala suruhan yang diajar
dalam agama hendaklah diamal dan dipatuhi, bukan belajar semata-mata tanpa pengamalan. Dalam
Islam contohnya, telah mengajar umatnya supaya menjauhi perbuatan zina. Namun kita lihat pada hari
ini, ramaimanusia yang mengaku dirinya beragama islam tetapi tanpa segan silu berpeluk ciumdi
khalayak ramai. Mereka ini orang belajar agama, tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh dilarang
dalam agama. Maka hasilnya, bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa hasil kerakusan
manusia memenuhi gelojak hawa nafsu. Perkara kedua yang membawa kepada gejala pembuangan
bayi ialah faktor pemakaian. Pada hari ini berbagai-bagai fesyen wanita yang menjolok mata laris
dipasaran. Hasilnya pemuda-pemuda yang baru menginjak dewasa mula tergoda. Anak-anak gadis
menjadi mangsa. Tak mengapalah, itu dunia mereka. Tetapi bagaimana dengan benih yang mula
bercambah hasil hubungan haram ini? Adakah layak dia menghuni kaki lima masjid, tempat
pembuangan sampah, hutan belukar? Adakah benih ini tidak layak digelar manusia? Fikir-fikirkanlah.
Jangan pula seratus peratus hendak disalahkan kaum lelaki kerana kononnya meraka tidak pandai
mengawal nafsu. Pada masa yang sama, harus juga melihat kepada orang wanita yang sebagaimana
dalam hadis, nabi ada menyebut. Mafhumnya “mereka ini memakai pakaian tetapi bertelanjang‟.
Kesimpulannya di sini pakaian dan pemakaian memainkan peranan penting dalam meningkatkan
hawa nafsu manusia terutamanya sang lelaki.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:


· Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
· Peranan ibu bapa
· Peranan pihak media massa

a) Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO


Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak
berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan
anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan
hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup. Oleh itu, mereka
akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-
badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial
dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan
masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah
sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
b) Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah
terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama. Didikan agama yang sempurna perlu
diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja
yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka
dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi
pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan
seks bebas.
c) Peranan Pihak Media Massa
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada
masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran
haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan
berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan
membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa
Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam
melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan
melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.
CARA MEMBENTUK REMAJA MENJADI INSAN YANG BERGUNA
Ibu bapa harus memainkan peranan prioriti seperti mendidik anak-anak ilmu agama, ilmu
akademik.Contohnya, menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama,
memastikan anak-anak mempelajari ilmu kitab (Al-Quran) untuk menjadikan anak-anak Berjaya
didunia mahupun di akhirat.Oleh itu, ibu bapa yang bertanggujawab memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan remaja yang berguna samalah seperti hadis 'anak dibaratkan kain
putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya'. Selain itu, remaja juga harus mendekatkan diri dengan
Allah SWT seperti menjaga solat untuk menjadi insan yang berguna. Contohnya, pelajar yang
menjaga tata tertib dansopan akan berjaya dan disayangi oleh orang sekeliling dan pelajar yang
mempunyai personaliti yang baik akan memberi contoh kepada remaja lain untuk mempunyai
personaliti yang baik juga Oleh itu, remaja sendiri harus memainkan peranan untuk menjadi insan
yang berguna. Seterusnya, kerajaan juga berperanan untuk mengadakan kempen seperti kempen
kesedaran yang efektif untuk remaja-remaja. Kempen kesedaran boleh mengunakkan kecanggihan
seperti media sosial, media massa untuk memberikan kesedaran kepada remaja-remaja seperti kempen
'Anda Disayangi' namun kerajaan haruslah dilakukan secara berterusan.
Contohnya, remaja akan rasa ingin berubah ke arah kebaikan dan tinggalkan segala keburukan kisah
lampau. Oleh itu, kerajaan juga berperanan untuk melahirkan insan yang berguna pada masa hadapan.
Di samping itu, guru berperanan juga untuk melahirkan remaja yang berguna. Peranan guru seperti
mengajar murid tentang kepnetingan sahsiah mulia. Contohnya, setiap pembelanjaran haruslah
diselitkan sekali tentang sahsiah mulia yang patut ada pada murid-murid untuk menjadi orang yang
berguna pada masa hadapan Oleh itu, guru juga harus menitikberatkan pendidikan yang diberikan
kerana ia akan melahirkan insan yang berguna pada masa hadapan. Akhir sekali, sebagai anggota
masyarakat juga memainkan peranan untuk menegurkan tingkah laku remaja yang kurang memuaskan
serta melaporkan gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi
kudis. Contohnya, menegur remaja yang berlakuan tidak senonoh dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Oleh itu, masyarakat juga mempunyai peranan untuk melahirkan insan yang berguna.
KESIMPULAN

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. Ayat di atas
menunjukkan di antara perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia
bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di
dunia. Telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya penzinaan adalah satu perbuatan yang terkutuk
dan dibenci di sisi tuhan serta masyarakat. Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalah
pergaulan bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Dan kini kita
dikejutkan pula dengan kes pembuangan bayi tanpa belas kasihan. Dimana bayi-bayi itu dibuang
dengan bermcam-macam keadaan yang tidak sanggup lagi didengar dan dilihat.
Pada masa kini, zaman telah berubah kembali kepada zaman jahiliah dimana bayi ditaman hidup-
hidup. Tetapi pada masa itu, hanya bayi perempuan sahaja yang akan ditanam. Pada zaman jahiliah,
mereka membunuh kerana khuatiri anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman
moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Golongan ini adalah golongan
yang telah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah
lagi bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap
dan dalam keadaan yang menyedihkan serta menyayat hati.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang
baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran"
(riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy). Berdasarkan petikan diatas, dengan terang dan jelasnya betapa
bertanggungjawabnye seorang ayah terhadap anaknya. Memberi segala-galanya dengan penuh kasih
dan sayang serta tunjuk ajar yang betul. Tanggungjawab itu akan berakhir apabila anak itu
dikahwinkan. Pengakhiran bagi seseorang anak bukan dengan membuangnya didalam keadaan yang
teruk tetapi sebaliknya seperti yang dinyatakan didalam sabda tersebut.

(2751 PATAH PERKATAAN)


RUJUKAN
I. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/923248/jenayah-buang-bayi-masih-
berleluasa
II. book.com/102981118558951/posts/kesan-pembuangan-bayi-beberapa-penulisan-ilmiah-
tentang-kesan-kesan-pembuangan-b/107753628081
III. https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/prinsip-asas-islam/isu-
pembuangan-bayi-di-kalangan-remaja/15859747
IV. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/punca-punca-pembuangan-bayi.html
V. https://www.academia.edu/10728135/Esei_pembuangan_bayi
VI. http://remajapurbabergetah.blogspot.com/2010/08/pembuangan-bayi.html
VII. https://www.scribd.com/doc/135072670/Kaedah-Untuk-Mengatasi-Masalah-Pembuangan-
Bayi
VIII. http://loveallahsyiqah.blogspot.com/2011/06/pembuangan-bayi-puncalangkah-mengatasi.html

Anda mungkin juga menyukai