Anda di halaman 1dari 5

Pergaulan Bebas

Definisi
Pergaulanbebasseringdikonotasikandengansesuatuyangnegatif

sepertiseksbebas,narkoba,kehidupanmalam,danlainlain.Memang
istilahinidiadaptasidaribudayabaratdimanaorangbebasuntuk
melakukanhalhaldiatastanpatakutmenyalahinormanormayangada
dalammasyarakat.Berbedadenganbudayatimuryangmenganggap
semuaituadalahhaltabusehinggaseringkalikitamendengarungkapan
jauhipergaulanbebas.
Padamasakini,penyimpangandanmasalahseksual,khususdi
kalanganremajasemakinmembimbangkan.Pergeserankefahamanseperti
dosamasingmasingtanggung,kuburmasingmasingjaga,membuatkan
masalahdosadanzinasesuatuyangmuladipandangremeh.
Penyimpanganseks,iaituzinasesuatuyangamatkejidanmestidihindari
setiapMuslimsebagaimanafirmanAllahyangbermaksud:"...dan
janganlahkamumendekatizinasesungguhnyazinaituperbuatanyang
sangatkejidansatujalanyangsangatburuk."Alamremajaadalahalam
yangsangatmencabarsehinggadisebutnabidalamsatusenaraiorang
kenamaanakhiratadalahremajayangterselamatdanmenyelamatkandiri
daripadazina
Faktor-faktor
Banyaksebabpergaulanbebasjadibegitumerebak:
1.
Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai
kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama
mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal
fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya yang lemah
dan kosong.

Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di
akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan
keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.
2.

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan
masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah
Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini
tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial
seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
3.
Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia.
Internet menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding
dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat
menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang.
Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah.
Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan adenganadengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan
juga memberi kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambargambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.

Kesan-kesan
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan
mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas
dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan
pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak
terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh
ketinggalan di belakang.

Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan


perempuan ialah:

1.
Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan
di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan
agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak
yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah,
tepi longkang dan sebagainya.
2.
Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada
mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka
masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun
sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka
selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan
mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat
dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
3.
Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di
antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara
penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan
ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Cara mangatasi
Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkahlangkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah
yang patut diambil adalah seperti berikut:
1.
Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka.
Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu
mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau
tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang
dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu,
adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti
perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara
lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat,
baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di
sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan
sikap anak-anak mereka.
2.
Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan
pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan
perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan
pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu
perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan
sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan
seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam
kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas [Berita Harian,2 Mei
2005].

Keratan Akhbar

Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar
ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya
sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa
salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak
termasuk di kalangan remaja Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar
nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang
sangat menggerunkan kita semua.

Anda mungkin juga menyukai